Monday, August 29, 2011

Jangan Halang Kaum Lain Bantu Umat Islam, Kata Anwar

                 Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan umat Islam agar tidak menghalang mana-mana kaum di negara ini daripada menghulurkan bantuan kepada Muslim yang miskin kerana ia menjadi kewajiban kepada semua untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.
               “Kita tidak harus menghalang mereka... sesiapa sahaja, mana-mana kaum, mana-mana agama daripada menjalankan atau mengambil inisiatif untuk membantu sesiapa,” kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR, semalam.

Jelasnya, ini kerana pihak gereja sendiri diminta agar diberi kebebasan untuk membantu golongan miskin tanpa mengira kaum, di sebalik dakwaan bahawa masyarakat Kristian berusaha untuk menukar agama umat Islam menerusi kerja-kerja kebajikan.

Rakaman video diserah pada Mohamad petang ini

            Rakaman video Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini ada di tangan Harakah Pulau Pinang.
           Video itu akan disampaikan terus kepadanya petang ini untuk diteliti semula ucapan kononnya beliau menyokong tindakan komunis menyerang Pondok Polis Bukit Kepng pada 23 Februari 1950.

Rakaman yang diperolehi daripada seorang peminat tokoh nombor dua PAS itu dan akan diberikan kepada Mohamad yang akan hadir pada majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng petang ini.

Sunday, August 28, 2011

PRU-13 : Hanya Doa Senjata Terakhir Hadapi BN, Kata Nik Aziz

Dan Tuhan telah berfirman:"Berdoa lah kamu kepada ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu". -Surah Al-Mu'min, ayat 60....                    "Hanya doa sajalah sebagai senjata akhir bagi orang Islam"                
                PAS Kelantan mengadakan munajat pilihan raya di Kota Baru awal pagi tadi dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hanya doa merupakan “senjata akhir” bagi orang Islam berdepan dengan kegentingan menghadapi pilihan raya umum ketika pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor kekal kuasa.  
               Program itu diadakan ketika akhir Ramadan, di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa selepas sambutan Aidilfitri yang jatuh minggu depan.

Berucap ringkas, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS memberitahu, Kelantan terus menegakkan Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini sejak akhir 1990.

Saturday, August 27, 2011

Pendedahan Harussani Bukti Tuduhan Terhadap Anwar Fitnah

              Pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Melayu-Islam berpecah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah dengan sendirinya menolak dakwaan ia berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, kata PKR.
             Sebaliknya, Ketua penerangannya Dr Muhammad Nur Manuty mendakwa perpecahan Melayu-Islam hari ini adalah berpunca daripada "politik kotor" pemimpin Umno sendiri.

Malah, ia didakwa bermula daripada zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad lagi.

"Dengan pendedahan yang dibuat ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim," kata Dr Muhammad Nur dalam kenyataan hari ini.

Mufti pertahan kenyataan, kerajaan rasuah tidak amanah


 
                 Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mempertahankan kenyataannya bahawa perpecahan Melayu dan Islam di negara ini disebabkan kelemahan kerajaan, yang berpunca dari amalan rasuah dan tidak amanah.

               “Rasuah ini siapa pun akan marah. Sebab itu saya katakan yang lemah ialah kerajaan kerana rasuah dan tidak amanah. Dari situlah wujudnya kacau bilau dalam  negara,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Bercakap dalam satu forum di Shah Alam baru-baru ini, Harussani mengeluarkan kenyataan bahawa beliau ada mengingatkan Perdana Menteri, Najib Razak tentang kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah.

Friday, August 26, 2011

Bukan putihkan pendatang, tapi daftar pemilih

Kedatangan pendatang tanpa izin ke negara ini tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan. Sebaliknya, ia dimanfaatkan oleh Kerajaan BN bagi menambah pengundi bagi pihak mereka,
 
                Kerajaan Malaysia terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan agar tidak ghairah untuk memutihkan pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara ini, sebaliknya memberikan lebih tumpuan bagi membersihkan daftar pemilih untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi.
                Namun tindakan kerajaan BN menerusi KDN yang begitu bersungguh-sungguh melaksanakan program pemutihan Pati ke negara ini sekarang amat meragukan kerana ia dilihatkan seperti mempunyai muslihat tertentu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program pemutihan Pati yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan BN sekarang dibimbangi turut dijadikan satu alat untuk kerajaan BN mendapatkan pengundi klon bagi pihak mereka.

Menurut beliau, kebimbangan beliau itu sememangnya berasas memandangkan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno kini sudah semakin keterlaluan sehingga sanggup memberikan taraf kerakyatan yang begitu mudah kepada warganegara luar.

Islam bukan milik orang Melayu saja- Huda Chew


            Bercakap kepada Suara Keadilan, beliau kini merasa lebih tenang selepas memeluk Islam, yang disifatkan beliau sebagai agama yang bersifat universal.
            Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Sheryl Chew Hong Wah atau nama barunya Huda Chew Hong Wah nekad mendalami ajaran Islam sepenuh masa.
“Saya merasa amat tenang selepas saya memeluk Islam dan amat meyakini agama ini adalah agama yang benar.
“Ia bukan hanya milik orang Melayu atau bangsa Arab tetapi ia milik semua manusia,” katanya.
Menurut Huda, beliau turut melahirkan rasa terharu dengan sokongan berterusan semua pihak terutama guru dan sahabat karibnya, Faridah Abdul Karim yang juga Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Cabang Gombak.

Umno hipokrit isu akidah

Jika satu isu itu menguntungkan Umno, maka mereka seolah-olah bercakap mempertahankan Islam seolah-olah lanjutan pemerintahan khalifah al-Rasyidin.
               Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menasihat supaya masalah akidah jangan dikorbankan walaupun berlainan ideologi politik menunjukkan Umno hipokrit.
              “Sebenarnya nasihat ini patut ditujukan kepada pemimpin Umno yang sedang mempolitikkan isu murtad kebetulan isu ini berlaku di negeri Pakatan Rakyat,” katanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Jika berlaku di negeri yang ditadbir oleh Umno tentunya nada berlainan, katanya.

“Inilah wajah pemimpim umno yang bersikap hipokrit, daripada dahulu sampai sekarang dalam isu agama,” katanya.

Katanya, jika satu isu itu menguntungkan, maka mereka seolah-olah bercakap mempertahankan Islam seolah-olah lanjutan pemerintahan khalifah al-Rasyidin.

Beliau bertanya, mana suara pemimpin Umno apabila Noraishah Bukhari di Johor, Hartina Kamarudin di Perak, Lina Joy di Wilayah Persekutuan yang murtad.

Thursday, August 25, 2011

Pemuda PAS tolak undi pos luar negara

               Dewan Pemuda PAS Malaysia menolak keras cadangan yang dikemukakan oleh SPR untuk meminda peraturan pilihanraya bagi membolehkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi secara pos.
             Cadangan tersebut jelas tindakan yang bercanggah dengan desakan PAS dan Pakatan Rakyat yang mahukan SPR mereformasi undi pos, bukannya menambahkan lagi jumlahnya.

Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menegaskan, pihaknya amat kesal dengan cadangan SPR itu kerana ia jelas bertentangan dengan hasrat rakyat yang mahukan SPR melaksanakan pilihanraya di negara ini dengan bersih dan adil.

Menurut beliau, untuk membolehkan pilihanraya dilasanakan dengan bersih dan adil, antara desakan yang dibuat oleh rakyat terhadap SPR termasuk menerusi himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur termasuklah manambah baik undi pos.

Kalau Majlis Fatwa pun Umno tak endah, lu fikirlah sendiri

            Seperti program Debat Ilmiah yang lalu, debat bertajuk “Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti ?” juga telah mendapat sambutan hangat dari masyarakat. Dianggarkan 500 orang telah menyaksikan debat yang membariskan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dan Fathul Bari Mat Jahaya, Ulama Muda Umno. Program anjuran Karangkraf diadakan pada Rabu 24 Ogos di Auditorium kompleks Kumpulan Media karangkraf Shah Alam. Moderatornya ialah Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Syabas dan tahniah pada penganjur, Moderator yang profesional dan adil serta Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang begitu tenang, mantap dan bersahaja dalam penyampaiannya. Audiens dapat merasakan keikhlasan dari setiap pandangan serta jawapan beliau!

Ribuan ‘pengundi klon’ untuk tumbangkan Pakatan Selangor


  
               Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendakwa pihaknya mempunyai maklumat bahawa ribuan ‘pengundi klon’ digunakan untuk membantu menumbangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
              Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Mohd Adram Musa berkata, ribuan pengundi klon dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya tersebut sudah cukup untuk menumbangkan kerajaan Selangor.
“Apa yang kami ada, daftar pemilih kotor yang sudah cukup untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor.
“Adakah ini kerja-kerja seperti mana yang disebut oleh perdana menteri yang berkata akan melakukan apa sahaja untuk mengambil balik Selangor?,” soal beliau ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut.

Saya minta jangan tuduh Dr M tak dengar - Harussani

"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.

           Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) mendakwa beliau pernah meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak cukup bukti.
           Namun demikian, nasihat itu tidak didengar oleh Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu, kata Harussani dalam wacana Ulama Politik Untuk Dakwah atau Parti? yang bermula jam 11.00 pagi tadi di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.


“Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu... bila nak buat tuduhan liwat,

Wednesday, August 24, 2011

"Suruh Blogger Umno Minta Maaf Dahulu"-Hatta Wahari

                Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu mengarahkan blogger pro-Umno untuk meminta maaf terlebih dahulu sebelum menggesa blogger lain untuk berbuat demikian, ekoran merekalah selama ini yang sering menabur fitnah kepada pemimpin pembangkang.
                Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.

Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno.

Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais.

Anwar: Najib ikut jejak Dr M untuk jatuhkan saya

Najib Razak sedang melakukan perkara yang sama kepada Anwar seperti Mahathir mengunakan  media, polis, peguam negara dan sistem kehakiman. Isu sex dan liwat hanya dongeng dan reka cipta hanya untuk menyekat Anwar dari terus berpolitik
                Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengikut jejak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menggunakan segala institusi kerajaan untuk menghalang keadilan, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
               Disebabkan tidak mempunyai sebarang kepercayaan bahawa beliau akan menerima pembicaraan yang adil, Anwar yang juga saksi utama dalam kes liwatnya telah memilih untuk memberikan keterangan dari kandang tertuduh, di mana beliau tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwara

“Seperti yang telah saya katakan, ini bukan satu pembicaraan jenayah. Ini satu episod yang diatur oleh kuasa-kuasa berkenaan supaya saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa.

"Pada tahun 1998, Tun Dr Mahathir telahpun berbuat demikian, dengan sikap Machiavellian-nya yang menggunakan segala kuasa, berjaya memenjarakan saya selama 15 tahun untuk kesalahan yang tidak pernah saya lakukan. Dan ini jenis kezaliman dan ketidakadilan yang masih berterusan sehingga hari ini.

Mengapa Anwar Ibrahim Membuat Kenyataan Dari Kandang Tertuduh?

Presiden Afrika Selatan yang ke 11, Nelson Mandela juga memilih untuk memberi kenyataan dari kandang tertuduh.  Mandela menggunakan pendekatan yang sama seperti Anwar  dalam perbicaraan Rivonia Sham untuk mendedahkan kejahatan regim Apartheid kepada dunia.

                Di sebalik ramai yang terkejut di atas tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk membacakan keterangan dari kandang tertuduh, peguam N. Surendran menjelaskan relevan tindakan Anwar itu.
                Surendran yang juga naib presiden PKR berkata, Anwar membuat pilihan itu ekoran mengetahui sistem keadilan negara yang jarang berpihak padanya membuatkan beliau tidak memilih untuk berada di kandang saksi yang membolehkan dirinya disoal balas.

"Keputusan tidak memberi keterangan dari kandang saksi sekaligus menujukkan protes terhadap sistem perundangan dan politik yang tidak adil.

"Apa yang mereka pentingkan adalah politik mereka sahaja. Mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada orang ramai dan negara,"katanya dalam satu salinan kenyataan media yang diberikan kepada TV Selangor.

Tuesday, August 23, 2011

Melayu sertai DAP, Umno susah main isu perkauman


               Penyertaan orang Melayu ke dalam DAP akan memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat khususnya dan Malaysia amnya dalam jangka masa panjang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).
“Kalau ramai Melayu di dalam DAP, maka isu perkauman tidak dapat digunakan Umno lagi. Tiada masalah kalau Melayu yang rasa tak sesuai dengan PAS atau PKR untuk sertai DAP, asalkan bertujuan untuk menjatuhkan pemerintah zalim,” katanya.

Menurutnya, Umno cukup takut jika ramai Melayu sertai DAP kerana isu perkauman yang mereka mainkan tidak akan laku lagi apabila Melayu sudah celik demokrasi dan keadilan, lapor Roketkini.

Fitnah II: Anwar nafi tuduhan jahat, yakin kebenaran terserlah

         Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan jahat yang dilemparkan kepadanya dan yakin kebenaran dalam kes fitnah tersebut akan terbukti kelak walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.
         Anwar berkata demikian ketika memberi kenyataan membela diri dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kenyataan Bahasa Inggeris sebanyak 32 muka surat yang dibaca Anwar itu menegaskan kembali bahawa tuduhan terhadapnya merupakan fitnah yang telah direka dan berniat jahat.

“Saya sama sekali menafikan tuduhan terhadap saya. Saya tidak ragu-ragu untuk menyatakan saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu, Mohd Saiful. Dakwaannya adalah satu pembohongan terang-terangan, jahat dan ia akan dibuktikan.

Hakim gagal pastikan perbicaraan adil- Anwar

        Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohamad Diah gagal memastikan perbicaran adil dalam kes fitnah II yang dihadapinya.
         Menurut Anwar, ia berdasarkan keengganan Mohd Zabidin memerintahkan pendakwa menyediakan bukti untuk pasukan peguam bela sebelum perbicaraan berlangsung.

“Kegagalan anda untuk melaksanakan budi bicara kehakiman dengan memerintahkan pendedahan itu bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang Malaysia tetapi melanggar piawaian antarabangsa di sebuah negara moden untuk melaksanakan kedaulatan undang-undang,” kata Anwar ketika membela diri hari ini.

Monday, August 22, 2011

Fitnah II: Najib, Rosmah akan disepina


                 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan dikeluarkan sepina oleh pasukan pembela, supaya tampil sebagai saksi dalam kes fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
                Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka,  Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.
Kesemua mereka sebelum ini enggan ditemubual dan enggan menjadi saksi peguam bela.
Najib pernah bertemu Saiful dua hari sebelum insiden liwat didakwa berlaku iaitu pada 28 Jun 2008. Malah Saiful juga pernah bertemu Najib sebelum itu atas  alasan memohon biasiswa, meskipun beliau gagal menamatkan pengajian di kolej.

Saya tidak minta maaf, jumpa di mahkamah - Mustafa

                Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mendedahkan segala bukti penglibatan Umno di belakang isu pemeriksaan Jais ke atas gereja methodist Damansara Utama apabila beliau di saman oleh Umno nanti.
               Sehubungan itu, beliau tidak bercadang untuk meminta maaf kepada Umno dan akan bertemu dengan mereka di mahkamah nanti, kata Mustafa yang bercakap dengan Harakahdaily dari Makkah.

"Saya tidak akan minta maaf dan akan serahkan bukti yang saya ada dalam mahkamah nanti," kata Mustafa.

Mustafa yang sedang menunaikan umrah sehingga Aidil Fitri ini didesak memohon maaf oleh Umno ekoran dakwaannya bahawa Umno terlibat di belakang Jais dalam pemeriksaannya ke atas gereja itu.

Najib atau Muhyiddin, siapa arah siapa?


               Suatu ketika, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memeranjatkan banyak pihak apabila dengan tidak semena-mena beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC). 
               Tujuan dibentuk PSC ialah bagi mendapatkan persetujuan semua pihak, kerajaan dan pembangkang, ke atas reformasi dalam pilihan raya sebagai mengambil jalan tengah berikutan tuntutan lapan perkara yang diterajui oleh Bersih 2.0.
Tetapi pada ketika yang lain, tidak sampai 48 jam kemudian, beliau mengendurkan pandangannya dengan menyatakan tidak ada cacat celanya dengan sistem pilihan raya dewasa ini.   Beliau hanya mencadangkan ditubuhkan PSC memandangkan beberapa pihak menuntut dibuat perubahan dalam sistem itu.
Sikap berdolak dalih yang sering berlaku daripada Najib, tidak sepatutnya menimbulkan kehairanan. Najib tidak akan berkata demikian jika timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengannya dengan menyatakan pilihan raya di Malaysia sentiasa berjalan dengan baik.

Najib Zahirkan Keretakan Umno- Mat Sabu

             Perkembangan terbaru dalam arena politik negara membuktikan bahawa adanya keretakan dalam pentadbiran Perdana Menteri, Najib Razak dakwa Pakatan Rakyat.
             Kenyataan Najib yang menyatakan pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa sahaja membuktikan ada pergolakan dalaman yang gagal disembunyikan gagasan itu.

Malah ia disusuli oleh perkembangan semasa terdapatnya halangan atau bantahan daripada pimpinan di bawah Najib ke atas inisiatif perdana menteri itu yang membabitkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya.

Sunday, August 21, 2011

Panglima ATM Tak Perlu Jawab, Kami Tunggu Jawapan SPR-Suhaizan Kaiat

          Tindakan Panglima Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mencampuri urusan politik apabila tampil menjawab pengakuan bekas anggota tentera yang terlibat dalam memangkah ribuan kertas undi pos, diselar Pemuda PAS.
          Pengarah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang terlibat secara langsung mendedahkan aktiviti berkenaan berkata, pihak yang harus menjawab pendedahan itu ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukannya Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Malah katanya, tindakan Zulkifeli menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh lima bekas anggotanya juga "tidak boleh berlaku".

Hal ini kerana, ATM katanya haruslah apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Jika p'raya telus, sudah lama UMN0-BN terkubur

"Selagi SPR diperkudakan oleh Umno dan BN, saya yakin, selagi itulah masalah yang sekian lama dipertikaikan seperti pengundi pos, pengundi hantu dan terkini isu pemilikan Mykad oleh warga asing sebagai pemilih sah," 
               Pembentukan Jawatankuasa Terpilih Parlimen seperti mana yang dilaung-laungkan oleh BN sejak awal lagi sudah menunjukkan ketidakadilan mereka dalam menangani isu pilihan raya.
             Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (gambar) ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di perkarangan Masjid Mak Mandin, Butterworth petang semalam.

Menurut beliau lagi, dalam pembentukan jawatankuasa tersebut sudah melihat adanya kepincangan, jadi bagaimana untuk mengharapkan suatu keadilan tercapai secara telus.


"Mereka ingin bentuk jawatankuasa yang didominasi oleh mereka. Majoriti kuasa ada pada mereka. Suara juga banyak pada mereka.

Saturday, August 20, 2011

Kritik Jais Tidak Bermakna Persoal Institusi Raja, Kata Aziz

           Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari menegaskan Kenyataan-kenyataan mengkritik tindakan dan pendekatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu tidak seharusnya dianggap sebagai tindakan mempersoalkan institusi diraja.
         Sebaliknya, beliau berkata agensi-agensi agama di negeri ini tidak sewajarnya menggunakan nama istana untuk melindungi pengurusan dan penguatkuasaan bidang kuasa masing-masing.

“Kritik Jais tidak semestinya kutuk Sultan. Sepatutnya (Majlis Agama Islam Selangor) Mais sebagai penasihat Sultan sebagai ketua agama beri nasihat yang betul kepada baginda. Bukan gunakan nama baginda untuk memberi perlindungan kepada Mais atau Jais,” katanya dalam satu kenyataan media.

Friday, August 19, 2011

‘Dedah penipuan undi pos dianggap pengkhianatan’, AMK selar panglima ATM


Undi pos adalah talian hayat UMNO, tanpa undi pos  sudah lama mereka  terkubur !!!
              Angkatan Muda KEADILAN menyelar Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin  yang menyifatkan tindakan empat bekas anggota tentera mendedahkan penglibatan mereka dalam undi pos, sebagai satu pengkhianatan.                              
             Sebaliknya, Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar Zulkifeli  membuktikan tidak berlaku penyelewengan  undi pos seperti didedahkan.
“Panglima Angkatan Tentera tidak perlu melatah, saya cabar dia apakah dia akan menafikan kaedah penyelewengan dalam undi pos ini tidak pernah berlaku di dalam kem-kem tentera.
“Kalau pendedahan ini dikatakan pengkhianatan, dia harus belajar lima rukun negara,  antara asasnya iaitu keluhuran undang-undang dan kedaulatan perlembagaan.

Undi pos dibantah kerana proses meragukan- Suhaizan


             Pengerusi Pemulihan Mobilisasi & Demokrasi, Pas Pusat, Suhaizan Kayat berkata pendedahan 4 bekas anggota tentera yang mengundi untuk pihak tentera lain membuktikan undi pos terdedah kepada proses manipulasi dan penyelewengan.
              Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh menjadikan keputusan undi pos yang menyebelahi pembangkang sebagai alasan meneruskan kaedah mengundi yang meragukan.
“Tak benar apa yang dikatakan oleh SPR, kononnya kenapa Pas bising, sedangkan mereka pun menang undi pos?
“Ada orang lain yang mengundi bagi pihak tentera.

'Saya dedah paderi Melayu, saya kena ISA'

 Umno bukan pembela Melayu tetapi sedang berpolitik dengan main sentimen Melayu.
            Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa orang ramai tidak mempercayai propaganda media Umno pada masa ini yang kononnya menampakkan kumpulan tersebut membela Islam.
           Sebaliknya apa yang digembar-gemburkan sekarang hanyalah sekadar mainan isu untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13.

Katanya, pergantungan Umno sekarang hanyalah kepada Melayu setelah mereka tidak yakin lagi untuk meraih majoriti undi bukan Melayu sebab itulah mereka mainkan isu agama dan perkauman.

“Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/ N berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting?

Thursday, August 18, 2011

Demi politik, Umno sanggup pertikai fatwa

          Umno dilihat begitu terdesak apabila sanggup mempolitikkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara sebelum subuh demi kelangsungan mereka kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
          Lebih mendukacitakan menurut Mursyidul Am PAS itu, Umno juga sanggup "mencari balah" dengan mufti yang telah mengeluarkan fatwa tersebut, semata-mata kerana mahu menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP.

"Bagi saya, tidak munasabah Umno mahu ‘mencari balah’ dengan mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik. Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. Umno yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan

DAP Ajak Rakyat Beramai-Ramai Daftar Sebagai Pemilih Di Saat-Saat Akhir

        Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menggesa seluruh warganegara Malaysia yang belum berkesempatan mendaftar sebagai pemilih meluangkan masa untuk berbuat demikian di beberapa lokasi yang akan disediakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut beliau, Kempen Pendaftaran Pengundi anjuran DAP yang dijadualkan pada 20 hingga 21 ogos ini adalah peluang terbaik kepada anggota masyarakat untuk mendaftar sebagai pengundi sebelum pilihan raya umum ke 13 - yang dianggarkan berlangsung pada Mac tahun hadapan.

"15 September depan secara rasminya ialah hari terakhir untuk kami mengantar senarai pengundi baru, sekiranya ia telah digazetkan untuk pilihan raya pada suku pertama tahun hadapan yang dijangkakan pada Mac mahupun April hadapan, jadi ini ialah peluang terakhir kepada pengundi yang cukup syarat untuk mendaftar bertindak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi baru untuk sama-sama mengambil bahagian sebagai pengundi pada pilihan raya akan datang,"kata pada satu sidang media khas di Ibu Pejabat DAP hari ini.

Bekas tentera mengaku "tolong pangkah" undi

            Empat bekas anggota tentera mengakui pilihanraya di negara ini tidak bersih dan tidak adil, sehingga mereka sendiri mengakui pernah memangkah ribuan kertas undi pos anggota-anggota tentera lain dan kertas-kertas undi isteri anggota tentera, atas arahan pegawai atasannya.
           Ketika itu, mereka melakukannya tanpa rasa bersalah setelah diarahkan berbuat demikian, tambahan pula mereka sendiri tidak pernah mengambil berat soal pilihanraya, pembuangan undi dan politik tanah air.

Seorang bekas tentera, Mohamed Nasir Ahmad, 50, mengakui pernah memangkah 400 kertas undi pos bagi pihak anggota tentera lain pada pilihanraya umum tahun 1986 lalu ketika bertugas di Sabah.

Menurut beliau, perbuatan itu dilakukan setelah menerima arahan pegawai atasannya dan arahan itu pula dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab sesuai dengan disiplin tentera.

Wednesday, August 17, 2011

PKR Dakwa Ada Bukti BN Seludup Pengundi

               Demi menjaga kelangsungan kuasa Umno-Barisan Nasional (BN), peserta-peserta Program Pemutihan Pendatang Asing (6P) diwajibkan untuk menyokong parti itu pada bila-bila masa.
              Perkara itu didedahkan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini dengan menyertakan salinan surat sumpah kepada media selain mendakwa ianya sebahagian daripada syarat tetap yang perlu dipatuhi warganegara asing.


Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar program tersebut dihentikan serta merta dan menggesa kerajaan membuka siasatan di peringkat tertinggi untuk memastikan ianya tidak berhasrat mencabul kedaulatan negara.


"Tindakan ini dengan jelas mensabitkan program pemutihan 6P dengan muslihat untuk menjual kedaulatan negara semata-mata untuk menjamin kelangsungan kuasa Umno-BN yang semakin ditolak rakyat," ujar beliau.

Tuesday, August 16, 2011

Warga asing: Jual kerakyatan untuk kekal kuasa

                Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa pihak kerajaan meneliti semula prosedur mengeluarkan sijil kerakyatan kepada warga asing yang kini mereka berada di Malaysia sudah mencecah jutaan orang.
                Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, maklumat yang dikeluarkan amat mengejutkan iaitu seramai lebih 29,000 orang warga asing telah dilulus kerakyatan dalam tempoh 3 tahun yang lalu.

“Sementara bagi mereka yang telah didapati layak untuk mendapat kad warga negara di Malaysia, kami berpendapat sangat perlu proses melulus permohonan diteliti agar ia memberi manfaat kepada negara dari segi sosioekonomi dan pembangunan dalam jangka pendek mahupun jangka panjang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Akhirnya SPR Akui Sistem Pilihan Raya Malaysia Kotor

Sifat patriotik sudah tidak ada pada SPR,  maka satu proses rombakan terhadap SPR perlu dilakukan segera supaya dilantik dikalangan mereka yang wibawa serta diselia oleh Parlimen
               Kerajaan pemerintahan didesak melakukan rombakan keanggotaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah Pengerusi SPR, mengeluarkan kenyataan kononnya tiada satu pun negara didunia ini yang mempunyai sistem pilihan raya yang bersih.
              Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu secara tidak langsung membuktikan sistem pilihan raya di negara ini sememangnya kotor dan tidak telus sebagaimana yang didakwa Pakatan Rakyat sebelum ini.

Mahfuz menambah Aziz sebagai pegawai tertinggi SPR tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu yang hanya mendedahkan kepincangan dalam SPR itu sendiri.

“Saya cukup kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR yang mengatakan tidak ada daftar pemilih didunia ini, yang bersih. Jadi bagi saya ini satu kenyataan yang sangat memalukan,” katanya.

Monday, August 15, 2011

BN tahu SPR balang oksigen terakhir mereka

              Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) SPR belum digunakan tetapi sudah huru-hara seperti tersilap masuk data, salah maklumat, maklumat tidak sama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya.
           “Cuba bayangkan jika perkara ini tidak didedahkan oleh Pakatan Rakyat, maka isu ini akan menjadi barah negara yang paling merbahaya sedangkan ini melibatkan pemilihan pimpinan negara untuk masa depan rakyat di negara ini,” katanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, ini bermakna, baik macam mana tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat, ia tidak bermakna kerana masalah daftar pemilih yang meragukan.

“Bagaimana perkara ini boleh berlaku, seperti kes Mismah dalam masa empat jam sudah bertukar menjadi warga negara dan layak untuk mengundi. Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui kesilapan teknikal,” katanya.

Jawapan SPR macam Pak Pandir

           PAS kesal dengan sikap lepas tangan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof baru-baru ini yang menyatakan “tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini” sebagai jawapan kepada pelbagai kelemahan yang dibongkar oleh PAS dalam daftar pemilih negara.
          “Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan "bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak.

"Kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada,” bidas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Isu azan dedah sikap hipokrit Umno

Sekiranya ada keuntungan politik,  mereka akan berkokok demi agama, bangsa dan negara. Inilah sikap bermuka-muka pimpinan Umno
           Tindakan Umno cuba mempolitikkan semua isu yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat (PR), terutamanya isu agama memperlihatkan betapa dangkalnya pemikiran dan sifat hipokrit mereka.
           Dalam isu fatwa pembesar suara yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri Pulau Pinang, Umno kelihatan ingin mempolitikkan isu tersebut sehingga tidak boleh membezakan mana keputusan fatwa negeri, dan mana satu tindakan kerajaan negeri.

“Isu bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara pada waktu pagi bukanlah isu baru, kerana ianya sudah acap kali ditimbulkan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan rakyat.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah keputusan mufti dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang melihat isu ini bercanggah dengan nas yang jelas, kerana tindakan memperdengarkan bacaan al-Quran, walaupun ia satu kebaikan; namun Islam juga mengambil kira soal sensitiviti orang lain

Sunday, August 14, 2011

Ugutan jenayah, polis harus ambil tindakan ke atas Ezam


         Polis harus mengambil tindakan tegas dan segara terhadap Senator Mohamed Ezam Mohd Noor yang mahu membakar pejabat portal berita tertentu kerana ia adalah ugutan jenayah.
         Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata kenyataan itu terang terangan kesalahan jenayah mengikut Seksyen 503 dan 505 Kanun Keseksaaan.

“Mereka yang melakukan jenayah tidak harus terlepas semata-mata kerana mereka dari parti pemerintah atau berkait rapat dengan kerajaan,” katanya pada kenyataan media, petang ini.
Beliau merujuk kenyataan Ezam yang mengancam membakarMalaysiakini dan Malaysian Insider berikutan tidak berpuas hati dengan laporan berkaitan serbuan Jais terhadap sebuah gereja.

Kecelaruan Daftar Pemilih : PAS Mohon Campur Tangan Yang di-Pertuan Agong


SPR kini dibelenggu pelbagai kontroversi seperti isu 'Mismah', status MyPR bertukar kepada pemegang MyKad dalam tempoh beberapa jam dan banyak lagi.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memohon Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mengambil tindakan terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana gagal menjalankan tugas mereka bagi memastikan daftar pemilih bersih dan tidak dicemari penipuan.
         Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyatakan pendedahan media yang dilakukan beberapa minggu ini membuktikan betapa daftar pemilih yang disediakan diragukan kesahihannya tetapi terus dinafikan oleh SPR.

"Kehilangan kepercayaan sebahagian rakyat kepada SPR begitu memuncak sekarang.

"Oleh itu kita harap YDPA campurtangan segera dan ambil tindakan terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR kerana gagal jalankan tugas," kata Mohamad dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...