Saturday, September 1, 2012

Himpunan Janji Demokrasi pra BN akan tumbang



Himpunan Janji Demokrasi terus berjaya walaupun diugut dengan berbagai ancaman supaya rakyat jangan menyertainya, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, puluhan ribu rakyat daripada berbagai latar belakang bangsa dan agama berhimpun dengan satu tekad supaya demokrasi dipulihkan, pilihanraya adil mesti dilaksanakan.


“Kehadiran tanpa diupah dengan wang dan tarian K-Pop. Datang dengan tekad untuk melihat perubahan politik di negara ini.

“Alhamdulillah himpunan berjalan dengan aman dan harmoni,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Ini, ujarnya satu lagi bukti tanpa provokasi dan gangguan polis maka seramai mana pun yang hadir ia akan terkawal.

Beliau berkata, sudah ada tiga himpunan aman yang besar berjalan dengan damai, Bersih 1.0 pada 10 Nov 2007, Himpunan Oren (14 Julai 2012) dan Himpunan Janji Demokrasi (30 Ogos 2012).

Tambahnya, hampir 80 peratus yang hadir ialah anak muda dan ia gambaran yang menakutkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan PRU13.

“Jika dilihat daripada kehadiran pada malam tadi pemetaan politik Malaysia akan berubah insya Allah merupakan pra akan tumbang BN di dalam PRU akan datang.

“Reformarsi ini lebih hebat daripada tahun 1998, kerana penyertaan yang menyeluruh daripada berbagai bangsa, sedangkan sebelumnya hanya dari kalangan orang Melayu sahaja,” katanya lagi.

Jika dahulu, kata beliau kebangkitan rakyat kerana marah kepada individu yang bernama Dr Mahathir, sedangkan sekarang kemarahan kepada sistem yang tidak adil dan dasar-dasar yang tidak menguntungkan rakyat.

Menurutnya, rakyat hanya menunggu masa untuk buat perubahan dan bila-bila masa mereka sudah bersedia untuk mendapat kerajaan baru.

Tegasnya, mereka tidak sabar untuk menterjemahkan protes mereka melalui peti undi.-Harakahdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...