Friday, December 31, 2010

Rogol amah: Najib, Pak Lah diminta jawab

Seorang Menteri Yang Terlibat Merogol Seorang Pembantu Rumah Indonesianya

Pendedahan WikiLeaks berhubung seorang menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya terus mengundang perdebatan hangat di dunia maya khusunya di kalangan penulis blog politik.

Sejak tiga siri laporan berhubung isu itu disiarkan Harakahdaily, beberapa bloger dilihat cuba menjadi 'WikiLeaks Malaysia' apabila tampil dengan beberapa perincian lanjut terhadap pendedahan awal itu.

Tersebarnya dokumen salinan bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI) yang mengalami perkosaan oleh majikannya' telah menjadi rujukan utama para bloger dalam mencari nama menteri tersebut.
Dengan klu yang dilemparkan, beberapa nama menteri sebelum ini kini tertumpu hanya kepada satu nama sahaja.

Biarpun dokumen tersebut menghitamkan nama menteri yang didakwa terlibat, namun dengan pelbagai usaha mereka kini mendakwa sudah mendapat jawapan berhubung misteri siapa disebalik status jawatan menteri itu.

"Mantan PM Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kenapa terus zzzzz? Bangun la hari dah senja. Ini kes berat libatkan menteri, maruah negara bangsa dan agama.

Istana Tiada Kuasa Mutlak Tentukan Calon Setiausaha Kerajaan Negeri


Ada Agenda Jahat Untuk Melaga-lagakan Kerajaan Negeri Dengan Pihak Istana

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat kepada media oleh Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani berkenaan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (seperti laporan Berita Harian, 29 Disember 2010, m/s 2).

Saya sebagai Ahli Dewan Negeri yang terlibat secara lansung dalam sebarang bentuk pindaan undang undang digamit untuk menyatakan bahawa, apa yang berlaku dan bagaimana isu tersebut dimainkan di media seolah-olah ada agenda jahat untuk melaga-lagakan Kerajaan Negeri dengan pihak Istana Selangor. Sebagai rakyat DYMM Sultan Selangor yang setia, saya memperakui bahawa kuasa eksekutif boleh dijalankan oleh DYMM Sultan Selangor atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) atau mana-mana ahli MMKN yang diberikuasa oleh MMKN sebagaimana dinyatakan dalam Fasal 50, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Di bawah Fasal 55 (1), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, baginda DYMM Sultan Selangor hendaklah menjalankan fungsi baginda mengikut nasihat MMKN atau mana-mana ahli MMKN yang bertindak di bawah kuasa am MMKN, kecuali diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Ini adalah selaras dengan kedudukan baginda sebagai Raja Berperlembagaan.

Kuasa budi bicara baginda adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Fasal 55 (2) (a) – (g) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, dan mana-mana lain peruntukan yang memberikan kuasa budi bicara kepada baginda oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Thursday, December 30, 2010

Menteri Terpalit Dengan Dakwaan Rogol Pembantu Rumah

Dunia siber Malaysia rancak dengan desas desus seorang menteri kanan kabinet Datuk Seri Najib Razak dikatakan merogol pembantu rumah warga Indonesianya pada tahun 2007 tetapi kes itu di"tutup" oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abullah Ahmad Badawi.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan Migrant Care dilaporkan menemuramah pembantu rumah itu tidak lama selepas mangsa dihantar pulang ke Indonesia pada tahun yang sama.

Dalam laporan yang dihantar ke Kedutaan Amerika Syarikat dan Kedutaan Indonesia serta kepada Abdullah ketika itu, Migrant Care mengesahkan pembantu rumah itu mengaku dirogol oleh menteri berkenaan pada tahun 2007.

Isnin lalu, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, bersabit kes itu.


Migrant Care menyatakan bahawa mangsa dan suaminya meminta supaya tidak menghebahkan kejadian itu kerana takutkan pengaruh menteri berkenaan.

Perlantikan Isa Bakal Hancurkan Felda, Mangsakan Peneroka

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(Anak) sangat dukacita dengan pengumuman pejabat Perdana Menteri mengenai perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru berkuatkuasa 1 Januari 2011.

Alasan kononnya Tan Sri Isa mempunyai kemampuan dan perkhidmatan yang efisien terlalu longgar dan dangkal berasaskan latarbelakang beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Wilayah Persekutuan.

Sabitan rasuah 5 daripada 9 pertuduhan politik wang ketika bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti bulan September 2004 masih diingati rakyat negara ini kerana liputan meluas mengenainya.

Khusrin: Umno pentingkan politik, ketepi rakyat

Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor membuktikan bahawa Umno lebih pentingkan politik mereka dari menjaga kepentingan rakyat negeri itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) ketika diminta mengulas isu perlantikan itu berkata, semua orang yakin dan percaya bahawa kemasukan Khusrin tidak ada maksud lain melainkan untuk menggagalkan segala usaha yang dirancang oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.

Menurutnya, selain membelakangi semangat faderalisme, perlantikan itu juga merupakan percubaan Umno mensabotaj kerajaan negeri dalam usaha merampas kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut akan berlaku awal tahun hadapan.

"Perlantikan itu bukan sahaja tidak menghormati rakyat Selangor, malah nak sabotaj usaha kerajaan Pakatan Rakyat.

Khusrin: Pusat cuba 'guling' Selangor


Aziz Muda   
Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru dilihat seperti cubaan untuk mengguling kerajaan negeri Selangor, di samping memperlihatkan sikap sebenar kerajaan persekutuan yang tidak demokratik serta tidak menghormati semangat federalisme.

Biarpun perlantikan itu dilihat belum muktamad dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mohon mengadap Sultan Selangor untuk membincangkan perkara itu, pandangan kerajaan negeri wajar diteliti terlebih dahulu demi melahirkan sebuah kerajaan yang stabil.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi berkata, biarpun Kerajaan Negeri Selangor dipimpin oleh sebuah kerajaan yang tidak seideologi dengan kerajaan pusat, namun Kerajaan Negeri Selangor adalah sebuah kerajaan yang sah melalui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, ekoran ia adalah mandat dari rakyat yang merdeka menerusi sistem pilihanraya.

Menurut beliau, sewajarnya kerajaan negeri Selangor atau mana-mana kerajaan negeri yang lain tidak diganggu apa lagi cuba diguling semata-mata kerana ia dipimpin oleh parti yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan.

Wednesday, December 29, 2010

Nizar : Jangan Benarkan Khusrin Masuk Pejabat Sebagai Tanda Protes

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) menyarankan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya tidak membenarkan Datuk Khusrin Munawi masuk ke dalam pejabat setiausaha kerajaan negeri selama sebulan sebagai tanda protes.

Cadangan ini diajukan oleh Nizar berikutan perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam tanpa merujuk kepada kerajaan negeri yang dianggap bertujuan untuk mencapai kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

"Jadi saya cadangkan supaya Tan Sri Khalid menggunakan kuasa dia untuk mengunci dan anggota keselamatan jangan membenarkan Khusrin masuk selama satu bulan ke pejabat dia.

"selepas kunci bilik tu dia kena keluarkan, Tan Sri Khalid keluarkan satu nota kepada Datuk Khusrin supaya tidak masuk ke pejabat SS dan hanya duduk di rumah, dan kerja dia hendaklah dipangku oleh orang lain," katanya yang dihubungi TV Selangor hari ini.

Nizar mengemukakan cadangan ini kerana khuatir apa yang berlaku di Perak akan berulang lagi di Selangor dan cadangan tindakan ini dilakukan bagi menyelamatkan tampuk pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor.

Singapura lebih banyak manafaat melalui BN


Subky Latif  
APA yang tersirat di sebalik ingatan Menteri Perdagangan Antarabangsa tentang kewujudan DAP dalam Pakatan Rakyat betapa parti itu asalnya tajaan PAP yang memerintah Singapura?

Adalah benar DAP itu asalnya PAP yang beroperasi di Semenanjung Malaysia semasa Singapura adalah satu wilayah Malaysia. Apakah PAP ada di semua wilayah Malaysia ketika itu tidak berbangkit sangat tetapi yang jelas Lee Kuan Yewlah Setiausaha Agung PAP baik di mana-mana saja.

Tetapi selepas terpisah Singapura dari Malaysia tahun 1965, PAP telah menjadi DAP. Sudah 35 tahun ia tegak sendiri. Sekali pun ia ada sejak mula dengan Singapura, tetapi usaha menakutkan orang Malaysia dengan pengaruh dan ancaman PAP Singapura sudah jadi lali dan tidak menakjubkan lagi.

Sama dengan ancaman komunis. Tidak siapa takut lagi dengan komunis. Bahkan Umno yang 100 peratus anti komunis ketika ISA digubal tahun 1960 dulu mengudang parti komunis dari banyak negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno sejak beberapa tahun lampau.

Tuesday, December 28, 2010

Asri : Masa Depan Melayu Bukan Pada Konsep 'Ketuanan Melayu'

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan masa depan orang Melayu tidak akan terjamin jika sistem pentadbiran negara berlandaskan terus kepada 'Ketuanan Melayu'.

Sebaliknya, beliau menganjurkan agar prinsip Islam yang tidak mengagungkan bangsa dipegang agar memberi keadilan kepada semua.

"Yang boleh selamatkan orang Melayu bukan Ketuanan Melayu, bukan Raja-raja Melayu tetapi adalah Allah s.w.t.Jadi, kita perlu berlandaskan kepada prinsip keadilan Islam yang mana Islam untuk semua sama ada orang Melayu atau bukan Melayu.

Beliau menyatakan demikian ketika berhujah dalam Forum Polemik Ketuanan Melayu di Dewan Majlis Perbandaran Kajang di sini malam tadi.

Forum yang anjuran PAS itu adalah bagi membincangkan polemik dan penggunaan politik ketuanan Melayu turut disertai Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Dr Hasan Mad, Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Sabky Yusof dan Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abdul Rahman.

Pemimpin Umno-BN Takut Rakyat Tahu Rahsia 1 Malaysia Terdedah

 Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pemimpin Umno-Barisan Nasional yang sebenarnya takut dan gusar dengan 1 Malaysia selepas konsep itu didakwa diciplak daripada One Israel dan didedahkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.

Ujar Shamsul, Anwar sebagai Ketua Umum PKR merupakan Ahli Parlimen yang telah membuat keputusan atau tindakan mempertikaikan 1 Malaysia yang diciplak daripada 'One Israel' melalui syarikat perunding yang dilantik, Apco Worldwide.

"Anwar sebagai Ketua Umum PKR adalah Ahli Parlimen yang telah membuat keputusan atau tindakan mempertikaikan 1 Malaysia yang ada persamaan yang jelas dengan 'One Israel'.

"Sebab itu, kebanyakkan pimpinan Pakatan Rakyat konsisten dengan pendirian bahawa 1 Malaysia lebih kepada slogan retorik politik semata-mata dan tidak menjuruskan kepada isu pokok dalam pentadbiran atau pun yang dicakapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai slogan negara.

"Ianya lebih kepada pendekatan atau pun slogan politik pimpinan Najib hasil nasihat daripada syarikat perunding, Apco Worldwide yang mempunyai persamaan dengan 'One Israel'.

AMK Selangor tolak Khusrin

"Kita juga menggesa kerajaan pusat memahami dan hormat semangat federalisme yang termaktub dalam perlembagaan negara," katanya yang juga timbalan ketua AMK Malaysia.


Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) dalam satu kenyataan hari ini menolak perlantikan Datuk Khusrin Munawi (gambar) sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Menyifatkan tindakan kerajaan pusat itu sebagai tidak menghormati kerajaan negeri, ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin yakin, perlantikan itu dibuat untuk mencapai kepentingan politik pihak tertentu.

"AMK Selangor menegaskan bahawa kerajaan pusat sewajarnya hormat kepada kerajaan negeri khususnya dalam perlantikan jawatan kanan kerajaan Selangor dan tidak mencampurkan adukkan agenda politik sempit Umno-Barisan Nasional dalam pentadbiran kerajaan.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pagi tadi bahawa Khusrin dilantik sebagai SUK negeri itu berkuatkuasa 1 Januari.

Monday, December 27, 2010

1Malaysia Lambang Hipokrasi Umno-BN


Faekah Husin
Setiiauasaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor

Timbalan Perdana Menteri sekali lagi tersilap faham. Pakatan Rakyat Selangor bukannya takut malah muak dengan slogan hipokrasi Barisan Nasional. Mana mungkin kita berasa takut pada logo politik yang diciplak dan bukan diilhamkan oleh rakyat negara ini. Apatah lagi pemimpin BN gagal memberi rakyat hujahan kukuh tentang kewujudan slogan 1Israel, 1Singapore dan 1Indonesia.

PR Selangor tidak akan mengiktiraf slogan yang semata-mata mahu memesongkan fikiran rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di dalam negeri ini. TPM dengan dibantu media tunggangan BN telah memutarbelitkan fakta dan mengelirukan rakyat berkenaan dasar kerajaan negeri Selangor terhadap penggunaan slogan 1Malaysia.

Kerajaan PR Selangor telah mengarahkan supaya slogan dan logo politik tidak dibenarkan di premis kerajaan dan premis awam. Kerajaan Negeri juga tidak akan mengeluarkan dana bagi membiayai program yang berkaitan dengannya. Manakala Pihak Berkuasa Tempatan diberi kuasa melihat perincian selari dengan Undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diamalkan sebelum ini.

PAS: 1Malaysia Adalah Alat Propaganda politik Umno BN

Dr Lo' lo' Ghazali
Biarpun dipertahan oleh Datuk Seri Najib Razak, namun Pakatan Rakyat yakin dan percaya bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenal Perdana Menteri itu sememangnya agenda politik Umno BN.

Semalam, Najib menegaskan konsep 1 Malaysia bukan alat politik BN tetapi bertujuan menyemai perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum demi pembinaan negara.

Pandangan sama turut dikongsi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa 1Malaysia bertujuan merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik.

Kedua-duanya berkata demikian sebagai menjawab tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia pada semua iklan di papan tanda di seluruh negeri itu kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik BN.

Biarpun alasan yang deberikan mereka itu dirasakan konkrit, namun bagi Pakatan Rakyat, ianya hanya kenyataan 'mulut manis' pemimpin Umno itu yang sama sekali bercanggah dengan realiti amalan mereka.

Sunday, December 26, 2010

Nik Aziz Tetap Konsisten Pertahan Anwar

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus konsisten mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan yang dihadapi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Terkini ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu semalam, Nik Aziz mengecam tindakann ahli politik yang secara berterusan mengkritik serta menuduh Ketua Pembangkang itu dalam kes yang sedang dihadapinya.

Tegas Nik Aziz, sebagai manusia Anwar juga mempunyai perasaan sama seperti manusia lain sambil menegaskan betapa tuduhan yang dibuat itu perlu kepada bukti yang kukuh.

"Sekarang ni mereka dok cincang Anwar, apa yang mereka tak kata kepada beliau sejak bertahun-tahun. Ada menuduh dia terlibat kes liwat dan bermacam-macam lagi.

Slogan 1Malaysia - Hakikat Dan Mitos Politik Negara - Wira Arjuna

ARTIKEL: Setiap sesuatu ada baik buruknya; bergantung pada dari sudut mana isu itu dilihat. Kalangan pemimpin Pakatan Rakyat(PR) sendiri mempertikaikan langkah kerajaan Selangor melarang penggunaan 1Malaysia di tempat awam dan bangunan kerajaan.


Hujah diberi oleh kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah slogan itu adalah mesej politik Barisan Nasional(BN) yang cuba menyembunyikan amalan politik perkauman yang dibawa oleh pemerintah. Namun sesetengah pemimpin PR berpendapat langkah itu hanya memberikan publisiti percuma kepada slogan itu dan BN sendiri. Media arus perdana sudah pun mula "menggasak" PR atas tindakan oleh kerajaan Selangor itu. Ini sudah dijangkakan.

Tidak kira apa pandangan dan dilihat dari sisi mana, ada seperkara yang menarik dalam isu ini. Hakikatnya adalah, BN sendiri telah lama mencantas sebarang program Pakatan Rakyat dalam percaturan politiknya.

Malah, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), dan agensi berita lain yang di bawah pengaruhnya dilarang menggunakan ungkapan Pakatan Rakyat sama sekali. Mereka diarah menggunakan ungkapan Pakatan Pembangkang. Anwar Ibrahim pula tidak boleh dirujuk sebagai Mantan Timbalan Perdana Menteri; memadai beliau dipanggil Ketua Pembangkang (selepas beliau digantung, belum diketahui arahan baru yang bakal digunakan).

Saturday, December 25, 2010

Kit Siang minta Selangor fikir semula larangan guna logo 1 Malaysia

Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu kerajaan Selangor mengkaji semula larangan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan di negeri itu yang mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Pakatan Rakyat gentar dengan konsep itu.

Lim bagaimanapun mengecam tindakan Muhyiddin yang mendakwa 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin popular.

"Kenyataan Muhyiddin ini sangat tidak munasabah kerana sebelum ini beliau tidak secara langsung menyokong 1 Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Belaiu mengatakan bahawa Muhyiddin mempunyai banyak kenyataan yang amat "memudaratkan", yang bertentangan dengan objektif 1 Malaysia.

Ahli Parlimen Ipoh Barat bagaimanapun menekankan semua rakyat perlu menjadikan Malaysia sebagai keutamaan diikuti dengan bangsa, agama, geografi dan sosioekonomi.

"Bila saya mencabar semua Menteri di Parlimen pada Mac lalu mengumumkan yang mereka adalah rakyat Malaysia dulu... Muhyiddin berkata beliau adalah Melayu dulu kemudian baru Malaysia," kata Lim.

PAS gesa Majlis Fatwa semak kenyataan Harussani

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menyeru Majlis Fatwa Kebangsaan untuk campurtangan menyemak semula kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu ancak.

Harussani sebelum ini dilaporkan mempertahankan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak sebagai tidak khurafat.

“PAS memohon Majlis Fatwa Kebangsaan melakukan semakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak bahawa tindakan Menteri Besar Perak melakukan upacara ancak, tepung tawar tiang seri rumah dengan pelbagai upacara tidak bercanggah dengan syarak,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Di dalam satu laporan akhbar minggu lepas, Harussani dilihat sebagai terpaksa menghalalkan dengan mengkategorikan tindakan Zambry yang merenjis dan menepung tawar semasa memasang ancak tiang seri baru-baru ini sebagai ‘satu amalan biasa dalam masyarakat Melayu dan tidak bercanggah dengan syarak’.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang juga Adun Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini

DUN Tenang : 22 Jan Penamaan, 30 Jan Pengundian

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Labis, Johor ditetapkan pada 30 Januari (Ahad) depan.

Manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 22 Januari , (Sabtu) kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.(gambar)

Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha .

Sulaiman meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur selepas berada dalam kritikal selama 24 hari akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), Allahyarham menewaskan Mohd. Saim dengan majoriti 2,492 undi.

Friday, December 24, 2010

Pemuda PAS tekad rampas kerusi Tenang

Pakatan Rakyat akan menjadi saingan yang sengit kepada Umno BN di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, kata Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar.

Beliau berkata, meskipun kerusi tersebut merupakan kubu kuat Umno BN, namun jentera pemuda akan berkerja bersungguh-sungguh untuk merampas kerusi tersebut.

"Harapan saya jentera pemuda turun berkerja habis-habisan. Walaupun itu kerusi kuat BN tapi melihat kepada mood rakyat dan cabaran semasa, kita akan beri saingan yang sengit kepada Umno BN untuk mencapai kemenangan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sehubungan itu katanya, jentera pilihan raya pemuda PAS bersama pemuda DAP dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan merencanakan gerakan pilihan raya besar-besaran bagi menghadapi pilihan raya kecil ini (PRK).

"Saya akan bersama pemuda Johor dalam merencanakan gerakan pilihan raya besar-besaran dan saya pasti semua jentera PAS seluruh Malaysia sudah bersedia untuk turun ke Tenang.

"Kita akan berkerjasama dengan jentera dalam Pakatan Rakyat dan saya akan bawa cadangan untuk meubuhkan bilik gerakan Pakatan Rakyat untuk berkampung sepanjang kempen pilihan raya," katanya yang juga ahli Parlimen Jerai.

Jangan Pandang Enteng Janji Pakatan Rakyat - KHIR TOYO


Harakahdaily 
Setelah didakwa ekoran pemilikan banglo mewahnya, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meminta Barisan Nasional agar jangan memandang enteng (mudah) janji Pakatan Rakyat dalam konvensyen mereka baru-baru ini.

"Pada hemat saya, Barisan Nasional tidak boleh memandang enteng sebahagian janji Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang yang terkandung dalam Buku Jingga bertajuk, "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!"

"Sungguhpun sebahagian janji tersebut tidak realistik namun terdapat janji-janji yang boleh mempengaruhi rakyat memberi undi kepada mereka terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM500," tulis Khir dalam blognya.

Bagi beliau, kehadiran kira-kira 400,000 guru sekarang ini dan tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius.

Ini kerana, tulis beliau, kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi, katanya.

Khir juga berpandangan, kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun mereka mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya.

Thursday, December 23, 2010

Husam: Saya tak akan tinggalkan PAS di tengah jalan

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa turut menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan PAS, sambil menyifatkan agenda menamatkan kerjaya politiknya oleh pihak luar “belum berakhir”.

Justeru, Husam menegaskan, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan PAS di pertengahan jalan dan “sebagai murid dan ‘budak’ Tok Guru tidak akan mengangkat bendera putih” semata-mata kerana agenda Utusan.

Penafian serupa juga dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.


Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Isu Husam: Hadi-Nik Aziz dijangka bincang Khamis ini

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membincangkan perkembangan terbaru di Kelantan — laporan media bahawa Timbalan Pesuruhjaya II PAS negeri Datuk Husam Musa berhasrat untuk melepaskan kesemua jawatannya dalam parti dan kerajaan dengan Mursyidul Am parti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadi dijadual mengadakan kunjungan ke Kelantan Khamis ini.

Ketika ditemui wartawan di Alor Star semalam, Hadi menjelaskan, beliau masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara tersebut dan hanya membaca menerusi laporan media.

"Saya kena tunggu maklumat sebenar," kata beliau ringkas.

'Hanya Umno BN boleh perintah' sudah berakhir

Zaman yang mengatakan hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja mampu untuk memerintah negara sudah berakhir dan tidak sesuai lagi digunakan dalam waktu kebelakangan ini.

Umno BN bukan saja sebagai sebuah parti politik yang menyesatkan umat manusia, tetapi juga membawa banyak kerosakan dalam negara terutamanya dalam pembangunan masyarakat.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramah beliau dalam majlis ceramah isu semasa anjuran PAS kawasan Kepala Batas di Penaga.

Hadir bersama ialah Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Hussain dan Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Muhammad Idrus Ahmad.

Katanya lagi, kebanyakan kes yang melibatkan kerosakan seperti penglibatan rasuah oleh pemimpin komponen BN seperti Khir Toyo, Ling Liong Sik dan banyak lagi yang tidak dibawa ke muka pengadilan adalah antara contoh kerosakan yang dilahirkan.

Wednesday, December 22, 2010

10 perkara asas 100 hari Pakatan Rakyat

Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.

Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.

Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas.

Umno-BN Pengkhianat Menggantungkan 4 MP Untuk Terus Kekal Berkuasa

aicIC mengangap ini sebagai langkah terakhir Regim UMNO-BN untuk terus berkuasa di samping laporan Wikileaks (daripada sumber diplomat Singapura) yang mengaitkan tengkuk Presidennya, Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan berprofil tinggi.

Malaysia menuju demokrasi gelap! di samping sistem kehakiman yang terus-menerus menerima kritikan antarabangsa, parlimen terus diperkudakan Regim UMNO-BN, Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia "boneka yang dilacurkan" untuk menjayakan setiap kehendak mereka. Tiada lagi pemisahan kuasa dan limitasi Kuasa Eksekutif yang telah dijanjikan Perlembagaan Malaysia.

Ini juga digunakan untuk mengalih isu, mengenai kenaikan harga barangan yang "mengikat" leher Rakyat, maka pelbagai helah & berita digunakan untuk mengalih pandangan rakyat mengenai isu utama ini.

Nik Aziz Ucap Tahniah Pada Karpal Singh Untuk Berbicang Isu Negara Islam

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pemimpin veteran DAP, Karpal Singh yang terbuka untuk berbincang isu negara Islam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, merakamkan ucapan tahniah itu melalui satu kenyataan di sini hari ini.

“Mudah-mudahan dengan pendirian terbaru itu, YB Tuan Karpal Singh akan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. untuk menerima Islam sebagai satu sistem yang adil untuk semua kaum dan sesuai dipakai dalam politik Malaysia,” katanya.

Karpal yang juga Pengerusi kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas kelmarin berkata, beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

DAP katanya boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tuesday, December 21, 2010

Konvensyen: Pakatan Rakyat sedia hadapi PRU 13


Hazayani Zakaria
Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 semalam mempamerkan semangat semua ahli PAS, PKR dan DAP untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Pengarah konvensyen, Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, semangat itu turut diterjemah ke dalam satu buku manifesto ketiga-tiga parti mengandungi polisi Pakatan dan tawaran yang diberikan kepada rakyat.

“Konvensyen ini menunjukkan satu semangat yang kuat daripada semua ahli untuk persediaan menghadapi pilihan raya ke-13 dan keyakinan itu ditambah dengan dokumen iaitu buku oren di mana buku itu mengandungi pelbagai polisi yang lebih fokus mengnai apa yang Pakatan Rakyat cadangkan atau pun tawarkan kepada rakyat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan konvensyen itu, beliau juga berkata, konvensyen sehari itu berjaya menjawab segala persoalan yang bermain di minda rakyat khususnya soal-soal yang sering dimainkan Umno Barisan Nasional (BN) seperti kedudukan agama Islam dan orang Melayu.

Isu Negara Islam :Karpal Singh Tutup Mulut Pemimpin Umno.

Penegasan Karpal Singh bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam, dilihat membuka satu episod baru, muafakat dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, biarpun duduk sebumbung dibawah payung Pakatan Rakyat, isu negara Islam antara yang dilihat masih menjadi tembok pemisah antara PAS-DAP.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pendirian terbaru Karpal itu ujarnya adalah satu kejayaan baru Pakatan Rakyat sekaligus meletakkan keakraban ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP kini pada tahap terbaik.

Ketika dihubungi Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS mengalu-alukan keterbukaan DAP itu dan melihat ianya satu perkembangan sangat positif dalam Pakatan Rakyat.

"Kita sangat alu-alukan kenyataan positif sebegini. Kesediaan untuk berbincang isu negara Islam ini adalah satu anjakan pemikiran besar oleh tokoh DAP itu," katanya.

Monday, December 20, 2010

Walaupun Digantung Sebagai Anggota Parlimen, Anwar Tetap Kekal Sebagai Ketua Pembangkang

Pakatan Rakyat membuat keputusan melantik terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai anggota Parlimen.

Keputusan itu dicapai oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan di bilik VIP Dewan Millenium, serentak dengan perjalanan konvensyen itu.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap membuat ucapan penggulungan di konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Menurut Abdul Hadi, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuarat mereka sekejap tadi telah membuat keputusan mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Kita tetap mahukan berketuakan beliau," kata Abdul Hadi yang diiringi tepukan gemuruh para perwakilan dan pemimpin Pakatan yang menyertai konvensyen itu.

Karpal Sokong Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia

Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa partinya terbuka kepada rundingan dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat mengenai isu Malaysia sebagai negara Islam.

Karpal berkata beliau tidak lagi mahu Umno-Barisan Nasional memutarbelitkan isu negara Islam untuk melaga-lagakan pemimpin PR, khususnya DAP dan PAS.

Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan Perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.

“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit Negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal.

Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.-TVSNews




Setelah membaca artikel ini, sila beri sedikit komen dan ulasan anda - Martoiriat

Ucapan Nurul Izzah Anwar Dikonvensyen Pakatan Rakyat 2

Konvensyen PR 2 : Ucapan Nurul Izzah Anwar
19/12/2010
Share



Ucapan Konvensyen Pakatan 2010

Bismillahhir Rahmannir Rahim

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Terima kasih Tuan Pengerusi,

Yang saya Hormati lagi DiSayangi,
Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,

Presiden Parti Islam SeMalaysia,YB Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang

Pemimpin Parlimen DAP, YB Sdr Lim Kit Siang

Yang saya Kagumi lagi Kasihi,

Rakan-rakan Pakatan Rakyat semua.

Sidang Perwakilan sekalian,

Perjuangan Politik Memenuhi Amanah Rakyat

Mengapakah kita datang dari seluruh pelusuk Negara berkumpul pada hari ini?

Nasionalisme Ala UMNO : Pelampung Bocor Di Tengah Lautan

Ekoran dinasihatkan oleh doktor untuk berehat, saya tidak berkesempatan untuk turut serta di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang bermula esok, 19 Disember 2010. Bagaimanapun,saya sentiasa mengutuskan harapan agar konvensyen tersebut berjalan dengan lancar dan dapat menyimpulkan resolusi-resolusi penting khususnya di dalam mendepani pilihanraya umum yang akan datang.

Saya sentiasa optimis, UMNO dan Barisan Nasional sudah sampai di penghujung hayat di dalam memimpin negara. Jika saya boleh datangkan perumpamaan, UMNO adalah umpama pohon yang sedang mereput akarnya, sekalipun mungkin kelihatan dari zahir daunnya masih merimbun, ia sebenarnya menunggu masa untuk rebah ke bumi. Jika ada yang masih memilih untuk berteduh di bawah pohon yang bernama UMNO ini, mereka perlu bersedia untuk ditimpa bahaya. Jika diumpakan pelampung di tengah lautan, nasionalisme yang dibawa UMNO tidak lebih daripada pelampung yang bocor, mereka yang berpaut padanya mengharapkan untuk selamat, sayang sekali ia bukan menyelamatkan, tetapi menenggelamkan.

Umno lakukan pembunuhan karakter Anwar Untuk Mematikan Perjuangan Pembangkang Terhadap APCO Worldwide

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan apa yang berlaku terhadap Ketua Pembangkang dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat 16 Disember di Parlimen lalu sebagai 'pembunuhan karakter' oleh Umno/BN.

Peristiwa ini katanya sama seperti ketika Parti Negara dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar yang mana Allahyarham Onn difitnah oleh pemimpin Umno ketika itu untuk menutup perjuangan bekas pengasas Umno itu, kata Wan Azizah.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 2000 perwakilan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua dekat sini pagi ini. Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyampaikan ucapannya.

Menyambung hujahnya, Wan Azizah berkata, Umno/BN akan terus mematikan perjuangan pembangkang dengan 'pembunuhan karakter' termasuk pada tahun 1964 yang mana Dr Burhanuddin Al Helmy dan Ahmad Boestamam ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sunday, December 19, 2010

Takut Terbongkar Skandal Besar Rasuah Dan Penyelewengan, Ahli Parlimen Dari Pakatan Rakyat Digantung.


Gantung Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Umno-BN Pengkhianat Demokrasi

Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa kesal dan sangat terkejut dengan tindakan penggantungan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat dan berkemungkinan kerana pemimpin BN takut akibat terlibat dengan 'skandal besar' negara?

Tindakan sedemikian telah menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada pada tahap paranoid dan takut kalah serta sudah hilang pertimbangan waras dalam tindakannya.

Demikian kata kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi mengulas pergantungan empat pemimpin utama Pakatan dari PKR dan DAP semalam dari DEwan Rakyat.

Mereka yang digantung selama enam bulan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Karpal Singh (Bukit Gelugor), Azmin Ali (Gombak) dan R Sivarasa (Subang).

PAS, katanya, menganggap kebimbangan berlebihan Umno dan BN ini menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja tindakan terdesak walaupun melanggar norma perundangan dan batas-batas demokrasi di Malaysia.

Umno Melaka Biadap Dan Tidak Beretika, Guna Masjid Untuk Kepentingan Politik

Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK), Shamsul Iskandar Md Akin menjelaskan tindakan Umno jelas biadap dan tidak beretika apabila terus menggunakan masjid sebagai medan untuk mencari pengaruh.

Selasa lalu, Umno tanpa segan silu memasang bendera Umno-Barisan Nasional (BN) di pagar Masjid Saidina Ali, Bukit Katil untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang hadir untuk merasmikan masjid tersebut.

"Umno-BN khususnya di Melaka dengan jelas mempolitikkan masjid. Mereka menggunakan perasmian masjid baru itu dengan meletakkan bendera Umno-BN padahal itu tidak ada kaitan dengan perasmian masjid., apatah lagi yang hadir itu ialah Najib, beliau bukan hadir untuk program Umno.

Menurut Shamsul lagi, sepatutnya memaparkan sifat natural dan tidak taksub atau ekstrem. Kita selalu dengar kritikan yang keras dari BN terhadap negeri Pakatan, sehingga melibatkan tuanku dan sultan yang sentiasa memperingatkan kerajaan supaya tidak mencampurkan politik dalam institusi masjid. Tapi itu tidak berlaku di Melaka.

Tambah Shamsul, ini menunjukkan BN tidak konsisten dengan pendirian mereka dan tindakan terdesak dengan menggunakan peluang yang ada untuk menunjukkan bahawa Umno-BN berjasa pada rakyat hatta perasmian masjid.

"Saya kesal dan mengambil sikap keras terhadap usaha jelas mencemarkan institusi agama ini," jelasnya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka.

Untuk rekod, Umno sebelum ini menuduh PAS dan Pakatan Rakyat menggunakan Masjid untuk kepentingan politik parti itu.- TVSNews


Setelah membaca artikel ini, Sila Beri sedikit komen dan Ulasan anda - Martoiriat

Saturday, December 18, 2010

Umno-BN Biarkan Pengaruh Zionis Apco Cengkam Kerajaan Malaysia

Ketua Oposisi menuduh firma pelobi antarabangsa pro Zionis-Israel, Apco Worldwide terlalu berpengaruh dalam pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional sehingga boleh menyebabkan beliau serta tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Malah Anwar mendakwa Apco telah berbohong dalam surat penjelasannya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung dakwaan kaitan konsep 1Malaysia dengan One Israel yang kedua-duanya diilhamkan oleh firma yang mempunyai pangkalan di negara Zionis itu.

“Mereka telah berbohong sebelum ini dengan mengatakan mereka tidak ada kaitan dengan rejim Israel. Di dalam surat kepada jawatankuasa hak dan kebebasan mereka mendakwa dihalang daripada memberi keterangan dan ini adalah satu pembohongan.

“Saya telah dituduh menjadi agen Yahudi jadi saya terpaksa membuktikan bahawa kerajaan Umno-BN lah yang sebenarnya mempunyai perjanjian dengan sebuah syarikat yang berpejabat di Israel dan mereka bukan sahaja menjalankan operasi perniagaan beiasa tetapi mempunyai kaitan dengan agensi perisikan Shin Bet,” tegas Anwar.

Jika Anwar Tidak Digantung, Rasuah Dan Penyelewengan Pemimpin Umno Terus Terbongkar


Gantung:Pemimpin Umno Panas Pendedahan PR
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan menggantung beliau dan beberapa orang lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menyelamatkan pemimpin Umno yang terlibat dengan penyelewengan, salah laku dan rasuah.

“Pemimpin BN khasnya Umno takut kerana pendedahan demi pendedahan telah dibuat pada sidang parlimen menyebabkan mereka tidak senang duduk dan kepanasan.

“Sebagai contoh kita telah dedahkan terdapatkan seorang yang rapat dengan bekas Menteri Pertahanan yang mendapat kontrak dari kementerian tersebut berjumlah berbilion ringgit, kita ada nama orang itu, nama syarikat, berapa jumlah kontrak secara lengkap, perkara seperti inilah yang amat digeruni oleh pemimpin BN,” katanya.

Tambahnya, bagi mengelakkan pendedahan itu, beliau dan tiga lagi Ahli Parlimen iaitu Azmin Ali, Karpal Singh dan R.Sivarasa digantung enam bulan.

Friday, December 17, 2010

Adun Tenang Meninggal Dunia, PAS Johor ucap takziah

PAS Negeri Johor mengucapkan takziah kepada keluarga Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha (gambar) yang meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang jam 1.10 pagi tadi.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berharap keluarga allahyarham bersabar menerima ketentuan Allah itu sebagai satu ujian.

“Saya mewakili pemimpin dan ahli PAS Johor mengucapkan takziah banyak-banyak kepada keluarga allahyarham, sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada HarakahDaily sebentar tadi.

Allahyarham Sulaiman dimasukkan ke Hospital Segamat pada 23 November lalu kerana demam dan tidak sedap badan sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri.

Allahyarham kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 24 November lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

Allahyarham yang juga ketua Umno Labis meninggalkan isteri Datin Noraini Yaakop, enam anak perempuan dan seorang lelaki.

Sumber: HarakahDaily

Hancurkan Demokrasi, Kerana Najib Takut Berdepan Dengan Anwar


Najib Hancurkan Sistem Parlimen Negara


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak harus dipertanggungjawabkan kerana menghancurkan sistem Parlimen Negara.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng mengatakan beliau tidak pernah melihat tonggak legislatif negara dilacurkan seperti yang disaksikannya hari ini.

"Sistem Parlimen di bawah Speakar telah gagal. Parlimen yang gagal. Sistem legislatif yang gagal,"kata Jui Meng, mengulas situasi yang berlaku dalam Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Jui Meng, beliau tidak pernah melihat keadaan seteruk ini apabila prinsip demokrasi dicabul dengan sewenang-wenangnya.

"Dua puluh dua tahun di dalam Dewan Rakyat, saya tak pernah nampak peristiwa yang begitu hodoh dan bodoh.

" Hodoh kerana telah mencemarkan prinsip demokrasi dan keadilan, di mana sesiapa yang dituduh harus diberi peluang untuk pertahankan diri," kata Jui Meng, ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Pemimpin veteran politik tanahair itu juga menambah, rakyat adalah sebaik-baik hakim apabila sistem negara tidak lagi memihak kepada mereka yang menuntut kepada keadilan.

" Sekarang kita tahu kalau pergi mahkamah tiada harapan. Kalau pergi Parlimen lebih teruk dari kehakiman. Mana lagi? Kepada rakyat," kata Jui Meng.

Demokrasi Semakin Lupus, Speaker Dan Umno-BN Semakin Nazak


Speaker 'Hukum' Ketua Pembangkang 'Lepas' menteri


Tan Sri Pandikar Amin hari ini sekali lagi memperlihatkan tindakan memihak kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) dengan membela Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor berhubung isu Hospital Shah Alam yang terbengkalai.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menberi kenyataan pada sidang media berkata, Speaker Dewan Rakyat itu, bertindak melepaskan Shaziman walaupun jelas surat dan kenyataan beliau mengelirukan dewan.

Sebaliknya menghukum ahli parlimen pembangkang tanpa memanggil tertuduh membela diri.

"Apa yang berlaku dalam parlimen Malaysia ini, 'kangaroo court' ini, Ketua Pembangkang dikenakan Peraturan Mesyuarat 36(12), tapi menteri dilepaskan. Sedangkan jelas menteri memberi kenyataan mengelirukan dewan, memberi gambaran tidak boleh disiapkan projek itu pada masa yang ditetapkan sedangkan ia boleh.


"Kerana dia mahu panggil tender baru. Walaupun ia akan menyebabkan projek tergendala dan melibatkan kos bertambah. Di sini yang kita pertikaikan," ujar beliau kepada media petang tadi.

Sebelum ini Khalid bertanya kepada menteri itu tentang status pelaksanaan projek pembinaan Hospital Shah Alam setelah kontraktor utama gagal melaksanakannya.

Umno-BN Dalam Keadaan Bacul Dan Dayus Membunuh Demokrasi Di Malaysia

keranda
Pengantungan Anwar Paku Terakhir Kepada Keranda Umno-BN


Hari ini Umno-Barisan Nasional berjaya membunuh demokrasi di Malaysia untuk sekian kalinya.

Umno-BN menang dalam satu lagi langkah strategi mereka untuk menjatuhkan karier politik Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggantung beliau selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Turut dimangsakan termasuk Ketua Whip Pakatan Rakyat di Parlimen iaitu Azmin Ali, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh serta Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Ini ekoran dakwaan Anwar yang mengaitkan konsep 1 Malaysia yang menjadi projek kesayangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan One Israel, di mana kedua-dua gagasan menyatukan rakyat ini dicipta oleh firma pelobi antarabangsa yang pro Zionis-Israel, Apco Wordwide.

Ada beberapa intrepetasi penting langsung daripada Umno-BN yang akan memberi kesan jangka panjang kelak kepada politik Malaysia.

Pertama ia menunjukkan institusi Parlimen yang dianggap oleh rakyat Malaysia sebagai benteng paling kukuh dan terakhir untuk mempertahankan sistem demokrasi berparlimen yang menjadi amalan politik negara ini kini telah disah sepenuhnya jatuh dalam kawalan penguasa Umno-BN.

Ini tidak lagi bebas dan sekarang boleh dikatakan salah satu komponen rasmi BN di mana Umno menjadi bos besarnya.

Institusi yang amat penting ini tidak lagi boleh diharapkan untuk mengotakan janji keramatnya kepada rakyat untuk menjunjung Perlembagaan dan melindungi kesucian sistem demokrasi negara ini yang sekian lama telah membajai usaha menegakkan keadilan.
Baca Seterusnya > DI SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...