Beliau yang berucap sewaktu perasmian bilik gerakan utama pilihanraya Parlimen Ampang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa hari ini memberitahu selain perpaduan kaum setiap jentera perlu bekerja keras bagi memastikan setiap undi di perolehi dari setiap penduduk.
"Kalau kita ingin memastikan kemenangan pada PRU13 nanti perkara utama adalah kekalkan perpaduan kaum dan adakah kita sudah pasti perpaduan kaum ini telah kita patuhi sepenuhnya.
"Ingat Malaysia milik semua dan jangan hanya kita pentingkan diri sendiri, kita jangan ikut apa yang Umno lakukan kerana mereka hanya memperjuang satu kaum sahaja malah tidak menghiraukan kaum lain," jelasnya.
Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh meminta setiap jentera perlu kerja dengan lebih kuat lagi bagi memastikan setiap undi diperolehi dari mereka yang berdaftar.
"Selain perpaduan kaum perlu dipertingkatkan dalam masa yang sama kita kena kerja lebih kuat dalam memastikan undi menjadi milik kita.
"Kita tahu apa yang telah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) lakukan yang mana terdapat peningkatan nama-nama baru di dalam daftar pemilih mereka, melihat dari apa yang berlaku kita akan rasa sukar untuk kita perolehi kemenangan tetapi kalau kita bekerja kuat itu bukan satu yang mustahil.
"Peringkat atas setiap pemimpin akan bekerja tetapi saya harap peringkat jentera perlu pastikan kerja kita juga melebihi apa yang kita buat sebelum ini," sambungnya lagi.
Dalam pada itu beliau juga telah mengumumkan kemasukan bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Brid. Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab ke dalam PKR bagi memastikan kekuatan jentera parti pada pilihanraya nanti.-Hrkhdly
No comments:
Post a Comment