Kenapa Najib takut berdebat dengan Anwar. Najib sendiri tidak yakin dengan kebolehannya. Takut berdebat, isu peribadi Anwar dibangkitkan. Jika isu peribadi, Najiblah yang lebih banyak isu peribadi yang boleh Anwar bangkitkan. Tapi Anwar tidak buat begitu kerana isu rakyat lebih penting. Najib guna serangan peribadi hanya sebagai helah untuk mengelak berdebat dengan Anwar. Tektik begini tidak sebagai anak jantan dan hanya politik murahan. Lempar batu sembunyi tangan. Tak layak menjadi seorang Perdana Menteri yang penakut.
Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan serangan peribadi merupakan helah untuk mengelak berdebat dengan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, beliau menganggap Najib tidak menunjukkan sikap “gentle man” apabila menggunakan taktik politik murahan yang jelas merupakan fitnah terhadap Anwar, bagi mengalih perhatian dalam isu debat tersebut.
“Saya terkejut mendengar ucapan Perdana Menteri yang menyuruh Datuk Seri Anwar menyelesaikan “masalah peribadi” sebelum mengajaknya untuk berdebat. Saya pasti Najib sebenarnya sengaja mengelak kerana pelawaan berdebat tersebut adalah berkaitan dengan isu ekonomi rakyat yang semakin teruk sekarang ini,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Rafizi merasakan sikap Najib yang banyak berdolak-dalik itu sebenarnya menunjukkan beliau membuka pekung di dada sendiri kerana mengalih perhatian isu debat itu kepada isu lain.
“Kenapa isu peribadi yang dibangkitkan, kalau mahu bercerita mengenai peribadi, saya rasa soal peribadi Najib lagi banyak yang boleh kita bangkitkan. Tetapi kita di Parti Keadilan Rakyat tidak mahu berbuat demikian kerana isu rakyat lebih penting yang patut didahulukan.
Sementara itu, beliau tidak menolak serangan peribadi terhadap Anwar adalah satu cara untuk merosakkan sokongan rakyat terhadap Ketua Umum Keadilan kerana Najib sedia maklum mengenai pengaruh Anwar yang begitu kuat di kalangan rakyat terutama orang-orang Melayu.
“Najib sengaja mahu meruntuhkan sokongan dan kepercayaan rakyat dengan sogokan cerita tersebut di hadapan penduduk Felda semasa ucapannya di Felda Chempelak semalam. Seperti yang kita maklum, pengaruh Anwar begitu kuat sehingga menyebabkan Najib tidak mempunyai alasan lain selain isu peribadi yang terpaksa dibangkitkan sebagai modal untuk berkempen sempena Pilihan Raya Kecil DUN Tenang hujung bulan ini,” katanya.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan kewibawaan Najib yang sehingga kini gagal memberi penjelasan mengenai keadaan ekonomi negara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.
“Sebenarnya Najib tidak mempunyai jawapan berhubung soal ekonomi yang semakin merudum kerana terlalu banyak cerita yang dijajanya mengatakan ekonomi negara semakin meningkat, walhal masalah ekonomi yang ditanggung negara adalah sebaliknya.-
KeadilanDaily
.
No comments:
Post a Comment