Thursday, January 31, 2013

Arahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya semua kad pengenalan (IC) dan Mykid yang tidak dituntut dihantar ke Sabah


Belum reda isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian warga asing di Sabah, timbul pula pendedahan baru tentang arahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya semua kad pengenalan (IC) dan Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar ke Keningau.

Mendedahkan demikian, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau menerusi surat yang diterimanya melalui pos.

PM Najib dalam kesunyian


Jika benar kumpulan Muhyiddin yang disokong oleh pihak yang berpengaruh dalam UMNO untuk mengenepikan Najib sebelum pilihanraya ia sudah terlambat dan tidak mempunyai masa lagi. Najib pula sepatutnya menumpukan masa dan perhatian beliau terhadap lawan beliau di dalam partinya sendiri. Saya selalu berkata musuh Najib sebenarnya bukannya parti pembangkang tetapi musuh beliau yang lebih besar ialah dari dalam UMNO itu sendiri.

Bagi Najib menyalahkan pembangkang yang menjadikan isu lawatannya ke Gaza sebagai lawatan yang membuang masa dan ‘counter productive’ jika dipandang dari sudut hendak menaikkan imej BN dalam pilihanraya nanti itu adalah tidak tepat. Ianya di perbesarkan oleh mereka dalam UMNO sendiri. Anwar Ibrahim bukan orangnya yang membesarkan isu itu.

Buru peserta HKR bawa anak, polis ikut telunjuk Umno


Kepantasan’ polis mengenal pasti peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu yang membawa kanak-kanak sepatutnya diamal apabila memburu penjenayah.

Demikian sinis Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membidas tindakan polis dilaporkan mengeluarkan 14 gambar ibu bapa yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke HKR di Stadium Merdeka.

“Ini hanya tindakan terdesak kerajaan dengan mengerahkan polis sebagai orang suruhan. Umno BN tidak akan senang hati melihat rakyat berkumpul di HKR.

Wednesday, January 30, 2013

PENCACAI UMNO GUNA GAMBAR PESERTA KURSUS PRA PERKAHWINAN DIEDIT KONONNYA SEORANG PADERI SEDANG MEMURTADKAN GADIS-GADIS MELAYU DISEBUAH GEREJA DIIPOH, PERAK!!!!!

Gambar yang belum di Edit
Gambar yang sudah di Edit

Akhirnya kebenaran terbongkar jua....Gambar gadis-gadis Melayu sedang asyik mendengar ceramah kursus pra perkhawinan didalam sebuah dewan telah dioplah, diedit dan disuperimpose dengan menambah salib besar oleh para gurkha siber berjiwa UMNO totok dengan memfitnah kononnya seorang Paderi Kristian sedang asyik memberikan kuliah dalam satu upacara "permurtadan" disalah sebuah gereja di Ipoh , Perak..

Dun S'gor dibubar awal selepas Chap Goh Meh


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, pihaknya akan menimbang untuk membubarkan Dun Selangor lebih awal dari parlimen sekiranya pusat masih berteka-teki dengan tarikh pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Katanya, kerajaan negeri akan membawa cadangan itu kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

"Sekiranya Perdana Menteri belum buat pengumuman berkenaan tarikh pilihanraya selepas Chap Goh Meh, kami akan mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor lebih awal dari Parlimen.

Ghafar Baba pun mungkin masuk PAS - Tamrin


Kalau bapa saya (Allahyarham Tun Ghafar Baba) masih hidup, tentu dia akan masuk PAS lebih awal dari saya,” kata Datuk Tamrin Ghafar ketika berceramah di Taman Temerloh Jaya, dekat sini.

Katanya, semuanya disebabkan keadaan dalam Umno sendiri yang semakin hari semakin parah akibat merebaknya penyakit rasuah politik, mengaut kekayaan untuk kroni dan perebutan jawatan secara negatif.

“Jangan ingat mustahil tokoh Umno keluar Umno, bapa kemerdekaan (Almarhum Tunku Abdul Rahman) pun keluar Umno dan mati di luar Umno. Begitu juga dengan (Tun) Hussein Onn,” kata bekas Ahli Parlimen Batu Berendam itu.

Menteri monopoli kontrak Petronas punca syarikat bumi gulung tikar?


Kontraktor pengangkutan kepada syarikat Petronas Dagang Berhad (PDB) mendedahkan, perniagaan mereka terjejas teruk disebabkan kontrak pengangkutan syarikat itu kini dimonopoli oleh syarikat Shaziman Transport Sdn Bhd.

Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) yang didakwa milik seorang Menteri Kabinet dikatakan memonopoli lebih 90 peratus kontrak pengangkutan di sesetengah tempat menyebabkan beberapa syarikat bumiputra lain gulung tikar dan menanggung kerugian.

Perkara ini dibongkar kepada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

PRU13: Agama pula jadi cagaran Umno


Sekarang Umno terpaksa mengikut rentak PAS di dalam memperjuangkan agama,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, dahulu Umno sering menuduh PAS menggunakan agama untuk kepentingan politik sehingga ada cadangan supaya nama Islam pada parti PAS dibuangkan.

Jelasnya, PAS sememangnya wajib memperjuangkan Islam kerana tertera dengan jelas di dalam Perlembagaan PAS Fasa 3 "Dasar PAS ialah Islam".

Tuesday, January 29, 2013

Dalam tegang, pertemuan TG Nik Aziz dengan Bishop bawa ketenangan


Pertemuan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bersama Bishop Katolik Sebastian Francis semalam memberikan satu ketenangan mendalam kepada rakyat Malaysia.

Ia amat bermakna kepada yang cintakan keamanan tatkala ada pihak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh dalam polemik perbezaan agama.

“Alhamdulillah, dengan izin-Nya, misi mengharmonikan hubungan antara agama berjaya ketika berkunjung ke negeri Pulau Pinang. Amat gembira kerana sempat menerima kunjungan Father Sebastian Michael Uskop Roman Katholik bagi negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Terima kasih YB Dr Mujahid yang menguruskannya,” tulis Nik Aziz di Facebooknya.

Lajim yakin 18 kerusi Parlimen Sabah bakal ditawan Pakatan


Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin, yakin 18 kerusi Parlimen negeri itu akan berjaya dirampas pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, rakyat Sabah berani membuat perubahan walaupun diugut pelbagai cara oleh Umno BN.

“Sudah lama saya sertai politik, daripada umur 31 tahun. Kali ini melihatkan kebangkitan rakyat Sabah, saya yakin sekurang-kurangnya 18 kerusi Parlimen Umno akan tumbang.

Wasatiyyah Najib bertentangan amalan Rasulullah – Anwar


Konsep wasatiyyah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menggambarkan keperibadian pemimpin Islam kerana kaedah pelaksanaannya bertentangan syiar Islam dan amalan Rasullullah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, wasatiyyah yang menjadi ungkapan politik Umno dijadikan umpan Najib untuk mendapat sokongan pengundi Melayu, diguna untuk menzalimi rakyat.

“Tengok pemimpin Islam, pukul orang, bunuh orang. Nak tengok rasuah, tengoklah pemimpin Islam. Cakap dengan angkuh, ambil balak (pun) pemimpin Islam. Surat khabar Islam (kerjanya) fitnah orang. Utusan Malaysia, bapak segala fitnah di Malaysia. Siapa punya, Melayu punya.

Monday, January 28, 2013

Kunjungan TG Nik Aziz ke rumah Karpal disambut air mata gembira


PENUH KECERIAAN ... Tg Nik Aziz memotong kek harijadinya ke 82 di rumah Karpal Singh dengan diperhatikan keluarganya) kapsyen
Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.

Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.

Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.

Puluhan ‘hantu’ muncul di Bukit Gasing, Petaling Jaya


Satu demi satu bukti wujudnya pengundi hantu di Selangor terbongkar apabila seorang pemilik rumah mendedahkan beliau menerima 28 surat daripada Barisan Nasional (BN) walaupun tidak mengenali pengirim surat itu.

Bukti terbaru itu sekaligus mengukuhkan laporan dan aduan orang awam, NGO dan Pakatan Rakyat mengenai ratusan ribu pertambahan pengundi berdaftar yang meragukan.

Dalam satu sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, antara yang mengejutkan ialah terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali didaftar menggunakan alamat itu apabila disemak dalam daftar pemilih.

Tiada maaf pada Zahid Hamidi, lawan di mahkamah


Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato’ Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.

TG Nik Aziz sambut harilahir di rumah Karpal Singh

(Karpal menyambut kedatangan TG Nik Aziz di rumahnya - foto Malaysiakini) 

Bagi menyatakan kesatuan dan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.

TG Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland, lapor wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang, Sosan Loone.

Sunday, January 27, 2013

Kenapa Hanya 4 Pemimpin BN Disytihar Tidak Bersih?


Ramai yang tertanya-tanya siapakah empat pemimpin BN yang tidak berjaya melepasi tapisan SPRM serta dianggap tidak bersih dan dinasihat digugurkan sebagai calon dalam pilihanraya akan datang ini. Mereka itu, sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian, ialah dua menteri, seorang menteri besar dan seorang lagi ketua menteri.

Sinar Harian yang dilaporkan memetik sumber-sumber memberitahu, bahawa keempat-empat pemimpin itu didapati gagal melepasi tapisan SPRM kerana mempunyai masalah undang-undang dan akan memberi implikasi kepada parti jika dicalonkan.

Bagaimanapun laporan itu tidak menyebut parti mana dan negeri mana asal keempat-empat pemimpin itu.

Saturday, January 26, 2013

Bila lemah banyak salah laku Umno terdedah


Rakyat Malaysia beruntung apabila Umno BN lemah, kerana banyak kejahatan dan penyelewengan harta rakyat akan terbongkar.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Selangor adalah negeri yang boleh dirujuk kerana pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat terutama tanah yang membabitkan pemimpin Umno.

Katanya, sehingga kini terdapat 24 keping tanah di Selangor yang diberi, seperti yang didedahkan oleh Ng Suee Lim, Adun Sekincan.

Tambahnya, terbaru didedahkan tanah seluas empat ekar di Seksyen 25 Shah Alam, hanya dibayar dibayar premium sebanyak RM1,000 seekar sedangkan harga pasaran RM700,000.

Isu ganas Perkasa membunuh harapan BN- AspanAlias


Saya mempunyai pendapat yang akhirnya Dr Mahathir dan Perkasa lah menjadi penyebab lunturnya sokongan rakyat terhadap BN khususnya UMNO. Saya ingin mengambil kesempatan untuk menjawab persoalan yang dikemukakan kepada saya kenapa saya tidak pernah memberikan komen terhadap Perkasa sedangkan Perkasa itu bukannya NGO yang sejati tetapi ia merupakan cabang UMNO pada hakikatnya. Ia sesungguhnya badan politik yang aktif.

PAS Sarawak kecam Ibrahim Ali


(Ibrahim ketika mencadangkan agar Bible bahasa Melayu dibakar yang menyebabkan pelbagai pihak tertanya-tanya kenapa beliau bebas bercakap begitu)
PAS Sarawak mengecam keras tindakan presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang menyeru supaya membakar Bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah.

"Adakah dengan perbuatan membakar Bible versi Bahasa Melayu dapat menyelesaikan masalah kalimah Allah?

"Perbuatan Ibrahim Ali hanya mengundang perasaan benci penganut bukan Islam terhadap Islam," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.

Friday, January 25, 2013

UMNO dan Maulidur Rasul 2013


Maulidur Rasul tahun ini boleh kita anggap Maulidur Rasul UMNO. Tanpa segan silu, UMNO memasukkan tema wasathiyah tonggak kesatuan ummah untuk Maulidur Rasul tahun ini. Dengan langkah itu, maulidur Rasul tahun 2013 menjadi Maulidur Rasul yang paling di politikkan. Pada masa yang sama, ia menampakkan UMNO sangat terdesak.

Mengapa jadi demikian? Kerana gelanggang agama merupakan gelangang terakhir untuk Najib mengembalikan sokongan orang Melayu yang bertambah luntur kepada UMNO. Kian hari orang Melayu sedar bahawa masa depan mereka, rezeki mereka dan kelansungan hayat kaum Melayu bukanlah bergantung kepada UMNO.

Jangan disamakan Tunku dengan Mahathir


Mahathir membabitkan Tunku untuk menemani beliau sebagai seorang yang menjenayahi negara, tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Menurutnya, Mahathir melakukannya kerana kepentingan politik beliau dan parti beliau dan ini merupakan satu pembelotan terhadap negara merdeka kita.

“Sesiapa yang menjenayahi negaranya adalah pembelot dan rakyat wajar menghukumnya,” ujar beliau lagi.

Tulisan penuh beliau di > SINI

Universiti ‘mandul’ lahirkan bebalisme & pandir negara – Dr Maszlee


Sistem pendidikan negara sekarang melahirkan golongan bebalisme yang akhirnya hanya tahu mengampu kerajaan tetapi gagal menyelesaikan masalah dihadapi rakyat, kata Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Katanya, golongan berwatak pandir itu terbentuk melalui dua budaya yang subur dalam universiti iaitu naungan (patronage) dan takut (fear).

“Ahli akademi berkepentingan hanya melihat kepada ahli politik untuk mendapatkan pangkat Datuk Seri, profesor dan takut mendapat surat amaran.

Thursday, January 24, 2013

Injil kalimah Allah: Tak perlu berlagak samseng


Hasutan supaya dibakar Injil berbahasa Melayu dengan kalimah Allah menjauhkan lagi orang bukan Islam dari pengertian sebenar kalimah Allah, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebelum ini menghasut supaya dibakar Injil berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah.

"Umat Islam seharusnya merasa malu dengan perbuatan Presiden Perkasa itu.

Kementah beli senjata secara rasuah – Bekas Pegawai Tinggi Tentera


Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).

Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.

Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.

Wednesday, January 23, 2013

Nyawa di kerongkong baru nak buat janji


Setelah nyawa berada dikeronkong, Umno Kelantan menawarkan pelbagai projek di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), berkata demikian di pejabatnya tengah hari tadi, ketika diminta mengulas janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melawat negeri ini semalam.

”Kenapa baru sekarang setelah nyawa BN berada di keronkong, baru nak tunjuk duit ada.

Tuesday, January 22, 2013

Bersihkan daftar pemilih sebelum PRU

(LINK YOUTUBE klik http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=IUsC3SMubDk)

Dijumpai dalam YouTube satu rakaman yang merakamkan proses orang ramai beratur untuk mengundi ketika PRU 1995 di Sabah.

Tahun 1995 inilah dikatakan begitu teruknya penyalahgunaan kuasa iaitu kegiatan memberikan status warganegara kepada orang asing berluasa hanya untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional.

7 janji: Najib hina rakyat Kelantan


Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan tawaran tujuh projek pembangunan jika BN menang di Kelantan sebagai suatu penghinaan pada rakyat di negeri itu.

Menurutnya, meletakkan syarat kemenangan BN Kelantan dalam PRU 13 untuk melaksanakan tujuh projek mega Kerajaan Persekutuan amat tidak wajar kerana hak wajib yang patut mereka perolehi melebihi tujuh projek pembangunan.

Najib bertaubat atau bersandiwara di Kelantan?

Antara  kain rentang menyambut lawatan Najib ke Kelantan

Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bertaubat sepenuhnya daripada kesilapan lampaunya dan hanya bersandiwara terhadap rakyat.

“Belum sampai beberapa hari dan air matanya belum kering lagi apabila beliau meminta maaf kepada rakyat, kini beliau menipu pula rakyat Kelantan.

“Dalam keadaan pilihan raya umum ke 13 sudah dekat, beliau mudah menabur janji. Janjinya melangit tinggi dan lumayan harganya,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor.

Monday, January 21, 2013

Mahathir boleh disiasat bawah Akta Hasutan- Aziz Bari


Bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Profesor Dr Abdul Aziz Bari, berkata, Akta Hasutan boleh dikenakan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mempersoal kedudukan orang Cina dan India yang diakui perlembagaan.

Beliau mengulas syor Mahathir agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat pemberian kerakyatan kepada sejuta ‘pendatang asing’ di Persekutuan Tanah Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

Mahathir biadap, buta sejarah- Prof Dr Aziz Bari


Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata, kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.

“Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,”

Kenapa cincin RM24 juta tak ikut prosedur kastam?- Chegu Bard


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, kemasukan cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor tidak dibuat mengikut prosedur kastam.
“Ikut prosedur kastam, cincin itu perlu diikrar ketika urusan keluar masuk negara. Tetapi kenapa ia tidak diikut?

“Begitu juga dengan nilai Free on Board (FOB) dan nombor invois yang berbeza pada borang keluar dan masuk, ia sepatutnya sama,” katanya lagi.

Sunday, January 20, 2013

Kuasa Melayu tetap kekal tanpa UMNO


Dengan majoriti orang Melayu di negara ini melebihi 60 peratus, walaupun tanpa UMNO, orang Melayu tidak mungkin akan kehilangan kuasa kerana ada parti politik lain yang boleh mengambil alih pemerintahan negara.

Ia diperkukuhkan dengan struktur demografi dan politik Malaysia yang berpaksikan demokrasi berparlimen dan berpegang pada konsep rakyat adalah tuan manakala wakil rakyat dipilih oleh rakyat.

Demikian antara kesimpulan yang dirumus dalam Wacana Roketkini.com berjudul “Benarkah Melayu akan hilang kuasa tanpa UMNO?”

Pengakuan Mahathir beri IC pada pendatang bukti Umno ‘jual’ negara


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bingkas membidas dan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir Mohamad di sebalik pengakuannya memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.

Pertama sekali, Tun Mahathir sudah mengaku menjadi dalang utama projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing dua minggu sebelum pilihanraya 1990. Inilah jawapan yang dicari-cari selama ini, telah dilafaz sendiri oleh Tun Mahathir.

Deepak tekan Najib, Najib tekan Dr M?


Pelbagai andaian mula bergerak di alam maya sekarang ekoran tekanan yang diberikan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad melalui suruhanjaya penyiasatan diraja (RCI) pemberian kad pengenalan di Sabah.

Ada yang berpendapat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sengaja memberikan tekanan ini kepada Tun Dr Mahathir selepas beliau ditekan melalui Deepak Jaikishan.

"Mahathir guna Deepak lemahkan Najib, Najib balas dengan kaitkan Mahathir isu pendatang asing Sabah," kata satu dalam laman sosial Facebook.

Pakar ekonomi Bank Islam pertahan analisis ‘kemenangan’ Pakatan


Ketua Ekonomis Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang digantung jawatan, mempertahan analisis melibatkan tiga senario keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 termasuk prospek kemenangan Pakatan Rakyat.

Pada kenyataan media lewat petang ini, beliau berkata analisis yang dibentang dalam satu forum di Singapura pada 10 Januari lalu, dibuat secara profesional, jujur dan adil .

Azrul menolak keras andaian kononnya analisis yang meletakkan kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 13, bersifat bias dan tidak profesional semata-mata kerana beliau seorang ahli KEADILAN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...