Monday, October 29, 2012

Umno berjaya sesatkan MCA - Subky Latif


APA Presiden MCA dan lain-lain pemimpin MCA tentang hudud telah diketahui semua. Sesuailah dengan kepercayaan mereka yang tidak menganut Islam sedang hudud itu adalah salah satu dari hukum Islam.

Jika mereka percaya dan menerima hudud, hampir dekat mereka dengan Islam dan mereka pun Islam.

Cuma yang peling menarik ialah kenyataan media Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran. Selepas perhimpunan agung Pemuda MCA itu dia memberitahu media betapa gerakannya menolak hudud ala PAS.

Jika yang ditolaknya itu hudud ala PAS, ia boleh diertikan ada hudud yang dia terima. Tidaklah sama dia dengan lain-lain pemimpin MCA yanga umumnya menolak apa saja yang dinamakan hudud.


Apa yang dilafazkan oleh ketua Pemuda MCA itu samalah yang Dr. Mahathir dan sekalian UMNO kata. Temasuk yang ADUN BN Johor kata ketika dia menyeru keraaan Johor melaksanakan hudud yang bukan hudud PAS.

Hudud itu tidak ada hudud PAS atau hudud UMNO. Hudud yang ada dalam Islam itulah hudud yang disebut dalam Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kemudian disebut juga dalam Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s.

Hudud itu sama seperti solat dan lain-lain ibadat disebut dasarnya saja. Macam solat dilaksanakan dijelaskan oleh Nabi SAW dengan kata-kata dan perbuatannya. Demikian jugalah hudud. Ulama fekahlah masing-masing mazhab pula yang memperincikan panduannya. PAS pula menggubal undang-undang iaitu enakmen bagaimana kerajaan hendak melaksanakannya.

Jika ada kelemahan, maka bolehlah ia dikemaskan.

UMNO mengaku ia beriman pada hudud, tetapi ia tak buat apa-apa. Sidang mufti dan Majlis Fatwa tidak pernah kata enakmen yang Kelantan dan Terengganu itu hudud PAS. Jika UMNO anak jantan ia boleh minta Majlis Fatwa kata ia hudud PAS dan minta semua hakim syariyah buat dikatakan hudud Islam.

Apa yang Ketua Pemuda MCA kata itu ialah sebiji macam yang UMNO kata. Ketua Pemuda MCA itu seperti UMNO logiknya percaya ada hudud yang betul bukan yang PAS buat.

Seronokkah UMNO dengan kata-kata Pemuda MCA itu? Seolah-olah UMNO berjaya yakinkan Pemuda MCA yang tak bettul hudud PAS. Yang betul ia tidak dapat tunjukkan.
Katakanlah Pemuda MCA mahu menerma hudud yang Islam peraturkan itu tetapi mereka tidak tahu yang kana satu. Jika dapat ditinjukkan, maka mungkin mereka terima. Yang ada hanya hudud yang PAS gubal. Jika yang PAS gubal itu adalah hudud, mungkin Pemuda MCA boleh terima.

UMNO kata yang PAS buat bukan hudud. Pemuda MCA terima apa UMNO kata.

Isunya sekarang Pemuda MCA tidak tahu yang mana satu yang dikatakan hudud. Mungkin mereka mahu tahu. Tetapi dengan mengata yang PAS buat itu Hudud PAS, MCA tidak akan jumpa hudud lain.

Mungkin Pemuda MCA hendak mencari kebenaran, tetapi dengan apa yang UMNO jelaskan kepada mereka, tidak akan dapat menunjukkan kebenaran tetapi ia menyesatkan lagi orang yang tidak tahu itu.

Sepatutnya UMNO jelaskan apa yang benar kepada Pemuda MCA. Tetapi sekarang mereka disesatkan lagi.

Apabila UMNO kata ia hudud PAS, maka tidaklah mudah kita kata UMNO itu sesat. Tetapi apabila UMNO kata begitu pada Pemuda MCA, maka UMNO menyesatkan lagi MCA. Seronokkan UMNO kalau MCA terus sesat.

Semua yang terjadi itu adalah disebabkan YADIM, JAKIM, IKIM dan semua majlis agama tidak berfungsi. Tidakkah boleh dikatakan bahawa Penasihat Agama Perdana Menteri makan elaun buta?- Harakahdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...