Jika Umno anak jantan cabaran Pas ini seharusnya disambut dengan baik oleh Umno kerana ia bertujuan untuk membetulkan fakta sebenar mengenai nama-nama pejuang kemerdekaan tanah air kita. Jika tidak.. ianya boleh dianggap pondan dan penakut hanya berani berkokop tanpa fakta yang sahih
PAS mencabar Umno mengadakan debat mengenai isu pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air bagi membetulkan catatan sejarah mengenainya yang diselewengkan oleh pihak penjajah khususnya British.
Surat jemputan mengenainya akan ditulis dan dihantar oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Ketua Penerangan Umno pada minggu ini.Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjelaskan, debat tersebut perlu diadakan memandangkan para pemimpin Umno kini semakin keterlaluan dalam memutarbelitkan dan menggelapkan fakta-fakta sejarah mengenai pejuang-pejuang kemerdekaan negara.
Menurut beliau, penyelewengan fakta sejarah terkini yang dilakukan oleh para pemimpin Umno membabitkan seorang pejuang kemerdekaan negara dari Johor, Mat Indera apabila tokoh tersebut dikaitkan dengan perjuangan komunis.
Katanya, pada hal Mat Indera tidak terlibat langsung dengan perjuangan komunis, sebaliknya adalah seorang tokoh agama dan pejuang kemerdekaan sebenar yang sengaja digelapkan fakta sebenar mengenainya oleh pihak British sejak menjajah tanah air kita dulu.
"Selain Mat Indera, tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan tanah air kita yang lain yang turut diselewengkan fakta mengenainya termasuklah Datuk Bahaman dan Mat Kilau di Pahang, Datuk Dol Said di Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Mat Salleh di Sabah, Datuk Maharajalela di Perak, Rosli Doby di Sarawak.
"Selain nama-nama itu terdapat juga tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan lain yang turut diselewengkan dan digelapkan fakta mengenainya, sehingga menyebabkan orang ramai terkeliru dengan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan sebenar di tanah air kita," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Kesilapan tersebut, menurut beliau, dilakukan oleh pihak penjajah dengan persekongkolan para pemimpin Umno sendiri dan ia tidak boleh dibiarkan, sebaliknya perlu diperbetulkan kembali demi kepentingan negara.
"Menyedari hakikat itulah, PAS memutuskan untuk mengadakan debat dengan pemimpin Umno yang membabitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai pendebat utama bagi pihak PAS, manakala bagi pihak Umno pula kita mengharapkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pendebat utamanya," katanya.
Perdebatan antara Mohamad Sabu dan Muhyiddin, katanya, merupakan sesuatu yang wajar kerana mereka adalah sesama Timbalan Presiden bagi PAS dan Umno.
Menurut beliau, tambahan pula, Muhyiddin juga merupakan antara pemimpin Umno yang banyak dan lantang memperkatakan tentang Mat Indera yang dikaitkan dengan perjuangan komunis, manakala Mohamad Sabu pula di sebaliknya yang jelas menepati realiti sebenar mengenai tokoh tersebut.
"Begitu juga dengan surat untuk mengajak debat itu. PAS menyerahkan tanggungjawab untuk menulis dan mengutusnya kepada Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan surat itu pula akan ditujukan kepada Ketua Penerangan Umno, sesuai dengan kedudukan mereka sesama Ketua Penerangan kedua-dua parti terbabit," jelasnya.
Sesudah surat itu dihantar, jelas beliau, terpulanglah kepada pihak Umno untuk menyambutnya dan menentukan tempat untuk mengadakan debat tersebut.
"Kami mengharapkan agar ajakan kami ini disambut dengan baik oleh Umno kerana ia bertujuan untuk membetulkan fakta sebenar mengenai nama-nama pejuang kemerdekaan tanah air kita," katanya.
Disebabkan kesilapan itu, menurut beliau, orang ramai menjadi keliru sehingga pejuang kemerdekaan sebenar dikatakan penderhaka atau petualang, manakala petualang pula dikatakan pejuang kemerdekaan.
Katanya, fakta salah itu termasuklah yang membabit Mat Indera yang dikaitkan dengan perjuangan komunis oleh pihak Umno, pada hal beliau adalah pejuang kemerdekaan sebenar yang patut diangkat ke tempat yang tinggi dalam catatan sejarah negara dan oleh seluruh rakyat negara ini.-Hrkh
No comments:
Post a Comment