Friday, September 9, 2011

Khairy tak layak debat dengan Mohamad Sabu

 Isu debat, Khairy hanya ingin meraih populariti setelah hilang kepercayaan daripada Najib. Apa lagi Khairy hanya selaku Ketua Pemuda yang tidak selayaknya berdebat dengan Mohamad Sabu selaku Timbalan Presiden PAS. Jurang kedudukan antara beliau dan Mohamad Sabu terlalu jauh. Khairy harus sedar ini semua

          Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin diingatkan agar sedar diri bahawa beliau bukanlah individu yang layak berdebat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
          Tindakan Khairy yang ingin menunjukkan kehebatannya dengan menyifatkankan Mohamad menolak cadangan berdebat dengannya kerana takut kepadanya hanyalah memalukan dirinya sendiri.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad berkata, Mohamad adalah Timbalan Presiden PAS dan PAS Pusat telah memutuskan Mohamad berdebat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden Umno.


Menurut beliau, keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat itu sejajar dengan kedudukan Mohamad Sabu selaku Timbalan Presiden PAS yang selayaknya berdebat dengan Muhyiddin, selaras dengan kedudukan mereka sesama Timbalan Presiden kedua-dua parti terbabit.

Katanya, Khairy perlu tahu kedudukannya selaku Ketua Pemuda yang tidak selayaknya berdebat dengan Mohamad Sabu selaku Timbalan Presiden PAS kerana jurang antara beliau dan Mohamad Sabu terlalu jauh.

"Apabila Khairy mengatakan Mohamad Sabu takut untuk berdebat dengannya, ia tentu tidak tepat, apatah lagi jika kenyataan itu dikeluarkan ketika Mohamad Sabu sendiri masih belum memberikan jawaapan kerana tidakpun dimaklumkan oleh pihak penganjur yang mahu mengadakan debat itu," katanya.

Pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini, Khalid berkata, lebih jauh dari itu Khairy ternyata berbohong untuk meraih populariti apabila mendakwa telah menerima tawaran daripada kerajaan negeri Kelantan untuk berdebat dengan Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong.

Menurut beliau, kerajaan negeri Kelantan tidak pernah menghantar sebarang surat rasmi kepada Khairy selaku Ketua Pemuda Umno berhubung debat itu, tetapi hanya satu e-mel dari Kelantan yang bertanyakan sama ada Khairy bersedia berdebat atau tidak.

"Emel itu dikirim oleh Saifudin Ibrahim yang mewakili Jawatankuasa 'Bual Bicara' kepada Khairy untuk bertanyakan Khairy sama ada bersedia berdebat atau tidak. Jika Khairy bersetuju, surat jemputan rasmi akan dihantar oleh pihak penganjur kepadanya," katanya.

Emel tersebut, tegasnya, turut diforward kepada beliau dan menerusi emel itu dijelaskan bahawa debat yang mengisi program 'Bual Bicara' anjuran kerajaan Kelantan itu dicadangkan pada akhir September ini pada jam 9.00 malam di Balai Islam, Kota Bharu.

"Dalam emel itu dijelaskan, program tersebut lebih kepada santai dan lebih kepada dialog antara audien. Pembicara seorang lagi sedang diuruskan oleh pihak penganjur iaitu Mohamad Sabu, manakala moderatornya Amin Idris dari TV Al-Hijrah.

“Khairy cuba mengambil kesempatan dalam isu Mat Sabu (Mohamad) ini. Dia berbohong dengan mengatakan telah menerima surat undangan daripada kerajaan Kelantan, makala Mohamad Sabu 'pengecut atau penakut' kerana menolak untuk berdebat dengannya," katanya.

Sebaliknya, tegas beliau, kerajaan Kelantan tidak pernah menghantar sebarang surat rasmi kepada Khairy selaku Ketua pemuda Umno berhubung perkara itu.

Khairy dalam kenyataannya seperti yang dilaporkan media tempatan sekitar 4 September lalu berkata, beliau telah menerima jemputan untuk berdebat dengan Mohamad Sabu berhubung isu tragedi Bukit Kepong di Kelantan akhir bulan ini.

Namun, menurut Khairy, Mohamad menolak cabaran itu dan menyerahkan kepada Pemuda PAS untuk berdebat dengannya, manakala Mohamad akan berdebat dengan Muhyiddin.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, tindakan Khairy itu ternyata untuk meraih populariti ekoran keadaannya sekarang yang semakin ketiadaan sokongan akar umbi dalam Umno.

"Emel yang dihantar untuk bertanyakan sama ada beliau sanggup atau bersedia berdebat daripada Kelantan itu dikatakan telah menerima surat jemputan rasmi dari kerajaan Kelantan.

"Mohamad Sabu yang masih belum menjawab malah belum dimaklumkan oleh pihak penganjur pun dikatakan telah menolak untuk berdebat dengannya," katanya.

Pada hal, penolakan Mohamad Sabu bukan kerana takut kepada Khairy, tetapi PAS Pusat sendiri telah memutuskan Mohamad akan berdebat dengan Muhyiddin, manakala Khairy pula jika mahu beredebat dengan sesama Ketua Pemuda iaitu dengan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

"Tindakan Khairy itu juga kelihatan akan menepati andaian pelbagai pihak bahawa Khairy akan menjadi mantan Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan Agung Umno akan datang," ujar beliau.-Hrkh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...