Monday, December 31, 2012

Isu Deepak, Kementerian Pertahanan dan LTAT pula menjadi hangat


Pilihan raya semakin hampir. Najib dan kumpulannya dalam UMNO sedang berperang menutup keterlaluan perbuatan dan Deepak sedang menjadi orang yang sedang menggemparkan negara sekarang ini. Isu Altantuya dan Scorpene kini merebak kepada isu bagaimana Kementerian Pertahanan, LTAT dan Raja Ropiah telah diketahui umum. Semua pihak yang bergaduh akan mendapat habuan, jika dicampur-campurkan ia melibatkan ratusan jutaan ringgit.

Dalam isu yang terkini, bekas anggota tentera yang jumlahnya ratusan ribu orang pula yang menyelamatkan mereka (pemimpin) padahal mereka melakukan jenayah dan salah laku ekonomi ini. Sesungguhnya isu sekarang terbukti, jika melakukan konspirasi kerja kotor dan jenayah akhirnya ia akan terbongkar juga dan rakyatlah yang menjadi mangsa di atas salah laku mereka itu. UMNO dan BN tidak habis-habis dan serik dengan perlakuan kotor yang bersifat jenayah ini.

Selangor mahu selamatkan tanah LTAT dari ditipu pemimpin Umno


Dato’ Menteri Besar Selangor memandang serius laporan susulan pendedahan oleh Deepak Jaikishan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual lebih 200 ekar tanah milik Awan Megah Sdn Bhd bernilai RM130 juta kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Menteri Besar yang kini berada di luar negara telah mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk memantau sebarang bentuk transaksi yang melibatkan hartanah-hartanah ini.

Amanat: TV1, TV3 wajar sahut hasrat Presiden PAS


Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berbentuk permintaan dan harapan agar diberikan ruang untuk muncul sejam di TV1 dan TV3.

Ini bagi menjelaskan segala isu yang berbangkit daripada apa yang disebut-sebut oleh ramai pihak khususnya dimainkan oleh media proksi BN sebagai “Amanat Haji Hadi”.

Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, DMPP melihat bahawa pendirian Presiden PAS ini adalah sangat berani, wajar dan bertanggungjawab.

Sunday, December 30, 2012

Bendera PAS di demo isu Allah: Hati-hati strategi musuh

Gambar demo yang ada bendera PAS yang disiarkan blog UMNO, Pisau Net

Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Bukhori Ghazali mengingatkan ahli PAS negeri ini lebih berhati- hati dengan strateji musuh yang sengaja mencari jalan memecahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Musuh sekarang tambahnya, tidak lagi berhadapan dengan PAS tetapi mempergunakan bekas kepimpinan PAS untuk mengucar kacirkan istiqamah perjuangan yang telah terpahat lama dalam diri ahli.

Najib Razak, Zahid Hamidi guna wang pencen tentera untuk tutup mulut Deepak – Rafizi


Dato’ Seri Zahid Hamidi mengumumkan kepada wartawan dan Perhimpunan Agong Umno bahawa beliau akan menjawab dan mematahkan tuduhan Deepak yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai salahlaku.

Malangnya, keesokan harinya, pada 1 Disember 2012 beliau tidak mengotakan janjinya itu. Tuduhan-tuduhan Deepak kekal tidak dijawab oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya beranggapan itu strategi Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Zahid Hamidi – iaitu untuk tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan tersebut atas alasan ia tuduhan liar tanpa bukti.

Saturday, December 29, 2012

Musa Hassan: Hubungan rapat ‘orang atas’ dan kongsi gelap penyebab peningkatan jenayah


Kadar jenayah yang tinggi di Malaysia disebabkan oleh hubungan rapat antara pemimpin negara dan kpemimpin kongsi gelap, dakwa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

“Apabila penjenayah rapat dengan ‘orang atas’, yang teraniaya adalah masyarakat,” kata Musa kepada The Malaysian Insider dalam temuramah baru-baru ini tanpa menamakan sesiapa.

Peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang bimbang ke atas keselamatan mereka di rumah dan di jalanan menyebabkan mereka mempersoalkan pentadbiran Najib yang seringkali mengembar-gemburkan kejayaan mengurangkan jenayah, bakal bertukar menjadi antara isu utama pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Nasib Pemandu Teksi Lebih Terjamin Jika PR Memerintah

pemandu teksi himpunan PR 01

Pakatan Rakyat (PR) memberikan jaminan akan membela kebajikan dan masa hadapan pemandu teksi seluruh negara apabila gagasan itu mentadbir Putrajaya selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemandu teksi berhak memperolehi permit teksi yang merupakan hak mereka.

“Patut malu orang kaya-raya memperolehi permit teksi yang diambil daripada titik peluh dan darah keringat orang-orang susah.

SAMM desak Khairy perjelas pinjaman Bank Pertanian bernilai jutaan ringgit yang masih tertunggak


Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad.

Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).

Friday, December 28, 2012

Deepak: PAS cadang serah memo kepada Agong


PAS bercadang menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung pendedahan usahawan Deepak Jaikishan.

Penyerahan itu akan dilakukan jika agensi berkaitan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara terus membisu dengan pendedahan Deepak tersebut.

Thursday, December 27, 2012

Amanat Haji Hadi, satu kerenah SB


APA yang dikatakan Amanat Haji Hadi yang terjadi pada 07 April, 1981 dulu sudah jadi satu khazanah politik tanahair dan ada kedudukannya yang tersendiri di sisi tafsir siasah syariyah.

Ia ada satu topik yang cantik bagi calon-calon PhD. Jika mahu tesis itu dihargai dan ada nilai akademik yang tinggi, jangan ia dikendali di bawah mana universiti di Malaysia kerana rata-rata profesornya ada stigma apa yang dikatakan profesor kangkung.

‘Latihan undi BN untuk Orang Asal’, Pengerusi SPR mesti letak jawatan


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mesti letak jawatan kerana membenarkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengadakan ‘latihan mengundi BN’ kepada masyarakat Orang Asal di Tapah, Perak.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin berkata, membiarkan perkara itu bermaksud memberi izin kepada parti politik untuk salah guna dan seleweng jentera kerajaan.

“Pengerusi SPR mesti letak jawatan. Apa yang berlaku bersalahan dengan undang-undang. Membiarkan JAKOA mengadakan ‘latihan mengundi BN’ sangat menjijikkan

Wednesday, December 26, 2012

UMNO dan Impian 2/3 Kerusi Parlimen


Kita biarkan Ahmad Maslan dan mana2 pemimpin UMNO merasakan mereka akan menang 2/3 kerusi parlimen. Kita tidak boleh lawan orang UMNO dalam bab cakap besar. Anwar Ibrahim pun kalah jika berlawan siapa boleh menjerit lagi kuat dengan Najib Razak.

Perasaan itu semua dalam alam angan2 orang UMNO belaka. Di Sabah BN ada potensi untuk hilang 17 kerusi parlimen. Semua kerusi dimana kombinasi China dan Kadazan majority- UMNO dan BN akan kalah. Di Sarawak PBB ada 14 kerusi parlimen. Parti2 bukan PBB ada 16 dan pembangkang ada 1. BN boleh hilang 17 kerusi di Sarawak. jadi di Malaysia Timur, UMNO bakal hilang sehingga 33 kerusi parlimen.
Jika mereka kalah 33 kerusi, kiamat akan tiba awal untuk UMNO.

Projek tanah Upayapadu: Umno diminta tanya Awang Adek


KOTA BHARU: Beberapa badan bukan kerajaan dan Umno diminta bertanya kepada bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Dr Awang Adek bin Hussin berkaitan pembangunan tanah di Gua Musang.

Ini kerana, beliau yang menandatangani surat sokongan agar projek membabitkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan Upayapadu Plantation Sdn Bhd dilaksanakan.

Baca seterusnya > DI SINI

Tuesday, December 25, 2012

UMNO Selangor mengaku rakyat sudah pun menghukum mereka


Penyelaras BN Selangor Mohamad Zain Mohamad telah meminta supaya DAP tidak mengungkit isu-isu lama terhadap BN Selangor kerana BN telah pun di hukum oleh rakyat SELANGOR pada pilihanraya 2008 yang lalu. Zain berkata “rakyat telah pun menghukum kami dan tidak usahlah mengungkit-ngungkit perkara lama”

Umno begitu ‘defensive’ dalam banyak isu. Malahan isu-isu yang di wujudkan oleh Umno lah yang menjadi penyebab keadaan negara jadi begini. Umno yang memerintah sejak merdeka maka segala isu terhadap kerajaan adalah isu terhadap Umno dan komponennya. Bukan begitu?

Malaysia aman, mengapa Jelajah Oren diserang


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam pihak yang menghalang konvoi Jelajah Oren ‘Selamatkan Felda’ sehingga mencederakan dua peserta konvoi tersebut serta memecahkan cermin kereta sebuah pacuan empat roda.

“DPPM menganggap tindakan seperti ini adalah suatu tindakan tidak bertamadun oleh golongan yang tidak mahu menerima kebenaran serta menghargai ruang demokrasi yang ada dalam negara ini,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Monday, December 24, 2012

“Alahai, tanahku disapu orang….”


BILA ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim membongkar perihal UMNO dan kerabatnya MCA, Gerakan dan MIC menyapu 24 bidang tanah di Selangor. Itu bukanlah perkara yang menghairankan sangat. Kita pun sudah maklum akan perangai juak-juak UMNO-BN itu. Kalau tak disapunya tanah, boleh juga disapunya pasir.

Tetapi paling mengecewakan, sudahlah tanah disapu, dibeli pula dengan harga yang amat murah. Disangka nak buat pusat aktiviti masyarakat, tapi bila disemak, ada yang sudah dikondokan, ada yang langsung tak diapa-apakan malah dibiarkan kosong.

Terkini, ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh pula membongkar perihal tanah milik UMNO Puchong tak dibayar cukai. Sudahlah tanah itu disapu dengan harga amat murah, cukai pula tak mampu dibayar. Apa nak jadi ni….

“Tanah untuk DAP Perak di Kelantan”: Nik Aziz perjelas fitnah UMNO


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal tuduhan kononnya Kerajaan Negeri Kelantan memberi habuan tanah seluas 10,526 hektar di Gua Musang kepada Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham supaya kerusi Menteri Besar Perak diberi kepada PAS.

Tuduhan yang dianggap fitnah jahat UMNO menjelang Pilihanraya Umum ke-13 itu ditepis Menteri Besar Kelantan sambil menyatakan pihaknya mungkin akan membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Sunday, December 23, 2012

Orang Melayu- Teruskan Bersatu diluar UMNO!


Sungguh menghairan kita, perkara yang amat mudah tidak boleh difaham oleh UMNO dan pengikut nya. Orang Melayu yang diluar UMNO pun Melayu juga. Melayu, DAP, Melayu PAS dan Melayu PKR tidak kurang keMelayuan mereka dari Melayu UMNO. Yang UMNO hendak sombong dan angkuh mengakui bahawa yang Melayu itu hanya mereka sahaja, mengapa? Kerana mereka membela agama, bangsa dan tanah air?

Hang Jebat tidak kurang Melayu daripada Hang Tuah. Jebat hanya berpegang kepada prinsip raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.Ini prinsip yang mudah difaham oleh mereka yang berakal waras.

PAS cabar Najib saman jika Deepak bohong


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang membuat beberapa dakwaan ke atas beliau dan ahli keluarganya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib harus berbuat demikian kerana dakwaan yang dibaut Deepak bukan sahaja mencemarkan imejnya sebagai Perdana Menteri tetapi turut melibatkan nama baik negara.

"Rakyat menanti keberanian Najib untuk tampil mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak.

Saturday, December 22, 2012

Wang Haram RM200b: Wajib 'ubah' sebelum parah


Rakyat Malaysia wajib mengubah kerajaan di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang, jika mahu menyelamatkan negara, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad.

Menurutnya, BN sudah tidak mampu untuk mengurus negara dan rakyat.

Ia jelas terbukti dengan pendedahan terbaru Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington bahawa hampir RM200 bilion wang haram mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010.

"Mungkin pemimpin BN akan kata ini adalah agenda Yahudi hendak memburukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Siasat lima perkara serius dalam SD Bala – Johari


Siasat lima perkara serius dalam Akuan Bersumpah pertama yang dibuat bekas Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, ia terkandung dalam perkara 25 daripada keseluruhan 54 perenggan akuan bersumpah yang ditandatangani Balasubramaniam pada 3 Julai 2008.

Pendedahan itu turut mengaitkan hubungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu termasuk melakukan hubungan seks luar tabie.

Perkara tersebut ialah:

Malaysia juara rasuah di dunia – Akhbar India


Malaysia menjuarai amalan rasuah dan paling korup di dunia, lapor akhbar India, Hindustan Times 13 Disember lalu.

Demikian kupasan akhbar tersebut merujuk laporan badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) bahawa Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kaji Selidik Pembayar Rasuah 2012, sepertimana dilapor The Wall Street Journal 11 Disember.

Bertajuk ‘Malaysia is world champion in corruption’, Hindustan Times turut memetik markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut.

Thursday, December 20, 2012

Jangan layan ‘Ulama upahan’


Menjelang PRU Ke-13 bermunculan pelbagai isu yang terbit dari pelbagai kenyataan bukan saja dari para pemimpin politik, tokoh masyarakat bahkan juga dari kalangan yang menggelar diri mereka ‘ulama’ atau ‘digelar ulama’.

Seingat saya, Malaysialah adalah negara yang begitu mudah orang ‘bergelar ulama’ atau ‘digelar ulama’ - baik dari kalangan muda mahupun tua.

Oleh itu orang jadi keliru bahawa kretaria yang bagaimana mahu dipakai untuk digelar ulama, sedangkan ulama ialah sebuah entiti yang sangat mulia di sisi Islam, pewaris nabi, golongan yang paling takut akan Allah dan pelbagai kemuliaan yang mereka miliki kerana ilmu dan ketakwaan mereka.

Najib perlu jelaskan RM196.8b aliran wang haram


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab menjelaskan bagaimana hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari negara ini pada tahun 2010 yang meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

“Jika beliau tidak dapat menjelaskan kedudukan isu dengan telus dan jujur dan tidak mampu mengambil tindakan mengatasi jenayah ini maka menteri tersebut wajar meletakkan jawatan,” kata Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).

Ini, ujarnya adalah suatu kepincangan yang sangat besar untuk diketepikan tanpa pertanggungjawapan penuh daripada Menteri Kewangan.

Tambahnya, di peringkat antarabangsa aliran wang haram adalah suatu jenayah serius yang tidak boleh dipandang ringan.

Wednesday, December 19, 2012

Pakatan: Ibrahim Ali cemas takut karier politiknya terkubur

Ibrahim Ali menyeru ahlinya menyokong MCA walaupun Presidenya pernah menguriskan hati orang islam dengan menghinakan hukum hudud
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengatakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali (gambar) dalam keadaan “cemas” hingga terpaksa mengarahkan ahlinya menyokong MCA dalam pilihan raya nanti walaupun parti tersebut sering mengguris hati orang Islam dan kaum Melayu.

Walaupun menyedari MCA sebagai lantang mengkritik orang Melayu dan Islam, Ibrahim menyeru ahlinya mengenepikan perkara tersebut demi kemenangan Umno dan BN pada persidangan Perkasa hujung minggu lalu.“Dia (Ibrahim) sudah cemas.

Kroni Umno BN terancam, bukan Melayu Pulau Pinang


Sistem tender terbuka yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mendapati lebih 70 peratus kontrak kerajaan negeri telah dianugerahkan secara telus dan terbuka kepada kontraktor-kontraktor Melayu yang berdaya saing.

“Ini membuktikan bahawa kontraktor-kontraktor Melayu yang tulen telah diperkasakan dan tidak perlu lagi bergantung kepada ‘kabel politik’, seperti yang menjadi kelumrahan kerajaan BN terdahulu,” kata Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari (gambar) dalam satu kenyataan.

Justeru, tegasnya nyata yang terancam adalah kroni Umno dan BN dan bukannya pengusaha-pengusaha Melayu yang tulen dan kuat berusaha.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...