Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Saturday, January 12, 2013
Usah terus jadi mangsa tipu BN pada PRU-13
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak terus menjadi mangsa penipuan UMNO/BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Beliau berkata, tidak serikkah rakyat negara setiap kali ditipu UMNO/BN dengan pelbagai janji untuk memastikan parti itu menang dan menerajui Putrajaya.
Terbaru, katanya, Perdana Menteri, Najib Razak mendakwa undi BN untuk maju, manakala undi Pakatan Rakyat tidak menentu.
“Apa yang maksud Najib undi Pakatan Rakyat tidak menentu, sedangkan rakyat Selangor dan Pulau Pinang yang memberi mandat kepada Pakatan Rakyat sudah dapat membezakan kebaikan ketika PR memerintah berbanding ketika BN yang jelas mereka membolot tanah rakyat.
“Rakyat di seluruh negara sepatutnya mencontohi kejayaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, termasuk Selangor yang mengamalkan prinsip ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), manakala Pulau Pinang dengan ‘Agenda Ekonomi Saksama (AES) bukannya seperti BN selama memerintah Selangor membolot tanah rakyat serta memperkayakan kroni,” ujarnya.
Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok berkata, beliau yakin tidak ada negeri yang ditadbir BN selama 55 tahun yang mampu menandingi pencapaian Selangor dan Pulau Pinang yang dterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng, walaupun baru empat tahun memerintah negeri itu sejak 2008
“Jika 2012 menjadi tahun produktif bagi kerajaan negeri Selangor, saya dan pemimpin PR lain di negeri ini bertekad melipatgandakan usaha untuk berkhidmat kepada rakyat sepanjang 2013 ini,” katanya..
Beliau juga kesal dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa rakyat Selangor tertipu selama empat tahun di bawah Pakatan Rakyat, sedangkan sebenarnya BN yang menipu rakyat selama 55 tahun memerintah negara.
Katanya, beliau tidak bergantung kepada retorik, sebaliknya memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat serta komitmen untuk standard tertinggi tadbir urus yang baik.
Pengurusan kewangan
“Daripada segi pengurusan kewangan dan peruntukan dana bagi program kebajikan, Selangor setakat ini melebihi prestasi negeri lain di bawah BN dan kerajaan Persekutuan sendiri.
“Apabila PR mengambil alih kerajaan negeri Selangor pada 2008, rizab tunai negeri hanya berjumlah RM760 juta dan dalam masa empat tahun saja, PR berjaya meningkatkan rizab lebih tiga kali ganda kepada RM2.5 bilion.
“Peruntukan untuk program kebajikan yang ditaja meningkat setiap tahun. Lebihan dana tidak dicapai dengan perbelanjaan kurang, tetapi menghapuskan sejumlah besar kebocoran dan rasuah yang dulunya berleluasa di Selangor.
“Selangor mengambil langkah yang kukuh untuk memastikan setiap sen wang rakyat diurus dengan integriti tanpa kompromi dan teliti.
“Dengan mematuhi prinsip itu, Selangor memastikan sumber negeri dan pendapatan dikongsi secara saksama di kalangan semua rakyat Selangor, tanpa mengira bangsa, agama atau kecenderungan politik.
Program Merakyatkan Ekonomi Selangor mencerminkan teras dasar Pakatan Rakyat yang menekankan bahawa pendapatan dan sumber negeri perlu dipulang kembali kepada rakyat, tanpa sebarang kebocoran dan ”keuntungan” tidak sesuai untuk pihak lain.
Rekod yang berhati-hati disimpan mengenai program MES menyediakan bukti yang tidak dapat dipertikaikan komitmen kepada kebajikan rakyat.
Pada tahun itu, peruntukan MES berjumlah RM73 juta. Jumlah itu meningkat setiap tahun: RM161 juta pada 2009, RM173 juta (2010), dan RM192 juta (2011).
Daripada Januari hingga September 2012, peruntukan berjumlah RM165 juta dibelanjakan untuk kebajikan rakyat melalui program MES menjadikan sebanyak RM766 juta dalam empat tahun.
Empat program wujud sejak 2008: peruntukan 20 meter padu air secara percuma, bantuan kepada pelajar yang memasuki universiti, (Hadiah Anak Masuk Universiti), Skim Mesra Usia Emas, dan Tabung Pendidikan Kanak-kanak (Tabung Pendidikan Anak).
Program itu tidak mengambil pendekatan kerajaan BN Persekutuan, di mana wang tunai dan barang yang diberi semata-mata untuk membeli undi.
Jumlah penerima MES juga meningkat secara konsisten sejak 2008: 1.10 juta orang pada 2008, 1.19 juta (2009), 1.25 juta orang (2010), 1.30 juta orang (2011) dan 1.34 juta (sehingga September 2012).-roketkini.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment