Pelbagai andaian mula bergerak di alam maya sekarang ekoran tekanan yang diberikan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad melalui suruhanjaya penyiasatan diraja (RCI) pemberian kad pengenalan di Sabah.
Ada yang berpendapat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sengaja memberikan tekanan ini kepada Tun Dr Mahathir selepas beliau ditekan melalui Deepak Jaikishan.
"Mahathir guna Deepak lemahkan Najib, Najib balas dengan kaitkan Mahathir isu pendatang asing Sabah," kata satu dalam laman sosial Facebook.
Namun begitu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam satu kenyataannya berkata, ada perancangan untuk mengenakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui RCI ini.
Azmin mendakwa parti itu menerima maklumat bahawa terdapat cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan siasatan RCI berhubung isu pendatang tanpa izin Sabah dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, PKR sudah menjangka bahawa perkara itu akan ditimbulkan kerana ia didakwa satu jalan mudah bagi Umno dan BN untuk mengatasi isu berkenaan.
"Kita sedang meneliti perkembangan ini, saya dapat maklumat-maklumat akhirnya akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim... Semua masalah dalam negara akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azmin.
Azmin mengulas kenyataan saksi di RCI tersebut semalam yang mengaitkan dua bekas orang kanan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk menjadi pengundi di Sabah.-Harakahdaily
No comments:
Post a Comment