Friday, August 19, 2011

‘Dedah penipuan undi pos dianggap pengkhianatan’, AMK selar panglima ATM


Undi pos adalah talian hayat UMNO, tanpa undi pos  sudah lama mereka  terkubur !!!
              Angkatan Muda KEADILAN menyelar Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin  yang menyifatkan tindakan empat bekas anggota tentera mendedahkan penglibatan mereka dalam undi pos, sebagai satu pengkhianatan.                              
             Sebaliknya, Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar Zulkifeli  membuktikan tidak berlaku penyelewengan  undi pos seperti didedahkan.
“Panglima Angkatan Tentera tidak perlu melatah, saya cabar dia apakah dia akan menafikan kaedah penyelewengan dalam undi pos ini tidak pernah berlaku di dalam kem-kem tentera.
“Kalau pendedahan ini dikatakan pengkhianatan, dia harus belajar lima rukun negara,  antara asasnya iaitu keluhuran undang-undang dan kedaulatan perlembagaan.
Dia harus berlapang dada dan beri ruang untuk mengakui kesilapan,” katanya kepada Keadilandaily.
Shamsul yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka  menambah, pendedahan dilakukan bekas anggota tentera itu dilakukan secara terang-terangan dan bukan berselindung.
Justeru itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz  Mohd Yusof wajar menjawab isu berhubung perkara itu.
“Kita mahu pengerusi SPR menjawab, pendedahan ini sudah cukup kuat untuk memberitahu kepada kerajaan bahawa sudah sampai masanya sistem undi pos ini dihapuskan. Saya percaya rakyat di bawah marah dan tidak puas hati dengan penipuan yang dilakukan,” ujarnya.
Beliau dalam pada itu mengkritik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mewujudkan Jawatankuasa khas parlimen bagi menambahbaik sistem pilihan raya.
Menurut Shamsul, pengumuman Najib sekadar memuaskan hati pembangkang dan tidak mencerminkan kesungguhan sekiranya SPR masih dikongkong.
“Sebab itu kita mendesak supaya SPR diletakkan di bawah parlimen dan bukannya menjadi badan kerajaan yang akhirnya akur kepada perdana menteri selaku Ketua Eksekutif.
“Saya percaya jawatankuasa ini tidak boleh berbuat apa kecuali cadangan yang tidak boleh membantu dalam usaha untuk memastikan sesuatu yang lebih baik kepada sistem pilihan raya,” ujarnya.
Semalam, empat bekas tentera mengaku memangkah undi pos bagi pihak anggota lain semasa pilihan raya bermula pada tahun 1978 hingga 1999.
Mereka mengaku berbuat demikain di kem-kem tentera, di markas  sempadan antara Malaysia-Thaland, Pengkalan TUDM di Pulau Pinang, Kem Terendak, Melaka dan Sandakan, Sabah dalam tempoh tersebut.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...