Sunday, January 15, 2012

PLUS Di Hapus Apabila PR Perintah

Ini janji Pakatan Rakyat
   
          Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol Projek Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) sejurus selepas menguasai Putrajaya kelak.
Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapan penggulungannya berkata tidak mustahil PLUS boleh di hapuskan.
          "Kos pembinaan PLUS RM6 bilion, tahun lalu keuntungan PLUS RM24.3 bilion. Jadi untungnya adalah lebih RM18 bilion. Apakah mustahil untuk menghapuskan tol PLUS," kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh perwakilan dan pemerhati.

Katanya janji tersebut hanya kepada PLUS dan tidk membabitkan konsesi lebuhraya yang masih belum mendapat keuntungan dan pulangan modal.


"Ini janji Pakatan Rakyat," jelas beliau lagi.

Katanya selain itu, Pakatan juga menjanjikan untuk menurunkan harga barangan dan meningkatkan sara hidup rakyat.

Katanya lagi, janji pakatan tersebut bukan sesuatu yang mustahil di laksanakan sebagaimana tercatat dalam Buku Jingga.-Tvsnews

Lihat Video Di Sini >>
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...