Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) diingatkan agar lebih baik berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan janggal untuk mengadakan rundingan dengan Jawatankuasa Bersih berhubung isu Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.
Langkah seperti itu lebih baik bagi mempastikan SPR sebuah badan bebas yang bertugas untuk melaksanakan pilihanraya yang adil dan bersih, memandangkan SPR juga menjadi mangsa kepada sistem yang tidak adil dalam negara ini.Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, sebagai badan perlaksana kepada pilihanraya, SPR tidak mempunyai cukup kuasa untuk membuat perubahan kepada lapan tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.
Menurut beliau, lapan tuntutan itu ialah membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, tempoh minima 21 hari berkempen, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

