Saturday, November 26, 2011

Parti serpihan Umno gugat demokrasi tersungkur..

Jika kepercayaan kita bahawa hanya Umno yang boleh membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat sebenarnya telah dimitoskan lebih daripada separuh abad. Umno hanya sebuah parti dongeng yang tidak demokratik penuh dengan perasuah

           Malaysia kini menuju ke arah pembentukan sistem dua parti yang mana melalui sistem itu rakyat akan mengalami anjakan paradigma dalam membuat penilaian politik dengan lebih rasional dan berasaskan maklumat.

Justeru itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, sebarang usaha dari parti serpihan termasuk yang ditaja Umno untuk menggugat demokrasi pastinya akan tersungkur dan ditolak oleh rakyat.


“Rakyat mesti menolak mereka kerana mereka bersekongkol dengan musuh demokrasi. Mereka ini tidak lebih dari kembiri politik,” tegasnya ketika merasmikan Kongres Tahunan AMK dan Wanita PKR di Pulai, pagi tadi.

Tambahnya, tsunami politik yang berlaku mencerminkan keazaman dan iltizam politik rakyat melakukan perubahan.

Menurutnya, rakyat yang idealis daripada pelbagai kaum dan susun lapis hidup telah bangkit menolak diktator, perasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah bermaharajalela lebih 50 tahun.

Katanya lagi, kebobrokan politik Umno sudah tidak dapat dibendung lagi, kerakusan mereka mengagihkan kekayaan rakyat kepada keluarga dan kroni memperlihatkan sikap zalim, tamak haloba, angkuh dan tidak bertanggungjawab mereka kepada rakyat yang dipimpin.

“Sekali lagi kita bersyukur kerana muafakat politik yang dibentuk melalui Pakatan Rakyat telah menjadi alternatif kepada pilihan rakyat untuk melaksanakan perubahan,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Gombak.

Tegasnya,  kepercayaan bahawa hanya Umno yang boleh membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat sebenarnya telah dimitoskan lebih daripada separuh abad.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...