Saturday, February 27, 2010

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1431 - Maulidur Rasul bukan sekadar perarakan.

Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan meneruskan hidup sebagai khalifahnya di bumi ini. Seterus diberikan pula kesempatan untuk menyambut maulidur rasul bagi tahun 1431H pada kali ini.

Allah SWT mengutuskan para nabi dengan tujuan untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepadanya. Para nabi tidak diutus semata-mata untuk mengajar manusia membangunkan bumi ini semata-mata, tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana menyelamatkan diri di akhirat kelak.

Di atas dasar itulah, para nabi termasuklah Nabi Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah SWT.Lantaran itu, kebangkitan Rasulullah s.a.w tidak lain melainkan untuk memastikan umat manusia hidup di dalam dakapan hidayah berpaksikan kepada keimanan dan ketakwaan.

Sehubungan dengan itu, sambutan maulidur rasul tidak boleh hanya sekadar memperingati tarikh lahir baginda semata-mata, ia tidak boleh terhenti setakat perayaan dan majlis-majlis keramaian sahaja.

Lebih jauh lagi, ia perlu diiringi dengan kehendak untuk mematuhi sunnah Rasulullah s.a.w.

Semangat Maulidur Rasul tidak boleh hanya hidup pada bulan ini sahaja, tetapi ia perlu hidup setiap hari dan sepanjang tahun.

Ia tidak boleh disambut dengan perarakan yang besar dan hebat semata-mata dengan mengenepikan hasrat sebenar dari kebangkitan Rasulullah s.a.w ia itu mengajak manusia beriman dan melaksanakan perintah Allah SWT.

Bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, di bawah dasar Membangun Bersama Islam, kami akan terus komited dengan usaha dan hasrat melaksanakan syariat Islam di dalam pentadbiran.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w yang juga seorang pemimpin akan dijadikan sebagai model ikutan yang terbaik di dalam mengurus tadbir negeri.

Itulah misi Kerajaan negeri Kelantan di dalam mentadbir amanah yang diberikan oleh rakyat dengan izin Allah SWT ini.

Semoga Allah memberikan kita ganjaran diatas segala amalan kebaikan yang kita lakukan. Salam Maulidur Rasul 1431H.

Membangun Bersama Islam.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursidul Am PAS / Menteri Besar Kelantan.


Tuesday, February 23, 2010

TOK PA TETAP PENGKHIANAT.



Menteri perdagangan Antara Bangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed telah menolak dakwaan parti pembangkang yang mengatakan beliau telah mengkhianati rakyat Kelantan.


Menurutnya , banyak peruntukan projek yang bernilai berjuta-juta ringgit telah dibawa keKelantan semenjak beliau menjadi Menteri Kabinet lebih 14 tahun yang lalu, walaupun kerajaan negeri diperintah oleh Pas membuktikan beliau bukanlah seperti yang didakwa sebagai pengkhianat.



"Sebagai rakyat Kelantan, beliau sanggup memberikan wang berjuta-juta bagi membuat pembangunan untok kepentingan keseluruhan rakyat Kelantan. Beliau merasai sedih dan dukacita diatas pengorbanannya tapi masih lagi dianggap pengkhianat kerana tidak menyokong kerajaan negeri diatas tuntutan royalti minyak.



Bagi pendapat penulis, Jika Tok Pa tidak pengkhianat, kenapa Tok Pa tidak bersama-sama rakyat Kelantan mendesak kerajaan pusat menyerahkan royalti, sedangkan Tok Pa tetap mempertahankan kerajaan pusat. Tok Pa telah membuat ceramah dan forum diKelantan hanyalah untok memesongkan fakta dan bukti tentang akta petroleum 1974. Banyak kenyataan-kenyataan Tok Pa mengelirukan rakyat Kelantan dimana wang royalti dijadikan wang ehsan. Tok Pa pulak beriya-iya untok memberikan wang ehsan kapada Kelantan sedangkan wang ehsan jika diberi pun, bukan kapada kerajaan yang memerintah tapi kapada Jabatan Pembangunan Persekutuan (jpp) melalui pemuda Umno. Jabatan Pembangunan Persekutuan (jpp) pulak bukanlah kerajaan yang sah tapi hanya wakil kapada kerajaan pusat yang bermastautin diKelantan untok kepentingan politik Umno.

Rakyat Kelantan bukannya bodoh, Tengku Razaleigh sudah jelaskan segala-galanya tentang Akta Petroleum 1974 kapada seluroh rakyat Kelantan. Dimana Ku Li sendiri telah menandatangani perjanjian dengan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamad Nasir. Ku Li adalah diantara orang yg mengasaskan Petronas dan jugak Pengurusi kapada syarikat itu. Wang ehsan bukan royalti dan royalti bukan wang ehsan. Tok Pa bukanlah orang yang arif dalam pentafsiran undang-undang perjanjian ini . Tok Pa tidak berhak bercakap dan mentafsirkan undang mengikut lojik sendiri. Segala-galanya Tok Pa bercakap hanyalah untuk kepentingan dan periuk nasi Tok Pa sendiri. Tok Pa sanggup menjadi bodoh bukan kerana Tok Pa tak faham dan mengerti dengan royalti ini tapi sanggup jadi bodoh kerana untok menjagakan hati Najid.

Walaupun berjuta-juta wang dan projek yang Tok Pa beri kapada kerajaan Kelantan, itu adalah bantuan dan peruntukan wajib setiap dua kali setahun sebagai sebuah wilayah yang bernaung dalam Malaysia. Itu sudah menjadi tanggungjawab kapada kerajaan Pusat diatas pulangan balik wang kutipan cukai dalam sesebuah negeri diMalaysia. Setahu saya pun, wang peruntukan itu diperlambat-lambatkan dan sengaja untok menghukum rakyat Kelantan yang memilih Pas sebagai kerajaan. Jadi kesimpulannya, Tok Pa tetap menjadi pengkhianat dan saya lebih yakin dengan penjelasan Ku Li dalam fakta ini.
Tok Pa juga telah mengadakan ceramah-ceramah diKelantan dan membuat berbagai-bagai program untok menyanggah penjelasan Ku Li berkaitan Akta Petroleum 1974. Program pertama Tok Pa diadakan dihotel lima bintang di Kota Bharu untok memutarbelitkan fakta yang dinyatakan olih Ku Li. Program yang diadakan dihotel lima bintang itu juga dihadiri Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali .Manakala monderatornya, Pengarah Uitm cawangan Kelantan, Datuk Prof Dr Hussin Abdul Rahman. Kemudian program kedua Tok Pa adakan di Sekolah Zainab Kota Bharu yang membabitkan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Ch e Salleh, meski pun beliau bukan Menteri tapi Setiausaha Politik kapada Najid. Kemudian program seterusnya Tok Pa buat 19 Februari baru-baru ini di Pejabat Umno Kota Bharu yang dihadiri oleh Datuk Dr Awang Adek dan Datuk Ibrahim Ali. Segala-galanya Tok Pa lakukan hanyalah untuk memesongkan kenyataan Ku Li dan kepentingan politik Tok Pa. Banyak cerita-cerita donggeng Tok Pa dedahkan disitu, hanyalah untok membohongi rakyat Kelantan.
Tok Pa harus sedar bahawa Akta Petroleum sudah menjadi undang-undang dan perjanjian sudah pun ditandatangani. Tok Pa sepatutnya menerima hakikat ini dan tidak perlu berdolak dalih dengan menjaja isu royalti ke pelusuk negeri Kelantan. Sepatutnya Tok Pa, anak kelahiran Kelantan mesti bersama-sama dengan rakyat menuntut royalti biar pun perbezaan politik tapi demi kepentingan rakyat. Jika diambil kira kedegilan Tok Pa, jelaslah bahawa Tok Pa bolehlah di ketegorikan sebagai pengkhianat kapada rakyat Kelantan.



Monday, February 22, 2010

PEMIMPIN LOMPAT PARTI ADALAH PENGKHIANAT



"Pemimpin yang melompat parti adalah pengkhianat amanah rakyat. Jika mereka tidak amanah kapada seorang, mereka menanggung dosa seorang tetapi sekiranya tidak amanah kapada semua rakyat, mereka berdosa kapada semua rakyat yang memilih nya pada pilihan raya".- Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Pemimpin politik yang melompat parti adalah merupakan pengkhianat dan perlu minta maaf pada setiap pengundi dikawasan mereka kerana mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kapadanya pada pilihan raya. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz berkata sekiranya pemimpin yang dipilih rakyat tidak amanah, maka beliau telah melakukan satu dosa.
"Pemimpin tidak amanah kapada seorang, maka beliau menanggung dosa seorang tetapi sekiranya tidak amanah kapada semua rakyat, mereka berdosa kapada semua rakyat yang memilihnya. "Rakyat telah memberikan kita mandat dan kepercayaannya untok membuat dasar parti, tiba-tiba kita lompat parti yang lain, maknanya kita telah tolak hasrat rakyat atau pengundi. Jika pengundi itu 10,000, kita kena bertanggungjawab kapada 10,000 diakhirat kelak. Kata Tuan Guru Nik Aziz di Kota Bharu baru-baru ini.
Bagaimana pun Tuan Guru Nik Aziz Berkata, pemimpin yang melompat dari parti lain untok menyertai Pas boleh dianggap sebagai kembali kapada matlamat asal perjuangan politik menurut islam. "Orang melayu kembali kapada Pas bermakna mereka kembali kapada asal kerana mereka rasa bersalah berada dalam kerajaan yang mengamalkan dasar sekular yang memisahkan politik dengan agama". Katanya.
Bagi pandangan penulis, tindakan wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin yang melompat parti adalah jelas sebagai pengkhianat amanah dan mandat rakyat yang memilihnya pada pilihanraya. Tindakan wakil rakyat itu menimbulkan berbagai-bagai masaalah kapada parti mereka dalam politik. Rakyat yang memilih mereka juga merasa kesal dan marah kerana telah mengkhianati amanah mereka. Kadang-kadang rakyat yang memilih mereka bukan berdasarkan individu tapi berdasarkan lambang parti politik. Dengan apa cara bentuk alasan sekali pun rakyat tidak boleh menerima hakikat ini. Cara yang sebenarnya jika mereka tidak sehaluan dengan parti nya, mereka haruslah meletakan jawatan sebagai wakil rakyat dan memberi laluan kapada pilihan raya. Bukan dengan melompat kapada parti yang lain kerana pengundi memilih mereka bukan berdasarkan individu tapi berlandaskan lambang parti yang mereka sertai. Barulah dikira wakil rakyat yang menerima konsep demokrasi.
Penulis juga pernah mengundi, tapi penulis memilih lambang parti bukan memilih individu...

Monday, February 15, 2010

KERAJAAN PERAK - BIAR RAKYAT YANG TENTUKAN


Keputusan Mahkamah memilih Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah amat malang sekali. Seharusnya rakyat lebih berhak membuat keputusan samada memilih Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin atau pun Dato' Seri Zambry Abdul Kadir dengan membubarkan dewan undangan negeri serta menbuat pilihan raya kecil diperingkat negeri. Biarlah keputusannya adalah keputusan rakyat dan ini adalah jalan terbaik dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Siapa yang sebenarnya mendapat sokongan rakyat atau ditolak oleh rakyat.
Walaupun Zambry berjaya diputuskan sebagai Menteri Besar melalui Mahkamah, namun hakikatnya keputusan itu bukanlah memwakili rakyat negeri Perak. Jika kita buat andaian, Zambry dan Umno-BN sendiri tidak bersedia dan takut untok berdepan dengan rakyat melalui pilihan raya. Mereka sudah merasakan lemah dan tidak bermaya berhadapan dengan rakyat. Jika Umno-BN yakin mereka boleh memenangi pilihan raya, sudah tentu mereka membubarkan dewan undangan negeri. Dengan kata lain, Umno-BN tidak boleh berselindung disebalik Mahkamah buat selama-lamanya. Lambat laun mereka pasti juga akan bertemu rakyat dalam pilihanraya umun nanti.
Penulis tidak rasa terkejut atau hairan dengan keputusan Mahkamah menolak permohanan rayuan Nizar. Semenjak awal bicara lagi, keputusan Mahkamah berat sebelah dan double standard terhadap Nizar. Pembicaraan ini boleh di agak tidak akan memihak kapada Nizar. Walau bagaimana pun segala-galanya sudah berlalu, namun kita harapkan Pakatan Rakyat supaya bersiap sedia untok menghadapi piliha raya negeri Perak akan datang. Buatlah apa yang patut dengan bijaksana dan rasional dengan semangat perjuangan yang kental. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mestilah bersedia menangkis serangan-serangan properganda Umno-BN melalui tv dan media-media miliknya.
Bagi pandangan penulis, biarlah rakyat yang menentukan siapa yang lebih layak memegang jawatan Menteri Besar Perak samada Dato'Seri Nizar atau Dato'Seri Zambry. Cara yang terbaik, berikan mandat pada rakyat melalui jalan pilihan raya.

Wednesday, February 10, 2010

KU LI TIDAK TAKUT DI PECAT.

UMNO tidak akan memecat Tengku Razaleigh Hamzah atau pun mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau. Sebagai Ahli Parliment Gua Musang, Ku Li tidak pernah merasai takut atau gentar diatas desakkan setengah pihak dalam UMNO yang mahu beliau dikenakan tindakan disiplin kerana menyampaikan ucapkan mengenai royalti minyak di Stadium Sultan Mohamad ke-4, Kota Bharu pada 28 januari yang lalu.

Tengku Razaleigh Hamzah atau lebeh dikenali sebagai Ku Li bagi rakyat Kelantan tetap dengan pendiriannya bahawa apa yang dikatakannya tidak menyalahi undang-undang, malah beliau berucap mengenai peruntukan Akta Petroleum 1974 dan dalam perjanjian yang dibuat Petronas dan Kerajaan Kelantan dengan restu kerajaan pusat ketika itu. Tindakan Ku Li yang menyokong Kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak dan bukan wang ihsan berdasarkan undang-undang, bukan berdasarkan politik samada negeri itu ditadbir PAS atau UMNO. Akta itu menjelaskan hak negeri untok mendapatkan royalti sebanyak 5 peratus, di mana Ku Li juga merupakan orang yang pengasas sehingga wujudnya Petronas. Malah fakta itu diperkuatkan lagi dengan adanya perjanjian yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, antara Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamad Nasir dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang mewakili Petronas.

Tindakan Ku Li itu membangkitkan kemarahan setengah daripada pemimpin-pemimpin UMNO dan pelbagai persoalan yang dituduh kapada Ku Li dengan tindakanya itu. Ada yang menuduh Ku Li mempunyai agenda politik tersendiri dengan membelankangi UMNO dan ada yang mendesak beliau dikenakan tindakan disiplin. Bagi Pemuda UMNO Kelantan pula mencadangkan Majlis Tertinggi UMNO memanggil Ku Li untok memberi perjelasan berhubung kenyataannya memperjuangkan royalti itu.

Setelah tindakan Ku Li membuat perjelasan ini dan duduk bersama-sama dipentas PAS, adalah satu langkah yang berani dan harus di puji memandangkan Ku Li adalah Ahli Parlimen Gua Musang dan ahli UMNO. Pemimpin-pemimpin UMNO, terutamanya Pengurusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamad dan timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin harus sedar bahawa Ku Li bukanlah berpihak kapada PAS tetapi berpihak kapada undang-undang dan kebenaran perjanjian royalti itu. Benarlah kata Tun Salleh Abbas, mantan Ketua Hakim Negara " rakyat kini telah dikelirukan oleh ahli politik yang berfikiran sempit dan bukan arif dalam pentafsiran undang-undang terutamanya tentang isu royalti minyak".

Bagi pendapat penulis kesimpulannya, UMNO tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap Ku Li, memandangkan apa yang beliau lakukan demi maruah rakyat Kelantan dan bukan untok diri beliau. UMNO tidak akan memecat Ku Li atau dikenakan tindakan disiplin terhadap beliau kerana ianya akan menghancurkan parti UMNO sendiri. Jika UMNO pecat Ku Li, keadaan UMNO semakin parah di Kelantan. Kemungkinan juga Ku Li akan Menyertai Pakatan Rakyat dan tentu ramai yang maseh ingat ditahun 1990, ketika Ku Li bersama-sama dengan Semangat 46 berganding bahu dengan PAS, menyingkirkan UMNO ,39-0 dalam pilihanraya 1990. Jika UMNO maseh ingat dengan sejarah itu, UMNO akan ketakutan, meski pun Pemudanya berkokok sepanjang zaman. Itulah kekuatan Ku Li di persenda politik Kelantan.

Saturday, February 6, 2010

KU LI BERCAKAP,DEMI MARUAH RAKYAT KELANTAN


Kota Bharu- Setengah orang menganggap politik itu kotor. Ada pula yang katakan politik cari makan. Bahkan ada yang menganggap orang politik cakap tak serupa bikin. Tak boleh percaya dan tak boleh pakai. Berbagai-bagai tohmahan yang dituduh kapada orang politik. Namun apa pun andaian dibuat, terpulanglah pada sasaorang untok menilaikannya. Bagi aku, negara kita negara demokrasi dan setiap orang bebas untok membuat persepsi sendiri atau pun pandangan masing-masing. Tuhan telah memberikan kita akal dan fikiran, maka fikir dan nilailah dengan waras, siapa yang bermain politik atau siapa yang mengunakan politik untok kebaikan rakyat. Pada hemat aku, politik itu tidak sekotor yang kita anggap dan yang mengotorkan politik ialah orang politik itu sendiri.

Jika kita lihat politik hari, kebanyakan pemimpinnya hanyalah buat kerja untok kepentingan diri sendiri. Jauh sekali untok membela rakyat demi meneggakan kebenaran dan keadilan. Sentiasa nak politikan cerita-cerita karut seperti cerita donggeng dahulu kala pasal royalti minyak. Isu ini tidak boleh dipolitikan kerana membabitkan ketetapan undang-undang dan fakta yang tersedia ada. Begitulah bodohnya Pengurusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk seri Mustapha Mohamad dan Timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussein yang cuba mempolitikan isu ini secara tidak bertemaddun dengan membelangkangi fakta dan sejarah. Ini lah yang dikatakan politik cari makan untok kepentingan UMNO dan Juak-juaknya.

Baru-baru ini , Tengku Razaleih Hamzah wakil rakyat UMNO kawasan parlimen Gua Musang, telah dijemput oleh Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) , yang mewakili lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan untok memberi syarahan dan pandangan beliau di Stadium Sultan Mohd Ke-4, Kota Bharu malam 28 januari lalu, telah mendapat sambutan luar biasa dari sekelian rakyat Kelantan. Perhimpunan raksaksa itu, hari khamis malam jumaat berserta solat hajat yang diimankan oleh Tuan Guru Nik Aziz , dengan kehadiran rakyat melebehi 40 ribu orang. Kehadiran Ku Li itu sedikit sebanyak telah mendapat reaksi dari pemimpin-pemimpin UMNO. Ada juga yang menganggapnya untok menonjolkan diri dan mancari publisiti. Malah ada yang menuduh Ku Li sebagai pembelok kapada UMNO kerana berucap di pentas pas. Setengahnya pula berasa pelik kerana Ku Li berucap panjang lebar dengan penuh bersemangat dihadapan penyokong pas termasuk, Tuan Guru Nik Aziz dan Husam Musa.

Pada malam itu, Ku Li Bercakap bukanlah berbau politik, bukan kerana UMNO atau PAS. Ku Li banyak bercakap dari sudut undang-undangnya Kelantan berhak mendapat royalti minyak 5 peratus, berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 1974 diantara Petronas dengan Kerajaan Kelantan, dimana sejak akhir-akhir ini isu ini menjadi topik perbualan disemua kedai-kedai kopi di Kota Bharu. Dalam konteks ini tidak timbul samada Kuli Li menyokong PAS atau sebaliknya tetapi beliau bercakap demi maruah rakyat Kelantan, dimana Ku Li juga asalnya dari negeri yang sama. Ku Li juga merupakan pengasas kapada lahirnya petronas dan pernah menjadi pengurusinya. Diatas pengalaman Ku Li itu, beliau adalah orang yang paling layak untok bercakap dan menghuraikan isu ini satu persatu. Sebagai rakyat dan kerabat diraja Kelantan, kemungkinan beliau merasai simpati kapada rakyat Kelantan yang sentiasa diskriminasikan oleh kerajaan Pusat. Meski pun berlainan parti, namun mungkin Ku Li sedari bahawa Kerajaan Kelantan adalah Kerajaan pilihan rakyat yang sah disisi undang-undang.

Monday, February 1, 2010

KU LI TIDAK BERBOHONG

  • "Ku Li adalah orang yang bertanggungjawab berunding ketika itu dan sudah pasti hanya dia tahu mengenai royalti. Kenyataan Ku Li ini terpaksa diterima kerana dia yang berunding dengan Tun Razak.Tak ada orang boleh sebut macam dia ghoyak
  • (beritahu)Dan dia tidak belawak (berbohong)".- Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.


Kota Bharu- Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat meminta semua pihak menerima penjelasan yang dibuat bekas pengurusi Petronas dan juga sebagai mantan Menteri keuwangan Malaysia, Tengku Razaleih Hamzah berhubung perjanjian royalti minyak diantara
kerajaan Kelantan dengan Petronas dalam menyelesaikan masaalah isu tuntutan itu.
Katanya " Ku Li adalah orang yang bertanggungjawab berunding dengan petronas ketika itu
dan sudah pasti hanya beliau sahaja yang mengentahui tentang perjanjian itu".Kenyataan dia
itu terpaksa diterima kerana dia yang berunding dengan Tun Razak. Tak ada orang boleh sebut
macam dia ghoyak (beritahu). Dan dia tidak belawak (berbohong)." Katanya dilapangan terbang
Sultan Ismail Petra disini semalam. Tuan Guru Nik Aziz turut berkata kerajaan Kelantan hanya
menganjurkan solat Magrib, solat Hajat dan solat Isyak sahaja manaka program ceramah pula telah diadakan oleh Gerakan bertindak kembalikan Royalti Rakyat (Gegar). Katanya lagi, "Proram itu anuran Gegar bukan anjuran kita. Anjuran kita hanyalah solat Mgrib, solat Hajat dan Isyak sahaja. Program selepas itu dirancang Gegar".


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...