Wednesday, November 30, 2011

'Politik meracau' Umno bakal jatuhkan Najib

 UMNO adalah parti berteraskan perjuangan perkauman Melayu sempit, Melayu UMNO yang kaya raya adalah melayu atasan,  tapi masih ramai Melayu bawahan yang sokong UMNO  yang miskin dan  terpinggir, jurang miskin-kaya paling lebar dalam etnik Melayu di negara ini. Yang kaya raya adalah melayu kroni-kroni terdekat.


  
                Kenyataan terbaru Ketua Penerangan Umno bahawa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah memperlihatkan sikap sebenar 'perkauman melampau' parti itu.
                 AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata kenyataan Datuk Ahmad Mazlan itu juga menggambarkan Umno kini berada dalam keadaan 'meracau' dan diambang kehilangan kuasa.

"Kenyataan itu menggambarkan psikologi Umno yang berada dalam ketakutan ekoran diambang kehilangan kuasa.

Barisan Nasional Hukum Rakyat Dengan Undang-Undang Perhimpunan Awam.


                   Pakatan Rakyat menyifatkan usaha kerajaan Barisan Nasional berkeras untuk melaksanakan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman (PA2011) sebagai hukuman kepada rakyat yang menentang kepimpinannya seperti perarakan Bersih 2.0 pada 9 julai lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh Majlis Peguam dan bukannya mentadbir negara secara semberono.

"Saya telah melihat cadangan rang undang-undang yang dikemukakan oleh Majlis Peguam dan pada sesi perbahasan pagi tadi, saya telah meminta kerajaan menarik balik rang undang-undang itu dan perlu mengambil kira pandangan ahli parlimen yang membahaskan perkara ini termasuk dari Pakatan Rakyat," katanya.

Akta Perhimpunan Aman: K’jaan lebih teruk dari Burma- Anwar

Amalan Demokrasi Malaysia Era Najib Persis Zaman Jakun 

            Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan langkah kerajaan yang ingin meluluskan Akta Perhimpunan Aman (PAB 2011) lebih teruk berbanding kerajaan Burma.
              Katanya, kerajaan Burma sendiri berunding dengan pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi sebelum meluluskan undang-undang yang membolehkan perhimpunan dibuat dengan notis lima hari.

“Malaysia lebih minat banding (demokrasi) dengan Burma, tapi hari ini Burma juga pinda undang-undang mereka dan diluluskan dan Myanmar juga terasa bahang perubahan rakyat yang mahu prinsip kebebasan dihormati.

RUU Himpunan: Najib rujuk Zimbabwe, Myanmar

Program Transformasi Politik yang diuar-uarkan oleh Najib  adalah satu penipuan, menuju kearah negara diktator semata-mata.
   
             Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merujuk kepada Zimbabwe dan Myanmar berhubung himpunan aman tanpa senjata.
               Menurutnya, di ambang Hari Malaysia yang ke-48 pada 15 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis untuk menyelaraskannya dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan rakyat untuk ‘berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata’, dan supaya mematuhi norma-norma antarabangsa.

“Malangnya, tidak disangka bahawa negara-negara ‘antarabangsa’ yang dirujuk beliau merupakan negara-negara Zimbabwe dan Myanmar,” katanya.

Tuesday, November 29, 2011

Perwakilan protes senyap pada perhimpunan Umno?


          Perhimpunan Agung Umno 2011 yang akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember ini dijangka menyaksikan satu protes senyap daripada wakil-wakil terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang sedia ada.
          Ini kerana mereka mempunyai firasat bahawa Umno dan BN akan mempunyai harapan yang sedikit untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, tulis Moaz Nair di dalam laman web Malaysia Chronicle, hari ini.

Baginya, Umno sangat kuat rasuah sehinggalah ke terasnya, kata Mahathir akan kucar-kacir dan pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan parti itu kehilangan lebih banyak kerusi kepada Pakatan.

Menurutnya, terdapat puak dan perbalahan dalaman dalam parti yang mana ramai yang mengintai peluang menjadi pemimpin-pemimpin cawangan kerana terdapat ramai yang mengharapkan Umno untuk membawa masuk wang dan kontrak untuk mereka.

Janji TiPU untuk orang Kelantan.

 Janji-janji yang ditawarkan Muhyiddin adalah  merupakan janji politik zaman Pak Pandir bagi golongan terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam pilihan raya. Janji-janji ini tak ubah untuk mendapatkan 'political milleage'  Umno yang sudah usang.  



              Sama seperti sebelum ini, setiap kali menjelang pilihan raya, pelbagai janji-jani ditaburkan bagi memancing undi pengundi di negara ini.
              Menaburkan janji dalam politik Malaysia bukanlah sesuatu yang baharu, ia telah lama diamalkan khususnya bagi pihak yang memiliki kuasa lantaran merasakan dengan kuasa yang adalah yang memberi mereka keupayaan untuk melaksanakan janji.

Adakala janji-janji yang ditaburkan ini akhirnya berjaya memberikan pulangan dan tidak kurang juga janji yang akhirnya memakan diri sendiri.

Bagi sesetengah pihak pula, ada yang menganggap janji-janji yang ditawarkan ini lebih merupakan janji golongan terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam pilihan raya.

Akta Perhimpunan Aman : Najib kelirukan rakyat- Surendran

“Hak berhimpun adalah hak rakyat dan bukan hak polis. Jika hendak dibandingkan dengan negara Findland, pemberian notis hanyalah 6 jam manakala di England 6 hari malah ada juga negara yang tidak memerlukan notis langsung,” -Surendran.

               Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran berkata Perdana Menteri cuba mengelirukan rakyat berhubung Akta Perhimpunan Aman 2011.
              Menurut Surendran, kenyataan Najib bahawa akta itu membolehkan notis perhimpunan diberi dalam masa singkat, tidak terkandung dalam Rang Undang Undang yang dibentangkan sebelum ini.

“Kalau betul boleh beri notis yang begitu pendek, kenapa tidak dinyatakan dalam RUU sewaktu dibentangkan? Jelas sebelum ini menyebut notis 30 hari, sekarang dia cuba lari kerana RUU itu jelas zalim,” kata Surendran.

Monday, November 28, 2011

Anwar : Teruskan Berjuang Walaupun Saya di Penjara

   
            Penjara bukan menjadi halangan untuk meneruskan reformasi dalam parti sebaliknya harus dijadikan semangat untuk meneruskan perjuangan membela rakyat.
               "Saya tidak takut dan tidak gentar kalau pun saya dipenjara kerana agenda mereformasikan negara ini dari cengkaman kezaliman pemimpin-pemimpin Umno-BN merupakan agenda rakyat yang didokong oleh Keadilan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyampai ucapan di sesi penggulungan dan ucapan penangguhan Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-8 di sini hari ini.

Mengulas lanjut Anwar berkata usaha kerajaan pemerintah memburukkan politik negara dengan fitnah dan serangan pribadi ketas dirinya tidak mematahkan semangat beliau malah ia menyedarkan rakyat dari terus dizalimi.

Anwar : Lagi Menang Lagi Banyak Halangan



                 Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap kemenangan yang bakal diperoleh dalam pilihanraya akan datang bukan merupakan kejayaan mutlak kepada PKR tetapi merupakan cabaran yang harus disambut dengan pengorbanan dan perjuangan kental.
                Beliau berkata demikian sewaktu menyampai ucapan di sesi penggulungan dan ucapan penangguhan Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-8 di sini hari ini.

Katanya reformasi merupakan usaha berterusan yang memerlukan pengorbanan semua pihak.

"Kalau kita menang lagi banyak halangan dan cabaran. Justeru kita memerlukan pemimpin dan ahli yang yang kuat dan sanggup berjuang demi membela rakyat." kata beliau.

Tiada pemimpin bukan Melayu bercita-cita jadi PM

 Tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana Perdana Menteri Malaysia seharusnya berbangsa Melayu.Selama ini UMNO telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka,

             Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman Umno dan beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) berkata, yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu.

Sunday, November 27, 2011

Satu lagi kemelut Najib: Kabinet arah semakan semula Akta Perhimpunan Aman

  
                        Dalam usaha untuk meminimakan kerosakkan, Perdana Menteri Najib Tun Razak telah melihat semula Rang Undang-undang Perhimpuanan Aman yang telah dikritik oleh pelbagai kumpulan masyarakat dan dikatakan bakal menjadikan Malaysia lebih teruk daripada Myanmar dari segi kebebasan hak asasi dan demokrasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz telah dipilih untuk menjadi kambing tambatan dan Najib yang sudahpun lemah itu dilindungi kerana harga politik kemelut terbaru ini mungkin terlalu besar untuk beliau bayar.

Gugur Akta Perhimpunan Aman, bukan pinda

Akta Perhimpunan Aman adalah sesuatu yang mengarut apabila rakyat Malaysia yang hendak berhimpun perlu memaklumkan kepada pihak polis 30 hari lebih awal...

          Kerajaan BN digesa menggugurkan Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada persidangan Dewan Rakyat empat hari lalu, bukannya dipinda peruntukan-peruntukan tertentu seperti yang disyorkan oleh sesetengah pihak.
           Ahli Jawatankusa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, rang undang-undang itu ternyata bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan perlu digugurkan.

Katanya, pihaknya tidak boleh menerima sekali-kali rang undang-undang tersebut dan juga tidak boleh menerima sekiranya ia hanya sekadar dipinda bagi peruntukan-peruntukan tertentu.

PAS-Umno Tak Perlu Bersatu, Jelas UMNO- BN khianati Kelantan

Keengganan Kerajaan BN membayar royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan, sudah jelas  tindakan tersebut ternyata bertentangan dengan undang-undang dan bertentangan sama sekali dengan perjanjian yang telah dimetrai antara Kerajaan Kelantan dan Petronas. Tindakan tersebut dianggap jahat dan mengkhianati rakyat Kelantan yang kebanyakan nya bangsa  melayu

              Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa urusan kerajaan negeri Kelantan dan Persekutuan pasti menjadi lebih mudah dan "mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan, disifatkan sebagai salah satu bukti jelas pengkhianatan Kerajaan BN terhadap rakyat Kelantan selama ini.

Sebaliknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau patut malu kerana membuat kenyataan seperti itu kerana ia jelas memperlihatkan sikap sebenar para pemimpin Umno BN yang tidak bertanggungjawab dan ingin lari dari melaksanakan tanggungjawabnya.

Saturday, November 26, 2011

Untuk mengelak Bill Perhimpunan Aman terus dilaksanakan - jangan beri lagi mandat kepada UMNO.


Aspan Alias
Bill Perhimpunan Aman yang akan dibentang oleh BN di Parlimen merupakan satu insiden hitam bagi sebuah negara demokrasi. BN mengambil sistem demokrasi untuk negara tetapi takut dengan sistem itu sendiri. Apa yang akan dibentangkan dan diluluskan oleh parlimen ini merupakan satu tindakan yang mengekang perhimpunan secara aman dan nampaknya kerajaan yang memerintah amat gerun dengan kebangkitan rakyat untuk menyuarakan suara dan manifestasi mereka secara terbuka.

Cadangan ini adalah bercanggah dengan kehendak perlembagaan yang membenarkan rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka melalui perhimpunan secara aman. Demokrasi hanyalah dalam bentuk packagingnya sahaja tetapi sebenarnya di alam packaging itu penuh dengan elemen dictatorship dan jika BN mengambil kesempatan untuk mendapatkan kelulusan dengan sokongan ‘simple majority’ di parlimen ia tidak lain dari tindakan menekan terhadap gerakan fikiran rakyat untuk melakukan perubahan.

Berundur paling 'terhormat' buat Shahrizat


               Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, meletak jawatan adalah cara paling terhormat bagi menyelamatkan maruah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan kontroversi projek lembu fidlot.
            "Saya merasakan tindakan terhormat yang perlu diambil Shahrizat ialah dengan berundur dan meletak jawatan dari kerajaan secara serta-merta.

"Hanya tindakan berundur diri yang boleh menyelamatkan maruah beliau dan ahli-ahli Wanita Umno yang turut terpalit dengan skandal NFC ini," katanya.

AMK : Bersihkan Pilihanraya Atau Bertempur Di Jalanraya

Pilihanraya kali ini adalah detik penting bagi kita kerana ia adalah persimpangan untuk kita. Adakah kita mahu membiarkan Umno-BN terus menjadi tuan dinegara ini?



                 Tunaikan 8 tuntutan Bersih, atau hadapi ledakan tunjuk perasaan di jalanraya.
Begitu kata dua Angkatan Muda Keadilan kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, meskipun pihak rejim baru-baru ini mengemukakan pelan memperkenalkan akta anti-Artikel 10 Perlembagaan yang lebih keras.

"Kalau mereka terus menghimpit kita, mereka masih mahu menipu pada pilihanraya, hanya ada satu sahaja pilihan iaitu lupakan pilihanraya....kita gunakan jalan raya!," sahut Shamsul disambut sorakan dari para perwakilan Kongres AMK ke-8.

Parti serpihan Umno gugat demokrasi tersungkur..

Jika kepercayaan kita bahawa hanya Umno yang boleh membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat sebenarnya telah dimitoskan lebih daripada separuh abad. Umno hanya sebuah parti dongeng yang tidak demokratik penuh dengan perasuah

           Malaysia kini menuju ke arah pembentukan sistem dua parti yang mana melalui sistem itu rakyat akan mengalami anjakan paradigma dalam membuat penilaian politik dengan lebih rasional dan berasaskan maklumat.

Justeru itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, sebarang usaha dari parti serpihan termasuk yang ditaja Umno untuk menggugat demokrasi pastinya akan tersungkur dan ditolak oleh rakyat.

Friday, November 25, 2011

PRU 13: Pakatan Rakyat sepakat Anwar PM ke-7

Kemenangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat bermakna kemenangan rakyat menentang kezaliman dan kebobrokan Umno
   

                  Pakatan Rakyat (PR) sepakat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap menjadi bakal Perdana Menteri rakyat ketujuh selepas pilihan raya umum akan datang walaupun beliau kini cuba
disumbat semula ke dalam penjara dengan fitnah Umno BN.

“Ingatan keras untuk Umno, apa-apa pun konspirasi untuk memenjarakan Anwar Ibrahim, kami akan bangkit meruntuhkan kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar.

“Pakatan Rakyat sepakat Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh,” kata Timbalan Presiden,

PAS akan sertai Bersih 3.0.

Najib berbohong untuk bawa Malaysia ke arah demokrasi. Tuntutan Bersih 3.0 harus diteruskan



               PAS akan menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam perhimpunan Bersih 3.0 bagi meneruskan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang belum dilaksanakan kerajaan.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, bagi menuju ke arah itu, PAS akan dan memulakan siri penerangan dan menggerakkan ahli di seluruh negara.

"PAS menyokong keputusan Bersih untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 memandangkan lapan tuntutan Bersih 2.0 hampir langsung tidak diendahkan kerajaan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mohamad bagaimanapun berkata, selain PAS, dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP membuat kenyataan umum menyokong Bersih 3.0.

NGO Kecam Penipuan licik Najib

Rang Undang-Undang tersebut bukan sahaja menyebabkan perhimpunan aman tidak dapat dijalankan malah tiada lagi ceramah umum akan dibenarkan. Kita sebenarnya menuju ke  era pemerintahan kuku besi... 


                       Badan Bukan Kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bagi menjamin kebebasan berhimpun yang dianggap sebagai penipuan licik kerajaan BN untuk menafikan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.
                      Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata Rang Undang-undang tersebut merupakan 'tranformasi Politik' negetif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai suatu perangkap yang menjelaskan lagi sikap kerajaan yang begitu takut melihat kebangkitan rakyat.

"Sebelum ini rakyat seolah-olah dijanjikan sebuah sinar harapan apabila beberapa langkah Kerajaan Malaysia termasuklah pemansuhkan akta keselamatan dalam negeri (ISA), namun akhirnya rakyat sekali lagi ditipu atas nama transformasi Barisan Nasional apabila akta tersebut masih lagi digunakan di Sabah dengan penahanan 13 aktivis PAS." jelas beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bad.

Kerajaan mansuh undang-undang lapuk tapi ganti dengan RUU lebih kejam – Anwar

  
          Pemansuhan beberapa undang-undang lapuk tidak bererti kepada amalan demokrasi berikutan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) baru yang lebih keras, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
            Menyokong penarikan tiga pengisytiharan darurat yang berlarutan selama 40 tahun, beliau berkata, RUU Himpunan Aman tidak perlu wujud dalam sesebuah negara demokrasi.

“Pembatalan (Akta Darurat) tidak menjadi persoalan besar. Walaupun PM menyebut kelonggaran besar diberi, namun (terbukti) hukuman lebih berat (dicadangkan) iaitu hukuman denda RM20,000.

“Pengecualian tidak dilihat dengan teliti. Walaupun Akta Darurat dibatal dan kita sokong, namun cadangan (RUU) masih bersifat mengongkong dan membelenggu rakyat,” katanya.

Mansuh Ordinan Darurat tiada makna kepada rakyat


              Pemansuhan Ordinan Darurat yang diusulkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, tidak boleh diterima oleh PAS dan Pakatan Rakyat.
             Penolakan tersebut dibuat memandangkan pemansuhan ordinan itu tidak memberikan makna kepada rakyat kerana ia masih mengekalkan kuasa kepada Kerajaan Pusat untuk mengisytiharkan darurat di negeri-negeri dan negara ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, realiti itu berlaku apabila pemansuhan tersebut tidak turut sama menarik balik fasal-fasal yang melibatkan perlanggaran kuasa oleh Kerajaan Pusat.

Thursday, November 24, 2011

Hisham dan ISA: Permainan semata atau sememangnya bodoh?


                   Seperti yang sudah kita agak, Perdana Menteri Najib Tun Razak sememangnya seorang penipu yang telah menarik balik janjinya untuk menghapuskan ISA. Isu besar yang menjadi kegusaran rakyat adalah ISA membolehkan mana-mana rakyat Malaysia ditahan tanpa perbicaraan oleh Kerajaan, iaitu Menteri dalam Negeri. ISA “baru” masih sebenarnya membenarkan keadaan ini. Ia sama saja dengan ISA lama.

Sepupu Najib yang juga merupakan Menteri dalam Negeri, Hishamuddin Hussein telah dengan bodohnya membandingkan ISA baru dengan akta-akta yang digunapakai di AS, UK dan Australia. Hishamuddin ini sama ada seorang yang amat bodoh atau beliau fikir rakyat bodoh.

Cabaran PKR menjelang PRU-13

"Demi Rakyat" Tema utama Kongres Keadilan yang akan berlangsung di Johor Bharu


                     'Demi Rakyat' adalah tema utama Kongres Keadilan ke-8 yang akan berlangsung pada 25-27 November depan di Johor Bharu.
Tema ini juga akan menjadi manifesto Pakatan Rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
                     Menurut Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Johor dipilih bukan sekadar untuk melengkapkan giliran negeri-negeri tetapi disebabkan negeri tersebut merupakan kubu kuat Umno.

"Kalau roboh kubu kuat (Umno), maknanya (peluang) di negeri-negeri lain akan jadi lebih cerah." jelas Saifuddin ketika sidang media baru-baru ini.

Kelantan bubar Dun ikut Pusat


           Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bersama dengan kerajaan Pusat sekiranya pengumuman pembubaran parlimen dilakukan pada masa terdekat.
           Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah tidak berbaloi sekiranya pilihan raya diadakan berasingan antara parlimen dan Dun.

“Kalau kita buat berasingan segala ‘iblis syaitan’ sana akan tertumpu pada satu kawasan.

“Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti,” katanya.

Pakatan desak tarik balik Akta Perhimpunan Aman

Penekanan terhadap rakyat menerusi akta itu,  jelas terserlah apabila pihak polis diberikan kuasa lebih besar dan mutlak, walaupun Seksyen 27 Akta Polis dimansuhkan.


                Pakatan Rakyat hari ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan BN menarik balik Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
                Ketetapan itu dibuat memandangkan akta tersebut jelas menekan rakyat, malah lebih zalim berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang akan dimansuhkan itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, sehubungan itu, Pakatan Rakyat akan mengadakan bantahan keras terhadap akta tersebut di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) esok pada jam 1.30 tengah hari.

Wednesday, November 23, 2011

Popularity Najib palsu semuanya.


             Bukankah ganjil bahawa kaji selidik selepas kaji selidik yang dikeluarkan pada minggu lalu menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak - dengan bibir merah jambunya yang hanya berjaya memenangi separuh pengundi di Pekan - terus kekal popular.

Adalah sukar untuk menerima hasil daripada kaji selidik itu yang dilakukan atas dasar meraih wang sahaja memandangkan Najib sendiri ragu-ragu untuk mendapatkan mandat sendiri daripada rakyat. Sebaliknya, dia hanya menggunakan mandat yang diperolehi oleh Abdullah Badawi. Ini merupakan sesuatu yang penuh kontradiksi.

Akta Perhimpunan Aman percepat ajal Umno BN


             Lajnah Undang-Undang Guaman dan PAS Pusat memandang serius tindakan Kerajaan Barisan Nasional membentangkan rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menggantikan Akta Polis 1967.
              AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, setelah meneliti beberapa peruntukkan di dalam rang undang-undang tersebut, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami ia adalah akta yang bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini.

Menurutnya, menamakan rang undang-undang itu dengan Akta Perhimpunan Aman dalam keadaan akta tersebut hakikatnya melarang sama sekali sebarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan Kerajaan BN Umno dan Datuk Seri Najib ke atas rakyat.

Sekat perhimpunan aman, Najib gagal tunai janji- Azmin

Kerajaan tidak perlu membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di dewan rakyat . Dalam perlembagaan sudah jelas, rakyat diberikan jaminan hal untuk berhimpun dengan aman. Kerajaan tiada keperluan untuk menggubal satu akta lain untuk mengekang kebebasan rakyat.

            Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi gagal menunaikan janjinya untuk melakukan pembaharuan termasuk memberikan kebebasan terhadap hak berhimpun.
           Beliau berkata demikian mengulas langkah kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di dewan rakyat hari ini.

“Kita mempunyai PM yang mengamalkan dasar flip flop dan tidak tuntas, tidak menunaikan janji-janjinya dan ini sudah lama dirasai oleh rakyat,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Menurut Azmin, Najib pada 16 September lalu turut berjanji bahawa beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan, namun menggantikannya dengan akta lain yang mengekalkan penahanan tanpa bicara.

Tuesday, November 22, 2011

Video Fitnah: Umno peralat polis untuk penjarakan Anwar- Surendran.

  
          Pimpinan Umno-BN memperalatkan polis dalam cubaan untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tegas Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
           Menurutnya, ia berikutan siasatan terhadap ketua pembangkang itu dalam kes video fitnah yang dihadapinya, ketika pilihan raya umum kian hampir.

“Satu siasatan jenayah baru telah dilakukan terhadapnya berdasarkan satu laporan yang dibuat oleh satu DSP Shanmugamoorthy yang telah menyiasat aduan Anwar berhubung ugutan, peras ugut dan fitnah jenayah oleh trio ‘Datuk T’.

“Maka, daripada menjadi seorang pengadu, pihak berkuasa telah menjadikan Anwar sebagai orang tertuduh,” kata Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

ISA: Jawapan Hisham hanya ‘lepas diri’

Mansuhkan ISA hanya janji kosong yang tidak menjadi kenyataan sekadar gimik politik
               Dewan Pemuda PAS (DPP) Malaysia membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menggambarkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

“DPP Malaysia menganggap kenyataan Datuk Seri Hishamuddin sebagai jawapan ‘melepas diri’ dari serangan rakyat pelbagai pihak yang meminta penjelasan beliau,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).

Katanya, DPP Malaysia berpandangan, jawapan Datuk Seri Hishammuddin tidak konkrit bagi menjustifikasikan kumpulan 13 ditahan di bawah ISA.

Air Kelantan: Tuduhan rambang, berniat jahat.

“Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu ‘Kristian Agama Rasmi Negara’

                Laporan Mingguan Malaysia semalam bahawa kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E.coli adalah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.
                Demikian ditegaskan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan, hari ini.

“Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk ‘Air Kelantan Terkotor?’,” ujarnya di dalam kenyataan yang terkandung di Facebook beliau.

Monday, November 21, 2011

TPM dgn angkuhnya beritahu rakyat utk fikir apa mereka mahu tentang NFC.


                Seorang demi seorang pemimpin Umno keluar untuk mempertahankan Ketua Wanita Shahrizat Jalil, dengan ramainya setakat mencemarkan kredibiliti dan reputasi mereka sendiri. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin – yang juga Timbalan Presiden Umno - mengatasi mereka semua.

Beliau tidak sama sekali peduli mengenai apa rakyat Malaysia fikirkan tentang penyalahgunaan wang RM250 juta oleh NFC melibatkan projek pengeluaran daging lembu negara dan tuduhan bahawa ia telah dengan cara rasuah diberikan kepada keluarga Shahrizat

Serah bantuan RM100 di pejabat Umno?


                Dakwaan banyak pihak bahawa pemberian bantuan persekolahan RM100 dijadikan alat politik Umno BN menagih undi, nampaknya ada kebenarannya.
               Semalam, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua Wanita PKR mendedahkan wang bantuan RM100 kepada murid sekolah yang sepatunya diadakan di sekolah, diberikan di pejabat Umno.

Zuraida mendakwa sebuah sekolah rendah di Ampang membawa pelajarnya ke pejabat Umno bahagian untuk mendapatkan wang bantuan terbabit.

Malah bantuan tersebut diberikan oleh Ketua Umno bahagian Datuk Ismail Kijo di bangunan Umno Ampang di Jalan Bukit Belacan.

Noh jangan berpolitik dalam isu rakyat.

  
                Nampaknya pengumuman Kerajaan Negeri Selangor untuk mengadakan pilihan raya selepas bulan Jun pada tahun 2012 yakni setelah empat tahun memerintah, menggusarkan Umno BN.
                Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin (gambar) berkata, ramai yang melenting dan berbagai tuduhan pula dilemparkan.

Katanya, kerajaan negeri melihat tiada sebab pilihan raya awal diadakan kerana mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri sekarang hanya akan tamat selepas Mac 2013.

Sunday, November 20, 2011

Ibrahim Ali selar Nik Aziz tetapi berdiam diri tentang Shahrizat..

Katak panggil hujan sekadar bunyi guruh di langit tapi hujan tidak turun.. turun... 

                 Tuduhan terbaru Ketua Perkasa Ibrahim Ali bahawa penasihat PAS Nik Aziz Nik Mat takut kepada DAP hanya menunjukkan betapa terdesaknya beliau dalam mengalih perhatian orang ramai terhadap skandal NFC yang melibatkan pemimpin atasan Umno.

Ibrahim Ali tidak menyebut satu pun tentang orang Melayu yang setiap hari terpaksa berhadapan dengan harga makanan yang semakin meningkat dan sekarang jelas terbeban lagi oleh skandal lain yang telah pun terbongkar. Ini menunjukkan Ibrahim Ali tetap tunduk kepada golongan elit Umno, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

ISA: PAS harap polis hormati PM


                      PAS mengingatkan pihak keselamatan membebaskan segera semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah mengumumkan akta itu dimansuhkan.
                     AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ketika dihubungi Harakahdaily berkata, tindakan terbaru pihak polis yang menangkap 13 orang di bawah akta itu di Sabah adalah satu penghinaan kepada Najib dan juga seluruh rakyat yang dijanjikan pemansuhan akta itu.

"Kalau polis ada bukti, heret ke mahkamah, dakwa mereka, bukan guna ISA.

"Kuasa polis 'lebih besar' dari perdana menteri nampaknya. Ini satu penghinaan kepada pengumuman PM," katanya.

Saturday, November 19, 2011

RM250 juta boleh bantu 62,500 keluarga Umno

  
            Kes National Feedlot Corporation (NFC) satu lagi bukti kerajaan BN telah gagal menjadikan ‘Pertanian Satu Perniagaan’, jauh sekali untuk menjadikan ia sebagai food security.
            “Ini adalah lambang kebobrokan dasar BN selama ini dalam semua perkara daripada hilang enjin kapal terbang, kapal selam yang tidak boleh menyelam, RM32 juta wang PPRT lesap, stadium runtuh, perhentian bas Kuala Berang runtuh dan banyak lagi jikalau hendak disenaraikan,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, sememangnya kerajaan BN gagal menjaga keselamatan makanan untuk rakyat sehingga terpaksa bergantung kepada negara luar.

Tambahnya, pada 1990 negara mengimport makanan sebanyak RM4.6 bilion dan mendadak meningkat kepada RM26.7 bilion pada tahun 2010.

KEADILAN cadang debat isu Skandal NFC 12 Disember

Apakah Khairy sanggup menerima cabaran Rafizi ? Sedangkan isu itu membabitkan Shahrizat.
  
             Rafizi Ramli mencadangkan debat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhubung isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd, dibuat pada 12 Disember ini.
              Malah, Pengarah Strategi KEADILAN itu hari ini menghantar surat jemputan kepada Khairy Jamaluddin yang menyatakan cadangan tarikh berkenaan.

“Mengambil kira kekangan jadual kerja seperti yang saudara suarakan dalam media, saya mencadangkan supaya debat diadakan pada Isnin 12 Disember 2011,” kata Rafizi surat jemputan itu.

Friday, November 18, 2011

Mahathir tak layak bercakap pasal bersatu

Masa Dr. Mahathir berkuasa dulu, perpecahan orang Melayu bukan sekadar antara PAS dan UMNO. Melayu juga berpecah kepada Semangat 46, Berjasa yang ditaja oleh UMNO dan Hamim pimpinan Tan Sri Asri yang direstui oleh Dr. Mahathir.

          ISU orang Melayu tidak bersatu bukan suatu yang baru. Ia telah diperkata oleh UMNO sejak Tunku Abdul Rahman Putra masih ada.
            Masa itu Parti Semangat 46 sedang bertenaga. Tunku dan Tun Hussein Onn terkeluar dari UMNO (Baru). Para pemimpin UMNO (Baru) menjaja isu apa yang dikatakan perpecahan orang Melayu. Mereka kononnya amat bimbang. Sama seperti yang Dr. Mahathir masih bimbangkan hari ini.

Kalau sebelumnya dikatakan Melayu itu berpecah antara UMNO dan PAS saja, kita itu sudah dijadi tiga dengan adanya S46.

Menjawab Tunku yang naik pentas PAS masa itu, adanya orang Melayu dalam berbagai parti, bukan tanda perpecahan tetapi ia dibenarkan oleh demokrasi.

Pilihanraya Negeri Selepas Jun


                  Selangor hanya akan menyertai piliharaya Umum sekiranya dilakukan selepas bulan Jun tahun hadapan.
Menteri Besar Selangor berkata tempoh selepas Jun dianggap relevan dan sesuai selepas belanjawan negeri dapat dilaksana dan dinikmati oleh rakyat.
               "Kalau tidak apa guna kita buat belanjawan sekiranya belanjawan tersebut tidak dapat dinikmati oleh rakyat.

"Kalau dalam bulan Jun, Julai dan Ogos tahun depan kita akan sertai pilihan umum bersama pusat kalau tidak kita akan buat berasingan," kata beliau yang juga Adun Ijok.

Thursday, November 17, 2011

Angkat keris', 'hidup Melayu' perjuangan sempit


             Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perjuangan yang dibawa pihak tertentu dengan ‘mengangkat keris’ dan melaungkan ‘Melayu’ adalah perjuangan sempit.
            Bahkan, katanya perjuangan seperti itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas.

“Pada saat pihak lain ‘mengangkat keris’ dan melaungkan-laungkan ‘hidup bangsa’ dengan merendah-rendahkan martabat kaum lain, kami di Kelantan mengangkat ‘persamaan darah’ dan keturunan di tempat yang sepatutnya serta menafikan sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan dan diskriminasi kaum,” ujarnya.

Anwar: Penjenayah ratusan juta, ‘pencuri lembu’ tidak disiasat

  
             Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan polis terhadapnya berhubung isu video fitnah adalah usaha khianat dan jahat untuk menghalang tugasnya sebagai Ketua Pembangkang.
               Menurutnya, Umno-Barisan Nasional terus memperalatkan pihak polis untuk menekan beliau, sedangkan tiada siasatan terhadap rasuah ratusan juta ringgit, termasuk skandal terbaru membabitkan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

“Jadi Polis ini kerja dia dah jadi perkakas politik orang atasan. Tugas saya ke Parlimen, tapi dihalang. Penjenayah, pencuri lembu dan ratusan juta (wang rakyat) yang hilang tiada siasatan,” kata Anwar.

Kalau Shahrizat letak jawatan, Muhyiddin pun sama


              Jawapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada desakan supaya Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan mengundang rasa kasihan Mohamad Sabu.
             "Kasihan sungguh pada Muhyiddin apabila membaca jawapannya itu. Nampak tak berdaya sungguh beliau hendak memikirkan jawapan yang meyakinkan kepada tuntutan supaya Shahrizat meletak jawatan.

"Maklumlah, Muhyiddin tentu tahu beliau juga perlu meletak jawatan kerana beliau adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika projek lembu itu diserahkan kepada keluarga Shahrizat," kata Timbalan Presiden PAS itu.

Mohamad percaya, Muhyiddin juga tentu tahu bahawa Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin tidak akan berani menuntut Shahrizat meletak jawatan tanpa restu secara diam-diam orang atasan.

Lagi pemimpin, menteri Umno dikaitkan dengan skandal NFC


                 KEADILAN mendedahkan lebih banyak penyelewengan dalam Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
                 Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, berdasarkan rekod kewangan NFC, KEADILAN mengenalpasti beberapa lagi penyelewengan yang turut membabitkan menteri dan pemimpin kanan Umno.
Menurut Saifuddin, NFC menyumbangkan lembu kepada menteri kerja raya, Datuk Shaziman Abu Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 dan seorang wakil rakyat Umno dikenali YB Yunus pada 30 November 2009 bernilai RM2,640.93.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...