Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Monday, January 3, 2011
KSN Sengaja Belakangkan Etika Professional Pegawai Tinggi Kerajaan
KSN Pengkhianat, Tidak Mengikut Proses Pemilihan Yang Telah Ditetapkan Bagi Memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Selangor kesal dengan sikap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang dengan sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu.
Pemilihan Dato’ Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, KSN telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat Pusat dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan Menteri Besar sebelum diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk diperkenan.
Selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat Pusat untuk proses dokumentasi pelantikan.
Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah sewajarnya dengan membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai Speaker Dewan Negeri Selangor, Dato’ Teng Chang Khim untuk menemuduga semua lapan calon yang dicadangkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
Jawatankuasa itu telah memilih tiga calon terbaik berdasarkan jasa-jasa mereka selain kriteria yang diperlukan bagi mengisi jawatan strategik dan paling kanan dalam pentadbiran awam Kerajaan Negeri Selangor.
Ketika mengumumkan pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin Munawi, Ketua Setiausaha Negara bukan saja membelakangkan Menteri Besar malah mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.
Perlu dinyatakan di sini, tindakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu bukan sahaja melanggar Perlembagaan, tidak bertanggungjawab serta tidak profesional malah boleh dianggap bermotifkan politik; sebagai salah satu usaha untuk mencabar kredibiliti Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Lebih merunsingkan saya, tindakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan tersebut telah menghantar mesej yang tidak sihat iaitu kemampuan dan pengalaman bukan keutamaan dalam mempromosikan kenaikan pangkat pegawai kerajaan. Mesej ini sangat bahaya apatah lagi sememangnya perkhidmatan kerajaan acap kali dikritik sebagai tidak efisyen.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment