Wednesday, January 4, 2012

Kesan Perbelanjaan Melampau PRU 13, Najib Laksana GST

Sekirannya Umno-Bn menang sekali lagi pada PRU akan datang, kerajaan akan menguatkuasakan GST, kepada warga kampung GST dalam bahasa mudah ialah cukai tambahan, sedia maklum hari ini semua benda bercukai, dan kita bakal dikenakan lagi dengan cukai tambahan
  
             Dalam memastikan negara terus ditadbir oleh kepimpinan tradisi Umno-BN, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak terpaksa mengambil langkang melaburkan satu dana yang besar pada kempen Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.
              Kenyataan tersebut dikuatkan lagi dengan pendedahan terbaru bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Selangor dengan memperuntukan RM2.71 bilion yang bertujuan mencetuskan ketegangan antara rakyat dan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato Seri Najib Abdul Razak menyeru kepada pemimpin Umno Selangor untuk bekerja keras bagi menawan negeri itu menerusi apa jua cara sekalipun.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata atas tekanan ini, Najib secara semulajadi akan melepaskan beban tanggungan kerajaan itu kembali kepada rakyat dengan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
.

"Sekirannya Umno-Bn menang sekali lagi pada PRU akan datang, kerajaan akan menguatkuasakan GST, kepada warga kampung GST dalam bahasa mudah ialah cukai tambahan, sedia maklum hari ini semua benda bercukai, dan kita bakal dikenakan lagi dengan cukai tambahan," beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah Umum di Dewan Batu 7, Sijangkang semalam.

Langkah melaksanakan GST ini dilihat oleh kerajaan sebagai menjana satu bentuk pendapatan baru kepada negara selain membantu kerajaan mengurangkan cukai korporat dan seterusnya akan meningkatkan daya saing perniagaan.

Matlamat GST antara lain adalah sebagai usaha mengurangkan defisit negara.

Dengan mengambil contoh pelaksanaan GST seperti yang diamalkan oleh negara jiran, Singapura, Malaysia boleh memperolehi RM13 billion setahun dengan hanya mengenakan 5 % cukai keatas rakyat.

Namun, pelaksanaan ini secara tidak langsung akan memberi tekanan hebat kepada golongan pertengahan, dan yang berpendapatan rendah meneruskan kehidupan dalam sebuah negara yang serba serbinya adalah cukai.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata kehadiran pembangkang menerusi medan perbahasan di Parlimen membuatkan kerajaan berfikir panjang untuk melaksanakan cukai tambahan itu.

Salahuddin menambah, kini terpulang kepada rakyat untuk menentukan untung nasib mereka melalui pilihanraya dalam menentukan kerajaan yang akan mentadbir negara selepas PRU-13.

"Rakyat Malaysia tidak pernah rugi memilih jumlah ahli parlimen yang banyak dari kalangan pembangkang,"

"Barulah pemimpin BN sedar langit tinggi atau rendah (kuasa rakyat), belum sempat kita memerintah, hari ini kita telah mengajar mereka dengan menafikan majoriti 2/3 di parlimen,"katanya dihadapan seribu hadirin.-Tvsnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...