Tuesday, August 23, 2011

Hakim gagal pastikan perbicaraan adil- Anwar

        Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohamad Diah gagal memastikan perbicaran adil dalam kes fitnah II yang dihadapinya.
         Menurut Anwar, ia berdasarkan keengganan Mohd Zabidin memerintahkan pendakwa menyediakan bukti untuk pasukan peguam bela sebelum perbicaraan berlangsung.

“Kegagalan anda untuk melaksanakan budi bicara kehakiman dengan memerintahkan pendedahan itu bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang Malaysia tetapi melanggar piawaian antarabangsa di sebuah negara moden untuk melaksanakan kedaulatan undang-undang,” kata Anwar ketika membela diri hari ini.


Beliau merujuk keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, ASP Mohd Rodwan Mohd Yusoff hadir ke mahkamah sebagai saksi.

Menurut Anwar, penglibatan saksi-saksi berkenaan secara terang-terangan direkodkan oleh testimoni pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan diakui oleh kenyataannya kepada media.

Menurut Anwar lagi, keputusan hakim menyatakan Saiful sebagai saksi berwibawa ketika akhir kes pendakwaan, secara jelas menunjukkan proses pra-penghakiman yang bias terhadap beliau.

“Anda tiba di kesimpulan yang pengadu ialah seorang saksi yang benar tanpa mendengar bukti dari pembelaan yang akan menyebabkan perbicaraan ini menjadi sia-sia.

“Ia tidak dapat dipertahankan dan undang-undang tidak membenarkan apa yang ada telah lakukan,” kata Anwar.

Anwar juga berkata, keterangan Saiful yang mengadu kepada doktor perubatan tentang serangan seksual itu tidak disertakan dengan penemuan klinikal yang menunjukkan bukti berlaku penembusan.

Tambah Anwar, hakim juga gagal mempersoalkan mengapa pendakwa tiada alasan yang jelas untuk memanggil doktor pertama dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Saiful supaya memberi keterangan.

“Anda menerima tanpa keraguan bukti forensik sebagai menyokong pengadu dalam keadaan terdapat jelas kebimbangan tentang bagaimana contoh- contoh itu telah diperolehi, dilabelkan, disimpan dan dianalisis,” kata Anwar.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...