Friday, November 11, 2011

Siasat Anwar, PKR dakwa BN cuba alih isu lembu


 ..... dan dibiarkan 250 juta skandal projek Fidlot lembu yang mengaitkan ahli kelurga seorang menteri BN.
           PKR hari ini mendakwa siasatan terbaru terhadap Ketua Umum Parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu video seks adalah cubaan kerajaan mengalikan isu.

            Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR R.Sivarasa Rasiah berkata, kerajaan sebanarnya sedang cuba mengalihkan tumpuan rakyat dari berbicara tentang isu pembaziran seperti didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara dan terbaru skandal projek Fidlot lembu yang mengaitkan ahli kelurga seorang menteri BN.

"Kita melihat Umno cuba mengalihkan isu yang telah mengaitkan barisan kepimpinan mereka berhubung dengan soal rasuah dan terbaru berkenaan dengan isu lembu dengan dakwaan terbaru polis yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang.

"Ini adalahan satu konpirasi terancang Umno dalam usaha mematikan karier Anwar selain mengalihkan isu terbesar mereka dalam skandal rasuah serta penyelewengan duit rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Tropicana hari ini.


Beliau berkata demikian ekoran siasatan yang dijalankan polis ke atas Anwar mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah berhubung kesalahan membuat laporan palsu.

Ahli parlimen Subang itu berkata Anwar telah diminta untuk memberi kenyataan kepada polis pada minggu ini.

Namun, PKR telah meminta supaya siasatan itu dijalankan pada Rabu di balai polis Kepong, katanya lagi.

Laporan yang dibuat Anwar pada Mac lalu adalah berhubung tindakan trio "Datuk T" yang menayangkan satu rakaman video seks kepada petugas media dan individu berkepentingan di satu hotel mewah.

Tiga individu berkenaan – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim – didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tiga bulan kemudian atas kesalahan menayangkan video seks lelaki mirip Anwar itu.

"Laporan tersebut dibuat oleh DSP Shanmuga Moorthy dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung dengan satu laporan polis yang dibuat oleh Anwar sebelum ini mengenai penglibatan Datuk K dengan video lucah sebelum ini.

"Untuk makluman, DSP Shanmuga adalah individu yang telah mengambil laporan Anwar sewaktu beliau membuat laporan polis berhubung isu video lucah di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sebelum ini dan sekarang kita lihat pegawai polis yang sama pula membuat laporan kepada Anwar," katanya-hRKHDLY.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...