Ketua Sekretariat Pilihan Rayanya, Zakaria Abdul Hamid berkata, pembangkang sama sekali tidak pernah takut dengan bayang-bayang seperti didakwa kerajaan Umno BN.
Tegasnya, tuduhan itu sepatutnya ditujukan kepada Umno BN yang sehingga kini takut untuk mengumumkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), bukannya berdolak dalik menuduh pembangkang.
“Sebenarnya Umno BN yang takut dengan bayang-bayang sendiri, kalau tidak kenapa sampai sekarang Datuk Seri Najib tak mahu umum tarikh pilihan raya.
“Sebelum tuduh pembangkang, baik selidik dulu. Kalau bukan takut, apa maknanya sampai sekarang pun tak boleh umum. Rakyat tak suka keadaan seperti ini,” katanya ketika dihubungi.
Zakaria berkata,
tujuan Pakatan Rakyat memilih untuk mengadakan pilihan raya berasingan adalah untuk mendapatkan bukti penipuan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Selangor terutamanya banyak kes pengundi baru yang meragukan. Jika kita adakan pilihan raya berasingan, kita boleh tahu dari mana mereka datang masa pengundian dijalankan.
.“Selangor terutamanya banyak kes pengundi baru yang meragukan. Jika kita adakan pilihan raya berasingan, kita boleh tahu dari mana mereka datang masa pengundian dijalankan.
“Ia akan menyenangkan kita untuk menghadapi pilihan raya peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri). Ini yang saya katakan Umno BN takut kerana taktik jahat mereka untuk menipu pasti dapat dikesan pada masa tersebut,
” ujarnya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.Sikap Najib yang terlalu takut untuk menghadapi pilihan raya turut ditempelak, sedangkan beliau ghairah mengatakan
semangatnya untuk bubar Parlimen setiap kali turun padang.
Sebelum ini, banyak pihak mendesak Najib mengumumkan tarikh lebih awal seperti yang diamalkan kebanyakan negara demokrasi lain.
Di negara-negara serantau seperti Myanmar, Filipina dan Indonesia, mereka menetapkan tarikh lebih awal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum pilihan raya berlangsung.
“Kalau di Amerika Syarikat, mereka sudah masukkan dalam kalendar setiap tarikh pilihan raya. Begitu juga dengan negara jiran, Singapura paling lewat pun umum lima atau enam bulan sebelum.
“Indonesia pun sama, mereka sudah tahu ada pilihan raya pada 2014. Tapi negara kita ada Perdana Menteri penakut hanya untuk umum tarikh pilihan raya,” katanya.
.“Kalau di Amerika Syarikat, mereka sudah masukkan dalam kalendar setiap tarikh pilihan raya. Begitu juga dengan negara jiran, Singapura paling lewat pun umum lima atau enam bulan sebelum.
“Indonesia pun sama, mereka sudah tahu ada pilihan raya pada 2014. Tapi negara kita ada Perdana Menteri penakut hanya untuk umum tarikh pilihan raya,” katanya.
“Inilah kali pertama dalam sejarah kita melihat seorang Perdana Menteri yang paling takut untuk menghadapi pilihan raya sehingga beliau kelihatan seolah-olah tidak mahu mengadakan pilihan raya sama sekali kerana tidak berani dan tidak mampu menghadapi arus kebangkitan rakyat,” sindir Zakaria.
Berbeza di Malaysia, setelah Umno BN selesai mengatur penipuan, menaburkan rasuah kepada pengundi, isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan dan fitnah disebarkan, barulah tarikh pilihan raya diumumkan.-Keadilandaily.
No comments:
Post a Comment