Itu antara isi kandungan khutbah yang dipapar dalam laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertajuk Haji Mabrur Tanda Pengabdian Suci bertarikh 14 Disember 2007 bersamaan 4 Zulhijjah 1428 Hijrah.
“Di antara punca utama mereka tidak mendapat haji mabrur ini ialah kerana masih melakukan maksiat, mengamalkan rasuah, salahguna kuasa, tidak amanah, tidak mempunyai integriti dan sebagainya,” isi khutbah itu dipetik.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata, terdapat kalangan pimpinan negara yang menunaikan haji di Mekah tetapi berterusan melakukan kezaliman dan penindasan kepada rakyat, termasuk rasuah.
“Tidak semestinya pergi haji terhapus semua dosa. Sebab itu dalam Islam kena ikhlas, ada konsep haji mabrur.
“Jangan zalimi rakyat, tangkap orang, fitnah orang, ukur kemaluan orang. Ini tidak- pergi balik haji sama saja. Sebelum pergi haji rasuah, balik haji pun rasuah.
“Ambil rasuah tapi pergi haji, siap derma lagi,” katanya tanpa merujuk kepada mana-mana individu tertentu.
Anwar mengimbas kisah pemimpin Afrika Malocm X, yang tertarik dengan Islam kerana persamaan darjat yang dianjurkan agama suci itu termasuk dalam ibadat haji.
“Malcom X kagum kerana di Mekah, semua baik orang kaya, yang berpangkat mahupun miskin sama-sama beribadat tanpa sebarang perbezaan darjat,” ujar Anwar.
Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, umum mengetahui perdana menteri, di kelilingi pengawal keselamatan ketika di Mekah, selain menguar-uarkan pemergiannya ke tanah suci melalui media arus perdana.
Bagaimanapun, perbuatan Najib menamatkan ibadat tersebut pada hari Ahad, 6 November bersamaan 9 Zulhijjah 1432H dikesali banyak pihak.
Semalam, bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Shamsul Firdaus Al Hafiz berkata, perbuatan itu memperlihatkan ibadat itu pincang dan jauh sekali dari mendapat taraf haji Mabrur.
Ini kerana katanya, ibadat haji paling awal hanya boleh dihabiskan pada 12 Zulhijjah 1432H bersamaan hari Selasa pada 8 November 2011.-K/Daily
No comments:
Post a Comment