Realiti di negara ini sekarang samalah seperti di Tunisia yang telah sekian lama berada di bawah pemerintahan zalim Ali Zainal Abidin. Namun rakyat bukan lembu untuk dicucuk hidung oleh UMNO-BN, malah semakin cerdik dan mereka telah bersama-sama bangkit untuk menolak UMNO-BN dalam plihan raya ini
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, daripada pertanyaan itu jelas membuktikan rakyat negara ini kini ternyata amat berminat dengan perkembangan Pakatan Rakyat yang terrnyata mempunyai harapan yang cerah untuk ke Putrajaya pada PRU Ke13 nanti.
Katanya, mereka tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya tersebut.
"Jadi jika Datuk Seri Anwar akan dipenjarakan, mereka secara automatik menjadi tertanya-tanya siapakah pula yang akan menjadi Perdana Menteri," katanya pada program Kempen Bebaskan Anwar 901 di padang Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam ini.
Pada program yang dihadiri ribuan orang ramai itu, beliau menegaskan, perralihan rakyat daripada BN kepada Pakatan Rakyat berpunca dari kezaliman Kerajaan BN yang ditunjangi Umno itu sendiri terhadap rakyat sejak BN memerintah negara sejak sekian lama.
"Namun rakyat bukan lembu, malah semakin cerdik dan mereka telah bersama-sama bangkit untuk melepaskan diri dari kezaliman Umno BN," katanya.
Realiti di negara ini sekarang, tegasnya, samalah seperti di Tunisia yang telah sekian lama berada di bawah pemerintahan zalim Ali Zainal Abidin, sehingga memaksa rakyat terutama golongan muda bangkit di jalan-jalanraya untuk menggulingkan pemerintahan Ali Zainal Abidin.
Katanya, punca kezaliman Ali Zainal Abidin terhadap rakyat disebabkan sikap isterinya, Laila yang begitu gelojok mengumpulkan jongkong emas dan kekayaan keluarganya.
Manakala di negara ini, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Rosmah Mansor pula turut bersikap seperti itu apabila begitu berminat mengumpulkan cincin dan permata.
Selain itu, rakyat juga semakin sedar, hutang negara kini semakin meningkat sehingga melebihi RM400 bilion, manakala indek rasuah yang melibatkan para pemimpin kerajaan turut meningkat setiap tahun.
"Jika beberapa tahun lalu indeks rasuah negara ini sekitar 5.10 peratus, tahun lepas meningkat kepada 4.9/10 dan tahun lalu kepada 4.8/10.
"Ini menunjukkan negara ini pasti akan bangkrap jika dibiarkan terus diperintah oleh BN," tegasnya.
Beliau menegaskan, walau apa pun yang berlaku terhadap Anwar esok, PAS dan Pakatan Rakyat tetap bersama pemimpin tersebut.
Oleh itu, beliau menyeru supaya seluruh penyokong Pakatan Rakyat hadir di kaeasan perhimpunan di kawasan parking kereta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur esok bagi menyatakan kebersamaan dengan Anwar walaupun dalam pelbagai keadaan.
Turut hadir pada program tersebut, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa; Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR , Datin Dr Wan Azizah Ismail; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Tan Seng Giaw dari DAP; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan lain-lain kepimpinan Pakatan Rakyat.
Pada perhimpunan tersebut, wakil-wakil parti dari Australia, Fiipina dan Indonesia turut hadir.-Hrkhdly
No comments:
Post a Comment