Najib sepatutnya mengambil iktibar dari Arab Spring yang bermula apabila mahasiswa bangkit menentang penguasa yang galak dan rakus menindas mereka.
“Harus diingat bahawa kejatuhan rejim di Tunisia dan Mesir bermula tatkala pihak berkuasa bertindak zalim menindas anak muda dan mahasiswa.
“Ini jelas bertentangan dengan janji beliau sendiri kononnya untuk menjadi pemimpin yang mendengar suara rakyat dan mesra anak muda.
“Apa yang berlaku membuktikan pendekatan pentadbiran Najib kini semakin mirip kepada kaedah otokratik yang diamalkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” kata Shamsul.
Beliau seterusnya mengingatkan Najib agar mengambil iktibar dari Arab Spring yang bermula apabila mahasiswa bangkit menentang penguasa yang galak dan rakus menindas mereka.
“Harus diingat bahawa kejatuhan rejim di Tunisia dan Mesir bermula tatkala pihak berkuasa bertindak zalim menindas anak muda dan mahasiswa.
“Peristiwa yang berlaku awal pagi tahun baru 2012 ini secara tersirat menandakan bermulanya kejatuhan rejim UMNO-Barisan Nasional,” kata Shamsul.
Beliau turut menggesa anggota polis yang memukul mahasiswa sehingga patah tulang rusuk Sabtu lalu disiasat dan didakwa di mahkamah.
“AMK menuntut siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden keganasan ini dan anggota polis bertanggungjawab mencederakan mahasiswa dihadapkan ke muka pengadilan,” kata Shamsul dalam satu kenyataan.
Tengah malam 31 Disember lalu, Pengerusi Gerakan Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang patah tulang rusuk akibat dipukul polis yang cuba menghalang himpunan aman menuntut kebebasan akademik di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.
Beliau kini terlantar dan dirawat di Hospital Slim River, Perak akibat kecederaan tersebut.
Bercakap lanjut, Shamsul menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang bertanggungjawab terhadap pasukan polis meminta maaf kepada Safwan Anang dan keluarganya.
“Kami menuntut supaya Menteri Dalam Negeri memohon maaf kepada mahasiswa yang dizalimi serta ahli keluarga mereka,” kata Shamsul.
Beliau mewakili AMK turut menawarkan khidmat guaman kepada mana-mana mahasiswa yang mahu mendakwa polis yang mengasari mereka dalam kejadian Sabtu lalu.
Menyifatkan peristiwa itu sebagai tragedi hitam dalam gerakan mahasiswa, Shamsul berkata ia bukti jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebenarnya tidak serius dalam meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).-K/Daily
No comments:
Post a Comment