Sebelum ini Azmin membidas kenyataan Hasan kerana menganggap tuduhan Fitnah yang dihadapi Anwar sebagai isu peribadi.
“Pendirian KEADILAN dan Pakatan bersatu dalam menyokong Anwar dan (kes) itu adalah satu rekayasa dan politik murahan yang digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional.
“Adakah Hasan merestui politik murahan yang digunakan Umno dan BN,” soalnya.
Katanya lagi, Hasan tidak wajar membuat kenyataan sedemikian dan ia juga bukan mencerminkan pendirian Pakatan Rakyat.
Beliau juga berkata, tiada halangan jika Hasan tidak mahu hadir himpunan itu, namun mempersoalkan kehadiran Hasan dalam himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan Perkasa sebelum ini.
“Jika dia tidak mahu hadir, dia tak perlu hadir tetapi demo HIMPUN (Sejuta Ummat) dia hadir,” kata Azmin.
Tambah beliau, ketika Hasan membuat kenyataan tersebut, pada masa sama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula bersama Anwar di Kelantan untuk menyatakan sokongan dalam ceramah yang dihadirinya.
“Nik Aziz kata beliau akan datang pada 9 Januari ini jika kesihatannya membenarkan. Jadi, siapa Hasan yang berkata sebaliknya?” soalnya.
Menurut Ahli Parlimen Gombak itu, Pas perlu mengkaji untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas Hasan.
“Saya berharap Pas supaya bertindak terhadap kenyataan Hasan yang celupar ini yang tidak sepatut diluahkan untuk agenda peribadinya,” katanya.-Tvsnews
No comments:
Post a Comment