Tuesday, January 31, 2012

Iktiraf 2 aktiviti Cina untuk tutup skandal BN

Tanpa Pakatan Rakyat, tidak mungkin Kerajaan BN akan mengiktiraf dua aktiviti baru budaya Cina itu dan memberikan kebenaran membakar mercun dan bunga api kerana ia ternyata dibuat kerana terdesak

 

              Kerajaan BN telah mengambil jalan pintas dengan mengiktiraf dua aktiviti baru budaya kaum Cina bagi melupakan rakyat terhadap skandal-skandal besar yang berlaku dalam negara.
               Dua aktiviti budaya baru yang diiktiraf itu melibatkan perarakan bendera besar dari Pulau Pinang dan perarakan satu tokong Cina terbesar di Johor sekitar 6 Februari ini.

Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Vincent Lee berkata, pengiktirafan tersebut dibuat sempena sambutan tahun baru Cina Sabtu lalu di Setiawan Perak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ternyata bermotifkan politik.

Angpow Putih: Pelbagai pihak Tuntut Perkasa Mohon Maaf

PERKASA kena getah bila agih sampul putih kepada warga Cina.
              Bila terbaca berita mengenai majlis Tahun Baru Cina NGO PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, ternyata NGO yang baru nak tunjuk baik kepada orang Cina sudah terkena getahnya.
              Apakan tidak bila PERKASA dilihat tidak berhati-hati bila mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama di laman maya.

Apa saja alasan berjela-jela boleh diberikan oleh PERKASA namun jelas mereka tidak berhati-hati dan telah gagal menghormati budaya orang lain.

Rasiskah DAP kerana membela rakyat, mendedah penyelewengan UMNO-BN?

    
              “Saya bangga walau pun terpaksa dipenjarakan dalam perjuangan menentang ketidakadilan terhadap sebuah keluarga miskin Melayu di Melaka.
                “Adakah mana-mana pemimpin BN pernah ke penjara kerana memperjuangkan hak Melayu atau bukan Melayu? Kalau ada pun pemimpin BN yang dipenjarakan, ia adalah kerana penyelewengan dan rasuah dan bukan kerana memperjuangkan rakyat.”

Demikian kata-kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menjawab fitnah dan tohmahan lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, apabila mendakwa kononnya DAP adalah parti paling rasis di dunia.

“Ini menunjukkan betapa kecewanya mereka kerana makin ramai Melayu sudah tidak percaya dalam UMNO dan Utusan sehingga mereka menyertai DAP.

Monday, January 30, 2012

Idris Ahmad: Dr Mahathir Paling Takut Bila Pakatan Berkuasa.

Mahathir bimbang jika Pakatan Rakyat berkuasa tentang nasib dan suku sakat serta kroni-kroni beliau berhubung pelbagai salah guna kuasa termasuk rasuah yang dilakukan ketika beliau menjadi Perdana Menteri

                Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin Umno paling takut sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Pautrajaya.
                 Katanya, kenyataan-kenyataan Dr Mahathir kebanyakkannya untuk memperleceh kerajaan PR bahawa prestasi Pakatan Rakyat mendukacitakan dan gagal mentadbir negeri-negeri dikuasainya.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan betapa pakatan itu berwibawa dan layak diangkat sebagai kerajaan berdasarkan prestasi membanggakan dipamerkan setakat ini.

"Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah di istiharkan sebagai empat negeri yang menerima pelaburan luar paling tinggi di negara ini sedangkan negeri-negeri yang di tadbir Umno-BN tercorot kerana tiada keyakinan pelabur luar," ujar beliau

Debat dituntut dalam Islam tapi Najib elak untuk sorok ‘sesuatu’

Keengganan Najib berdebat adalah manifestasi dari lesunya daya fikir dan intelek kepimpinan Umno dalam politik semasa yang mengamal budaya telus dan terbuka.

                Budaya debat antara pemimpin selaras dengan tuntutan al-Quran dan menjadi tradisi kepimpinan silam tamadun dunia, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
                Sambil memetik Surah An-Nahl: 125, beliau berkata budaya itu lumrah ilmuan dan kepimpinan silam kerana kebenaran akan lebih terserlah dan pandangan baru dapat dicerna demi kepentingan negara dan rakyat.

“Lebih penting, rakyat diberi peluang menilai secara empirikal dan adil akan ketrampilan dan keikhlasan kepimpinan yang diberi amanah mengurus negara pada masa depan.

“Inilah demokrasi sebenar yang dituntut oleh rakyat,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

PR perlu ambil Putrajaya elak negara bankrap

(Gambar: Mohamad melancarkan penubuhan Kerabat Peringkat Parlimen Bera.)
               Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu percaya keperluan utama untuk memerintah dan menguruskan negara ini ialah dengan amanah, bukannya dengan pengalaman semata-mata.
              Katanya, ini terbukti dengan negeri-negeri yang pertama kali diperintah Pakatan Rakyat (PR) iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang menunjukkan prestasi memberangsangkan seperti dipuji Ketua Audit Negara.

“Kita dapat lihat Selangor berjaya memberikan kebajikan kepada rakyatnya di samping perbelanjaan berhemat kerajaan negeri menghasilkan lebihan pendapatan.

“Di Pulau Pinang pula pelaburan tertinggi berjaya dibawa masuk sehingga lebih RM10 bilion dan walaupun diperintah Cina DAP peruntukan untuk aktiviti Islam melonjak sehingga RM63 juta.

Sunday, January 29, 2012

Najib beri isyarat Rela 'bertempur' dengan rakyat

   
                    Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang sukakan huru-hara apabila memberi isyarat akan menggunakan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk 'bertempur' dengan rakyat yang memprotes kerajaannya.
                    "Kalau di negara yang bertamadun, polis akan mengambil tindakan terhadapnya kerana kenyataannya yang berbau hasutan terhadap Rela supaya bertempur dengan rakyat, buli rakyat.

"Kenyataan Najib itu membuktikan beliau adalah seorang yang suka mencetuskan kekacauan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Malaysian Insider melaporkan, Najib semalam memberi amaran secara terbuka kepada rakyat yang hendak berdemonstrasi apabila menyatakan Rela sentiasa bersedia mempertahankan negara dari keadaan yang pada pandangannya huru-hara.

Dia cakap 40 minit, saya 20 minit sudah - Anwar


             "Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit."
               Itulah cadangan yang dikemukakan Datuk Sri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak dalam cadangan debat antara mereka.
               Namun sehingga kini Najib tidak memberikan sebarang kesanggupan untuk debat ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, ia tidak perlu diadakan kerana ia budaya barat yang belum boleh diterima masyarakat negara ini.

Sebelum ini, badan penyelidikan, Merdeka Centre mencadangkan agar kedua-dua mereka berdebat.

Saturday, January 28, 2012

Debat: Apa yang Najib takut?- Anwar


                Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak takut untuk menyahut cabaran debat yang beliau lontarkan.
                Berucap di hadapan kira-kira 5,000 hadirin di Stadium Mini Sabak Bernam malam tadi, Anwar mengulangi cabaran supaya Najib menerima pelawaan debat berkenaan, demi kepentingan rakyat.

“Dia (Najib) patut faham. Sekiranya ada dua pandangan berbeza, maka debat adalah cara terbaik untuk mengemukakan hujah,” tegas Anwar.

“Di mana-mana sahaja di dunia kini, di Turki, Amerika Syarikat, India dan Indonesia menganjurkan debat. Apa yang Najib takut?

PAS Selangor Dedah Punca Hasan Ali Lempar Tuduhan Liar


               PAS Selangor hari ini mendedahkan punca kemarahan Datuk Dr Hasan Ali terhadap parti Islam itu sehingga sanggup membuat tuduhan liar dan mempertikaikan dasar parti itu.
               Puncanya ialah kehilangan jawatan dan kedudukan di dalam PAS Selangor, dedah Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan yang membacakan kenyataan media semasa sidang akhbar di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini.

"Kemarahan beliau(Hasan) terhadap PAS semakin melonjak apabila diketahui beliau tidak dicalonkan oleh PAS Gombak untuk kerusi Gombak Setia dalam PRU-13 walaupun dijelaskan keputusan itu bukan muktamad.

Cuba takutkan Cina: DHPP bidas Soi Lek

PAS adalah satu-satunya parti di negara ini yang berlandaskan agama iaitu Islam, manakala pada asasnya pula setiap agama memperjuangkan keadilan dan ketelusan. Itulah yang menyebabkan orang-orang Cina turut menyokong PAS, lebih-lebih lagi dengan adanya DHPP yang menjadi jambatan antara PAS dan orang bukan Islam



             Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ternyata tidak berasas dan menyimpang jauh dengan realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat, terutama membabitkan kaum Cina di negara ini.
            Sebaliknya, sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) ternyata semakin merosot berbanding sokongan yang diberikan oleh mereka terhadap Pakatan Rakyat yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Vincent Lee (gambar) menegaskan, bagi PAS sendiri lebih-lebih lagi dengan adanya DHPP, sokongan kaum Cina terhadap PAS ternyata semakin kuat.

ABU milik rakyat

 
           Seminggu ini ABU atau Asalkan Bukan Umno telah menjadi perhatian. Bermula dengan insiden serangan bersifat perkauman terhadap Ceramah ABU di Dewan MBSA, Seksyen 30, Kg Jalan Kebun, Shah Alam sehinggalah kenyataan terbuka oleh S.Jayathas yang selepas itu diketahui bertindak atas arahan P. Utayakumar yang merupakan pimpinan Hindraf yang telah menubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Hak Asasi Manusia Malaysia.

Ditegaskan sejak awal ABU bukan sebuah organisasi atau jauh lagi sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan. ABU ialah mewakili sentimen rakyat yang kecewa dan sedar dengan hakikat banyak masalah negara ini berpunca dari sebuah parti yang dicipta oleh penjajah iaitu United Malay National organisation (Umno). Seingat kami sentimen ABU ini mula wujud sekitar tahun 1998 selepas pemecatan DSAI dan kemudian diporpularkan oleh Hishamuddin Rais melalui blog Tukar Tiubnya.

Friday, January 27, 2012

Pimpinan UMNO Hari Ini Hanya Bernafsu Untuk Berkuasa – Bekas Veteran Umno


                Negara kita ini adalah sebuah negara Persekutuan (federation) dan bukannya sebuah negara ‘unitary’. Putrajaya itu bukan pusat pentadbiran kerajaan pusat tetapi pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia.
                Persekutuan kita terbentuk pada 2hb Februari 1948 dalam mana kesebelasan negeri-negeri yang berada dalam Semenanjung menandatangani perjanjian untuk bersatu dan membentuk sebuah persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu (PTM).

Justru, kesemua negeri-negeri bersekutu dan tidak bersekutu serta dua buah negeri Straits Settlement Pulau Pinang dan Melaka membentuk sebuah persekutuan yang berpusat di Kuala Lumpur. Tidak perlu diulangi bagaimana persekutuan ini terbentuk kerana sudah terlalu banyak saya tulis sejak 3 tahun yang lepas.

Umno cipta helah untuk elak debat Anwar-Najib


                 Umno mengguna pelbagai helah untuk mengelak debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu membabitkan rakyat, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
                Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa debat merupakan ‘budaya barat’ yang masih belum diterima di negara ini.

“Ini satu lagu helah politik umno untuk elak debat dan kenyataan ini sungguh dangkal dalam keadaan kita menuju budaya politik baru,” kata Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Jika popular, kenapa Najib takut berdebat?


               Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya tidak perlu takut untuk menyambut cabaran debat yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, apatah lagi beliau dikatakan lebih popular berbanding Ketua Pembangkang itu.
              Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor berkata, dengan populariti Najib yang dikatakan sedang meningkat naik, maka cabaran debat tersebut adalah peluang terbaik untuk beliau mengutarakan visi dan misi beliau.

"Populariti Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan semakin baik dan mengalahkan populairiti Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dinyatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Thursday, January 26, 2012

Nama Najib baik tetapi tidak Umno dan BN


               Para pemimpin Umno kini mula mempertikaikan tindakan presiden mereka yang berlebihan mempromosikan dirinya sedang nama baik parti dan negara terus menjunam.
               Mereka mula menyedari hal ini sejak akhir-akhir ini apabila kajian yang dibuat menunjukkan rating Datuk Seri Najib Razak terus meningkat.

Tetapi dalam masa yang sama rating pemimpin kerajaan yang lain, Umno, Barisan Nasional bahkan kerajaan Malaysia sendiri terus merudum.

"Kalau macam ini berterusan, dalam pilihan raya nanti dia je lah yang menang, kami semua lingkup," kata seorang pemimpin Umno yang kini mula bosan dengan apa yang berlaku.

Pemimpin Umno berjuang untuk diri bukan bangsa

Pemimpin elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung di sebalik ketuanan Melayu kononnya mempertahankan 30 peratus pemilikan orang Melayu. Merekalah yang sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.

  
           Para pemimpin Umno diakui sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai kerana mereka sebenarnya tidak pernah bersungguh-sungguh berjuang untuk kepentingan bangsanya.
               Sebaliknya, mereka ternyata hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri, tetapi sengaja mengaburi mata orang ramai terutama di kampung-kampung kononnya berjuang untuk kepentingan bangsanya.

Untuk menutupi tindakan mereka itu, mereka sanggup menyalahkan bangsa-bangsa lain termasuk Cina dan India kononnya sebagai penghalang untuk mereka bertindak lebih jauh bagi kepentingan bangsa Melayu.

Wednesday, January 25, 2012

Perang saudara dalam Umno mungkin melebihi perjuangan untuk M'sia, kata Malott diplomat US

  
              Temuramah Bahagian ke-tiga: Perdana Menteri Najib Razak dan rakan beliau mungkin mempertahankan status quo politik di negara tetapi realitinya adalah sangat jelas walaupun untuk penganalisis politik daripada negara lain.
                Barisan Nasional, gabungan 14 parti yang memerintah sudah tidak relevan lagi kepada rakyat Malaysia biasa yang melihat ia mentadbir sebuah kerajaan yang tidak berkaliber, tidak layak dan tidak jujur. Bagi memburukkan lagi keadaan, perang saudara telah meletus dalam UMNO- parti nasionalis Melayu NAjib yang telah menerajui BN selama 54 tahun.

Jelas bahawa BN bukanlah lagi sebuah kuasa politik yang kuat. Ia kini hanya tentang Umno. MCA dan MIC telah diketepikan dan telah hilang kredibiliti di mata komuniti Cina dan India. Fokus sekarang hanya pada Umno,” ujar bekas diplomat AS ke Malaysia John Malott kepada Malaysia Chronicle.

Saifuddin : Tiada Sebab Pemimpin BN Takut Isytihar Harta

Isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme dan sogokan merupakan amalan yang telah lama di lakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN. Apakah kebimbangan dan ketakutan pemimpin-pemimpin Umno-BN untuk mengistiharkan harta mereka 
  
                Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mempersoalkan mengapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terlalu bimbang sekiranya aset menteri kabinet dan keluarga wajib diisytihar kepada umum.
                 Ia ekoran kenyataan Nazri yang mempertikai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyifatkan tindakan itu ‘mengundang bahaya'.

Saifuddin ketika dihubungi TV Selangor menyifatkan kenyataan Nazri itu adalah alasan paling lemah dan memberi gambaran bahawa beliau cuba menyembunyikan sesuatu selain mahu melindungi Menteri Kabinet yang menikmati kemewahan di luar kemampuan.

Tuesday, January 24, 2012

Samseng Umno Terbabit Serang Ceramah ABU-Hindraf


                 Kumpulan Aktivis ABU (Asal Bukan Umno) dan Hindraf hari ini tampil membuat laporan polis berhubung serangan ganas terhadap orang ramai pada satu ceramah di Jalan Kebun baru-baru ini.
                Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata serangan tersebut dipercayai didalangi oleh Umno selain mengesyaki terdapat anggota polis bersekongkol dalam serangan tersebut.

Badrul menambah, pihaknya akan menyerahkan salinan gambar, CD rakaman video insiden itu untuk disiasat pihak polis berhubung campur tangan dan kerja jahat penyokong Umno dalam kejadian tersebut.

Ibrahim Ali Tak Patut Persenda Keputusan Sultan Selangor

  Pemikiran 'politikus' tua Ibrahim Ali yang bercakap tanpa iman, penuh dendam dan nafsu serakah dengan menjadi tali barut UMNO hanya untuk mengekalkan political milleage beliau yang semakin hari semakin malap 

               Tindakan kurang bermoral Datuk Ibrahim Ali yang cuba mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikan exco kerajaan negeri baru-baru ini amat tidak wajar kerana mempersenda keputusan baginda Sultan Selangor.
               Sebaliknya tindakan tersebut membuktikan beliau adalah seorang ahli politik yang kehabisan modal, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Faekah dalam kenyataan medianya turut menyatakan Ibrahim Ali kini sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair.

Malah menurut Faekah, beliau juga hairan dengan percubaan Ibrahim Ali untuk melaga-lagakan PAS dengan Kerajaan Selangor sedangkan Ibrahim sebelum ini mempunyai sejarah tersendiri dengan PAS

Umno 'perasan' BR1M dari kocek mereka

Semua rakyat yang layak wajib ambil wang itu , kerana ini adalah wang rakyat bukan wang Umno. Jika pangkah ingatkan A.B.U- ( Asal Bukan Umno) 

                  PAS mengingatkan Umno BN agar tidak mendabik dada mendakwa wang RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang disalurkan ketika ini adalah wang dari kocek parti itu.
                Sebaliknya kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, wang tersebut adalah wang rakyat hasil dari pelbagai sumber yang dibayar kepada kerajaan.

"Umno jangan "perasan" Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 wang kocek Umno. Kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah ini adalah pemberian Umno BN.

Monday, January 23, 2012

Sekarang Hassan Ali merasakan Umno parti terbaik di dunia, tapi sampai bila?.


               Hassan Ali sangat marah buat masa ini dan sebetulnya dia marah. Dengan pilihanraya akan menjelang tidak lama lagi, beliau harusmencari jalan untuk kekal relevan dan diambil sebagai calon. 
                Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya kerana beliau baru sahaja dipecat daripada PAS dan reputasi beliau sekarang agak tercalar. Beliau dituduh menjadi sebagai ‘katak’ dan dimotivasikan oleh wang. Hassan sekarang sedang bekerja keras untuk mencari jalan untuk diambil sebagai calon parlimen supaya dia tidak perlu berpisah dengan faedah dan kelebihan yang disediakan untuk ahli parlimen.

Sudah tentunya PAS tidak mahu apa-apa lagi kaitan dengan beliau begitu juga PKR dan DAP. Jadi, Hassan terpaksalah meminta simpati kepada UMNO. UMNO pula

Anwar : Kerajaan Pusat Harus Adil Dalam Rayuan Kes Liwat



                 Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung tindakan Pejabat Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada tuduhan meliwat.
                 Malah Ketua Pembangkang itu mengulangi pendiriannya bahawa tindakan Pejabat Peguam Negara itu ada kaitan dengan campur tangan politik kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Nampak campurtangan politik itu berlebihan sangat," katanya kepada TVSelangor selepas menghadiri Pesta Ponggul 2012 di Bandar Bukit Tinggi di sini hari ini.

Nik Aziz sedia isytihar harta jika diwajibkan


             Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengisytiharkan harta jika undang-undang menetapkan demikan.
             Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, isu pengisytiharan harta baginya adalah benda kecil berbanding apa yang disebutnya 'pengisytiharan taqwa' kepada Allah SWT.

“Nak isytihar harta itu perkara yang kedua, yang penting sekali isytihar ketaqwaan diri, sejauhmana diri kita taqwa kepada Allah, di sini silapnya golongan sekular.

“Tapi saya tak ada harta, istihar apa yang ada sajalah ada tanah sekeping dua peninggalan orang tua dulu,”ujarnya sambil ketawa kecil.

Sunday, January 22, 2012

Fitnah II: AG guna hukum rimba untuk penjarakan semula Anwar

Rayuan ini adalah bukti lanjut bahawa janji-janji Najib membuat perubahan dan pembaharuan adalah tidak lebih daripada penipuan besar-besaran dan hipokrit ke atas rakyat negara ini

                Peguam negara mengguna hukum rimba apabila memfailkan rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
               Beliau merujuk kenyataan Tan Sri Abdul Gani Patail yang menyatakan kononnya rayuan tersebut difailkan berdasarkan kepada bukti keterangan dan undang-undang.

“Yang nyata rayuan ini bermotifkan politik, secara tidak sah dan dipengaruhi oleh keputusan pemerintah BN. Sekiranya pejabat peguam negara meneruskan rayuan berdasarkan keterangan dan undang-undang, tidak akan ada rayuan difailkan terhadap pembebasan ini.

Apa makna orang agama kalau wang zakat disalahguna?

Pemimpin seharusnya bersifat  amanah seperti yang dinyatakan dalam satu nasihat Nabi Muhammad kepada Abu Zar Radiallahu'anhu.
"Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya).



                     “Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?”
                       Itulah jawapan ringkas berbentuk soalan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) untuk membalas serangan bertubi-tubi media Umno terhadap PAS dalam isu exco agama kerajaan negeri Selangor.

Bagi beliau, serangan Umno menandakan pemikiran Umno masih berada di kotak lama kerana menganggap exco agama mesti diberikan kepada PAS, seolah-olah orang lain tidak layak; atau PAS hanya layak pegang exco agama; sedangkan portfolio lain tak layak.

Saturday, January 21, 2012

Umno gagal takutkan Melayu kepada DAP

Kalau Umno dan juga media mereka mengatakan DAP itu anti kepada orang Melayu ataupun bersikap perkauman adalah fitnah semata-mata.
Semalam, Hata Wahari yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia, menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP


            Dengan penyertaan beberapa orang Melayu termasuk orang kuat Umno ke dalam DAP sejak akhir-akhir membuktikan dakwaan Umno bahawa DAP anti Melayu selama ini meleset sama sekali.
            Malah kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar), cubaan Umno menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP itu ternyata gagal apabila terbaru bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menyertai DAP semalam.

Yang lebih menarik lagi, Hata Wahari adalah bekas wartawan Utusan Melayu, organisasi media milik Umno sendiri.

Perkembangan itu juga jelas Mahfuz membuktikan bahawa DAP lebih diyakini oleh sesetengah rakyat termasuk Melayu berbanding Umno dan MCA.

Friday, January 20, 2012

Pengecut di Putrajaya: Mengapa Najib takut berhadapan dengan Anwar?


                     Sabtu lalu, Najib telah untuk kali ke-tiga dicabar oleh Anwar untuk berdebat. Tiada jawapan daripada Najib. Najib nampaknya lebih berminat untuk menyendiri disebalik bayangannya dan melemparkan batu. Ada nama untuk orang begitu: pengecut.

Najib yang dikelilingi penyokong dan pempropaganda daripada media arus perdana seperti The Star, NST dan Utusan telah memberanikan diri bersuara mengenai polisi yang dicadangkan Pakatan. Beliau dengan tiada rasa bersalah, mengenepikan rasa hormat diri dan maruah dan bertindak seperti budak sekolah nakal serta melaungkan kata-kata hinakepada Anwar dari tempat yang selamat. Tetapi Najib enggan bersemuka dengan Anwar dalam suatu debat terbuka kerana beliau tidak ada kekuatan untuk melakukan yang demikian.

NFC: Rafizi, Zuraidah Sedia ke Mahkamah


               Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita Zuraidah Kamaruddin sedia ke Mahkamah untuk membuktikan segala pendedahan yang dilakukan berhubung skandal NFC adalah benar dan bukan bermotif politik.
              Dalam kenyataan media yang dikeluarkan petang tadi, Rafizi berkata berdasarkan laporan berita internet hari ini bahawa Shahrizat Jalil telah mengemukakan saman menuntut pampasan RM100 juta terhadap beliau dan Zuraidah.

"Saya yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.

Thursday, January 19, 2012

Hindraf Sertai Gerakan ABU (Asal Bukan Umno)

 
                Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) hari ini menyatakan secara rasmi penyertaannya dalam Gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU).
                 Koordinator Kebangsaan Hindraf, W. Sambulingam menyatakan pendirian Hindraf sejak awal penubuhannya bahawa Umno/BN seharusnya berkubur demi membawa pentadbiran negara yang lebih telus.

Sambulingam turut berpendapat bahawa untuk menjatuhkan Umno/BN, ABU memerlukan kuasa -kuasa lain seperti yang berlaku sewaktu Pilihanraya Umum 2008 lepas.

"Kami mahu menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat untuk menyingkirkan Umno dan kami yakin dengan penggabungan ini, kita akan berjaya tawan Putrajaya dalam pilihanraya kali ini.

BN beli undi: Bukti perlu reformasi pilihan raya – Bersih

  
                Pengakuan bekas menteri kerajaan Barisan Nasional bahawa Umno menggunakan wang untuk membeli undi, membuktikan reformasi pilihan raya perlu dilaksanakan segera di negara ini.
               Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, kenyataan Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir itu perlu dipandang serius kerana ia menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), masih gagal menjalankan peranannya dengan baik.

“Ini adalah bagus kerana beliau (Abdul Kadir) beritahu kita dan ini pun jelas menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum laksana tugas mereka. SPRM pun perlu siasat perkara ini,”

Mana ada pemimpin seperti Nik Aziz sekarang

Tanpa pegangan kuat kepada agama, tidak akan lahir kekuatan iman, kemantapan rohani sehingga menjadikan Nik Aziz muncul sebagai pemimpin yang bersih dari rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pelbagai unsur negatif lain
  
               Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diakui sebagai pemimpin terbaik di seluruh dunia masa kini, dengan penilaian terhadap sikap dan prestasinya yang memuaskan dalam pelbagai sudut.
                Lebih membanggakan apabila sikap dan prestasi yang memuaskan itu berjaya dipertahankan oleh Nik Aziz sejak mula menjadi Menteri Besar Kelantan sehingga kini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan sikap dan prestasinya yang membangggakan itu menjadikan orang yang seperti Nik Aziz amat sukar ditemui di dunia ini.

Wednesday, January 18, 2012

Bersih 2.0 lancar JOM 100, sasar 100% keluar mengundi.

   
              Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) hari ini melancarkan kempen terbaru mereka yang diberi nama JOM 100.
                 Pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang media hari ini berkata, kempen JOM 100 bertujuan mengajak seramai mungkin pengundi berdaftar untuk keluar mengundi bagi mencapai sasaran 100 % keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Pada PRU ke-12 tahun 2008, seramai 8.16 juta rakyat menunaikan tanggungjawab mereka mengundi untuk memilih wakil rakyat masing-masing.

Jumlah itu merangkumi 76% pengundi berbanding jumlah keseluruhan yang layak mengundi iaitu seramai 10.7 juta.

Bersihkan Malaysia


              Pada 22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010 yang lalu saya telah merakam suatu pengharapan bersempena dua tahun usia Pakatan Rakyat yang terbina dan mencorakkan politik Malaysia pasca PRU-12.
             Mengingati semula apa yang saya tegaskan dalam rakaman pengharapan tersebut, saya ulangi: “Perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. Malah, Umno dilihat jelas mengkhianati perjuangan Islam apabila tidak berubah-ubah tindakan memfitnah PAS, misalnya menuduh PAS menjadi tunggangan DAP dan membuang matlamat negara Islam.”

Atas sebab tersebut, Umno tidak layak menjadi rakan PAS dan jauh sama sekali untuk dijemput menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat.

Tuesday, January 17, 2012

NFC: Tekanan kepada Muhyidin semakin kuat


              Tekanan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin  semakin berat ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sekarang.
               Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta Muhyidin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang, Datuk Seri Noh Omar mengkaji bagaimana mahu menyelesaikan isu ini, Noh pula mengalihkan isu ini kepada Muhyidin.

Ketika yang sama, akhbar Business Times (BT) Singapura juga menyalahkan kementerian yang diterajui Muhyidin sebelum ini sebagai pihak yang bertanggung jawab dalam skandal ini.

RM600, 000 lebur bayar kad kredit keluarga Shahrizat


          Bagaikan tiada kesudahan apabila pendedahan demi pendedahan penyelewengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak dapat disembunyikan.
         Terbaru, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membongkarkan perbelanjaan kad kredit keluarga Shahrizat sepanjang 2009 mencecah RM593,500 menggunakan wang National Fidlot Corporation (NFC).

“Pendedahan sebegini akan diteruskan sehinggalah Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan yang melambangkan beliau dan rakan-rakan kabinet beliau menerima sepenuhnya pertanggungjawaban ke atas penyelewengan yang berlaku di dalam NFC,” kata Rafizi dalam kenyataannya.

Faekah : Tangisan Najib Umpama Airmata Buaya

Najib sepatutnya dizahirkan "menitiskan air mata" apabila melihat pemimpin Umno Selangor sebelum ini apabila bekas Menteri Besar, Dr Mohamaed Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.



              Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat bandaraya Shah Alam baharu-baharu ini tidak ubah seperti hero filem Tamil tahun 60an masuk kampung menyelamatkan gadis dalam kesusahan.
              Faekah berkata, gelagat lucu dipamerkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu apabila bertemu penyewa-penyewa tapak perniagaan di Kompleks PKNS, Shah Alam yang keresahan susulan keputusan tindakan PKNS menaikkan kadar sewa.

Jumaat lalu, Najib semasa program bertemu peniaga dan penyewa Kompleks PKNS mencadangkan supaya Kerajaan Pusat mengambil alih kompleks itu bagi mengelakkan kenaikan kadar sewa antara 70 hingga 100 peratus.

Laporan media sebelum ini mengatakan Najib berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga di kompleks itu.

Desak kerajaan benarkan tentera mengundi di luar kem

                  Pakatan Rakyat didesak supaya tidak bertolak ansur dalam soal pembuangan undi di kalangan anggota tentera agar mereka tidak lagi dibiarkan membuang undi di dalam kem seperti yang diamalkan oleh Kerajaan BN sejak dulu.
                 Sekiranya perkara itu dibiarkan, ia pasti akan memberikan keuntungan kepada Umno BN semata-mata kerana gagal dipantau oleh Pakatan Rakyat sepanjang proses pembuangan undi itu berlangsung.

Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab (gambar) berkata, sebaliknya Pakatan Rakyat perlu mencari jalan dan mendesak Kerajaan BN agar membenarkan anggota tentera mengundi di luar kem seperti juga pengundi-pengundi lain.

Monday, January 16, 2012

Ubah kepada Pakatan Rakyat untuk bersihkan Malaysia


                 Sehari sebelum keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saya telah mengulangi pendirian parti DAP untuk menyokong penuh Sdr Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri alternatif negara kita. Keyakinan kita terhadap kepimpinan Sdr Anwar masih lagi kukuh jika tidak diperkukuhkan lagi.
                Empat tahun lalu, kita telah mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum sebagai tiga parti berasingan. Selepas PRU12, kita telah bergabung menjadi Pakatan Rakyat. Pada mulanya, ramai yang meragui pakatan kita.

Tiada sesiapa pun yang mempercayai bahawa PKR, PAS dan DAP mampu bertahan di bawah satu bumbung. Namun begitu, kita telah membuktikan ketabahan kita. Kita telah menunjukkan kepada Barisan Nasional dan juga rakyat Malaysia bahawa kita mampu bermuafakat dalam pakatan politik yang berasaskan prinsip-prinsip saling hormat-menghormati dan kesetiakawanan.

Mat Sabu : BN Takut Bebaskan Media


          Meminta Kerajaan Pusat membebaskan peranan media untuk lebih bersikap adil dan saksama, tidak ubah seperti 'meminta sisik pada ikan keli'.
         Demikian kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bagi mengambarkan kegelisahan dan ketakutan kerajaan pimpinan Najib Razak berdepan dengan kekuatan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

"Kita hadapi kekangan media yang bersikap tidak adil, sedarkah kita, kita mengemukakan lapan tuntutan pilihanraya bersih dan adil (Bersih 2.0), dalam semua tuntutan ini, tuntutan paling sukar dilaksanakan oleh pemerintah membebaskan media.

Lebih 50,000 hadir Rapat Rakyat Perdana

 
             Lebih 50,000 rakyat di seluruh Kedah hadir pada Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, malam tadi.
             Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat itu menjadikan padang bola Stadium Sultan Abdul Halim penuh sesak sehingga melimpahi ke luar stadium.

Keadaan itu menjadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan kopiah yang memutih yang cukup memukau pandangan jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.

"Macam duduk di Padang Arafah," begitulah reaksi yang dituturkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hendak memulaklan ucapannya.

Sunday, January 15, 2012

Rasuah: Hukum jerung, ampunkan bilis – Ambiga

Umno BN hanya sanggup mendakwa pegawai kerajaan yang dituduh mengambil rasuah dalam jumlah kecil tetapi menutup mata terhadap penyelewengan pimpinan Umno-BN yang melibatkan jutaan ringgit.

            Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga S menggesa Pakatan Rakyat menyediakan satu rancangan menyeluruh untuk menangani rasuah secara serius.
             Menurutnya, penubuhan badan khusus untuk menyiasat kes-kes rasuah dalam negara sahaja tidak mencukupi.
           Beliau mencadangkan agar Pakatan mempertimbangkan untuk mendapatkan kembali harta-harta yang diperolehi pesalah rasuah melalui amalan rasuah mereka.

“Saya harap Pakatan Rakyat juga harus memikirkan bagaimana untuk membawa aset dan wang yang keluar ini untuk dibawa kembali kedalam negara. Ini adalah wang rakyat yang boleh dikembalikan bagi meringankan beban rakyat,” kata Ambiga.

Rakyat mahu ‘Malaysia tanpa Umno’


                 Negara sedang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib yang gagal melaksanakan transformasi politik dan ekonomi.
                 “Justeru itu, rakyat mahu ‘Malaysia Tanpa Umno’,” ujar Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
                  Sehubungan itu, tegasnya Pakatan Rakyat bersedia untuk menggalas amanah itu melalui Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

“Insya Allah rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan akan mengusir Umno dan Barisan Nasional dari Putrajaya,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di sini, pagi tadi.

Jelasnya, reformasi adalah agenda pembebasan rakyat yang juga agenda memartabatkan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pemikiran rakyat.

PLUS Di Hapus Apabila PR Perintah

Ini janji Pakatan Rakyat
   
          Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol Projek Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) sejurus selepas menguasai Putrajaya kelak.
Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapan penggulungannya berkata tidak mustahil PLUS boleh di hapuskan.
          "Kos pembinaan PLUS RM6 bilion, tahun lalu keuntungan PLUS RM24.3 bilion. Jadi untungnya adalah lebih RM18 bilion. Apakah mustahil untuk menghapuskan tol PLUS," kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh perwakilan dan pemerhati.

Katanya janji tersebut hanya kepada PLUS dan tidk membabitkan konsesi lebuhraya yang masih belum mendapat keuntungan dan pulangan modal.

Anwar cabar Najib berdebat


            Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berdebat secara terbuka dengannya tentang dasar negara.
            Perdebatan tersebut boleh diadakan pada bila-bila masa jika dipersetujui oleh Najib bagi memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai dasar negara ini.

Menurut Anwar, negara ini kini ternyata sedang berhadapan dengan sistem nilai dengan satunya dibawa oleh BN dan satu llagi yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat.

Saturday, January 14, 2012

MB : Najib Terdesek Untuk Tawan Balik Selangor


                Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang semakin rancak turun bertemu rakyat di Selangor bagi meraih sokongan untuk Barisan Nasional disifatkan sebagai usaha terdesak di mana BN "hanya bermimpi dan mengigau".
                 Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selama lebih 50 tahun BN mentadbir Selangor mereka gagal untuk memberi keselesaan kepada rakyat namun kini mereka merayu kepada rakyat untuk kembali menyokong BN.

"Ramai pemimpin BN mengigau dan mimpi sampai PM (Najib Razak) terpaksa turun untuk minta undi BN demi perubahan. Buat apa undi semula BN, ini kerja bodoh," katanya.

Jelas Abdul Khalid, sebagai pentadbir negeri, perkara utama adalah melaksanakan janji yang disebutkan dan bukan hanya pandai berkempen semata-mata.

PRU-13 paling sengit untuk BN


               Umno dan BN tidak mampu mengekang kebangkitan rakyat yang luar biasa khususnya untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, apa lagi kekuatan pembangkang dalam Pakatan Rakyat semakin padu.
              Justeru itu, PRU Ke-13, dilihat sebagai pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah negara apabila BN bakal menerima tentangan tiga gabungan parti yang semakin hebat, PKR, PAS dan DAP.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri, PKR Kelantan, Muhammad Hisomuddin Bakar berkata demikian, ketika mengulas kedudukan PR selepas pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kes liwat.

Katanya, rakyat kini sudah membuat pilihan sendiri siapa yang bakal dipilih sebagai Perdana Menteri dalam pilihanraya umum akan datang.

Friday, January 13, 2012

Hassan Ali dipecat kerana Anwar atau dirinya sendiri


                 Orang yang bersalah sentiasa menyalahkan orang lain kerana kesilapan mereka sendiri. Dan inilah yang terjadi pada Hasan Ali. Jaguh mempertahankan Islam, raja-raja Melayu dan bangsa Melayu telah disingkirkan oleh PAS berkuat kuasa serta-merta, sehari sebelum keputusan Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah.
                 Sebaliknya, Hasan Ali menyalahkan Anwar sebagai penyebab bagi pemecatan beliau, walaupun tiada siapa yang benar-benar terkejut memandangkan Umno sentiasa cuba untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang yang berkarisma itu dengan mengurangkan simpati orang ramai terhadapnya dengan apa jua cara.

"Anwar Ibrahim adalah punca saya dipecat,"

Mengapa saya pilih ungkapan ‘Mampus Umno’?

Ada sahabat yang prihatin bertanya kenapa saya memilih untuk menggunakan ungkapan "Mampus UMNO" pada Hari 901? Beliau juga berkata…teruk juga Muslimat PAS cuba difitnah oleh Blogger-Blogger UMNO…

Ini jawapan spontan saya….

Inilah sunnatuLlah perjuangan...Allah ingatkan kita dalam al Quran..apakah kamu fikir kamu akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sebelum kamu diuji?.....setiap yang berlaku apatah lagi yang diledakkan oleh musuh-musuh kena disiasat...dan fahamkan.....InsyaAllah kami ni dah lama dalam perjuangan...

901 bukan himpunan yang pertama buat kami...cuma musuh nak jadikan isu dengan...adanya wanita (bukan PAS yg bersorak)...wording ana "Mampus UMNO" dan adanya wanita yang pergi salam Polis…..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...