Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Wednesday, December 12, 2012
Bank Negara dan SPRM ‘bisu’ kes rasuah RM40 juta Musa Aman
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih membisu terhadap laporan KEADILAN mengenai kes rasuah RM40 juta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan taikun balak, Michael Chia.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada 25 Oktober lalu mendesak BNM menyiasat Musa, Chia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan pemimpin Umno yang terlibat dalam skandal itu.
Rafizi turut melaporkannya ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 5 November lalu mendesak Nazri disiasat kerana keluarganya mendapat manfaat dengan tujuan mempengaruhi keputusan membersihkan nama Chia.
“Sehingga kini saya belum menerima apa-apa perkembangan dari BNM dan SPRM. Kami masih menunggu apa tindakan mereka berhubung laporan kami,” katanya kepada Keadilan Daily.
Rafizi berkata, BNM perlu menyiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AML) kerana sumber wang itu meragukan.
Mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang sendiri, atau melalui, atau bersama mana-mana orang lain secara rasuah, atau menerima, atau bersetuju menerima bagi dirinya, atau mana-mana orang lain, telah melakukan kesalahan rasuah.
“Penyelewengan dalam sektor perbankan dan kewangan tidak wajar diambil mudah kerana aktiviti pengubahan wang (money laundering) beri kesan besar kepada reputasi BNM sebagai pusat kewangan antarabangsa,” katanya.
“Sejak 2009 hingga kini, Musa mahupun Umno tidak pernah menafikan skandal itu,” kata Rafizi.-Keadilandaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment