Showing posts with label Isu Husam: Hadi-Nik Aziz dijangka bincang Khamis ini. Show all posts
Showing posts with label Isu Husam: Hadi-Nik Aziz dijangka bincang Khamis ini. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Isu Husam: Hadi-Nik Aziz dijangka bincang Khamis ini

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membincangkan perkembangan terbaru di Kelantan — laporan media bahawa Timbalan Pesuruhjaya II PAS negeri Datuk Husam Musa berhasrat untuk melepaskan kesemua jawatannya dalam parti dan kerajaan dengan Mursyidul Am parti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadi dijadual mengadakan kunjungan ke Kelantan Khamis ini.

Ketika ditemui wartawan di Alor Star semalam, Hadi menjelaskan, beliau masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara tersebut dan hanya membaca menerusi laporan media.

"Saya kena tunggu maklumat sebenar," kata beliau ringkas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...