Adakah kita sebagai umat yang mengaku sebagai Islam ini hanya perlu berdiam diri tanpa mengambil apa-apa tindakan atau sekurang-kurangnya mengambil pendirian menentang penghinaan ini dengan cara yang kita rasakan sesuai termasuk kuasa undi rakyat. Hal ini kerana mereka semua sudah melampau batas kerana bukan sahaja menolak Hukum Allah SWT tetapi lebih jelek pula menghinanya. Bukan sahaja mereka itu wajib ditolak sepenuhnya bahkan mereka yang bersongkol dengan juak-juak ini juga diberi pengajaran agar lebih pandai menghormati sensitiviti umat Islam
.
Kalau Saiyyidina Abu Bakar As-Sidiq masih hidup pada hari ini, pasti golongan ini akan diperangi sebagaimana diperangi golongan murtad dan yang enggan menmbayar zakat pada waktu tersebut. Tetapi sejauh manakah tindakan kita semua pada hari ini. Sepatutnya tanpa mengira fahaman politik, kita semua perlu mara ke depan mengutuk dan menentang perlakuan ini serta mendesak kepada Chua dan MCA serta kerabatnya supaya menarik balik kenyataan ini dan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini.
Adalah menjadi tanggung jawab kita untuk membela agama Islam ini bahkan kita akan ditanya diakhirat nanti apakah tindakan yang telah kita buat untuk membela agama Islam yang dihina oleh musuh-musuh Allah dan perkara ini merupakan satu bentuk jihad yang mesti kita perjuangkan demi agama Islam yang tercinta ini.-Harakahdaily
No comments:
Post a Comment