Thursday, November 17, 2011

Anwar: Penjenayah ratusan juta, ‘pencuri lembu’ tidak disiasat

  
             Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan polis terhadapnya berhubung isu video fitnah adalah usaha khianat dan jahat untuk menghalang tugasnya sebagai Ketua Pembangkang.
               Menurutnya, Umno-Barisan Nasional terus memperalatkan pihak polis untuk menekan beliau, sedangkan tiada siasatan terhadap rasuah ratusan juta ringgit, termasuk skandal terbaru membabitkan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

“Jadi Polis ini kerja dia dah jadi perkakas politik orang atasan. Tugas saya ke Parlimen, tapi dihalang. Penjenayah, pencuri lembu dan ratusan juta (wang rakyat) yang hilang tiada siasatan,” kata Anwar.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong petang tadi atas dakwaan membuat laporan palsu dalam kes video fitnah yang dikaitkan dengannya.

“Ini cara kotor dan jahat Umno nak aibkan saya sekali lagi. Jenayah (rasuah) dan rompak ditutup. Jadi dimainkan kes seperti ini (untuk mengalih perhatian rakyat),” katanya.

Beliau diajukan sekitar 20 soalan dan keterangannya dirakam selama kira-kira satu jam oleh pegawai penyiasat ASP Teh Boon Ang dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Siasatan tersebut berhubung laporan polis yang dibuat Anwar pada 22 Mac 2011 di Balai Polis Dang Wangi berhubung video fitnah yang ditayangkan oleh trio Datuk T.

Pada 8 September lalu, pegawai penyiasat kes ‘Datuk T’, DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan polis mendakwa laporan yang dibuat Anwar adalah palsu yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah.

Sementara itu peguam Sivarasa Rasiah memaklumkan, kertas siasatan terdahulu yang dirujuk kepada Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dikembalikan kepada polis dengan arahan untuk merakam semula keterangan pengadu.

“Gani Patail sebelum ini terlibat dalam kes penipuan bahan bukti pada 1998 oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

“Anwar pula seolah-olah seperti pesalah. Ini menunjukkan campur tangan politik dan di sini nampak tangan Peguam Negara,” katanya.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...