Dewan Muslimat PAS Pusat menawarkan sidang meja bulat kepada Wanita MCA bagi membolehkan isu berkaitan wanita Islam dibincangkan.
Ketua Penerangannya, Aiman Athirah al-Jundi (gambar) berkata sidang meja bulat itu boleh dianjurkan sekiranya Wanita MCA benar-benar tidak faham dan keliru berhubung soal aurat wanita, isu rogol dan zina dari perspektif Islam.
Sebaliknya, jika Wanita MCA sengaja mengelirukan masyarakat Cina tentang perkara tersebut, satu tindakan undang-undang akan diambil jika tidak memohon maaf.
Athirah berkata demikian, dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini sebagai mengulas kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kei berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Kemungkinan Heng tersilap dan terkhilaf kerana tidak memahami mantik serta seni bahasa Melayu itu, khususnya yang digunakan oleh Datuk Nik Aziz ketika mengulas soal aurat, serta budaya mendedahkan aurat sehingga cenderung mengundang fitnah serta merangsang “manusia” yang melihatnya, berdasarkan kepada hukum fitrah manusia yang lemah dan mudah terangsang.
"Dan, kemungkinan juga Heng sebenarnya faham maksud sebenar ceramah Tuan Guru Nik Aziz, tetapi sengaja mengambil kesempatan itu bagi memesongkan fahaman masyarakat Cina yang masih 'diperbodohkan' MCA," kata beliau.
Tambah Athirah, jika benar Heng sengaja mengelirukan masyarakat Cina, maka beliau perlu memohon maaf secara terbuka kerana tuduhan itu sangat biadap, liar dan merosakkan perpaduan kaum dan agama yang sekian lama diusahakan, dipertahankan dan saling hormat-menghormati.

Namun, jika Heng benar-benar tidak faham, Muslimat PAS bersedia membantu mereka untuk lebih memahami dan menjernihkan kekeliruan ini.
"Islam itu agama rahmat (kasih sayang). Rogol dan zina jelas adalah dosa besar. Mana mungkin kita di dalam PAS mengatakan ianya boleh, apatah lagi menggalakkannya pula seperti mana tuduhan Heng, yang juga disokong oleh Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek.
Muslimat bersedia menanggung semua perbelanjaan mengadakan sidang meja bulat ini dan kita jemput pimpinan dan penyokong kalangan Wanita MCA untuk hadir," tegas beliau.
Memandangkan Umno gagal menjalankan tanggungjawabnya bagi memastikan MCA faham dan menghormati agama Islam, kata Athirah maka Muslimat PAS sanggup mengambil tanggungjawab tersebut.
Dua hari lalu, Heng dilaporkan berkata PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Datuk Nik Aziz yang didakwa menyebut demikian tentang wanita.-Harakahdaily
No comments:
Post a Comment