Saturday, September 17, 2011

Reformasi Najib kabur dan terhad- Surendran

“ISA  dihapuskan; walau bagaimana pun dua undang-undang baru akan digubal. Apakah muslihatnya..?


           Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyifatkan pengumuman-pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib semalam sebagai kabur dan terhad.
           Najib semalam mengumumkan pemansuhan tiga perisytiharan darurat yang masih berkuatkuasa selama ini, cadangan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pembatalan lesen tahunan penerbitan akhbar, serta meminda semula Akta Polis 1967.

Menurut Surendran, Najib dalam ucapannya semalam langsung tidak mengakui penyalahgunaan undang-undang itu terhadap rakyat selama lima dekad.


Reformasi yang dijanjikan Najib juga masih lagi mengekalkan kuasa yang tidak demokratik dan menindas rakyat dalam tangan kerajaan.

“ISA (dicadang untuk) dihapuskan; walau bagaimana pun dua undang-undang baru akan digubal untuk menguatkuasakan penahanan pencegahan.

“Ruang lingkup dan perincian undang-undang ini masih belum diketahui. Dan undang-undang ini juga akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan undang-undang pencegahan akan digunakan apabila tindakan telah diambil dan terdapat individu yang mengancam keselamatan di dalam dan luar Perlembagaan Persekutuan,” kata Surendran.

Merujuk kepada janji Najib untuk meminda Akta Polis 1967, Surendran berkata Najib tiada sebarang perincian diberikan Najib dalam ucapannya semalam.

Jika benar beliau serius, beliau sepatutnya akan menghapuskan terus permohonan permit untuk mengadakan perhimpunan aman.

Mengulas cadangan Najib untuk menghapuskan lesen tahunan penerbitan akhbar, Surendran mempersoalkan mengapa lesen penerbitan masih lagi perlu dipohon pada peringkat awalnya.

“Ini bermakna Menteri masih lagi berhak untuk tidak memberikan sebarang lesen atau membatalkannya sesuka hati beliau.

“Satu-satunya permit yang sepatutnya dipohon adalah permit perniagaan sahaja,” kata Surendran.

Menurutnya lagi, Najib masih perlu melakukan banyak lagi reformasi kerana kerajaan kini masih lagi memegang banyak kuasa.

“Tiada reformasi polis atau penubuhan IPCMC. Tiada pengurangan kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Tiada janji mekanisma perlantikan hakim yang bebas dan telus,” kata Surendran.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...