Monday, January 31, 2011

Mengapa Rakyat Tunisia Dan Mesir Yang Tenang Dahulu Bangkit?-Nurul Izzah Anwar



Rakyat tidak akan bangkit sekiranya kerajaan yang adil. Rakyat akan bangkit   jika pemerintah itu zalim, perasuah, jahat serta khianat kepada rakyat. Apabila rakyat takut kepada kerajaan, itu tandanya penindasan tetapi apabila kerajaan hormat kepada rakyat itu tandanya ketulusan demokrasi.

Kebangkitan rakyat adalah seperti satu tsunami yang tidak dapat dihalang.

Kebangkitan rakyat adalah menzahirkan jeritan batin akibat "dijajah" di negara sendiri yang sudah melepasi faktor ketakutan kepada kerajaan yang memerintah dengan penggunaan jentera propaganda dan jentera keselamatan berbekalkan gas pemedih mata, meriam air berkimia, peluru getah atau pukulan belantan yang hanya berfungsi untuk menyelamatkan atau mempertahankan kepentingan golongan pemerintah, bukannya rakyat.

Politik ketakutan bertukar menjadi politik harapan untuk demokrasi sebenar dan bukan demokrasi palsu yang menyekat serta memenjara aspirasi dan hak rakyat untuk hidup didalam kemerdekaan.

Oleh itu, mengapa rakyat Tunisia dan Mesir yang Tenang dahulu bangkit?

Sunday, January 30, 2011

Isu Kehakiman, Media: Titik Persamaan Tunisia-Malaysia – Pemikir Islam



Beberapa sistem di Malaysia memerlukan reformasi menyeluruh terutama yang melibatkan media dan institusi kehakiman. Masalah di Tunisia pemerintahnya korup dan zalim hampir ada titik persamaan dengan Malaysia. Begitu juga dengan cengkaman kebebasan media.

Bercakap pada sidang media, hari ini, beliau menamakan masalah kebebasan institusi kehakiman dan kebebasan media di Tunisia dan Malaysia, sebagai titik persamaan utama kedua-dua negara itu.

“Sekiranya institusi kehakiman dan dasar media di Malaysia bebas tanpa dipengaruhi pihak penguasa, saya bersetuju kebangkitan rakyat di Malaysia mampu berlaku.

“Lebih-lebih lagi negara ini diperintah oleh penguasa zalim dan terpalit dengan sistem rasuah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan pada Seminar Critical Islam anjuran bersama Institut Kajian Dasar (IKD) dan Yayasan Selangor di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya, hari ini.

Ziauddin Sergar sehingga kini menghasilkan 45 buku termasuk ‘Kembali Ke Masa Depan; Syariat sebagai Metodologi Pemecahan Masalah’ terkenal terutama di negara Islam.

Beliau juga sering diundang dipelbagai program televisyen selain mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa kerana keberjayaan pemikirannya berkaitan isu Islam

Najib Habis Modal Tolak Debat, Kini Menuduh Anwar Sebagai Pengganas


Kini Najib ibarat pondan yang kehabisan modal. Takut cabaran debat Anwar, kini Najib menuduh Anwar sebagai pengganas. Sebenarnya Najib takut menikus untuk berdepan dengan Anwar di PRU 13. Cara baik atau jahat ianya tidak penting bagi Najib, seboleh-bolehnya Anwar mesti dihapus atau dipenjarakan. Baginya Anwar merupakan ikon kepada pembangkang dan mesti dimusnahkan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan kehilangan modal untuk menolak debat pelawaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini mengalihnya kepada isu kononnya Anwar pengganas.
Mengulas isu itu, Anwar semasa berceramah di Dataran Cikgu Mala dekat sini 29 Jmalam tadi berkata, Najib pada tahun 2010 telah bertemu dengan pemimpin Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan kononnya Anwar ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum ke-13.

Turut serta dalam ceramah tersebut ialah, Presiden PAS, Datuk seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengerusi KeADILan Johor, Dr Chua Jui Meng; Adun Sungai Abong, Dr Syed Ibrahim dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.

Anwar berkata, stesyen televisyen antarabangsa Cable News Network (CNN) telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayainya.

Jentera PAS optimis buat kejutan esok



Semoga Pas membuat kejutan dengan memenangi PRK kali ini, setelah membuat usaha terbaik dengan berbagai-bagai kempen, semua ahli-ahli Pas sama-sama berdoa kepada Allah kerana Allah yang menentukan segala-galanya. 

Zulkifli Sulong   

Sehingga minit-minit akhir kempen pilihan raya kecil Tenang, PAS masih optimis dapat membuat kejutan dalam pembuangan undi esok.

Pengarah Pilihan Raya PAS Dun Tenang, Salahudin Ayub (gambar) berkata, setelah membuat usaha terbaik, beliau telah meminta jenteranya dan semua ahli dan pimpinan PAS berdoa kepada Allah kerana hanya Dia yang berhak untuk menentukan segala-galanya.

Salahudin berkata demikian kepada Harakahdaily ketika dihubungi menjelang tengah malam 29 Januari iaitu menjelang tempoh kempen tamat sebelum pembuangan undi pilihan raya kecil esok.

Pembuangan undi bermula jam 8 pagi esok di 12 pusat mengundi yang mempunyai 32 saluran.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyeru penduduk di kawasan pilihan raya kecil Dewan Uundangan Negeri (DUN) Tenang menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah pagi bagi mengelak hujan lebat yang dijangka berlaku petang esok.

"Kita mahu pengundi turun mengundi di sebelah pagi...jangan tangguh-tangguh," katanya kepada pemberita selepas melawat dan memberi amanat kepada petugas SPR di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis hari ini.

Abdul Aziz berkata semua 12 pusat yang mempunyai 32 saluran mengundi adalah selamat daripada kemungkinan dilanda banjir kerana terletak di tempat tinggi

Cina nyanyi 'The moon is my heart' bersama Nizar



Berdoalah kepada tuhan agar pengundi-pengundi Tionghua memberi undi kepada PAS

Walaupun hujan lebat namun kira-kira 800 penduduk Cina pekan Labis setia mendengar ceramah yang diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi.

Yang menariknya, mereka dengan penuh ghairah turut menyanyi bersama Datuk Seri Nizar Jamaludin apabila beliau menyanyikan lagu Cina, "The moon is my heart" (Bulan adalah hatiku).

Walaupun jam sudah menunjukkan waktu 11.30 malam namun mereka masih setia mendengar ucapan demi ucapan dari para pemimpin DAP, PAS dan PKR di pusat operasi DAP di pekan Labis itu.

Di seberang jalan, MCA juga mengadakan majlis ceramah namun hanya kira-kira 30 penonton menyertainya.

Jika suasana sokongan ini boleh diterjemahkan dengan undi esok, nescaya calon Pakatan dari PAS, Cikgu Normala Sudirman akan mendapat majoriti undi Cina esok.

Teresa Kok yang turut berada di situ menyifatkan hujan yang turun ini umpama kerja tuhan membersihkan segala daki rasuah di atas bumi Labis ini.

Selain beliau, turut berada di situ adalah Teng Chan Khim dan Tony Pua.

Selain di kawasan Cina, Pakatan juga mengandakan ceramah di 15 kawasan malam ini walau dalam hujan lebat.

Berikut adalah gambar yang dirakamkan oleh jurugambar Harakah , Wan Zahari Wan Salleh.

Saturday, January 29, 2011

Mesir dan Tunisia: Bebaskan SPR dan media


Di dunia mana sekali pun ketegangan diantara rakyat dengan pemerintah adalah berpunca dari sikap pemerintah itu sendiri yang berlaku tidak adil dan bertindak zalim terhadap rakyat. Jika di Tunisia dan Mesir boleh berlakunya rusuhan, maka tidak mustahil di negara kita juga akan berlaku sedemikian rupa akibat tindakan zalim pemerintah. Hari ini sikap kerajaan pimpinan Umno-BN telah menutup segala ruang demokrasi di Malaysia dengan memberi cengkaman kepada media-media pembangkang. Begitu juga dengan SPR yang berat sebelah berlaku tidak adil dengan bertindak menyokong Umno-BN. Apabila pemerintah mencabul kehormatan demokrasi, rasuah berleluasa serta bertindak zalim kepada rakyat yang bersuara maka lama kelamaan kebangkitan rakyat akan tercetus suatu hari nanti 

PAS meminta pemerintahan BN segera membuka ruang demokrasi yang adil di Malaysia dengan membebaskan SPR dan media daripada cengkaman parti pemerintah seterusnya bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di padang yang sama rata.

"Kita tidak mahu situasi tegang sedemikian (di Mesir dan Tunisia sekarang) berlaku di negara ini," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya bagi mengulas apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir sekarang.

"Tetapi dunia membuktikan ketegangan di antara rakyat dan pemerintah itu berpunca daripada sikap pemerintah itu sendiri," kata Abdul Hadi.

Dah sah! pemimpin Umno memang bodoh



Malangnya dulu ramai pemimpin Umno yang mengakui Malaysia adalah negara Islam tapi sayang sekali mempunyai pemimpin yang jahil serta bodoh dalam hukum Islam. Tokoh-tokoh agama mereka pula menjadi syaitan bisu. Kini isu tidak mahu bersalam telah menjadi isu besar di PRK Tenang.. wahai pemimpin Umno, dalam Islam wanita muslim tidak boleh bersalam dengan lelaki samada lelaki Tionghua atau pun lelaki Islam. Justeru itu tidak menjadinya haram seorang wanita Islam bersalam dengan wanita Tionghua sebab mereka perempuan. Jika saudara sesama Islam pun wanita tidak boleh bersalam, sekira ianya lelaki. Dalam Islam lelaki tidak boleh bersalam dengan perempuan. Hukumnya haram.. 


WarkahDaily - Calon PAS, Normala binti Sudirman yang dikatakan enggan bersalam dengan lelaki ketika berkempen pilihanraya kecil Dun Tenang telah hangat diperkatakan.

Isu tidak mahu bersalam ini sebenarnya sengaja dimainkan oleh orang yang memang jahil agama Islam dan penerapan ajaran Islam dalam dirinya. Bagi orang Islam yang betul-betul beriman dengan Allah dan Rasul-Nya sudah pasti tidak merasa pelik dengan perkara ini kerana ianya memang ajaran Islam.

Rupa-rupanya, Allah SWT telah meletakkan satu hikmah disebalik kejadian itu. Allah SWT mahu memperlihatkan kepada masyarakat Malaysia secara khasnya dan dunia umumnya, betapa ramainya di kalangan kita yang masih lagi jahil dengan ajaran Islam yang dibawa nabi Muhammad SAW lebih 1432 tahun dahulu.

Namun yang malangnya, negara kita ini yang dahulunya diakui oleh beberapa pemimpin Umno yang jahil kononnya Malaysia negara Islam tetapi telah mempunyai pemimpin yang begitu teruk kearifannya dalam mengerti ajaran Islam. Bahkan lebihh sadis lagi, penasihat-penasihat agama mereka ini seolah-olah menjadi syaitan bisu yang sudah kekenyangan dengan upah tuannya.

Friday, January 28, 2011

MCA berkempen Guna Isu Perkauman, Agama Untuk Takutkan Orang Bukan Melayu

MCA cakap DAP sudah dimelayukan kerana gunakan bahasa Malaysia. Kita rakyat Malaysia, salahkah bercakap bahasa Malaysia? Itulah kempen bodoh yang masih diguna pakai dalam politik BN

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng isu yang dimainkan itu hanya bertujuan untuk mengalihkan pandangan rakyat terutama pengundi Dun Tenang kepada Umno.

Dalam sidang media di pekan Labis semalam, beliau menegaskan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP tidak mempergunakan antara satu sama lain.

Beliau yakin MCA akan terus mendendangkan lagu dengan mengatakan DAP adalah alat yang diperkudakan PAS untuk pengundi Cina.

"Umno pula akan kata PAS diperalatkan DAP kepada pengundi Melayu, saya nak tegaskan di sini PAS tidak peralatkan DAP, DAP tidak peralatkan PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat tidak peralatkan sesiapa," tegasnya.

Menurut beliau, perjuangan Pakatan Rakyat adalah untuk kebebasan, kebajikan, kebenaran, keadilan dan demokrasi untuk semua rakyat.

"Dia cakap DAP sudah diMelayukan kerana kita menggunakan bahawa Malaysia. Kita rakyat Malaysia kenapa tidak berckaap bahasa Malaysia, lagipun bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara," katanya.

Beliau mempersoalkan bagaimana MCA boleh mengatakan DAP salah kerana menggunakan bahasa Malaysia.

Umno Tolak Islam, Soi Lek Takutkan Bukan Islam, Nik Aziz Kecewa


Tok Guru Nik Aziz dukacita kerana Umno tolak Islam. Kalau MCA tolak Islam tidak pelik. Sebab MCA tidak faham Islam. Kalau MCA mempermainkan Islam tak apa sebab MCA tak faham tentang Islam. MCA tahu ke ajaran Islam? Kenapa MCA boleh cakap benda yang mereka tidak faham? Jika MCA tolak Islam sebab mereka bukan Islam. Tapi yang peliknya Umno pimpinan orang melayu sendiri tolak Islam. Orang Islam tolak Islam neraka jawabnya..

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini melahirkan rasa dukacita dengan Umno kerana menolak Islam dan gagal memahami konsep Islam walaupun mengaku sebagai parti orang Islam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu mempersoalkan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meneruskan agenda untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di kawasan itu.

Sehingga kini MCA terus-menerus membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Dia tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham? Usah cakap MCA tapi Umno pun cakap tolak Islam, ini masalah kalau dia faham mustahil dia tolak Islam. Islam ini menyeluruh dan komprehensif.

Penutupan ‘laman Rosmah’ di JPM bukti kerajaan takut


Jika benar kewujudan pejabat Rosmah di JPM, kenapa pula ianya harus ditutup? Mungkin Najib takut kewujudan pejabat itu  akan terus diketahui rakyat dan terpaksa berdiam diri seketika untuk mengelak beliau dari terus dikecam oleh rakyat.

Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin (bertudung merah jambu) berkata, penutupan laman Pejabat Wanita Pertama (FLOM) di Jabatan Perdana Menteri membuktikan kerajaan takut kewujudan pejabat itu didedah kepada umum.

Zuraida percaya halaman berkenaan dipadamkan kerana Najib mahu menyorok sesuatu dari pengetahuan rakyat berhubung pejabat itu. Namun katanya, tindakan itu sudah terlambat kerana rakyat sudah mengetahuinya.

“Saya yakin beliau ada sesuatu yang mahu disorokkan dengan menurunkan laman berkenaan. Malangnya, rakyat sudah jauh lebih cerdik sekarang ini maka tindakan sedemikian sudah dapat rakyat hidu dari awal lagi,” kata Zuraida.

Menurutnya, sekiranya benar kewujudan pejabat itu sah dari segi peraturan, mengapa Jabatan Perdana Menteri memadam laman berkenaan, yang turut menyenarai nama pegawai yang bertanggungjawab terhadap Rosmah.

“Sekiranya benar, mengapa kerajaan takut sehingga terpaksa menutup laman berkenaan? Jika tidak, mengapa Najib masih tidak menjawab,” soalnya.

 Umno-BN Digesa Henti Guna Taktik Kotor Ugut Pengundi Melayu

Siti Zailah Mohd Yusuff
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh PAS, kemenangan sudah berada di pihaknya jika pilihan raya ini diadakan secara demokratik. Umno -BN sudah tidak ada modal dalam politik sehingga sanggup mengunakan taktik kotor dengan membuat ugutan kepada pengundi-pengundi melayu supaya menyokong mereka. Umno-BN sanggup melakukan apa saja kepada pengundi melayu demi survival politiknya yang semakin penghujung.

Umno dan BN diakui sedang menekan para pengundi di Dun Tenang dengan menggunakan taktir kotor dengan membuat pelbagai ugutan kepada para pengundi di kawasan itu agar tidak menyokong PAS.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh para pengundi di kawasan itu ketika ditemui petugas-petugas PAS dalam kempen pilihanraya kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof menjelaskan, kebanyakan para pengundi yang menjadi mangsa ugutan itu terdiri daripada pengundi-pengundi Melayu terutama yang tinggal di kawasan Felda.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima oleh beliau daripada petugas-petugas PAS di Tenang, para pengundi terbabit sememangnya cenderung untuk menyokong PAS, tetapi mereka takut berbuat demikian disebabkan ugutan-ugutan daripada para pemimpin Umno atau BN yang dikenakan dalam pelbagai bentuk

Thursday, January 27, 2011

Guan Eng bidas MCA takutkan bukan Islam tentang Islam

.


"Dia tidak mahu kita tahu antara satu sama lain sebab mereka tidak mahu kita kenali Islam.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa MCA membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Tenang kerana mahu menghalang bukan Islam daripada mengenali Islam.


Beliau berkata tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” di kalangan bukan Melayu di Tenang terutamanya orang Cina.

“Dia (Dr Chua) tak mahu kita tahu antara satu sama lain, sebab itu tidak mahu kita kenali Islam.

“Memang itu yang mereka mahu, itu yang pemimpin MCA mahu.

“Ia penting, tapi kita tidak bimbang jika MCA gunakan isu negara Islam kerana isu ini dah digunakan sejak pilihan raya 2008 lagi,” katanya pada sidang media di sini.

Tolak Usul Bukti Umno-BN Makhluk Dua Alam



Apa yang berlaku di sidang tergempar DUN Selangor adalah mendukacitakan semua rakyat. Umno-BN tidak menyokong usul untuk mendaulatkan kuasa raja-raja, dimana mereka sendiri  melaung-laungkan untuk mempertahankan institusi raja-raja tapi semuanya donggeng dan sandiwara. Mereka sendiri menunjukan sikap hipokrit serta derhaka kepada raja-raja melayu. Memang benarlah pemimpin Umno-BN makhluk dua alam yang tidak boleh menjadi pemimpin malah merupakan makhluk perosak kepada sistem beraja.


Keengganan Adun Barisan Nasional Selangor untuk menyokong pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, khususnya pada Perkara 52(1) untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan telah mendedahkan sikap hipokrit mereka dalam laungan mempertahankan institusi raja di negara ini.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kiasannya berkata apa yang berlaku di sidang tergempar DUN Selangor Isnin lalu menunjukkan bahawa para pemimpin Barisan Nasional adalah makhluk dua alam yang tidak boleh dijadikan pemimpin.

Pakatan Rakyat sedar implikasi sebelum pindaan dibuat, namun dengan andaian bahawa Umno yang war-warkan isu penderhakaan pada raja akan kekal dengan prinsip tersebut; namun dengan apa yang berlaku jelas mereka adalah makhluk ‘dua alam’ yang tidak boleh dijadikan pimpinan, selar Tuan Ibrahim.

Tidak Mustahil Pakatan Menang Di Tenang- Penganalisis Politik

Dr Abu Hassan Hasbullah
Jika undi kaum cina menyebelahi Pakatan Rakyat sebanyak 82 paratus, tidak mustahil  untuk Pakatan Rakyat menang di Tenang. Sama-samalah kita doakan pada tuhan agar  pengundi kaum cina menyokong Pakatan Rakyat, menolak Umno-BN yang zalim dan munafik.

Pakatan Rakyat mampu membuat kejutan untuk memenangi kerusi Dun Tenang sekiranya mendapat sokongan padu pengundi Cina dan golongan muda dalam Pilihan Raya Kecil yang dijadual pada 30 Januari ini.

Demikian dinyatakan penganalisis politik, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang juga pengasas Zentrum Future Studies, sebuah badan bebas yang menjalankan kajian berhubung krisis masa depan.

Menurutnya, perkara itu tidak mustahil sekiranya Pakatan bekerja lebih keras untuk menarik sokongan kelompok berkenaan meskipun di saat-saat akhir menjelang hari pengundian.

“Pakatan boleh menang dengan cukup dramatik jika mendapat undi Cina sebanyak 82 peratus dan pengundi muda 82 peratus yang berusia 31 hingga 40 tahun. Jika momentum ini digembar-gemburkan tidak mustahil

Pakatan akan menang di Tenang,” katanya kepada Keadilandaily.
Menurutnya lagi, berdasarkan pemerhatiannya pada masa ini, peratus sokongan kedua-dua kumpulan berkenaan terhadap Pakatan Rakyat, masing-masing mewakili 42 peratus

Wednesday, January 26, 2011

Pas Ingatkan Umno Supaya Nasihatkan MCA Menghormati Islam


Umno sepatutnya perlu nasihatkan pemimpin MCA supaya menghormati Islam. Pemimpin pemimpin Umno mengaku mereka orang muslim tapi kenapa tidak tegurkan MCA  agar Jangan merendahkan martabat Islam. Kenapa pemimpin Umno biarkan Islam terus dicaci dan dihina? Pemimpin-pemimpin Umno dayus serta munafik sehingga sanggup gadaikan maruah Islam kerana kepentingan politik.

Pas meminta Umno mengingatkan rakannya dalam komponen BN seperti MCA dan Gerakan supaya menghormati hak Muslim berikutan isu bersalam yang ditimbulkan terhadap calon Pas di Dun Tenang, Normala Sudirman.

“Sepatutnya pemimpin Umno perlu ingatkan kawan mereka yang bukan Islam supaya hormati hak orang Islam sebagaimana orang Islam hormati hak orang bukan Islam.

“Kita tidak cemuh orang bukan Islam khususnya Cina yang makan babi misalnya kerana itu hak mereka dan banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh diambil,” kata Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Jelas Mustafa, keadaan itu berbeza sekali dalam Pakatan Rakyat apabila pemimpin bukan Islam dalam DAP dan KEADILAN cuba sedaya upaya memahami dan mendekati Islam.

Tuesday, January 25, 2011

PRK Tenang: Isu agama makan diri




Kami Wanita Muslim tidak boleh bersalam dengan lelaki samada lelaki muslim atau lelaki Tionghua tapi kami tidak ada masalah bersalam dengan perempuan Tionghua, sebab mereka perempuan. Jika kami saudara seIslam pun, kami tidak boleh bersalam dengan lelaki.

Kesilapan memilih isu ketika berkempen dalam sesuatu pilihan raya boleh membawa padah apabila isu yang dimainkan
mampu menjejaskan sokongan pengundi-pengundi kepada calon sendiri.

Lazimnya, pengundi-pengundi atas pagar adalah antara golongan yang prihatin atau lebih peka ketika menganalisa isu yang
diketengahkan oleh jentera parti berbanding penyokong tegar sesebuah parti.

Ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nageri (Dun) Tenang masuk hari ketiga hari ini, kempen BN yang mula menyentuh isu-isu berkaitan kepercayaan penganut agama Islam dianggap satu kesilapan yang mampu mengurangkan undi BN.

Dalam satu ceramah di hadapan pengundi-pengundi berbangsa Cina di sini baru-baru ini, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah membangkitkan pendirian calon lawan dari PAS, Normala Sudirman yang enggan bersentuhan tangan ketika bersalam dengan pengundi-pengundi lelaki.

Pindaan Perlembagaan Selangor Ditolak



Pindaan perlembagaan negeri Selangor, 34 anggota dari Pakatan Rakyat sokong, 20 wakil rakyat dari Umno-BN menolak. Ini menunjukan Umno-BN menolak pengembalian kuasa kepada Sultan. Sikap hipokrit dan khianat pihak Umno jelas melihat rekod mereka yang secara konsisten menafikan kuasa Raja-raja melayu semenjak tahun 1983, 1993 dan kini, 2011.


Usul pindaan perlembagaan negeri Selangor berhubung soal pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri tidak dapat diluluskan ekoran ketiadaan sokongan dua pertiga Dewan Undangan Negeri.

Usul itu mendapat sokongan daripada 34 anggota dari Pakatan Rakyat manakala 20 wakil rakyat Barisan Nasional menolak.

Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Pakatan Rakyat mempunyai 35 wakil rakyat termasuk Speaker Datuk Teng Chang Khim manakala wakil Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah telah diisytiharkan sebagai telah hilang kelayakan sebagai Adun.

Usul pindaan Perkara 52 (1) Undang-undang tubuh Kerajaan Selangor 1959 dibentangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pagi tadi.

Dalam twitter Menteri Besar Selangor dalam reaksi ini berkata "Hasil undi: 34 sokong, 20 tolak. BN menolak pengembalian kuasa kpd DYMM Sultan & Kerajaan Negeri. Usaha tadbir negeri dgn baik diteruskan."

Dalam satu kenyataan media, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penolakan usul ini juga membuktikan bahawa Umno yang sebenarnya tidak menghormati sama sekali institusi Raja-raja Melayu dan tetap menghalang Raja-raja Melayu daripada memainkan peranan yang sepatutnya dalam institusi Raja Berperlembagaan.

Sebenarnya Umnolah Yang Menjadi Penderhaka Kepada Sultan Dan Rakyat


Siapakah yang memansuhkan kuasa sultan? Adakah Pakatan Rakyat ? Jika kita masih ingat, Umnolah yang menghapuskan kuasa raja-raja melayu semasa krisis perlembagaan tahun 1993. Justeru itu Pakatan Rakyat cuba untuk mengembalikan kuasa raja dalam pindaan di sidang DUN. Jika Umno menolak, Umnolah yang sebenarnya menjadi penderhaka kepada Institusi Diraja 


Umno adalah penderhaka sebenar Sultan Selangor dan seluruh rakyat negeri Selangor kerana merampas kuasa Sultan Selangor dan kerajaan negeri dalam semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993, bukannya Pakatan Rakyat yang sedang bertungkus-lumus mengembalikan kuasa tersebut kepada Sultan dan kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohamad Azmin Ali berkata demikian dalam ucapan beliau semasa membahaskan rang undang-undang pindaan di sidang DUN Selangor petang tadi.

Kata beliau, Pakatan Rakyat tidak pernah merasakan kehadiran Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausah Kerajaan Negeri sebagai satu masalah tetapi masalah sebenar ialah Umno-BN memilih untuk melangkaui kerajaan negeri Selangor dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Yang kami timbulkan dalam perbahasan ini dengan mendapat perkenan Tuanku ialah cita-cita murni Datuk Menteri Besar untuk memperbetulkan sistem yang dirosakkan oleh Umno itu sendiri, itu sahaja!" tegas beliau.

Monday, January 24, 2011

Umno Dayus, Bersekongkol Dengan Chua Soi Lek Yang Mempersendakan Islam



Kita didik dan jelaskan asas Islam kepada mereka tetapi pemimpin Umno tidak melakukan perkara sama, mereka tidak didik MCA supaya memahami Islam, bahkan mereka turut sama dengan MCA mencaci dan menghina agama mereka sendiri.


Pemimpin Umno dayus kerana bersekongkol dengan Datuk Seri Chua Soi Lek yang mempersenda ajaran Islam dalam isu ‘sarung tangan’, semata-mata mahu meraih sokongan pengundi bukan Islam, kata Ketua Penerangan kerajaan Selangor, Badrul Amin Bahrom.

Katanya, kenyataan yang mempersenda pemakaian sarung tangan untuk berjabat dengan bukan muhrim, menggambarkan kejahilan Presiden MCA walaupun berpuluh-puluh tahun menganggotai komponen Barisan Nasional (BN) yang dianggotai pemimpin beragama Islam.

“Soi Lek tidak berhak campur tangan dalam urusan agama. Sepatutnya pemimpin Umno ajar beliau mengenai hukum Islam tetapi nampaknya pemimpin Umno pula menyokong Soi Lek yang mempersenda Islam,” katanya kepada KeadilanDaily.com

Anuar Bersedia Hadapi Politik Londeh Najib

tenang by election 220111 anwar speech 01


Deman pun, saya mampu debat. Tak apa saya telan Panadol. Kita debat. Deman pun saya mampu debat. Insya-Allah. Sekiranya Najib memilih tidak bercakap berkaitan ekonomi dan meneyentuh peribadi, beliau juga berdedia menyahut cabaran tersebut.


Memulakan kempen pertamanya dalam pilihan raya DUN Tenang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahu berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rancangan 100 Pakatan Rakyat sekiranya menawan Putrajaya.

Mengulas sindiran Najib bahawa Anwar akan demam, dengan nada tegas, ketua pembangkang membidas bahawa beliau akan tetap hadir walaupun diserang penyakit itu.

“Kenapa (beliau) tidak mahu (berdebat)? Kenapa tidak berani? Kenapa menjawab dengan menghina saya. Oh, kalau saya jawab, saya ada maklumat, saya akan londehkan Anwar dan demam,” katanya Anwar mengajuk kenyataan Najib.

“Tak apa, saya telan Panadol, kita debat. Tak apa, deman pun saya akan hadir. Demam pun saya mampu debat. Insya-Allah,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan sulungnya di Felda Tenang malam semalam.
Malah katanya, sekiranya Najib yang juga presiden Umno memilih tidak bercakap berkaitan ekonomi dan menyentuh peribadi, beliau juga bersedia menyahut cabaran tersebut.

Apa Tunggu Lagi.. Bagi Roboh Itu Umno !!!


"Ramai orang susah sekarang. Macam saya, bawa teksi, hanya cukup makan dan sewa rumah.Harga barang naik melambung. Saya nak bagitau you, jangan takut tukar kerajaan. Lima tahun saja. Kalau tak puas hati, tukarlah balik. Lima tahun bukan lama, sekejap saja. Kalau boleh tunggu 50 tahun BN perintah, kenapa takut nak cuba kerajaan baru.. untuk lima tahun saja. Nak undi apa pun tak apa. Tak kira PAS, KeADILan atau DAP, asal jangan UMNO sudahlah.". - Luahan seorang pemandu teksi

Bacalah dengan tenang luahan hati seorang pemandu teksi berbangsa Tionghua di Malaysia tentang situasi negaranya yang ditadbir oleh UMNO/BN ketika ini. Pernyataan yang akan anda baca penuh bersahaja dan ikhlas. Hebat, walaupun diungkapkan oleh individu marhaen. Saya memungutnya dari catatan Kadir Jasin.

"Ramai orang susah sekarang. Macam saya, bawa teksi, hanya cukup untuk makan dan sewa rumah. Harga barang-barang naik melambung. Tapi lagi sakit hati saya apabila pemimpin kerajaan bandingkan harga dengan negara luar. Betullah, harga di sana lebih murah, tapi gaji mereka jauh lebih tinggi, berkali-kali ganda. Janganlah ingat kita ini bodoh.

"Malaysia ini cukup kaya. Jauh lebih kaya, dua tiga kali ganda daripada Singapura. Tapi you tengoklah sendiri, siapa yang senang? Duit tak sampai kepada rakyat. Orang berkuasa yang sapu. Siapa yang kaut semua? Sekarang, gaji di Singapura jauh lebih tinggi daripada kita walaupun negara kita sebenarnya lebih kaya.

Kabinet Najib Jadi Pemimpin Lebai Malang, Lebih Malang Menjadi Perdana Menteri Yang Pengecut Untuk Berdebat




Malangnya Najib, cuba alih isu debat ke isu liwat.  Kes liwat tidak ada kena mengena dengan masalah yang Anwar bangkitkan. Sepatutnya Najib jawab masalah yang Anwar bangkitkan bukan lari dari masalah yang dibangkit.  

.PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak menerima debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, jangan banyak helah dan cuba mengalih isu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Anwar sudah mengemukakan fakta mengenai kemampuan Pakatan Rakyat jika diberi mandat untuk memerintah.

Katanya, sumber yang Pakatan Rakyat perolehi dengan memerangi rasuah yang menyebabkan negara rugi RM28 bilion setahun dan memotong balik RM19 bilion subsidi yang diberikan kepada IPP.

Tambahnya, subsidi untuk rakyat RM10 bilion akan diberi semula supaya minyak dan makanan dapat dikawal dan menstruktur semula tol di Malaysia dengan kos RM23 bilion dan elaun tambahan kepada guru RM3.2 bilion setahun.

Menurutnya, jika dijumlah dengan anggaran pendapatan hasil daripada memerangi rasuah dan memerangi kroni ialah RM47 bilion dan perbelanjaan hanya RM32.2 bilion, maka Pakatan Rakyat mampu malahan lebihan.

Ini, tambahnya tidak masuk lagi hasil balak, minyak, sawit dan sebagainya di mana sekarang rakyat hendak dengar hujah Datuk Najib yang kata kalau laksana janji Pakatan Rakyat maka negara akan bankrap.

“Malangnya Datuk Najib cuba mengalih isu debat kepada isu liwat.

Sunday, January 23, 2011

Kenyataan Presiden MCA Bersifat Rasis Yang Tidak Hiraukan Kesejahteraan Kaum

Jika kita lihat pemimpin-pemimpin Umno berpolitik apabila jumpa orang-orang melayu, mereka kata PAS jadi kuda tunggangan DAP. Umno tak ada modal untuk menarik orang melayu sokong mereka terpaksa guna isu perkauman. Apabila Chua pergi jumpa orang -orang cina, Chua terikut-ikut rentak Umno dengan mengatakan DAP jadi kuda tunggangan PAS. Ini adalah  cara politik sempit yang ketinggalan zaman. Chua ikut cara politik Umno membuta tuli

Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman atau dikenali sebagai Cikgu Mala berhubung isu bersalam antara bukan muhrim dikecam oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang jelas untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam.

Umno-Barisan Nasional dilihat kalut dan tertekan untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina yang dilihat semakin berkurangan di Tenang yang memaksa bekas menteri itu menghamburkan kata-kata berbentuk perkauman.

Bercakap kepada media semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali menyifatkan kenyataan pemimpin parti komponen Barisan Nasional itu hanya untuk memainkan politik perkauman.

Justeru kata beliau, Chua adalah contoh terbaik pemimpin Umno-Barisan Nasional yang tidak menghiraukan kesejahteraan sesama kaum asalkan parti itu berjaya memerintah.

Pengundi Tenang Harus Berani Membuat perubahan



"Alhamdulillah, Allah bagi satu keberanian untuk beliau membuat satu perubahan kerana beliau telah iltizamkan dalam dirinya perjuangan ini untuk mencari keredhaan Allah. Pengundi Tenang seharusnya berani membuat perubahan untuk mencari kebenaran dan keadilan. Selagi Umno-BN berkuasa perasuah dan kezaliman akan terus berlaku   


Pengundi di DUN Tenang diyakini berani membuat perubahan dengan memberi undi kepada PAS seterusnya menambahkan kerusi Pakatan Rakyat di Dun Johor, kata Calon PAS DUN Tenang Normala Sudirman.

Normala juga menyatakan keazaman untuk membawa suara wanita ke Dun Johor dan mengajak para guru untuk membuat perubahan.

"Saya yakin pengundi mampu dan berani membuat anjakan paradigma dan sebenarnya pencalonan ini satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan wanita khususnya dan mewakili seluruh golongan pendidik di Malaysia.

"30 Januari ini pengundi di Dun Tenang akan membuat satu kejutan dan perubahan demi kelangsungan masa depan anak bangsa dan membawa permasalahan mereka ke Dun Johor dan menjadikan tujuh kerusi untuk Pakatan Rakyat di Dun Johor," kata beliau pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis, dekat sini hari ini.

Normala juga berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul amanah dalam memberikan khidmat kepada rakyat khusunya di Dun Tenang.

Ribuan penyokong Pakatan Rakyat banjiri Labis



Semoga ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir dapat memberi perangsang dan semangat baru kepada pengundi-pengundi Tenang memilih calon Pas. Sama-samalah kita berdoa pada tuhan agar kemenangan berpihak kepada kita, menolak Umno-BN yang zalim dan rasuah.   

Ribuan penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya Kecil Tenang.

Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang kempen pilihan raya ini.

Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.

Perarakan calon bermula seawal jam 8.20 pagi menuju pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Majlis Daerah Labis yang terletak kira-kira 2 km dari situ. Ketika itu, kira-kira 5,000 orang menyertainya.

Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.

Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.-Harakahdaily

Saturday, January 22, 2011

Kritikan Melayu Singapura terhadap Mahathir memalukan



Apa Kata melayu Singapura terhadap Mahathir. "Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud. tapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dasyat lagi buang bayi. Mat rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan." "Orang melayu Singapura maju tanpa menagih subsidi"...


Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf menganggap kritikan Melayu Singapura terhadap Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai memalukan dan menyerlahkan realiti sebenar kegagalan Mahathir mengangkat martabat Melayu di negara ini.

“Kenyataan Dr Mahathir sebelum ini menunding jari mengatakan Melayu Singapura terpinggir tidak berasas kerana beliau sendiri gagal membela orang Melayu termasuk lah Melayu di Pulau Pinang yang sehingga hari ini bergelut dengan kemiskinan disebabkan dasar Umno-Barisan Nasional.

“Ibarat kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak,” ujarnya.

Alasan Najib tidak mahu debat mengecewakan


Jika benar Najib mempunyai maklumat sebagaimana yang beliau katakan boleh mematahkan hujah Anwar, bagilah pandangan dalam debat itu untuk mematahkan hujah Anwar supaya dapat dinilai oleh rakyat. Mereka bukan bodoh  untuk menilaikan yang mana betul dan salah. Rakyatlah yang menjadi hakim. Untuk mengelak dari berdebat dan mengalih pandangan kepada masalah peribadi Anwar adalah kenyataan seorang Perdana Menteri yang tidak matang dan penakut. Jika beliau seorang pemimpin yang bijak nescaya Najib sahut seruan Anwar. Saya berani membuat andaian, seratus tahun lagi pun  Najib tidak akan terima cabaran Anwar, hendak berdepan muka kemuka pun Najib takut, apalah lagi nak berdebat.. percayalah..

Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli (gambar) menyifatkan, jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendebatkan isu ekonomi negara sangat-sangat mengecewakan.

Bahkan, kenyataan berbaur ugutan yang dibuat oleh PM amat memalukan dan menjatuhkan imej beliau di mata rakyat dan masyarakat umum termasuk antarabangsa, katanya.

Bagi beliau, pelawaan tersebut berpunca daripada komen PM mengenai Janji 100 hari Pakatan Rakyat Memerintah yang merupakan tawaran yang sangat wajar buat rakyat negara ini.

Friday, January 21, 2011

Pengundi Tenang diajak tinggalkan Umno BN, Undi PAS Demi Perjuangan Islam



Kepada pengundi-pengundi Tenang, tinggalkan Umno-BN parti sekular yang khianat kepada rakyat, perasuah dan zalim.."Saidina Omar yang jahat terkenal dengan garamnya memusuhi Islam akhirnya menerima Islam dengan kehendak allah. Justeru itu, pengundi-pengundi Tenang, pilihlah PAS untuk kebaikan Islam dan rakyat.  

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengajak pengundi Tenang meninggalkan Umno dan BN pada pilihan raya kecil Dun itu 30 Januari ini.


Menurutnya, walaupun Johor adalah kubu Umno, namun tidak bererti perubahan tidak boleh dilakukan demi untuk perjuangan Islam.

Katanya, sewaktu PAS bergabung dengan Umno lagi negeri itu telah kuat dengan parti itu sehinggakan tidak memberi peluang pada calon PAS untuk bertanding sedangkan negeri lain dibenarkan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya kelmarin ketika ketika diminta mengulas pilihan raya kecil Dun berkenaan.

Najib wajar sahut cabaran Anwar



 Anwar ingin berdebat dengan Najib mungkin terselit kebenarannya. Kenapa Najib harus takut dan hanya berani membuat kenyataan-kenyataan yang negatif terhadap Anwar  melalui media dan TV.  Apabila Anwar mengajak berdebat berbagai-bagai alasan yang diberi oleh Najib sehingga soal peribadi Anwar diungkitkan. Sepatutnya Najib sahut cabaran Anwar memandangkan debat ini dapat memberi manfaat untuk semua rakyat. Dalam debat ini, rakyat akan mendapat maklumat yang benar dan tepat bagi menentukan siapa pemimpin yang boleh membawa kebaikan untuk masa depan rakyat dan negara. Hanya dengan berdebat saja dapat rakyat lihat siapa yang lebih matang dalam menguruskan negara apabila pilihanraya  diadakan, samada untuk memilih Pakatan Rakyat atau Umno-BN. Mungkin Najib sendiri tidak yakin dengan kebolehannya untuk berdepan dengan Anwar serta Najib dapat mengagak jika beliau berdebat dengan Anwar, banyak keburukan yang akan dihadapinya daripada kebaikan. Jika dilihat ketokohan antara Anwar dan Najib,  Anwar lebih berwibawa dalam ketokohannya sebagai seorang pemimpin yang berprinsip dan berkobolehan. Sampai kiamat pun Najib tidak akan menyahut seruan Anwar. Percayalah..
Suhaimi Mokhtar  
Jangka hayat Barisan Nasional (BN) terutama parti dominannya, Umno yang menjadi komponan terbesar, tidak pernah menghadapi cabaran sehebat cabaran mutakhir ini,sebaik sahaja selepas pilihanraya 2008.

Umno bersama komponen partinya yang berjumlah 14 pertubuhan politik termasuk di Sabah dan Sarawak memerintah negara dan menguasai Kerajaan Pusat sejak merdeka pada 1957 sehingga kini dan cabaran yang dihadapinya tidaklah segenting selepas pilihanraya yang ke-12 yang lalu.

Umno selamanya menghadapi cabaran dan saingan dari PAS dan dalam pilihanraya-pilihanraya sejak 1959 PAS telah memberi saingan hebat hingga dapat menguasai dua buah negeri di Pantai Timur Semenanjang apabila PAS dapat membentuk kerajaan di Kelantan dan Terengganu.

Tetapi Kerajaan PAS di Terengganu hanya mampu bertahan selama dua tahun apabila Umno dengan manipulasi politik kotor dan jijik menguasai semula kerajaan negeri melalui undi tidak percaya di Dewan Negeri yang terkenal dengan peristiwa lompat parti menyebabkan kerajaan pimpinan PAS yang diketuai Menteri Besar Daud Abdul Samad tumbang.

Adun Merlimau Meninggal Dunia, Satu Lagi Pilihan Raya Kecil Bakal Diadakan


Satu lagi Pilihan Raya Kecil akan diadakan. Semoga rohnya diletakkan  bersama-sama orang yang soleh. Al-Fatihah..

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 8.10 malam ini.

Beberapa portal berita sejak petang tadi sedang mengikuti rapat perkembangan kesihatan Allahyarham selepas ada laporan mendakwa beliau telah meninggal dunia petang tadi.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidakselesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat bagi menentukan satu lagi Pilihan Raya Kecil dalam masa terdekat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi.

Mohamad Hidhir mendapat 4,981 manakala Jasme Tompang mendapat 2,827


  HarakahDailyNet

Thursday, January 20, 2011

Kerana Takut Berdebat, Najib Guna Serangan Peribadi Terhadap Anwar Ibrahim

Kenapa Najib takut berdebat dengan Anwar. Najib sendiri tidak yakin dengan kebolehannya. Takut berdebat,  isu peribadi Anwar dibangkitkan. Jika isu peribadi, Najiblah yang lebih banyak  isu peribadi yang boleh Anwar bangkitkan. Tapi Anwar tidak buat begitu kerana isu rakyat lebih penting. Najib guna serangan peribadi hanya sebagai helah untuk mengelak berdebat dengan Anwar. Tektik begini tidak sebagai anak jantan dan hanya politik murahan. Lempar batu sembunyi tangan. Tak layak menjadi seorang Perdana Menteri yang penakut.
Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan serangan peribadi merupakan helah untuk mengelak berdebat dengan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, beliau menganggap Najib tidak menunjukkan sikap “gentle man” apabila menggunakan taktik politik murahan yang jelas merupakan fitnah terhadap Anwar, bagi mengalih perhatian dalam isu debat tersebut.

“Saya terkejut mendengar ucapan Perdana Menteri yang menyuruh Datuk Seri Anwar menyelesaikan “masalah peribadi” sebelum mengajaknya untuk berdebat. Saya pasti Najib sebenarnya sengaja mengelak kerana pelawaan berdebat tersebut adalah berkaitan dengan isu ekonomi rakyat yang semakin teruk sekarang ini,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Rafizi merasakan sikap Najib yang banyak berdolak-dalik itu sebenarnya menunjukkan beliau membuka pekung di dada sendiri kerana mengalih perhatian isu debat itu kepada isu lain.

“Kenapa isu peribadi yang dibangkitkan, kalau mahu bercerita mengenai peribadi, saya rasa soal peribadi Najib lagi banyak yang boleh kita bangkitkan. Tetapi kita di Parti Keadilan Rakyat tidak mahu berbuat demikian kerana isu rakyat lebih penting yang patut didahulukan.

Speaker Selangor Isytihar, DUN Pelabuhan Klang kosong

Speaker Teng Chan Khim
"Menurut Fasal 69, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, jika seseorang Ahli Dewan Negeri itu tidak hadir dalam masa 6 bulan, maka kerusi tersebut diisytiharkan kosong. Kerusi sudah kosong dan jika mengikut Undang-Undang Tubuh, pihak SPR dikehendaki mengadakan pilihan raya kecil.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelabuhan Klang kosong.

Ianya berikutan kegagalan Adunnya, Badrul Hisham Abdullah hadir ke persidangan Dun dalam tempoh 6 bulan bermula 15 Julai 2010 hingga 15 Januari lalu.

Berikutan itu beliau mengisytiharkan kerusi itu kosong mengikut Fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Menurut Fasal 69, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, jika seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri itu tidak hadir dalam masa 6 bulan, maka kerusi tersebut diisytiharkan kosong,” kata Teng pada sidang media di Dewan Annex, dekat sini hari ini.

Wednesday, January 19, 2011

Rosmah Terus Derhaka Kepada Permaisuri Agong, Mengaku Wanita Pertama


Zuraida Kamaruddin
Malaysia diperintah oleh seorang Queen Control. Ini menujukkan suaminya Najib seorang Perdana Menteri yang dayus dan lemah untuk mentadbir negara  


Apabila merujuk kepada Direktori, laman web Pejabat Perdana Menteri (www.pmo.gov.my/directory) rakyat akan dapat melihat bahawa wujud satu divisyen yang dinamakan FLOM Division iaitu singkatan buat First Lady of Malaysia Division atau Divisyen Wanita Pertama Malaysia

Ini menimbulkan 1001 pertanyaan dan keraguan kerana daripada mana sumber kewangan divisyen FOLM ini diperolehi? Dan berapakah peruntukan dan perbelanjaan FLOM Division ini? Divisyen yang diluluskan tampa pengetahuan ini layak dilabel “divisyen haram”.

Wanita KEADILAN memandang serius isu ini dan menganggap kewujudan divisyen haram ini sebagai suatu lagi penderhakaan terbesar Rosmah Mansor selaku isteri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, selepas sewenangnya menggunakan gelaran Wanita Pertama yang nyata menghina maruah Raja Permaisuri Agong, Sultanah Nur Zahirah.

Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda


"Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak terampun! Poodahhhh,

Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri.

Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali.

"Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya.

Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini.

Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu.

Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau.

Namun, lain-lain pihak tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kenyataan Ummi itu sehinggalah reaksi dibuat oleh Azwan Ali ini.

Harakahdaily

Anwar Sekali Lagi Mencabar Najib Agar Berdebat Dengannya


Jika Najib anak jantan dan ada maruah beliau harus menerima cabaran Anwar untuk berdebat . Tak guna Najib berkukok di sana sini melalui media hanya untuk menafikan kenyataan Anwar berhubung 100 hari Pakatan Rakyat memerintah yang terkandung dalam Buku Jingga. Sememangnya Najib penakut dan tidak ada hujah untuk berdebat dengan Anwar.
Lalu berbagai-bagai alasan dan dolak dalih yang diberikan. Jika beliau ada hujah tentu beliau berani berdepan dengan Anwar. Harap-harap Najib jangan jadi pondan serta menerima pelawaan Anwar bagi memberi maklumat yang tepat kepada rakyat agar rakyat dapat menilai hujah mana yang bodoh dan boleh diterima pakai.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mengulagi cabaran debatnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kedudukan ekonomi dan fakta dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Difahamkan Anwar telah menghantar surat cabaran keduanya tersebut kepada Najib hari ini, selepas seminggu menunggu jawapan dari cabaran terbuka yang diutarakan minggu lalu.

Dalam satu salinan surat tersebut yang dihantar kepada Harakahdaily, Anwar memaklumkan beliau mahu sekali lagi menjemput Najib untuk berdebat secara terbuka berkaitan isu sama.

"Hutang negara juga telah melonjak lebih dari 50% buat pertama kali dalam sejarah. Perbahasan ini ternyata mustahak dan berkepentingan umum," kata Anwar dalam surat tersebut.

Najib sebelum ini mendakwa tawaran 100 hari pakatan Rakyat yang terkandung dalam Juku Jingga tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, populis dan akan memufliskan negara.

Ekoran itu, Anwar mempelawa Najib agar berdebat secara terbuka berhubung perkara itu, pada satu sidang media khas minggu lalu.

"Kami menyangkal tohmahan tersebut kerana belum berlaku dalam sejarah sesebuah negara itu muflis apabila melaksanakan tatakelola yang baik dan berusaha meringankan beban rakyat," petik surat itu lagi.

Sehubungan itu katanya, Najib diharap menerima pelawaan tersebut bagi memberi maklumat tepat kepada rakyat agar mereka mampu membuat penilaian yang sebenar.

Tuesday, January 18, 2011

Ummi Hafilda sekadar jadi boneka Umno-BN


Inilah rupanya perempuan sunda yang terang-terang buat kenyataan untuk membantu jentera Umno-BN dalam PRK Tenang. Perempuan sunda ini hanya layak menjadi boneka Umno-BN.  Tidak pernah rasa menyesal dan insaf diatas dosa-dosanya terhadap Anwar. Jika kesenangannya di dunia dengan kemewahan yang diberikan Umno tapi beliau seharusnya ingat bahawa sisa-sisa hidupnya tidak akan tenang dan senang. Akhirnya ia tetap akan menemui tuhan dilubang kubor dengan penuh seksa. Percayalah....

Kemunculan Ummi Hafilda ke pentas politik negara dengan mengemukakan saman terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, jelas menggambarkan bahawa ‘pelakon veteran 1998′ itu hanya menjadi boneka Umno-Barisan Nasional (BN), kata Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia, Siti Aishah Shaik Ismail.

Aisyah menganggap perbuatan Ummi itu, menjatuh dan merendahkan martabatnya sebagai wanita selepas muncul dalam siri konspirasi fitnah terhadap Anwar Ibrahim 13 tahun lalu.

“Kita tidak mahu sentuh rekod buruk dia sebelum ini. Tetapi perbuatan Ummi Hafilda jelas menunjukkan kedangkalannya. Kenapa baru sekarang muncul? Ke mana dia menghilang? Adakah dia mahu membuktikan bahawa dirinya sekarang ‘bersih’?

Monday, January 17, 2011

Gembleng blogger Pakatan hadapi PRU 13


Dunia seorang blogger ada dosa dan pahala dan ada kaitan dengan syurga dan neraka serta akan ditanya kelak oleh tuhan di akhirat dengan apa  yang ditulis dalam blog masing-masing

Tidak ada satu perkara yang paling diharapkan daripada dunia blogger Pakatan Rakyat melainkan untuk melihat BN dan Umno disungkurkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang dan PRU 13 akan datang.

Justeru, Drs Khalil Idham Lim mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dengan kejayaan kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Majlis Mesra Menteri Besar Kelantan Bersama Blogger Pakatan yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.

“Sebenarnya saya adalah antara orang yang sentiasa menunggu program seumpama ini bagi memastikan orang seperti kami yang duduk di hadapan komputer di mana sahaja kami berada dihargai bukan dengan kalimat yang tinggi menggunung namun sanggup dipanggil untuk bertatap muka dan diberikan sedikit makanan pengalas perut walaupun setahun sekali, itu rasa sudah memadai,” ujarnya yang mengendalikan blog Cina Islam.

Sebab itu, beliau pernah mengeluarkan pandangan menyokong saudara blogger Milosuam bahawa blogger Pakatan Rakyat semacam tidak digembleng tenaga mereka secara terancang dan bersepadu untuk menghadapi gelombang blogger Umno yang nampak terancang dan dirancang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...