Saturday, February 6, 2010

KU LI BERCAKAP,DEMI MARUAH RAKYAT KELANTAN


Kota Bharu- Setengah orang menganggap politik itu kotor. Ada pula yang katakan politik cari makan. Bahkan ada yang menganggap orang politik cakap tak serupa bikin. Tak boleh percaya dan tak boleh pakai. Berbagai-bagai tohmahan yang dituduh kapada orang politik. Namun apa pun andaian dibuat, terpulanglah pada sasaorang untok menilaikannya. Bagi aku, negara kita negara demokrasi dan setiap orang bebas untok membuat persepsi sendiri atau pun pandangan masing-masing. Tuhan telah memberikan kita akal dan fikiran, maka fikir dan nilailah dengan waras, siapa yang bermain politik atau siapa yang mengunakan politik untok kebaikan rakyat. Pada hemat aku, politik itu tidak sekotor yang kita anggap dan yang mengotorkan politik ialah orang politik itu sendiri.

Jika kita lihat politik hari, kebanyakan pemimpinnya hanyalah buat kerja untok kepentingan diri sendiri. Jauh sekali untok membela rakyat demi meneggakan kebenaran dan keadilan. Sentiasa nak politikan cerita-cerita karut seperti cerita donggeng dahulu kala pasal royalti minyak. Isu ini tidak boleh dipolitikan kerana membabitkan ketetapan undang-undang dan fakta yang tersedia ada. Begitulah bodohnya Pengurusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk seri Mustapha Mohamad dan Timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussein yang cuba mempolitikan isu ini secara tidak bertemaddun dengan membelangkangi fakta dan sejarah. Ini lah yang dikatakan politik cari makan untok kepentingan UMNO dan Juak-juaknya.

Baru-baru ini , Tengku Razaleih Hamzah wakil rakyat UMNO kawasan parlimen Gua Musang, telah dijemput oleh Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) , yang mewakili lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan untok memberi syarahan dan pandangan beliau di Stadium Sultan Mohd Ke-4, Kota Bharu malam 28 januari lalu, telah mendapat sambutan luar biasa dari sekelian rakyat Kelantan. Perhimpunan raksaksa itu, hari khamis malam jumaat berserta solat hajat yang diimankan oleh Tuan Guru Nik Aziz , dengan kehadiran rakyat melebehi 40 ribu orang. Kehadiran Ku Li itu sedikit sebanyak telah mendapat reaksi dari pemimpin-pemimpin UMNO. Ada juga yang menganggapnya untok menonjolkan diri dan mancari publisiti. Malah ada yang menuduh Ku Li sebagai pembelok kapada UMNO kerana berucap di pentas pas. Setengahnya pula berasa pelik kerana Ku Li berucap panjang lebar dengan penuh bersemangat dihadapan penyokong pas termasuk, Tuan Guru Nik Aziz dan Husam Musa.

Pada malam itu, Ku Li Bercakap bukanlah berbau politik, bukan kerana UMNO atau PAS. Ku Li banyak bercakap dari sudut undang-undangnya Kelantan berhak mendapat royalti minyak 5 peratus, berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 1974 diantara Petronas dengan Kerajaan Kelantan, dimana sejak akhir-akhir ini isu ini menjadi topik perbualan disemua kedai-kedai kopi di Kota Bharu. Dalam konteks ini tidak timbul samada Kuli Li menyokong PAS atau sebaliknya tetapi beliau bercakap demi maruah rakyat Kelantan, dimana Ku Li juga asalnya dari negeri yang sama. Ku Li juga merupakan pengasas kapada lahirnya petronas dan pernah menjadi pengurusinya. Diatas pengalaman Ku Li itu, beliau adalah orang yang paling layak untok bercakap dan menghuraikan isu ini satu persatu. Sebagai rakyat dan kerabat diraja Kelantan, kemungkinan beliau merasai simpati kapada rakyat Kelantan yang sentiasa diskriminasikan oleh kerajaan Pusat. Meski pun berlainan parti, namun mungkin Ku Li sedari bahawa Kerajaan Kelantan adalah Kerajaan pilihan rakyat yang sah disisi undang-undang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...