Wednesday, October 31, 2012

TGNA adalah diantara pemimpin yang paling sihat - Aspan Alias


Tok Guru Nik Aziz (TGNA) berkata di Kelantan semalam yang beliau tidak akan meletakkan jawatan dan berundur kerana desakan dari pihak-pihak yang tidak kena mengena dengan PAS. Beliau akan berundur jika desakan itu datangnya dari PAS. TGNA mengulas desakan Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, yang meminta TGNA berundur kerana kesihatan beliau tidak membolehkan beliau mentadbir negeri Kelantan.

TGNA berkata beliau akan hanya mempertimbangkan untuk berundur jika PAS mendesak beliau untuk meletakkan jawatan dan jawapan TGNA ini kepada saya adalah jawapan yang tepat dan benar. Di Kelantan yang menentukan siapa yang menjadi MB itu adalah PAS kerana rakyat Kelantan telah memandatkan PAS untuk mentadbir negeri Kelantan sejak tahun 1990 dahulu dan parti-parti serta pihak-pihak yang lain tidak ada hak untuk menuntut beliau meletakkan jawatan itu.

Bekas timbalan menteri jangka BN tewas PRU13


Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong meletakkan keyakinan yang sangat kuat bahawa BN akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurutnya, daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara, beliau menjangkakan 118 kerusi akan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini dan 104 kerusi sahaja akan diperoleh BN.

Beliau yang telah keluar BN dan mengumumkan menyertai PKR baru-baru ini berkata, asas pengiraannya adalah dengan formula (82 + 20 + 16 = 118)

Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini sasar 50,000 peserta


Pakatan Rakyat (Pakatan) mensasarkan kehadiran 50,000 peserta pada Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Sabtu ini.

“Kita mengharapkan negeri-negeri di selatan tanah air iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dapat menghantar seramai mungkin peserta memandangkan kedudukan mereka lebih hampir dengan lokasi himpunan,” kata Pengarah Himpunan, Mohamad Sabu.

Menurut Timbalan Presiden PAS itu, himpunan tersebut akan menggabungkan empat warna yang menjadi simbol kepada beberapa tuntutan rakyat yang masih belum ditunaikan kerajaan sehingga kini.

Saya tak layan desakan ‘Umno buangan’ - TG Nik Aziz


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak khususnya pihak lawan supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Sebaliknya beliau berkata, beliau hanya akan tunduk kepada sebarang keputusan yang ditetapkan oleh pimpinan tertinggi PAS.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan ketika mengulas desakan pihak tertentu supaya beliau melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Tuesday, October 30, 2012

Saya sebut tutup aurat untuk Islam – TG Nik Aziz



Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat “padanlah” kalau kena rogol pun.

“Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS berkata, tohmahan yang dilempar MCA terhadapnya jelas sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong mereka terhadap Islam.

Monday, October 29, 2012

Mat Sabu: PR tambah MP Melayu banding BN

Mat Sabu: PR tambah MP Melayu banding BN

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) berjaya menambah bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berbanding jika kerusi itu dimenangi Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, ini suatu bukti nyata kemampuan PR untuk menambah suara orang Melayu/Islam di Parlimen berbanding BN.

"Ramai orang tidak sedar perkara ini kerana terpengaruh dengan propaganda Umno kononnya hanya parti itu yang memperjuangkan Melayu dan agama Islam. Kita (PR) tak bagi propaganda kosong tetapi kita bagi bukti.

Umno berjaya sesatkan MCA - Subky Latif


APA Presiden MCA dan lain-lain pemimpin MCA tentang hudud telah diketahui semua. Sesuailah dengan kepercayaan mereka yang tidak menganut Islam sedang hudud itu adalah salah satu dari hukum Islam.

Jika mereka percaya dan menerima hudud, hampir dekat mereka dengan Islam dan mereka pun Islam.

Cuma yang peling menarik ialah kenyataan media Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran. Selepas perhimpunan agung Pemuda MCA itu dia memberitahu media betapa gerakannya menolak hudud ala PAS.

Jika yang ditolaknya itu hudud ala PAS, ia boleh diertikan ada hudud yang dia terima. Tidaklah sama dia dengan lain-lain pemimpin MCA yanga umumnya menolak apa saja yang dinamakan hudud.

AES: Satu Lagi Projek BN Merompak Rakyat- Sakmongkol AK47


UMNO memimpin sebuah kerajaan yang angkuh dan sombong. Menteri kewangan nya sombong; dia engkar hadir di parlimen berdepan dengan penghujjahan ketua pembangkang. Ertinya, dia telah engkar memuliakan institusi parlimen dan memuliakan amanah yang rakyat Pekan beri pada nya. Demikian juga MP BN yang lain yang kencing berlari mengikut guru mereka kencing berdiri. Dia bongkak bila mengistiharkan bajet Pakatan tidak senilai dengan kertas dimana bajet tersebut dicitak.

Adakah PM dan Menteri kewangan kita buta bila Lapuran Odit Negara menyatakan bahawa pentadbiran kewangan negeri2 dibawah Pakatan lebih baik dari negeri yang ditadbir UMNO/BN? fakta nya ialah- bila Pakatan Rakyat buat janji, mereka ada track record untuk menyokong janji mereka. UMNO/BN hanya dapat mengemukakan rekod yang buruk.

Sunday, October 28, 2012

Orang Macam Saya Tidak Jual(aset PKNS), Tapi Orang Macam Noh Jual, Kata Abdul Khalid


Dengan semangat ‘Nasi Ambeng’ menyambut rombongan Jelajah Merdeka Rakyat yang tiba di Parlimen Tanjong Karang sebentar tadi.

Hampir 400 orang penduduk sekitar DUN Permatang kelihatan gembira dan teruja apabila dapat melihat lebih dekat pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Kesempatan ini digunakan sebaik mungkin oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas hujah serangan yang dilemparkan oleh Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini.

BN telah gagal dalam 6 ujian anti rasuah


BN telah gagal dalam 6 ujian anti-rasuah iaitu pengisytiharan harta secara terbuka, pelaksanaan tender tebuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan, menggugurkan pemimpin BN yang hidup mewah, melindungi peniup wisel yang tulen dan berterus terang tentang sumbangan politik.

Justeru, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rakyat Malaysia kecewa kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul dan juga menolak dakwaan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Lagi satu kes, ujarnya adalah kehidupan luar biasa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di mana seramai 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam kenduri kahwin yang memecahkan rekod.

Friday, October 26, 2012

BN- Dari Tanah Kamu Datang, Kepada Tanah Kamu Kembali - Sakmongkol AK47.


Sebelum kita jawab Dato Najib- kita komen sedikit mengenai kenyataan Dr Mahathir. the man who can walk on water. setelah 55 tahun, dibawah pemerintahan UMNO, Dr Mahathir kata orang Melayu mengemis ditanah air mereka sendiri. Adakah keadaan demikian disebabkan oleh PAS, PKR dan DAP? Atau adakah keadaan orang Melayu itu disebabkan kesemulajadian mereka iu berbangsanya Melayu?
Mahathir akan mengatakan all of the above. Its in the genes. Melayu bodoh kata Dr Mahathir.

Keadaan orang Melayu jadi begini adalah disebabkan kepimpinan mereka. Dan hampir seluruh tempoh hidup orang Melayu dizaman moden ini, mereka diperintah oleh UMNO. Inginlah saya mengulangi apa yang pernah dinyatakan oleh Pendita Zaaba puluhan tahun yang lampau- seolah olah penulisan Zaaba menggambarkan apa yang akan dilakukan oleh UMNO

Tahniah pada DAP berani bidas MCA - TG Nik Aziz


Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengutuskan surat ucapan penghargaan kepada DAP atas keberanian membidas MCA dalam serangan presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap beliau.

Dalam satu surat yang diutuskan melalui setiausaha politik beliau Wan Nik Wan Yusoff kepada ahli parlimen Rasah Anthony Loke, dinyatakan bahawa Nik Aziz terasa terharu dan berterima kasih atas keberanian Loke membela beliau daripada tuduhan MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.

"DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.

Thursday, October 25, 2012

Tolak Chua Soi Lek dan parti komponennya


Sebagai seorang muslim, perasaan marah, kesal, pilu dan juga kecewa apabila Hukum Syariah iaitu Hukum Hudud yang telah dinyatakan secara jelas dan terperinci di dalam al-Quran telah dihina sedemikian rupa. Bahkan yang lebih menyentuh naluri kita apabila dihina oleh pemimpin seperti Chua Soi Lek yang memang diketahui umum keburukan akhlak dan peribadinya.

Adakah kita sebagai umat yang mengaku sebagai Islam ini hanya perlu berdiam diri tanpa mengambil apa-apa tindakan atau sekurang-kurangnya mengambil pendirian menentang penghinaan ini dengan cara yang kita rasakan sesuai termasuk kuasa undi rakyat. Hal ini kerana mereka semua sudah melampau batas kerana bukan sahaja menolak Hukum Allah SWT tetapi lebih jelek pula menghinanya. Bukan sahaja mereka itu wajib ditolak sepenuhnya bahkan mereka yang bersongkol dengan juak-juak ini juga diberi pengajaran agar lebih pandai menghormati sensitiviti umat Islam

KEADILAN ke Bank Negara, gesa siasatan RM40 juta Musa Aman


KEADILAN akan melaporkan kepada Bank Negara esok berhubung skandal wang RM40 juta milik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan menggesa perkara itu disiasat, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin sebelum ini menjamin kewibawaan Bank Negara Malaysia (BNM) dan reputasi Gabenornya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam menjalankan kawalan dan pemantauan kewangan.

“(Ketika itu) dia merujuk isu dana asing Suaram (Suara Rakyat Malaysia)…Kita tak pertikai kewibawaan BNM (tapi) jangan
hanya hebat bila siasat Suaram.

Wednesday, October 24, 2012

Orang Melayu dikelirukan oleh UMNO - Aspan Alias.


Jika kaum Cina telah menentukan sikapnya untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang bersih dan cekap dengan menolak terus parti yang mewakili mereka, MCA, orang Melayu juga sudah menampakkan sikap ingin berubah itu walaupun setengah dari mereka masih terkongkong dan dipenjara oleh partinya, UMNO. Kaum Cina telah menunjukkan sikap serius inginkan perubahan dan ini adalah sikap yang amat bertanggungjawab.

Dalam perjumpaan saya dengan ramai rakan-rakan kenalan dari kaum ini, saya dapat merumuskan yang mereka sangat serius dan inginkan perubahan berlaku. Jika perubahan tidak berlaku mereka merasakan yang negara akan terjerumus kedalam lembah kehancuran yang tidak akan dapat diperbaiki dan akan memakan masa yang lama untuk memperbetulkannya.

Pemimpin BN Negeri Sembilan Miliki Hutan Simpan Tetap


Akibat rasuah dan kroni Hutan Simpan Tetap Jeram Padang Selatan di Jempol, Negeri Sembilan seluas 487.3 hektar bertukar milik kepada pemimpin Umno-BN.

Hutan yang wartakan sejak 30 Ogos 1918 kini diteroka bagi tujuan pembalakan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa, status hutan simpan tetap itu kemudiannya dibatalkan pada 11 Mac 2004 untuk membolehkan aktiviti pembalakan berlaku di situ.

Beliau berkata, pembatalan tersebut bertentangan dengan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Akta 172).

Rogol: Muslimat PAS sedia bincang dengan Wanita MCA


Dewan Muslimat PAS Pusat menawarkan sidang meja bulat kepada Wanita MCA bagi membolehkan isu berkaitan wanita Islam dibincangkan.

Ketua Penerangannya, Aiman Athirah al-Jundi (gambar) berkata sidang meja bulat itu boleh dianjurkan sekiranya Wanita MCA benar-benar tidak faham dan keliru berhubung soal aurat wanita, isu rogol dan zina dari perspektif Islam.

Sebaliknya, jika Wanita MCA sengaja mengelirukan masyarakat Cina tentang perkara tersebut, satu tindakan undang-undang akan diambil jika tidak memohon maaf.

Najib sudah bersedia menjadi pembangkang?


Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah seperti mula menerima hakikat bahawa BN akan kalah selepas PRU13.

“Gambaran ini diucapkan beliau dalam kenyataan-kenyataan terkini, seolah-olah membayangkan mereka akan kalah dan menjadi pembangkang selepas ini manakala Pakatan Rakyat akan meneraju kerajaan pula,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.

Katanya, Najib melaungkan amaran bahawa rakyat mungkin tidak berpeluang untuk menukar kerajaan semula kepada BN sekiranya Pakatan Rakyat gagal menjalankan tugas sebagai Kerajaan Persekutuan.

Tuesday, October 23, 2012

Umno, kerajaan bergantung kepada Mahathir? - Subky Latif.


SATU laporan muka depan akhbar menyebut betapa UMNO dan pemimpin kerajaan bergantung kepada bimbingan Dr. Mahathir bagi menghadapi dan memenangi PRU13 yang terpaksa diadakan sebelum April akan datang.

Laporan itu lucu tetapi ia tidak boleh dikira karut. Sepatutnya ia karut tetapi suasana pimpinan Perdana Menteri Najib dilihat keliru dan was-was, maka yang dirasakan lucu itu nampaknya bukan perkara karut.

Hampir dua tahun pimpinan Najib dan Muhyiddin hendak mengadakan PRU supaya dapat keluar dari bagi mandat Abdullah Badawi yang mereka rasa amat malang, tetapi tempoh penggal ltu hampir luput, mereka belum jumpa tarikh keramat bagi mengadakannya. Semua tarikh sepanjang dua tahun itu seolah-olah tidak keramat belaka.

Pilihan raya tetap kotor selagi 8 tuntutan Bersih tidak dipenuhi


Usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan pilihan raya akan datang bersih dan adil masih meragukan banyak pihak ekoran senarai daftar pemilih yang belum dibersihkan, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

“Bagaimana dengan isu satu rumah teres ada 46 pengundi berdaftar? Jika SPR boleh beri penjelasan tentang isu itu, kita boleh pertimbangkan ketelusan mereka,” katanya.

Beliau merujuk laporan Suara Keadilan 16 Oktober lalu muka surat 22 berhubung laporan Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap) membuktikan bagaimana satu alamat di nombor 994 Jalan Papan Klang didiami 46 pengundi.

Ratusan ribu daftar pemilih pincang, Selangor paling parah – Anwar


Terdapat kepincangan besar dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan ratusan ribu pengundi di negara ini, dedah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, antara permasalahan tersebut membabitkan permohonan daftar pemilih sebelum kelahiran, pada hari kelahiran dan sebelum umur persekolahan.

Katanya, kaji selidik juga mendapati ribuan nombor rumah pengundi yang tidak dicatat, hilang alamat dan penggabungan lokaliti sehingga menyukarkan usaha menjejak pengundi.

“Paling parah di Selangor. Ini melibatkan ribuan alamat,” kata Anwar.

Najib membisu tanda setuju Chua Soi Lek hina hudud


Penghinaan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap hudud membuktikan 'hati perut' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebenarnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ketika Presiden MCA itu berucap menghina undang-undang Islam itu, Najib berada di situ kerana selepas ucapan Chua, beliau pula yang berucap untuk merasmikan Perhimpunan Agung MCA itu.

"Tidak sepatah pun Najib cuba memberikan penjelasan dalam ucapan beliau bagi menolak perbuatan Chua menghina hukum hudud," katanya.

Monday, October 22, 2012

Angkara Chua Soi Lek, habislah Umno kali ini


Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS, hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini.

“Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya.

Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.

Umno BN main isu perkauman untuk rompak hasil negara- Anwar Ibrahim


Politik perkauman sengaja direka Umno BN untuk terus merompak hasil kekayaan negara, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dari dulu mereka tidak berhenti mainkan isu perkauman, sebab apa?, tidak lain hanya untuk memecahbelah keharmonian rakyat.

“Bila rakyat bertengkar, maka mudahlah mereka mengaut keuntungan ekonomi negara ke dalam poket mereka,”

Bertugas di Kuala Lumpur, hujung minggu di Kulai



Suki adalah petugas sepenuh masa ibu pejabat DAP di Pudu, Kuala Lumpur. Namun, setiap hujung minggu, Suki akan pulang ke rumahnya di Kulai, Johor.

Suki atau nama sebenarnya Wong Shu Qi pulang untuk membantu aktiviti DAP di kawasannya terutama di Dun Senai dan Parlimen Kulai tempat beliau dan keluarga tinggal.

Sebagai bekas wartawan, Suki sangat mudah bergaul dengan penduduk sekitarnya. Beliau yang terlepas untuk mengundi pada tahun 2008 tidak sabar-sabar untuk mengundi buat pertama kalinya dalam pilihan raya ke 13 ini.

Sunday, October 21, 2012

Pakatan Rakyat akan ubah polisi kabotaj


Pakatan Rakyat bersedia mengubah polisi pengangkutan laut atau kabotaj yang selama ini menyebabkan harga barangan di Sabah lebih tinggi berbanding semenanjung, jika diberi mandat untuk memerintah negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam musa berkata, polisi kabotaj yang dibuat oleh kerajaan BN selama ini hanya bersifat menguntungkan pihak pengusaha kapal dan bukan rakyat kebanyakan.

"Pada saya ianya bukan kabotaj, tapi sabotaj polisi. Ianya Zalim, tidak berperi kemanusiaan. Kenapa perlu orang Sabah bayar gula, gandum, beras dan lain-lain dengan harga lebih mahal?

Saturday, October 20, 2012

Isu Musa Aman akan selesai selepas pilihanraya - Aspan Alias


Isu RM40 juta yang dirampas oleh penguasa Hong Kong beberapa ketika dahulu tetap menjadi isu ramai terutamanya di Sabah dan seluruh negara amnya. Musa Aman, Ketua Menteri Sabah, yang dikatakan empunya kepada wang itu telah menafikannya yang wang sejumlah itu bukan untuk beliau tetapi untuk sumbangan kepada parti UMNO yang sehingga hari ini tidak diberitahu siapakah penyumbangnya.

Nazri Aziz telah menjawab isu ini di Parlimen pada 11 Oktober lalu dan beliau telah memberitahu Dewan Rakyat yang wang itu merupakan sumbangan politik kepada UMNO. Peguam Negara pun telah memutuskan untuk tidak melakukan apa-apa kerana beliau mengatakan yang tidak ada kes terhadap Musa Aman. Najib tidak memberikan apa-apa komen tetapi hanya menyatakan UMNO tidak bercadang untuk memberitahu siapa penderma itu.

Mengapa Fathul Bari tidak bantah Chua Soi Lek?

....kerana ia memberi keuntungan kepada politik Barisan Nasional untuk menarik undi orang Cina.


Ketika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan di Malaysia. Ramai tertanya-tanya, di manakah Fathul Bari yang dilihat sunyi sepi tidak membantah kenyataan tersebut.

Persoalan ini timbul apabila Fathul Bari sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan mewakili Ulamak Umno dalam berbicara tentang agama.

Sepatutnya kenyataan Datuk Seri Chua ini menjadi perhatian beliau untuk ditegur tanpa lengah kerana ia berkait rapat dengan kesucian Islam dan sensitiviti umat Islam.

Adakah beliau memilih isu menguntungkan sahaja untuk mengulas?

Haram mengundi MCA, Umno bagaimana?


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan keras Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Ali yang membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbaru Presiden MCA berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

DPPM menganggap Perkasa masih mempunyai iman di hati kerana sanggup mempertahankan Islam dengan mengeluarkan kenyataan keras seperti ini meskipun akan dibenci oleh pemimpin Umno BN serta rakan-rakan NGO mereka yang lain.

Setidak-tidaknya Perkasa berani mengeluarkan kenyataan beramaran tersebut yang pastinya akan menyentakkan pemimpin MCA. Kebenaran perlu ditegakkan meskipun ianya pahit untuk ditelan.

Friday, October 19, 2012

Mursyidul Am: Umno bagai musang jaga reban ayam


Permintaan Umno supaya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur sama seperti musang meminta menjaga reban ayam.

Demikian kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad ekoran tiba-tiba pemimpin Umno, Utusan Malaysia, bekas pemimpin PAS yang kena pecat Datuk Dr Hassan Ali, Datuk Nakhaei Ahmad yang keluar daripada PAS menyuruh Tuan Guru Nik Aziz berundur daripada jawatan Mursyidul Am PAS.

Katanya, tidak pernah berlaku di dalam mana-mana organisasi mereka yang bukan ahli hendak menentukan kepimpinan di dalam sebuah organisasi.

Soi Lek umpama 'orang takut hantu'


PAS menyifatkan kenyataan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap hudud umpama 'orang takut kepada hantu'.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata, hudud tidak pernah dilaksanakan.
"Kalau laksana pun orang bukan Islam tak terlibat jadi tidak perlu takut," katanya.

Wednesday, October 17, 2012

Musa gugur kes saman ke atas Anwar


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah menggugurkan kes saman ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak dalam perbicaraan yang berlangsung hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Peguam, Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Musa memberitahu hakim Datuk Asmabi Mohamad anak guamnya menarik balik kes saman tersebut dan tidak akan meneruskannya tanpa sebarang syarat.

“Anak guam (Musa) saya menarik balik kes saman ini dan tidak akan meneruskannya tanpa sebarang syarat,” kata Kamarul.

N Surendran yang mewakili Anwar pula berkata pihaknya berpuas-hati dengan keputusan pihak plaintif dan pada masa sama tidak akan meminta sebarang kos ke atas Musa.

Tubuh Tribunal Siasat Peguam Negara Kes Mata Lebam



Peguam N Surendren mengesa ditubuhkan sebuah tribunal pebagi menyiasat penglibatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam konspirasi Kes Liwat 1 empat belas tahun lalu.

Desakan itu dibuat peguam Surendran yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penarikan balik saman fitnah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap Anwar pagi tadi.

Tribunal perlu dibuat kerana beliau (Abdul Gani) dinyatakan sebagai berkonspirasi dengan Musa untuk menamatkan kareer politik Anwar.

Saya keluar Umno kerana Nik Aziz - Yahya Lampong

Bekas timbalan menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong berkata, sebab langsung beliau meninggalkan Umno adalah kerana Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya keluar Umno kerana Nik Aziz. Yang terakhir itu adalah kenyataan dia bahawa parti Islam akan kekal sampai bila-bila sedangkan parti assabiyah Melayu akan mati.

"Di samping itu, bagi saya ada dua kerajaan sahaja di dunia ini yang benar-benar melaksanakan Islam dalam kehidupan pemimpinnya iaitu Kelantan dan Iran.

"Lihatlah pada Nik Aziz dan pada Khomeini dan sekarang Ahmedinajad," kata beliau.


Baca lagi artikel ini > DI SINI

Tuesday, October 16, 2012

Saman AES: Rompakan ‘berlesen’ di jalan raya


Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) merupakan lanjutan saman ekor. Bagaimanapun, seperti saman ekor yang dibantah kerana ketidakcekapan dan kelemahan sistem, AES juga menghadapi isu sama.

Penasihat Undang-undang Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff mendakwa kamera AES dalam operasi percubaannya didapati gagal mengesan dengan tepat angka 0, 6 dan 9.

TV3 akan hadapi nasib yang sama seperti Utusan? - Aspan Alias.


T V3 sedang merudum ‘rating’nya. TV3 yang termasyur sebagai lidah UMNO dan BN kini sudah mula tidak mendapat sambutan ramai. Sebelum 2010, TV3 telah mendapat ‘rating’ yang tertinggi sehingga mendapat 3.5 juta penonton sehari dan kini jumlah tontonan dari rakyat telah jatuh sehingga 1.2 juta sehari. Kejatuhan bilangan penonton lebih dari 60 peratus ini tentu bersebab dan sebabnya boleh diagak oleh kita semua. Kejatuhan ini akan akhirnya membawa padah kepada pendapatan syarikat dan menjejaskan prestasi kewangan syarikat televisyen itu.

Selalunya kejatuhan penonton sesebuah syarikat penyiaran seperti TV3 itu adalah kerana kejatuhan keyakinan penonton terhadap kredibiliti saluran itu. Dalam sejarah banyak syarikat penyiaran dan saluran TVnya telah jatuh kerana tidak mendapat sokongan ramai. Keadaan ini tidak mengecualikan TV3 yang kini sudah menampakkan keadaan seperti itu akan berlaku ke atas syarikat televisyen itu.

Monday, October 15, 2012

Ingatkan Najib tentang Soros: Terima kasih Muhyidin


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana mengingatkan Perdana Menteri bahawa bantuan George Soros "tidak membantu negara".

Ketika menyokong apa yang didakwanya sebagai peringatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Soros, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, adalah satu perkara bahaya jika tidak disedari peranan jutawan Yahudi di pelbagai negara.

Walaupun tidak dinyatakan, Mahfuz menyifatkan ingatan Muhyiddin itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sunday, October 14, 2012

Jangan was-was, lakukanlah perubahan - Aspan Alias


Rasa tidak terdaya untuk membaca dan mengulas tentang isu-isu yang mengelilingi politik negara. Seperti mana yang saya sebut selalu kebanyakan isu yang ditimbulkan ialah isu rasuah yang besar yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan yang dipimpin UMNO kini. Saya tetap akan terus menerus bercakap tentang rasuah ini kerana rasuah adalah kerja yang sangat hina dan ia boleh menjahanamkan sebuah negara. Sebelum ia menjahanamkan negara elok rakyat bertindak dengan kesatuan yang kuat kerana perasuah ini bukan mudah untuk dihapuskan.

Usaha menghapuskan rasuah ini memerlukan kerjasama yang rapat di antara semua pihak dan rakyat keseluruhannya kerana kehancuran terhadap negara itu akan pasti sampai jika rasuah yang keterlaluan ini tidak dibendung. Perjuangan ini merupakan perjuangan yang panjang dan memakan masa yang lama, tetapi langkah permulaan wajar berlaku sekarang kerana jika usaha ini ditangguh-tangguhkan ia akan menjadi barah yang susah untuk dikawal.

Siapa penyumbang RM40 juta untuk Umno Sabah


Jika wang RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul, mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut mendedahkan siapa penyumbangnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, Najib mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu.

Bagi Mahfuz, antara persoalan utama berhubung sumbangan RM40 juta itu bukan sahaja siapa penyumbangnya tetapi mengapa ia disumbangkan.

Saturday, October 13, 2012

Nasharudin Lebih UMNO Dari Pemimpin UMNO - Shahbudin.


Sejak kehilangan jawatan Timbalan Presiden Pas kepada Mohamad Sabu, Nasharudin Mat Isa nampak benar celaru mindanya. Beliau seolah-olah tidak dapat menerima hakikat kehilangan jawatan kepada seseorang seperti Mat Sabu yang dianggap lebih rendah ilmu agamanya.

Sebagai seorang pemimpin yang pernah mendaki sehingga jawatan nombor dua, watak beliau kebelakangan ini dan sejak kehilangan jawatan, hanya menampakkan keperibadiannya yang sebenar yang selama ini mungkin terlindung di sebalik kopiah putih yang sering dipakainya.

Najib, Mahathir hipokrit, sembunyi jumpa Soros


Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak hipokrit menyalak kononnya George Soros musuh yang cuba memporak-perandakan negara dan mengaitkan spekulator mata wang itu dengan Pembangkang, tetapi dalam masa sama bertemu untuk meminta bantuan, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Sekarang sudah terdedah topeng kedua-dua mereka. Di satu sisi mereka memainkan sentimen kononnya Soros musuh luar yang cuba huru harakan negara.

“Dalam masa sama mereka sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan Soros yang turut dijalin bersama pemimpin Umno lain.

BN ingat rakyat senang ditipu kes RM40 juta?


Adakah SPRM telah membuat siasatan penuh termasuk mengambil kenyataan Datuk Seri Musa?” tanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Semalam, katanya kerajaan BN bangga mengumumkan pembebasan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman daripada skandal wang tunai S$16 juta (RM40 juta) ekoran tindakan SPRM untuk menggugurkannya daripada dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Menurutnya, mengikut jawapan bertulis Parlimen Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Pejabat Ketua Peguam Negara tidak menjumpai apa-apa elemen rasuah dalam kes seorang ahli peniagaan Sabah yang ditahan di Hong Kong kerana menyeludup wang berjumlah RM40 juta dalam mata wang Singapura.

Friday, October 12, 2012

Soros, saman malu dan salam takziah


Dengan Nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang

Assalamualaikum wrt wbth

Yang Berbahagia,
Saudara Ketua Pengarang,
Utusan Malaysia.

SOROS, SAMAN MALU DAN SALAM TAKZIAH

Sejak kecil saya adalah pembaca setia Utusan. Di Kelantan, dulu Utusan sampai belah petang.

Pulang dari sekolah, sejak darjah tiga, singgah di kedai depan Sekolah Kota, sekolah saya, membimbit Utusan dan menekuninya dari laman ke laman.

Malangnya, untuk tujuh lapan tahun ke belakang, setiap kali menatap Utusan, saya merasa seakan diperlakukan sebagai pembaca terbantut akal – tidak mampu berfikir. Terasa diri diperbodohkan.

Thursday, October 11, 2012

Bajet BN: Kronisme membengkak, rakyat sengsara


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan Bajet BN 2013 dibentang Datuk Seri Najib Razak persis legasi pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup melihat kesengsaraan rakyat demi mengkayakan kroni.

“Walaupun banyak istilah menarik seperti tranformasi, NKRA, GTP dan bermacam-macam dihebohkan, tetapi hakikatnya tak ada perubahan, kronisme tetap sihat dan membesar.

“Ia merupakan satu sistem yang dimulakan oleh Tun Mahathir yang pernah mengatakan 1,000 orang yang ada RM1,000 tiada guna. Tapi lebih baik ada seorang dengan RM1 juta kerana dia mampu, kononnya membawa perubahan kepada ekonomi negara dan bangsa,” katanya.

Royalti: Program R dan Amanah di Bachok 13 Okt


R Malaysia dan Amanah Merdeka Malaysia (Amanah) bersetuju untuk mengadakan program bersama bagi menerangkan isu Tuntutan Royalti dan Pendaratan Minyak & Gas ke Bachok yang dinafikan sejak 1990-an lagi.

Setiausaha R Malaysia, Mohd Hisyamuddin Ghazali dalam satu kenyataan berkata, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang yang juga Pengasas Petronas, yang menandatangani Perjanjian Petronas dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohammad Nasir pada 9 Mei 1975 lalu dan DatUK Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti & Pendaratan Gas Negeri Kelantan juga telah mengesahkan kehadiran ke Ceramah Mega R dan Amanah Rakyat di Padang Istiadat, Bachok pada 9 malam, 13 Oktober ini.

Wednesday, October 10, 2012

Najib Mulai Takut Digulingkan Oleh Muhyiddin- Shahbudin


Untuk kesekian kalinya Najib merayu lagi. Sebelum ini sudah beberapa kali beliau merayu, baik kepada pengundi Melayu, Cina, India dan rakyat biasa. Kali ini Najib merayu agar beliau diberi mandat yang lebih besar dalam pilihanraya akan datang dengan alasan untuk meneruskan pembangunan negara dan mencapai cita-cita menuju Wawasan 2020.

Dalam wawancara program CNBC Conversation, Najib nampaknya secara terus-terang menyatakan hanya dengan mandat yang besar saja membolehkannya terus melaksanakan program-program yang sudah diramcang selama ini.

Umno BN hanya boleh menang dengan penipuan SPR dan JPN


Umno BN boleh menang pilihan raya umum ke-13 hanya dengan penipuan dan konspirasi di antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei.

“Kalau nak menang, lawan secara anak jantan. Saya nak ingatkan mereka, kalau masih menipu untuk menang, samalah macam Hosni Mubarak.

“Sebab BN tak ada cara lain untuk menang melainkan muslihat dan penipuan,” katanya ketika dihubungi.

Hanya Mahathir yang kenal Soros


Tun Dr Mahathir Mohamad semakin melalut apabila melaungkan amaran kepada rakyat bahawa undi untuk pembangkang adalah umpama undi untuk jutawan George Soros.

“Maka dengan tiba-tiba pula nama George Soros melonjak dan kembali bergema dalam kancah politik Malaysia,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.

Katanya, Mahathir kelihatan seperti panik, jiwanya seolah-olah kacau dan merisaukan sesuatu sehingga terbawa-bawa dengan tuduhan dan amaran seperti ini.

Tuesday, October 9, 2012

Sendiri yang tak pandai, salahkan Soros pula - Aspan Alias


Dr Mahathir semalam bercakap lagi dan menambahkan keyakinan ramai yang beliau tidak lagi berasa senang melihat kejatuhan UMNO dan BN. Jika BN jatuh beliaulah orang yang paling merasakan panasnya dan ini merupakan satu igauan bagi beliau. Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti beliau akan tertekan dengan keadaan politik ciptaan beliau sendiri. Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti rakyat akan membuka mata dan politik selepas itu akan menjadi mimpi ngeri bagi beliau.

Selama ini beliau merasakan beliau boleh melakukan apa sahaja terhadap politik dan rakyat negara ini. Beliau tidak pernah menyangka yang pada suatu hari selepas beliau meletakkan jawatan dan bersara dari kerajaan pimpinannya akan datang isu-isu yang menjadikan parti dan kerajaan pimpinannya akan dibelakangkan oleh rakyat semua kaum.

Perkauman: Hisham seperti pencuri menjerit pencuri


Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan tindakan pembangkang yang menggembar-gemburkan isu agama dan perkauman sejak akhir-akhir ini seperti pencuri menjerit pencuri.

“Hakikat yang berlaku Umno dan rakan sejawat mereka yang sering memainkan isu ini,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Buktinya, kata beliau kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang membangkitkan kenyataan bahawa India dan Cina adalah kaum pendatang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...