Gara-gara untuk pancing undi pilihan raya, Najib sanggup hapus 30 peratus kuota bumiputra
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa 30 peratus kuota bumiputera akan dihapuskan, hanya untuk memancing undi bukan Melayu, kata Naib Presiden KEADILAN, Chua Jui Meng. Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai satu retorik bagi menagih undi kaum Cina dan India menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
“Ini tidak boleh dipercayai, bila dia akan laksanakan? Dia (Najib) hanya nak tarik undi bukan melayu saja. Ini hanya cakap saja tapi bila diperingkat perlaksanaan tiada tindakan,” ujarnya.