Kita didik dan jelaskan asas Islam kepada mereka tetapi pemimpin Umno tidak melakukan perkara sama, mereka tidak didik MCA supaya memahami Islam, bahkan mereka turut sama dengan MCA mencaci dan menghina agama mereka sendiri.
Pemimpin Umno dayus kerana bersekongkol dengan Datuk Seri Chua Soi Lek yang mempersenda ajaran Islam dalam isu ‘sarung tangan’, semata-mata mahu meraih sokongan pengundi bukan Islam, kata Ketua Penerangan kerajaan Selangor, Badrul Amin Bahrom.
Katanya, kenyataan yang mempersenda pemakaian sarung tangan untuk berjabat dengan bukan muhrim, menggambarkan kejahilan Presiden MCA walaupun berpuluh-puluh tahun menganggotai komponen Barisan Nasional (BN) yang dianggotai pemimpin beragama Islam.
“Soi Lek tidak berhak campur tangan dalam urusan agama. Sepatutnya pemimpin Umno ajar beliau mengenai hukum Islam tetapi nampaknya pemimpin Umno pula menyokong Soi Lek yang mempersenda Islam,” katanya kepada KeadilanDaily.com
.
Badrul Amin turut membandingkan gelagat Soi Lek dengan pemimpin bukan Islam dalam Pakatan Rakyat yang lebih memahami dan menghormati hukum Islam serta peka terhadap sensitiviti agama walaupun ia kerap dimanipulasi media arus perdana.
“Kita didik dan jelaskan asas Islam kepada mereka tetapi pemimpin Umno tidak melakukan perkara sama, bahkan mereka turut sama mencaci dan mengeji agama mereka sendiri.
“Saya tidak hairan Soi Lek mempersoal pemakaian sarung tangan kerana beliau hanya mengikut pelakuan pemimpin Umno yang kerap mengutuk Islam,” katanya.
Beliau juga menganggap Presiden MCA itu tidak layak untuk menjuarai isu moral sehingga melibatkan agama individu lain kerana beliau sendiri terpalit dalam skandal seks yang diakuinya sendiri.
“Soi Lek perlu cermin diri sebelum pandai mengkritik orang lain. Beliau sendiri pernah mengaku
mengenai isu skandal seks beberapa tahun dahulu.
Keadilandaily
No comments:
Post a Comment