Thursday, November 3, 2011

LGE rasis?

Sejak dahulu hingga sekarang, fitnah terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu  “rasis” ?. Apakah benar beliau bersifat begitu ?

                Satu lagi demonstrasi haram anti-Pakatan Rakyat berjaya diadakan di Pulau Pinang tanpa sebarang tembakan gas pemedih mata atau pancutan air kimia oleh pihak polis
                Demonstrasi kali ini yang dibuat oleh sekumpulan Mat Rempit bersama motosikal mereka yang dipercayai didalangi oleh kumpulan-kumpulan tertentu telah membawa satu pakej mesej yang agak ganjil: Selamatkan Mat Rempit”, “Selamatkan Pulau Pinang” dan “LGE Rasis”.

LGE di sini membawa maksud Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang telah menjadi mangsa fitnah sejak mengambil alih kepimpinan negeri selepas pilihan raya umum 2008. Malah anak sekolahnya juga telah difitnahkan oleh blogger pro-UMNO dan beberapa pemimpin UMNO baru-baru ini.

Sejak dahulu hingga sekarang, fitnah terhadap Setiausaha Agung DAP itu hanya bertumpu kepada satu perkara sahaja, iaitu “rasis” atau perkauman.


Para pemimpin UMNO telah menuduh Guan Eng itu sebagai rasis kerana didakwa tidak membantu Melayu, MCA telah menuduh beliau rasis kerana menolong Melayu sahaja dan setakat ini tidak dipastikan apa tuduhan MIC terhadap Ahli Parlimen Bagan itu.

Benarkah Guan Eng rasis?

Adakah Guan Eng rasis kerana melaksanakan program bantuan pendidikan kepada sekolah-sekolah terutamanya sekolah-sekolah bantuan modal yang meliputi Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Mubaligh dengan peruntukan RM12 juta setahun?

Bolehkah beliau dituduh rasis kerana mahu memberi RM100 seorang kepada pelajar sekolah Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4 setiap tahun untuk membantu ibu bapa mengurangkan beban membeli pakaian dan peralatan sekolah?

Rasiskah beliau kerana menubuhkan Pusat Kerjaya dan Latihan Negeri Pulau Pinang atau Penang CAT (Career Asístanse and Training) Centre di mana setakat ini 4,083 orang telah berdaftar, dan di dalam tempoh yang sama juga, 5,218 kekosongan jawatan telah didaftarkan? Malah, 3,427 pendaftar yang berkelayakan telah dipadan rujukkan dengan majikan-majikan yang menawarkan jawatan-jawatan kosong.

Layakkah dituduh Guan Eng rasis kerana telah berjaya membolehkan Pulau Pinang mencapai status miskin tegar sifar pada 30 Mac 2009 dengan memastikan setiap keluarga mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan?

Rasis sangatkah beliau jika mahu meneruskan usaha itu dengan menaikkan bantuan bulanan itu kepada RM600 sebulan mulai tahun depan, walau pun ia akan memakan belanja kerajaan negeri RM4 juta setahun?

Rasis kerana membantu rakyat pelbagai kaum?

Apakah rasional tuduhan rasis terhadap Guan Eng apabila beliau mahu meringankan beban keluarga dalam membiayai pembelajaran anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA dengan meningkatkan kadar pemberian kewangan daripada RM500 kepada RM1,000 kepada pelajar-pelajar yang layak?

Benarkah Ketua Menteri Pulau Pinang itu rasis kerana memperuntukkan RM64 juta untuk hal-ehwal agama Islam negeri bagi tahun depan, kepada Jabatan Agama, Jabatan Mufti dan Jabatan Kehakiman Syariah, dan termasuk bagi membayar elaun pegawai masjid dan guru kelas KAFA, pemberian para Huffaz, sumbangan Ehya’ Ramadhan dan program-program sambutan kebesaran Islam?

Apakah seorang pemimpin yang dikatakan rasis itu akan memastikan kerajaan negeri pimpinannya menggantikan lif, paip air atau pun kabel dan lampu elektrik di rumah-rumah yang memerlukannya meski pun tunggakan sewa dan kos pengurusan masih tidak dibayar?

Inilah komitmen RM10 juta setahun untuk rumah pangsa mampu milik yang dibina oleh Kerajaan Negeri yang tidak pernah ditunjukkan oleh kerajaan lama sebelum ini.

Apakah seorang pemimpin rasis akan berusaha membina projek perumahan rakyat di Taman Free School, Batu Lancang, Taman Tun Sardon, Kampung Melayu, Telok Bahang, Padang Tembak, Mak Mandin, Desa Wawasan dan Jawi yang member faedah kepada rakyat semua kaum dengan pelbagai anutan dan agama?

Jadi, benarkah Guan Eng rasis kerana komited untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada rakyat Pulau Pinang, termasuk membina rumah bernilai di antara RM72,500 dan RM220,000 di atas tanah seluas 200 ekar di Batu Kawan; dan apabila siap lebih 15,000 unit rumah, ia akan membolehkan hampir semua orang yang bekerja memiliki rumah sendiri?

Malah, kerajaan negeri telah menambah peruntukan untuk pembangunan wanita hampir tiga kali ganda iaitu daripada RM800,000 pada tahun ini kepada RM2.3 juta untuk 2012 bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program untuk wanita dan kaum ibu.


Rasis kerana membangunkan negeri dan menyediakan kemudahan asas?

Adakah Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP benar-benar rasis kerana membangunkan Taman Perindustrian Halal Pulau Pinang (TPHPP) yang telah menerima 6 pelaburan daripada 5 buah syarikat tempatan dengan nilai pelaburan berjumlah RM345 juta merangkumi 31.09 ekar tanah?

Atau kerana Penang International Halal Hub Sdn Bhd (PIHH) yang ditubuhkan pada 2008 akan membangunkan Taman Agro Halal Pulau Pinang pertama di Juru, bagi membangunkan jenama daging halal berkualiti tinggi?

Atau mungkin Guan Eng rasis kerana telah menyiapkan pembinaan Jalan Bagan 29/Jalan Siram di Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan projek pembinaan Jalan Bunga Tanjung, Mak Mandin, yang masing-masing melibatkan kos RM5.04 juta dan RM3.9 juta?

Apakah benar beliau rasis kerana meneruskan projek menaik taraf dan melebarkan Jalan Song Ban Kheng dengan kos RM30 juta serta menyelesaikan masalah ‘bottleneck‘ trafik yang menghantui pemandu kenderaan selama 20 tahun dengan melebarkan lebuh raya di jejantas Kampung Batu Uban, Jalan Tun Dr. Lim Chong Eu daripada 2 lorong kepada 3 lorong?

Mungkin Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh patut digelar rasis kerana mahu melaksanakan 4 projek infrastruktur jalan raya secara penswastaan yang mungkin melibatkan kos RM8 bilion secara tender terbuka bagi:

* Projek Link Ketiga Pulau Pinang yang merupakan pembinaan terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam;

* Projek pembinaan terowong dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Bandar Air Itam;

* Projek Jalan Lingkaran Dalaman George Town yang melibatkan pembinaan jalan bertingkat dan terowong bermula dari Persiaran Gurney melalui Jalan Pangkor, Jalan Kelawai, Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Perak dan Jalan Sungai Pinang hingga ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu; dan

* Projek Jalan Berkembar Tanjung Bungah – Teluk Bahang?

Mungkinkah Guan Eng rasis kerana usaha kerajaan negeri pimpinannya mahu melanjutkan perkhidmatan bas percuma dengan kos perbelanjaan hampir RM2 juta dari Seberang Jaya ke FIZ Bayan Lepas melalui Bridge Express Shuttle Transit (BEST) sehingga 29 Febuari tahun depan?

Atau sikap ‘rasis’ yang patut dikecam kerana beliau sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan dari pengurusan Jaya Jusco Bukit Mertajam sebagai terminal park & ride kedua di Bandar Baru Perda?

Siapa yang sebenarnya rasis?

Rasiskah Guan Eng jika mahu meningkatkan usaha bersama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam melaksanakan 115 projek bekalan elektrik dengan kos RM274 juta sepanjang tahun 2011 dan 2012?

Rasis jugakah beliau yang mahu menjamin bekalan air bersih yang mencukupi dengan menandatangani surat perjanjian penghijrahan asset PBA Holdings dengan Kerajaan Persekutuan menerusi Pengurusan Aset Air Berhad?

Atau rasiskah sikap seorang pemimpin yang mahu meneruskan projek pembesaran Empangan Mengkuang di Daerah Seberang Perai Tengah dengan kos RM1.2 bilion melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan yang akan dapat menjamin bekalan air bersih kepada semua rakyat?

Hanya manusia yang merasakan dirinya sebagai tuan dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum akan melihat usaha-usaha murni yang memberi faedah kepada semua kaum secara adil dan saksama, sebagai sesuatu yang rasis. – Roketkini.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...