Thursday, June 30, 2011

54 tahun Umno BN perintah tapi takut Bersih

         Lapan tuntutan Perhimpunan Bersih itu adalah suara hati nurani rakyat yang sudah sekian lama disuarakan melalui pelbagai saluran.
         Sekiranya ia dilaksanakan sepenuhnya, sudah pasti negara dapat mewujudkan sistem pemilihan kepimpinan negara yang lebih utuh, dipandang tinggi oleh rakyat dan dihormati masyarakat antarabangsa. Lebih buruk lagi, ada pula media pendokong Umno yang menggunakan pendekatan ekstremis agama dan rasis dalam usaha mereka menyekat suara rakyat ini. Akhbar ini terus manipulasi berita-berita yang sensasi dengan cerita-cerita dongeng yang tidak ubah sebagai akhbar di zaman jakun  dengan tidak memberi manfaat untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum.


Artikel penuh kenyataan Dr Muhammad Nur Manuty..
Sungguh mengaibkan Umno BN yang telah mengurus negara hampir selama 54 tahun, masih menggunakan pendekatan ugutan dan menakut-nakutkan rakyat bagi menghalang perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty  berkata, segala ancaman dan tekanan pemerintah BN terhadap aktivis perhimpunan itu adalah manifestasi dari ketakutan dan kecemasan melulu mereka kepada keberanian rakyat dalam menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pilihan raya negara ini.

Lojiknya, kata beliau selepas sekian lama mentadbir negara dan sistem pilihan raya pula memang dijalankan secara telus dan adil, BN dan Umno seharusnya menerima pandangan dan suara rakyat ini secara jantan dan berjiwa besar.

Bersih 2.0: Tangkapan pra kejatuhan Umno BN

          Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih adalah pra kejatuhan Umno BN.
         “Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.
         “Saya mengira kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui Twitter.
         Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat.
        “Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya.
         Beliau sebelum ini menyokong himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.
         Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan polis kerana memakai baju Bersih 2.0 mahupun mengedar risalah berkaitan.-Hrkh

Hishamuddin Harus Jelas Akta, Tangkap Individu Berbaju Kuning

            Tolong nyatakan apa aktiviti yang dilakukan bersih bertentangan dengan undang-undang? Kalau kata sebab nak adakan himpunan, Ia belum diadakan. Suhakam juga kata perhimpunan ini boleh dilakukan bawah undang-undang. Ia jadi hak masyarakat di negara ini. 
            Begitulah pemikiran sempit seorang Menteri Dalam Negeri yang kehabisan modal politik.Ini satu yang sangat melucukan dalam sistem perundangan negara ini sehingga pakai baju yang ada perkataan bersih pun menjadi satu kesalahan dalam negara. Selepas ini nanti mungkin pakai coli dan seluar dalam bersih warna  kuning pun akan ditangkap. Habis rakyat akan dibogelkan untuk disiasat. Undang-undang yang tidak masuk akal dan bodoh dijadikan modal politik untuk menangkap rakyat.  
Arikel penuh kenyataan Mahfuz Omar..
Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein bahawa pemakaian baju rasmi Bersih 2.0, berwarna kuning adalah haram menjadi bahan lucu dikalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar menyatakan Hishammuddin seperti fobia dengan Himpunan Bersih kali pertama sehingga mendorongnya memberikan kenyataan yang tidak masuk akal bersabit himpunan aman itu.

Pak Samad sertai Bersih 2.0 kecuali dihalang atau dihilang

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (gambar) menegaskan beliau tetap sertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai depan kecuali dihalang atau 'dihilangkan'.

Ketika menjawab soalan wartawan dalam satu sidang media petang tadi, tokoh seniman pejuang ini bertegas dengan pendirian teguhnya.

Pada 27 Jun lalu, Pak Samad telah dipanggil ke Balai Polis Dang Wangi untuk diambil keterangan tentang sajaknya bertajuk Unggun Bersih.

Sajak yang menyokong Bersih itu dibacakan dalam majlis Pelancaran Bersih pada 19 Jun lalu di ibu kota, itu pun hanya dibaca dalam dua para sahaja.

Wednesday, June 29, 2011

Umno Punca Wibawa Polis Terhakis

        UMNO cuba mengapi-apikan rakyat dengan menggunakan media arus perdana bagi mengutuk tuntutan Bersih supaya pilihanraya umum dijalankan secara adil dan bebas daripada penyelewengan.
        Apa yang kami mahu ialah apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Tapi sekarang, mereka (UMNO) menyatakan Pemimpin pembangkang dan Bersih mahu membuat keadaan kacau bilau. Pemimpin UMNO mahu meneruskan proses pilihan raya pincang ini kerana takut orang ramai bangkit menuntut pilihan raya yang adil dan telus

Artikel penuh kenyataan Anwar..
Tindakan ke atas pemimpin parti pembangkang dan penganjur Bersih 2 serta provokasi Pemuda Umno di depan Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat menunjukkan kewibawaan polis semakin terjejas akibat campurtangan Umno, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Inilah satu negara dimana tuntutan mengadakan pilihan raya bebas itu dikecam oleh media UMNO dan pimpinan UMNO (dan) polis tidak akan bertindak tanpa arahan dari UMNO," kata beliau.

Bersih: Isu perkauman undang kemarahan rakyat – Ambiga

        Mengikut perlembagaan semua warganegara dibenar mengadakan perhimpunan aman tanpa membawa sebarang senjata. Itu hak asasi. Tentunya pihak berkuasa berhujah ada undang-undang seperti Akta Polis tetapi pada pendapat saya undang-undang seperti itu tidak boleh membantah perkara 10 (i) (b) Perlembagaan Persekutuan

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan isu perkauman yang dilempar oleh NGO seperti Pertubuhan Bumi Perkasa (PERKASA) hanya  mengundang kemarahan rakyat.
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara yang disiarkan Akhbar Suara Keadilan.
“Mereka (Perkasa) sengaja menaikkan suhu (kemarahan) tetapi ramai yang langsung tidak setuju dengan kenyataan Perkasa. Mereka cuba menakut-nakutkan saya tapi akhirnya mengundang kemarahan orang ramai,” kata Ambiga ketika ditanya tentang ancaman pertubuhan itu.

Solat Hajat, Pidato 29 Jun di Stadium Malawati

          Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) akan berucap dalam program Solat Hajat dan pidato khas bakal diadakan 29 Jun (Rabu) bermula 7.30 malam di Stadium Malawati, dekat sini.
           Menurut Ketua Dewan Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan, jumlah kehadiran dijangka menjangkau 40,000 hingga 50,000.

Ini kerana, ujarnya, rakyat ingin mendengar perkembangan semasa daripada pimpinan Pakatan Rakyat sendiri setelah berbagai berita dimanipulasikan oleh media milik Umno BN.

Beliau memaklumkan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman juga turut serta.

Tuesday, June 28, 2011

Sasterawan Negara Sedih, Karyanya Jadi Senjata Politik

       Saya fikir puisi sekarang sudah menjadi sebagai alat senjata. Dulu puisi untuk hiburan sekarang puisi dapat perhatian luar biasa.
      Apa yang saya lakukan adalah untuk merakam peristiwa untuk membaiki sistem sedia ada. Dalam puisi daya kata perlu perlu mempersuci demokrasi bukan untuk keruhkan. Dalam puisi itu saranan yang harus dihargai, bukan dicurigai,"

Artikel penuh luahan dan curahan A. Samad Said ..
Sasterawan negara, Datuk A. Samad Said melahirkan kesedihan beliau kerana siasatan polis yang dijalankan ke atasnya dikategorikan dibawah akta hasutan, sedangkan beliau hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai Sasterawan dalam membaiki sistem masyarakat.

Beliau mempersoalkan motif pihak berwajib yang mencurigai tujuan dan niat murni beliau dalam memberi komen mengenai situasi negara tatkala ini.

"Mengapa ini harus berlaku? Mengapa seorang sasterawan yang melalui puisinya merakam keadaan yang buruk diterima dengan penuh prasangka, itu menyedihkan saya.

Bersih 2.0: Jangan sampai rakyat benci polis

        
Tindakan menangkap mereka yang memakai baju Bersih atau menjual baju Bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang. Diatas peruntukan dan undang-undang apa polis menangkap penyokong-penyokong 'bersih'? Malah ianya bertentangan dengan konsep dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Dimanakah ketulusan dan kedaulatan undang-undang yang termaktub dalam 'rukun negara'?  Semuanya omong-omong kosong  yang tak ubah seperti rukun negara di zaman Pak Pandir.
         Ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan yang membuatkan rakyat merasakan kebebasan dalam kehidupan yang diamalkan dalam sebuah negara demokrasi terbatas. Jika tekanan terhadap rakyat dilakukan sampai 'pakai baju bersih' pun ditangkap, ini menujukan UMNO-BN sudah ketandusan idea yang munasabah untuk menghalang kebangkitan rakyat. Jika kita hendak menjadikan pakaian satu kesalahan yang bersimbulkan gerakan rakyat, kenapa tidak  melakukan larangan terhadap mereka yang memakai baju yang melambangkan logo PAS, PKR, DAP, MCA, MIC dan UMNO serta mana-mana lambang NGO yang lain ?    Ini dapatlah saya membuat persepsi bahawa UMNO-BN tidak berkeyakinan lagi dengan kuasa yang ada pada mereka dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka akan laku dan menghalalkan apa cara sekali, cara jahat, cara jakun atau cara tidak bertamadun,  asalkan himpunan 'bersih' tidak diteruskan meskipun bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara. Undang-undang jakun dan Mahkamah Pak Pandir akan terus dikenakan ke atas rakyat untuk kepentingan UMNO-BN.   


Artikel penuh kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man..

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengingatkan polis bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis.

“Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

Monday, June 27, 2011

Umno Terdesak Guna Nama Agong Cuba Hentikan Bersih

         Pihak berkuasa akan menggunakan apa sahaja ruang dan segala bentuk undang-undang untuk menyekat perhimpunan aman Bersih 2.0 termasuk menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong.
        Menurut Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim, senario seperti itu memang berlaku di Malaysia apabila suara rakyat mengatasi suara kerajaan,

Beliau yang juga Adun Kota Damasara berkata, penahanan 30 anggota parti itu yang disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, jelas membuktikan usaha terdesak pemerintah untuk menghalang rakyat menyuarakan hak mereka.

" Dalam hal ini senang sahaja. Kalau kerajaan beri arahan, kita tidak ikut, dan Agong restu ikut Perlembagaan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau apa sahaja. Jadi mereka boleh katakan begitu. Semua undang-undang, kalau anda pertikai, mereka boleh kata anda melanggar perintah Yang di-Pertuan Agong,"katanya.

Bersih 2.0: Siapa pengkhianat

          Muhyiddin seharusnya menyedari siapa yang menjadi penghkhianat dan dalang kepada perjalanan sistem pilihan raya di negara ini. Janganlah Muhyiddin menuduh peserta himpunan 'Bersih' sebagai pengkhianat kepada keamanan negara. 
          Sepatutnya kerajaan sudah matang untuk mempertingkatkan ketelusan perjalanan pilihan raya yang lebih adil dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik , apabila pihak kerajaan melihat amarah rakyat ketika Bersih 10 November 2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang.
          Sebaliknya,  walaupun berlaku beberapa pertemuan yang dibuat oleh parti-parti politik dengan SPR, segala-galanya dipandang sepi dan tidak diambil tindakan susulan dengan membiarkan sistem ini terus dilacurkan. 
         Kesemua ini terjadi kerana SPR, masih tidak bebas dan berada di bawah dagu pemimpin Umno- BN.  Nyata yang jadi pengkhianat ialah UMNO bukanya rakyat.

Artikel penuh kenyataan Ustaz Idris Ahmad
Tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan penganjur Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) mengkhianati perjuangan rakyat adalah tuduhan yang tidak tepat.

“Persoalannya siapakah pengkhianat sebenar?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad

Beliau juga mempersoalkan kenapa Bersih 2.0 yang didukung oleh NGO dan parti-parti politik bertegas juga hendak berhimpun secara aman pada 9 Julai ini.

Protes Umno peralat polis, Anwar berkemeja kuning (Bergambar


           Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memakai pakaian kuning sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dan protes terhadap tindakan Umno memperalat polis dengan menangkap rakyat tidak bersalah.
            Beliau dilihat memasuki perkarangan ibu pejabat parti di Tropicana, Damansara dengan berkemeja lengan pendek warna kuning kira-kira jam 1.45 petang untuk menghadiri satu mesyuarat bersama Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN.
Hasrat untuk memakai pakaian kuning dinyatakan Anwar sejak semalam pada paparan twitternya ketika membalas satu tweet seorang pengikut (follower) yang memaklumkan pelakuan polis menangkap ramai rakyat berpakaian kuning.

SPR Hanya Pengadil, Jadi Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pengadil, Kata Khalid

              Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya menjadi pengadil yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam sesebuah pilihan raya bagi memastikan keputusan yang dicapai berdasarkan keputusan yang dimahukan rakyat.

                Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebagai sebuah agensi kerajaan, SPR seharusnya memainkan peranan sebagai sebuah badan bebas yang menguruskan proses pilihan raya di negara ini demi mencorakkan sistem demokrasi di negara ini.

“ Pengadil tidak dilihat memihak kepada sesiapa. Pengadil adalah pengadil. Pengadil yang baik tidak dilihat berat sebelah,” katanya kepada wartawan dalam sidang media selepas majlis dialog yang diadakan sempena Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2011 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.

Malah menurut Khalid, kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor sehingga berjaya membentuk kerajaan negeri tidak mencerminkan bahawa pilihan raya di negara ini telah dijalankan dengan adil.

Sunday, June 26, 2011

Pakai T-shirt Bersih ditangkap - KDN belilah mesin pengimbas, periksa seluar dalam sekali.

            Kepada NGO bersih saya ada pandangan untuk saudara/i fikirkan. Jika memakai baju-T Bersih itu merupakan kesalahan, saya cadangkan supaya Bersih menjual seluar dalam yang ada logo Bersih pula.
           Kita mungkin akan terjumpa pihak Polis menelanjangkan rakyat ditepi jalan jika mereka (polis) mensyaki mereka yang memakai seluar dalam Bersih. Saya cadangkan Datuk Ambiga memakai ‘panty’ Bersih. Kita tengok bagaimana Ambiga akan di telanjangkan oleh pihak dan merampas seluar dalam yang beliau pakai itu. Saya juga mencadangkan Kementerian Dalam Negeri membeli mesin pengimbas untuk memeriksa siapa yang memakai singlet atau seluar dalam yang berlogokan Bersih.

Aspan Alias
Beberapa jam yang lepas saya mendapat panggilan talipon memberitahu saya yang Khairul Anwar Ahmad Zainudin, dari AMK PKR telah ditahan oleh Polis kerana memakai baju-Bersih dan nampaknya rally yang dirancang Bersih ini memang memberi kesan kepada rakyat kali ini. Jikalah benar rakyat tidak bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama tidak mungkin Polis mengambil tindakan terhadap sesiapa yang memakai baju-T Bersih.

Umno BN sangat bimbang 8 tuntutan Bersih

            Mengapa rakyat memerlukan perubahan dalam sistem pilihan raya? Mengapa wujudnya 'Bersih' sehingga rakyat memberi sokongan sepenuhnya.. Mereka menyokong dan menuntut hanya supaya pilihan raya diadakan dengan telus dan adil tanpa berat sebelah yang hanya memihak pada UMNO. 
            Begitu juga dengan Pakatan Rakyat tidak menuntut pilihan raya untuk kepentingan mereka tapi demi rakyat dan hak-hak demokrasi mengikut  undang-undang dan ketelusan peraturan yang ada dalam perlembagaan negara.
            Saya juga masih ingat di era Mahathir lambang dan warna hijau logo petronas ditukar ganti sehingga habis wang berjuta-berjuta hanya kerana warna dan logo itu menyamai PAS. Kini sikap  pemikiran sempit pemimpin -pemimpin UMNO masih lagi wujud dan menyamai pemikiran sempit Mahathir di zaman jakun dan pak pandir bila mana pakai baju kuning dan jual baju bersih dianggap satu kesalahan. Pemikiran ini tak ubah takut dengan bayang-bayang sendiri dan tidak dapat menerima kenyataan, walaupun semut dianggap gajah.  Gara-gara itu saya boleh anggap UMNO kuno dan hilang akal.
Artikel penuh kenyataan DSAI ..

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Umno BN sangat bimbang dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 sehingga meningkatkan usaha menyekat rakyat hadir ke himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Beliau mempersoal undang-undang yang dipakai Umno BN yang melarang rakyat memakai dan menjual baju kuning.

"Di Malaysia ini begitu ganas dan zalimnya pimpinan Umno, bila pakai baju kuning dan jual baju bersih dianggap satu kesalahan.

"Undang-undang mana yang mereka pakai? Ini satu bentuk keangkuhan kuasa dan tindakan terdesak kerajaan sebab mereka tengok kita minta pilihan raya Bersih.

Saturday, June 25, 2011

KEADILAN terbit dokumentari dedah tembelang Datuk T

            Anggota parlimen Sungai Petani MP Johari Abdul hari ini mengeluarkan versi seks video yang disunting kepada media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya.Ia sekali gus bagi membuktikan bahawa KetuAnggota parlimen Sungai Petani MP Johari Abdul hari ini mengeluarkan versi seks video yang disunting kepada media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya.Ia sekali gus bagi membuktikan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki dalam video itu. 
            UMNO tidak ada modal politik yang menarik untuk berdepan dengan Anwar dan Pakatan Rakyat. Milleage politik UMNO hanya bergantung kepada reka cipta dongeng Video Seks dengan bermodalkan perogol gadis belasan tahun yang tidak diambil apa-apa tindakan hingga kini dan selamanya. Apakah perogol ini layak untuk bercakap soal moral daN akhlak?
          UMNO melihat Anwar satu-satunya yang dapat menghalang mereka dari terus mengekalkan kuasa. Untuk menyekat dan berdepan dengan Anwar secara demokratik, mereka tidak mampu kerana Anwar dilihat lebih karismatik dan wibawa sebagai seorang pemimpin. Maka untuk menghalang Anwar dari terus bersuara dipersada politik tanah air, terpaksa direka cipta cerita-cerita dongeng,  karut dan seks untuk mengaibkan Anwar  dalam pembicaraan mahkamah Pak Pandir yang lintang pukang dan tak masuk akal . Ini adalah satu konspirasi peringkat tertinggi yang paling jahat untuk memusnahkan kredibiliti politik Anwar dikaca mata rakyat. Manusia cuma merancang. Tuhan yang menentukan. Perancangan tuhan adalah sebaik-baiknya.
Video Seks - Itu Bukan Anwar (Part 1)


Pembelian Scorpene malapetaka negara- Azmin Ali


            Pembelian dua kapal Scorpene bernilai 1.14 bilion Euro merupakan malapetaka kepada negara kerana mendatangkan pelbagai masalah kewangan dan politik, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
              “Akibat daripada proses yang tidak telus serta diselubungi pelbagai masalah, pembelian kapal selam Scorpene ini merupakan satu malapetaka bagi negara,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.


“Sudahlah kapal selam tersebut tidak dapat menyelam, sekarang ini negara dibebani dengan kos-kos tambahan atau kos-kos yang dipadamkan daripada kontrak asal atau bajet asal perolehan serta penyeliaan kapal selam tersebut,” kata
Azmin berkata demikian sewaktu membahaskan Perbekalan Tambahan hampir RM500 juta yang diminta Kementerian Pertahanan, di Dewan Rakyat semalam.

Peguam Wakili Rahim Ada Agenda Politik- AMK

           Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa peguam Datuk Shafee Abdullah yang mewakili Tan Sri Rahim Thamby Chik dalam kes penayangan video seks lucah mempunyai agenda peribadi terhadap Ketua Pembangkang.
           Ini kerana menurutnya, fakta kes yang dibaca dalam mahkamah oleh Shafee bertujuan mengemukakan hujah meringankan hukuman Rahim dilihat lebih menjurus kearah meyakinkan hakim bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks berkenaan.

"Kemungkinan peguam Shafee mempunyai motif peribadi, mungkin masalah beliau dengan Anwar sehingga beliau mengemukakan hujah dalam rayuan dengan menyebut dan menyerang Anwar.

"Rayuan dalam kes ini seharusnya dilakukan dalam konteks mengurangkan hukuman dan kenapa Rahim tidak boleh diberikan hukuman berat. Bukan menyerang Anwar untuk menyelamatkan Rahim, itu bukan kaedah," kata beliau.

Friday, June 24, 2011

Kalau Zainal Kling nak mengampu biar kena tempat

                  Janganlah kerana Zanal menjadi penyokong tegar Umno sehingga melekat di dalam fikirannya selain daripada Umno tidak mampu untuk membawa kemakmuran negara. Jadilah seorang ahli akademik yang matang dan bersifat terbuka dengan berlandaskan fakta. Sikap mengampu daripada seorang yang berada di menara gading amat memalukan. Jelas di sini beliau hanya pentingkan jawatan dan pangkat biarpun kenyataan itu bertentangan dengan fakta. 
             Biarlah fikiran sebegini hanya ada kepada mereka yang buta maklumat, bukan mereka yang berada di gedung ilmu

Artikel penuh kenyataan Ustaz Idris Ahmad..
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, adalah pelik dan macam mana seorang ahli akademik seperti Prof Datuk Dr Zainal Kling mengatakan pembangkang suka kepada anarki iaitu supaya suasana tidak tenteram dan tidak mengikut undang-undang.

“Beliau memberi komen himpunan Bersih 2.0, andaiannya boleh menimbulkan suasana yang tidak tenteram,” katanya.

Sebagai ahli akademik, tambah belau sepatutnya sebelum memberi pandangan biarlah mencari fakta yang adil, kemudian baru membuat rumusan.

Halang Bersih: Najib peralat suara esktrim – Anwar


          Pentadbiran Najib memperalatkan suara golongan esktrim yang bertugas bagi pihak Umno untuk memperlekeh usaha yang dilakukan gabungan Bersih.
          Ini adalah keterlaluan kerana Najib mengambil pendirian berdiam dan tidak menegur ugutan yang dibuat Polis, Menteri Dalam Negeri dan Perkasa. Jelas ini adalah permainan Umno untuk menakutkan orang ramai,
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperalat suara ekstrim untuk menakut-nakutkan rakyat yang akan menyertai Perhimpunan Bersih pada 9 Julai depan, kata  Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Anwar, kumpulan itu yang dilindungi kerajaan dan Umno, bertujuan menghalang usaha yang dilakukan NGO itu bagi menuntut pilihan raya yang lebih bebas dan adil.

Apa Yang Ditakuti Sangat Pada Bersih 2.0?


          Apakah dia tuntutan penganjur Bersih 2.0 yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta Perkasa sebagai keterlaluan dan memudaratkan keselamatan negara?
          Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong?

Jalan-jalan Kuala Lumpur pun kerap ditutup untuk acara maraton, lumba basikal, dan pelbagai perarakan lain. Tidak pula ada laporan polis atau aduan dibuat kononnya peniaga dan pemandu teksi hilang pendapatan. Kenapa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai dianggap begitu berlainan sekali?

Jangan lupa, jalan-jalan Putrajaya ditutup baru-baru ini untuk menghimpunkan sejuta belia yang Perdana Menteri Najib Razak mahu menggunakannya bagi “mempertahankan” singgahsana kuasa politik negara daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat.

Larang pakai, jual baju Bersih jadi lawak jenaka- Mahfuz



          Belum pun perhimpunan Bersih diadakan, penjualan t-shirt telah menjadi kesalahan. Ini satu lawak jenaka. Apakah penjualan t-shirt satu jenayah?  Atau apakah salah disisi undang-undang negara ? Kemudian mereka mahu mengambil tindakan terhadap penjual t-shirt Bersih. Ini tak masuk akal macam undang-undang zaman Pak Pandir.
         Tapi pengedar dan Video Seks yang diedarkan dimerata-rata tempat diseluruh negara tidak menjadi kesalahan dan tidak diambil apa-apa tindakan. Hairan Bin Ajaib. Itulah padahnya jika terlalu lama berkuasa. Undang-undang pun tidak tahu guna pakai dan masih lagi bercirikan undang-undang Jakun.


Artikel penuh kenyataan Mahfuz Omar ..
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahuz Omar menganggap tindakan polis yang menghalang penjualan t-shirt Bersih merupakan satu lagi lawak jenaka terbaru  kerajaan Malaysia. 


Semalam, seorang ahli KEADILAN ditangkap polis dan diminta memberi kenyataan berhubung penjualan  baju berkenaan.“Belum pun perhimpunan Bersih diadakan, penjualan t-shirt telah menjadi kesalahan. Ini satu lawak jenaka. Apakah penjualan t-shirt satu jenayah?,” soal Mahfuz mengulas tindakan pihak berkuasa tersebut.

Jayakan Bersih, tak gentar diugut bunuh- Jonah


Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata beliau tidak gentar meskipun menerima ugutan bunuh berhubung  anjuran Perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai.
Menurut Khairul atau Jonah, ancaman yang diterimanya tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang bersama rakyat Malaysia yang lain bagi menuntut pilihan raya yang lebih bersih dan adil.
“Saya akan tetap berpegang teguh dan tidak akan patah semangat untuk berhimpun 9 Julai ini. Ini demi masa depan negara,” tegasnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.
SMS  ugutan bunuh itu dihantar dari nombor telefon 601119732179  kepada Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin Pas dan KEADILAN.

Thursday, June 23, 2011

Anwar percaya trio ‘Datuk T’ hanya dikena dakwaan minimum


              Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya trio ‘Datuk T’ yang berkemungkinan didakwa Jumaat ini akan dihadapkan dengan pertuduhan yang paling minimum.
Ini kerana, kata Anwar, trio berkenaan dilindungi Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
“Kita kenal siapa Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan rekod lampau (track record) beliau.
“(Saya jangka) dakwaan yang akan dikenakan begitu minimum memandangkan dakwaan ini adalah bersifat politik sahaja. Kalau kita (pembangkang) yang didakwa ceritanya lain.
“Pendakwaan Gani Patail ini, kita jangan pandang serius sangat,” kata Anwar kepada media sewaktu sidang media di lobi Parlimen.

AMK desak Ibrahim Ali didakwa bawah Kanun Keseksaan


Perbuatan Ibrahim Ali itu adalah satu kesalahan jenayah  dan menuntut polis bertindak segera demi keharmonian kaum di Malaysia. Beliau  wajar disiasat mengikut seksyen 505 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada perbuatan mengedar atau membuat kenyataan menghasut atau melakukan jenayah.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi terhadap Presiden Perkasa, Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan menghasut dan bersifat perkauman.
Sayap KEADILAN itu menuntut supaya Ibrahim yang mengeluarkan ancaman kepada kaum Cina ditangkap dan didakwan di bawah Kanun Keseksaan.

Pemuda Kelantan kerah 30,000 peserta

Difahamkan juga Bersih 2.0 akan mengadakan ’road show’ di Pasir Mas pada 2 Julai ini bertempat di Mini Stadium, dijangka dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
      Manakala pada 4 Julai pula road show Bersih 2.0 akan diadakan di Dun Manek Urai, Kuala Krai membabitkan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan.
       Sementara itu Ketua Penerangan AMK Kelantan, Rosdi Mat Zin berkata, AMK Kelantan bersedia menghantar 30,000 peserta ke perhimpunan Bersih 9 Julai ini

Artikel penuh kenyataan Ketua pemuda Pas Kelantan ..

Biar pun hampir 800 laporan polis dibuat terhadap penganjuran perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil (Bersih) 9 Julai ini, namun ia tidak mematah semangat anak muda yang prihatin.

Mereka tetap bersemangat meneruskan agenda memastikan pilihan raya umum akan datang lebih telus dan benar-benar bersih.

Sehubungan itu pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menghantar kira-kira 30,000 peserta pada program berkenaan.

Wednesday, June 22, 2011

Kepintaran Mat Sabu berbanding sarjana Umno

            MAT Sabu, Timbalan Presiden PAS tidak lulus Universiti Oxford seperti Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Kelulusannya pun tidak sehebat setengah sarjana UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Najib. Dia tidak mengaji falsafah dan sains politik peringkat ijazah di ITM. Dia belajar diplomat tertentu tentang teknologi saja.
           Tetapi kepintarannya berhujah tentang isu demonstrasi Bersih 2.0 pada 09 Julai nanti jauh lebih hebat dari alasan bodoh pemimpin Pemuda UMNO dan sekutu NGOnya yang membuat aduan polis tentang mengapa ia patut dihalang.

Ibrahim Ali, pemimpin Perkasa yang satu sekolah dengan Mat Sabu di ITM dulu selalunya pintar tetapi dalam perkara ini lebih buntu otaknya dari Hosni Mubarak.

Mereka takut pelancong tidak datang sehari ke Kuala Lumpur akan menyebabkan penjaja kerugian dan pengusaha teksi tidak dapat membawa penumpang. Ekonomi negara akan terjejas.

BN takut, guna SPR untuk halang Perhimpunan Bersih- Tian Chua



                Bersih 2.0 akan mengadakan perhimpunan aman pada 9 Julai depan, menuntut 8 perkara dan meminta campurtangan Yang Di Pertuan Agung bagi reformasi sistem pilihan raya.
               Ia adalah membersihkan senarai pengundi, reformasi undi pos, pengunaan dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuhkan institusi awam, menghapuskan rasuah dan menghentikan politik kotor.
Artikel penuh kenyataan Tian Chua..
Pelawaan Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) untuk bertemu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), adalah usaha terakhir Umno BN menghalang perhimpunan yang dianjurkan NGO itu, 9 Julai depan.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata,  BN bimbang dengan perhimpunan tersebut, yang dijangka mengumpulkan ratusan ribu rakyat untuk turun ke jalan bagi menuntut reformasi sistem pilihan raya.

Bersih 2.0: SPR lebih baik berdiam diri

           Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) diingatkan agar lebih baik berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan janggal untuk mengadakan rundingan dengan Jawatankuasa Bersih berhubung isu Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.
           Langkah seperti itu lebih baik bagi mempastikan SPR sebuah badan bebas yang bertugas untuk melaksanakan pilihanraya yang adil dan bersih, memandangkan SPR juga menjadi mangsa kepada sistem yang tidak adil dalam negara ini.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, sebagai badan perlaksana kepada pilihanraya, SPR tidak mempunyai cukup kuasa untuk membuat perubahan kepada lapan tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.

Menurut beliau, lapan tuntutan itu ialah membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, tempoh minima 21 hari berkempen, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Tuesday, June 21, 2011

Bersih: Sudah terlambat untuk SPR berbincang – Ambiga



              Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, sudah terlambat bagi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk berbincang mengenai pembaharuan yang ingin dilakukan.

              Semalam, SPR melalui kenyataan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan kesedian untuk bertemu Bersih 2.0, dengan syarat gabungan itu membatalkan perhimpunan 9 Julai ini.
Menurut Ambiga, ia sudah terlambat bagi SPR ekoran penyalahgunaan sistem pilihan raya yang jelas dan kengganan kerajaan memperbaiki sistem sedia ada sebelum ini, lapor portal Malaysian Insider.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada SPR atas pelawaan (mereka) tetapi masa untuk berbincang dan bercakap sudah berlalu. Ini ekoran laporan-laporan terbaru mengenai penyalahgunaan yang ketara ketika pilihan raya negeri Sarawak dan menjelang pilihan raya umum (ke-13),” kata beliau.

Amaran kepada Perkasa: Pemuda Pas sedia jadi perisai semua kaum

Katak yang rasis perlu ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang
           Siapa Perkasa yang mahu melawan kebangkitan rakyat. Apa tujuan kamu membuat ugutan kepada kaum bukan Melayu.  Negara ini milik semua rakyat dan bukan milik kamu seorang. Kamu hanya seorang Ahli Parlimen yang bacul, itu pun menang diatas tiket PAS. Justeru itu, rakyat sudah bersatu hati  untuk turun ke jalan raya secara aman menuntut kebenaran dan keadilan dalam sistem demokrasi yang rosak .
           Malah kamu juga menyatakan Perkasa akan melakukan apa sahaja bagi menghentikan perhimpunan yang bakal berlangsung pada 9 Julai ini.  
          Ugutan-ugutan ekstrim kamu menunjukan bahawa kamu memang kumpulan pelampau yang khianat dan jahat kepada rakyat yang berbilang kaum. Tindakan politik sempit kamu itu semata-mata hanya untuk mencari publisiti murahan yang kamu sedar bahawa politik kamu akan berakhir dan terkubur selepas PRU 13 nanti..

Artikel penuh kenyataan Dewan Pemuda Pas Pusat. 

Dewan Pemuda Pas Pusat memberi amaran kepada Presiden Perkasa, Datuk paduka Ibrahim Ali dan anggotanya supaya menghentikan tindakan samseng dengan mengugut rakyat Malaysia yang menyertai Himpunan Bersih 9 Julai ini.Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, sekiranya tindakan itu diteruskan, sayap pemuda parti Melayu-Islam itu sedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum.  


“Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0, sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BERSIH 2.0 : Apa Saja Ancaman, Rakyat Tekad Turun Ke Jalan-AMK

            “AMK menyarankan kepada Pemuda Umno dan Perkasa agar tidak membuang masa dengan mengugut rakyat. Jangan memperbodohkan rakyat dengan sistem yang menindas, sebaliknya belajarlah berhadapan dengan kuasa rakyat secara bermaruah,”

             Malah, sistem pilihanraya yang adil dan telus bukan untuk menguntungkan PKR ataupun rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia menguntungkan rakyat kerana suara mereka diterjemahkan dengan betul tanpa sebarang manipulasi.

Artikel penuh kenyataan AMK Khairul Anuar..

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan rakyat tetap akan turun ke jalan pada 9 Julai ini, biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai ugutan dan ancaman, tegas Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

“Biar apa jua keadaan yang mendatang, AMK akan terus berada di barisan hadapan untuk membawa rakyat merempuh sistem pilihanraya yang tidak telus melalui Perhimpunan Bersih 2.0 kelak,” tegasnya dalam satu kenyataan lewat petang semalam.

Tiada Alasan Untuk Tidak Siasat Ibrahim Ali

           Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengarahkan pihak berkuasa menyiasat kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan 1948 bersabit ugutan kepada kaum Cina menjelang perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai nanti.
           "Tidak ada lagi perkara yang lebih jelas untuk menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan," kata Khairy kepada media di lobi parlimen hari ini.

Ibrahim dalam ucapannya di Kampung Baru semalam bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan.

Beliau turut memberi amaran kepada kepada masyarakat Cina supaya tidak keluar rumah atas alasan "apa sahaja boleh berlaku" pada hari tersebut.

Monday, June 20, 2011

Ahli AMK Diseru Meriahkan BERSIH 2.0

                   Pemuda Umno nak buat demonstrasi, dulu dia panggil kita beruk jalanan. Sekarang dia pun nak jadi kepala beruk. Tapi kita tahu itu semua wayang mereka. Ini bukan pertandingan demonstrasi BERSIH lawan demonstrasi PERKASA. Tuntutan kita jelas. Kalau SPR boleh baiki sistem dan pastikan pilihanraya berjalan dengan bebas dan telus, itu sudah mencukupi untuk tuntutan BERSIH
                 Kita beritahu kepada Muhyiddin, jangan cabar rakyat. Kita nak buat BERSIH ini untuk baiki sistem pilihanraya yang tidak adil. Kalau sistem pilihanraya secara demokrasi tidak boleh jatuhkan kerajaan, kita ada cara lain ia itu cara jalan raya. Cara itu juga boleh jatuhkan kerajaan. Jangan cabar kita untuk guna cara jalan raya untuk jatuhkan mereka


Artikel penuh kenyataan Shamsul Iskandar....
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru semua anak muda untuk turut sama hadir ke Perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menyatakan sokongan dalam usaha menuntut sistem pilihanraya yang adil dan telus di negara ini.

Perhimpunan Bersih 2.0 bakal berlangsung pada 9 Julai depan dijangka akan disertai banyak pihak dari seluruh negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...