Wednesday, January 9, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan pencetus ‘Malaysian Spring’


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berpandangan bahawa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang bakal diadakan pada 12 Januari 2013 ini adalah “Malaysian Spring” yang boleh mencetus era baru bagi negara ini.

Sentuhan bersemangat dari pempinan rakyat bakal menjadikan kebangkitan rakyat yang boleh melakar sejarah penting di Malaysia.

Walaupun kami berpendapat terlalu banyak kebangkitan dalam bentuk lain harus dijalankan serentak seperti kebangkitan sosial-budaya, kebangkitan rohani, kebangkitan pemikiran dan kebangkitan intelektual, namun perhimpunan yang akan disemangati oleh keinganan menganjakkan negara dari era kroni, salahguna kuasa dan rasuah kepada negara yang bersih dari kepincangan uruskelola harta negara , sangat penting.


Pasca HKR akan menjadi lebih mencabar kerana jika ia tidak dituruti menggerakkan kebangkitan yang menyeluruh maka ia tidak akan membawa sebarang makna dan tidak boleh bertahan lama.

Kami percaya dengan kehadiran jutaan rakyat yang akan datang sendiri tanpa sebarang sogokan dan bayaran , ia pasti akan menjadi kebangkitan rakyat di negara ini menjadi Malaysian Spring yang unik seperti yang ditunjukkan oleh Arab Spring .

Rakyat harus menunjukkan kesungguhan untuk bersama dalam HRK. Tidak harus terpengaruh dengan cara yang sedemikian lama diamal oleh pemerintah ini iaitu semua dikerah untuk wajib hadhir , semua agensi diwajib menghantar kakitangan masing-masing, semua institusi dimestikan memghadhirkan para pelatih.Malah ratusan ribu diwajibkan hadir.

Kehadiran dan penyertaan penuh semangat dari rakyat adalah penting untuk mencetuskan rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap masa depan negara.

Bagi kami, tuntutan adalah jelas, iaitu perubahan politik Negara ke arah yang lebih beramanah, menjaga kepentingan khazanah rakyat, memperbetulkan sistem uruskelola pemerintahan dan mendapatkan sistem pilihanraya yang bersih.

Lantaran itu Perhimpunan harus disambut dengan terbuka oleh pihak kerajaan dan kami menuntut jangan menyusahkan rakyat. Kali ini ia ingin diadakan di Stadium Merdeka dan sudah tentu ia jauh lebih terkawal, tersusun dan memenuhi syarat seperti yang dikehendakki oleh pihak keselamatan.

Malah ia is adalah hak rakyat untuk berhimpun dengan aman seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negara. Pengumuman bahawa undang-undang telah dipinda untuk membenarkan rakyat berhimpun secara aman telah diistiharkan oleh PM sendiri.

Oleh itu tidak ada sebab untuk pihak pengurusan Stadium Merdeka atau Menteri yang berkenaan untuk mencari alasan tidak membenarkan is diadakan ditempat yang di pileh.

“Malaysian Spring” yang kami maksudkan adalah lonjakkan kesedaran rakyat untuk membentaras kemungkaran dalam budaya politik yang sudah sedemikian lama diamalkan di Negara ini sejak Merdeka.

Sistem politik feudal yang membawa kepada politik wang, politik fitnah, politik samseng dan politik perkauman sempit, yang akhirnya telah mengakibatkan politik menjadi sangat kotor, perlu ditamatkan.
Politik perdebatan yang sihat dan konstruktif perlu diketengahkan dalam lonjakkan kali ini. Keengganan pemerintah sekarang yang masih.

Kami mahu suara yang akan dikumandangkan dalam HKR nanti adalah suara murni dari rakyat , untuk rakyat dan demi rakyat. Ia harus menjadi lonjakkan tulin untuk rakyat kembali diperkasakan sebagai penentu kuasa untuk dimandatkan kepada mereka yang benar-benar beramanah dan komited kepada kebenaran dan keadilan.

Ini adalah saat penting untuk melakarkan sejarah Negara untuk 50 tahun ke hadapan. Sebarang pernyataan perlu berhemat untuk menghormati sensitiviti rakyat dalam hal agama dan bangsa .

Sesungguhnya tamadun Islam yang menjadi kekuatan tanah air ini dibangunkan perlu diserlahkan semula untuk menterjemahkan erti Islam sebagai Rahmat untuk semua semestinya menjadi roh yang perlu menjadi asas kepada kebangkitan rakyat

Kami mengharapkan HKR adalah Malaysian Spring yang murni dan tulus untuk membangunkan Malaysia yang lebih bermaruah dan berintegriti demi Negara yang layak dihormati dan diteladani.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausha Agung Mapim

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...