Tuesday, October 23, 2012

Najib membisu tanda setuju Chua Soi Lek hina hudud


Penghinaan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap hudud membuktikan 'hati perut' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebenarnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ketika Presiden MCA itu berucap menghina undang-undang Islam itu, Najib berada di situ kerana selepas ucapan Chua, beliau pula yang berucap untuk merasmikan Perhimpunan Agung MCA itu.

"Tidak sepatah pun Najib cuba memberikan penjelasan dalam ucapan beliau bagi menolak perbuatan Chua menghina hukum hudud," katanya.


Mahfuz menyifatkan tindakan Najib yang memilih untuk membisu dan enggan memberikan penjelasan selepas penghinaan Chua itu membuktikan sikap beliau dan Umno yang bersetuju dengan penghinaan itu.

"Sudah menjadi kesepakatan umum bahawa membisu biasanya bersetuju," kata beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyifatkan sikap membisu itu membuktikan betapa buruknya kelakuan Najib "kerana ketagih dan kemaruk sangat undi masyarakat Cina".
"Najib membisu dan enggan memberikan penjelasan walaupun Presiden MCA itu menghina hudud kerana beliau ketagih dan kemaruk sangat undi masyarakat Cina.

"Buruk sungguh kelaku Najib semata-mata kerana hendak memikat undi Cina kepada Barisan Nasional (BN) yang diketuainya," katamya.

Mahfuz bagaimanapun yakin majoriti masyarakat Cina sudah pun membuat keputusan yang tidak boleh diubah lagi untuk menolak BN.

"Tidak kira walau sehebat mana pun Umno, BN, MCA dan Chua dirasuk oleh kemarahan mereka terhadap hudud dan Pakatan Rakyat (PR), majoriti besar masyarakat Cina semakin membuktikan dengan terus terang dan berani bahawa mereka bersama-sama PR,"
Katanya

Mahfuz juga yakin masyarakat Melayu juga semakin ramai yang menolak BN apabila mereka melihat Umno seolah-olah melantik Chua menjadi mufti mereka.-Harakahdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...