Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Friday, January 18, 2013
Tun Mahathir akui beri IC pada warga asing
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengaku beliau bertanggungjawab memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing pasa zaman pentadbirannya.
Malah beliau mendakwa tindakannya itu tidak seberapa berbanding bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman yang disifatkan "lebih teruk" dari beliau.
"Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,"
"Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah," katanya ketika ditanya pemberita selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Karangkraf hari ini.
Beliau juga mengakui bahawa projek pemberian kad pengenalan itu dibuat menjelang pilihan raya namun mendakwa ianya mungkin hanya kebetulan.
"Saya buat sebelum pilihan raya. Mungkin kebetulan. Saya tak tahu. Tapi ia mengikut undang-undang. Perkara itu berlaku sebelum pilihan raya tak bermakna melanggar undang-undang," katanya lagi.
Pengakuan Mahathir itu sekaligus sama dengan keterangan yang diberikan saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung 'projek IC' Sabah.
Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah semalam memberi keterangan bahawa dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.
Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mendakwa menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.-Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment