Mengikut laporan Ketua Audit Negara 2010 terhadap projek di bawah Perbadanan Feedlot Nasional (NFC) yang disifatkan kacau-bilau dan pendedahan penyalahgunaan pinjaman untuk NFC untuk membeli sebuah kondominium mewah di Bangsar
Naib Presiden PAS itu membangkitkan persoalan penuh sindiran tersebut ketika mengecam tindakan pemimpin-pemimpin politik yang berulang kali didedahkan menyalahgunakan projek untuk kepentingan diri.
"Sebelum ini, banyak projek untuk kepentingan negara yang dijadikan lombong emas para pemimpin yang merompak harta negara, dari skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) sehinggalah kepada RM40 juta wang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dilesapkan.
"Jika selepas ini Umno BN menang dalam pilihan raya akan datang, parti itu akan menggasak GST dari rakyat di samping pelbagai subsidi akan mereka ragut dari rakyat.
"Maka 'lembu' mana pula akan bersedap-sedap di kondominium mewah?" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz melihat teguran dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 terhadap projek di bawah Perbadanan Feedlot Nasional (NFC) yang disifatkan kacau-bilau dan pendedahan penyalahgunaan pinjaman untuk NFC untuk membeli sebuah kondominium mewah di Bangsar hakikatnya sebagai perulangan berkali-kali sejarah-sejarah lampau yang sama di bawah Umno BN.
"Pemimpin-pemimpin politik dan kroni-kroni mereka menggasak pelbagai projek dan peluang.
"Bila rugi, mereka bukan sahaja tidak perlu menanggung apa-apa kerugian malah ada bailout pula dan syarikat atau projek yang dirugikan itu boleh dijual kepada kerajaan pula dengan harga mewah seperti yang berlaku ketika saham MAS dijual kembali kepada kerajaan," katanya.Mahfuz juga menyelar sikap para pemimpin Umno yang berhempas pulas mempertahankan projek NFC yang disifatkan oleh Ketua Audit Negara sebagai kacau bilau itu.
Jawapan Menteri Pertanian, Perdana Menteri dan semua pemimpin Umno bukan sahaja tidak memadamkan keraguan malah menambahkan keraguan, katanya.
"Bagaimanpun, saya mengucapkan syabas kepada Menteri Pertanian.
"Maklumlah, zaman dah berubah. Waktu Tan Sri Sanusi Joned jadi Menteri Pertanian, tanam padi atas bumbung. Bila Datuk Seri Noh Omar jadi Menteri Pertanian, bela lembu dalam kondominium!" sindir beliau lagi.-Hrkhdly
No comments:
Post a Comment