Tuesday, August 23, 2011

Fitnah II: Anwar nafi tuduhan jahat, yakin kebenaran terserlah

         Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan jahat yang dilemparkan kepadanya dan yakin kebenaran dalam kes fitnah tersebut akan terbukti kelak walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.
         Anwar berkata demikian ketika memberi kenyataan membela diri dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kenyataan Bahasa Inggeris sebanyak 32 muka surat yang dibaca Anwar itu menegaskan kembali bahawa tuduhan terhadapnya merupakan fitnah yang telah direka dan berniat jahat.

“Saya sama sekali menafikan tuduhan terhadap saya. Saya tidak ragu-ragu untuk menyatakan saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu, Mohd Saiful. Dakwaannya adalah satu pembohongan terang-terangan, jahat dan ia akan dibuktikan.


“Ini ialah satu percubaan buruk dan keji untuk mencemarkan nama baik saya.

“Saya mengulangi bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja untuk membunuh karekter, mencemar reputasi dan mengancam saya dengan 20 tahun lagi hukuman penjara, tetapi saya tidak akan menyerah.

“Sebaliknya, kebenaran akan terbukti kelak. Apa pun terjadi saya tidak menyerah kalah,” ujarnya.

Dalam kenyataan itu juga, Anwar menjelaskan secara panjang lebar mengenai kegagalan pihak pendakwa bersikap profesional, hakim yang dilihat berat sebelah dan bukti-bukti dalam kes berkenaan.

Antara disentuh termasuk hubungan antara pengadu Saiful Bukhari Azlan dengan Timbalan Pendakwaraya, Farah Azila Latif sehingga menyebabkan penggugurannya dari pasukan pendakwa.

Ia termasuk kegagalan mahkamah memanggil saksi alibi seperti pemilik kondominum tempat kejadian liwat dikatakan berlau, Hasanudin Mat Isa dan ugutan polis yang diterimanya.-Tvsnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...