Monday, September 24, 2012

SSM patut siasat NFC, bukan SUARAM – Tony Pua

Demi memastikan badan hak asasi manusia, SUARAM tidak lagi terlibat dalam siasatan skandal pembelian kapal selam di mahkamah Perancis, kerajaan Barisan Nasional akan melakukan apa sahaja untuk menyerang NGO tersebut.

Demikian kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua apabila mengulas tindakan yang bakal dikenakan pihak kerajaan terhadap organisasi tersebut yang telah pun berjaya diiktiraf mahkamah Perancis untuk terlibat sama dalam siasatan kes skandal komisyen pembelian kapal selam Scorpene.


Tony malah mencadangkan supaya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk terlebih dahulu menyiasat syarikat milik keluarga Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang terlibat dalam skandal seleweng dana rakyat melalui projek Pusat Fidlot Nasional.

.Menurutnya lagi, motif SSM sangat meragukan dan turut ingin tahu apa sebenarnya maksud ‘akaun yang mengelirukan’ yang dituduh terhadap badan itu daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Banyak lagi syarikat mempunyai akaun yang mengelirukan,” kata beliau, sambil mengambil contoh syarikat NFC, yang didakwa menggunakan pinjaman kerajaan untuk tujuan-tujuan yang tidak berkaitan dengan pembangunan pusat fidlot yang asal.


Menurut beliau akaun keluarga Shahrizat memperlihatkan bagaimana wang syarikat NFC dikeluarkan ke Singapura tanpa sebarang pengesahan. Walaupun sudah banyak perkara sudah didedahkan dengan fakta-fakta sah, tindakan terhadap NFC masih lemah. Tony mempersoalkan kenapa SSM tidak menyiasat syarikat tersebut, tetapi lebih berminat untuk menyiasat badan pembela hak asasi manusia pula.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mencadangkan bahawa pendakwaan terhadap SUARAM itu tidak lain hanyalah bermotifkan politik dan merupakan usaha kerajaan untuk menjadikan NGO tersebut sebagai sebuah pertubuhan haram demi untuk menghentikan siasatan korupsi dalam kes komisyen kapal selam Scorpene.
. Roketkini.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...