Friday, August 19, 2011

Undi pos dibantah kerana proses meragukan- Suhaizan


             Pengerusi Pemulihan Mobilisasi & Demokrasi, Pas Pusat, Suhaizan Kayat berkata pendedahan 4 bekas anggota tentera yang mengundi untuk pihak tentera lain membuktikan undi pos terdedah kepada proses manipulasi dan penyelewengan.
              Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh menjadikan keputusan undi pos yang menyebelahi pembangkang sebagai alasan meneruskan kaedah mengundi yang meragukan.
“Tak benar apa yang dikatakan oleh SPR, kononnya kenapa Pas bising, sedangkan mereka pun menang undi pos?
“Ada orang lain yang mengundi bagi pihak tentera.
Ia bukan isu sama ada yang menang itu Barisan Nasional atau pembangkang. Ia soal proses,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas semalam.
Suhaizan berkata, proses itu tidak lagi menjadi rahsia kerana pada sampul surat undi pos terdapat kertas undi dan borang 2 yang merekodkan nama, nombor anggota dan nombor siri kertas undi.
“Ini melanggar hak asasi anggota tentera, kerana siapa yang diundi mereka akan diketahui oleh pihak atasan,” kata Suhaizan.
Terdapat tiga golongan pengundi pos iaitu anggota tentera, kakitangan awam yang dan pelajar yang berada diluar negara serta petugas SPR.
Ketika ditanya mengenai penubuhan jawatankuasa khas Parlimen penambahbaikan undang-undang pilihan raya, Suhaizan berkata pihaknya mengambil sikap untuk tunggu dan lihat.
“Pembentukan jawatankuasa khas ini bukannya kuasa kabinet. Maka, satu usul mesti dibuat dalam parlimen. Masalahnya sidang parlimen tergempar telah ditolak oleh Perdana Menteri.
“Tempoh yang ada hanyalah selepas 3 Oktober, selepas belanjawab pembentangan 2012. Tetapi Najib ada berkata bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh terdekat,” kata Suhaizan.
Dalam pada itu, Suhaizan menyatakan pihaknya masih menunggu reaksi Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membisu terhadap isu kelulusan permohonan kewarganegaraan, seperti dalam isu Mismah baru-baru ini.
“Persoalannya ialah, kepada JPN mengemaskini data selepas 7 bulan? Bagaimana status seorang penduduk tetap bertukar menjadi warganegara Malaysia hanya dalam tempoh setengah jam?,” soal Suhaizan.
“Kalau isu Mismah ini tak bleh diselesaikan, data individu dalam JPN boleh dimanipulasi, apa jaminan sistem biometrik akan selamat?”
“Sampai hari ini tak jawab lagi. Saya dengar Pengarah JPN sedang ‘demam’ sekarang,”tambahnya.- KDaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...