Sunday, January 15, 2012

Rasuah: Hukum jerung, ampunkan bilis – Ambiga

Umno BN hanya sanggup mendakwa pegawai kerajaan yang dituduh mengambil rasuah dalam jumlah kecil tetapi menutup mata terhadap penyelewengan pimpinan Umno-BN yang melibatkan jutaan ringgit.

            Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga S menggesa Pakatan Rakyat menyediakan satu rancangan menyeluruh untuk menangani rasuah secara serius.
             Menurutnya, penubuhan badan khusus untuk menyiasat kes-kes rasuah dalam negara sahaja tidak mencukupi.
           Beliau mencadangkan agar Pakatan mempertimbangkan untuk mendapatkan kembali harta-harta yang diperolehi pesalah rasuah melalui amalan rasuah mereka.

“Saya harap Pakatan Rakyat juga harus memikirkan bagaimana untuk membawa aset dan wang yang keluar ini untuk dibawa kembali kedalam negara. Ini adalah wang rakyat yang boleh dikembalikan bagi meringankan beban rakyat,” kata Ambiga.


Beliau turut menggesa Pakatan Rakyat agar memberikan tumpuan khusus kepada penyelewengan wang negara dalam jumlah yang tinggi dan mempertimbangkan untuk memberikan pengampunan kepada pesalah-pesalah kecil.

“Kita hukum jerung tapi kita lepaskan ikan bilis supaya kita boleh terus melangkah kehadapan. Saya mahu tahu apa pendirian Pakatan tentang ini,” kata Ambiga.

Sebelum ini kerajaan Umno BN hanya sanggup mendakwa pegawai kerajaan yang dituduh mengambil rasuah dalam jumlah kecil tetapi menutup mata terhadap penyelewengan pimpinan Umno-BN yang melibatkan jutaan ringgit.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum ini pernah didesak pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya ditangkap atas pelbagai dakwaan termasuk rasuah.

Namun sehingga kini, tiada sebarang siasatan dan tindakan dilakukan terhadapnya walaupun digesa pelbagai pihak.

Ambiga turut mencadangkan PR agar menggariskan rancangan teratur bagi memastikan proses peralihan kuasa berlaku secara baik dan meyakinkan rakyat.

Beliau turut memuji sikap dan pendirian kerajaan negeri Pulau Pinang dua hari lalu yang mendedahkan aset pimpinan tertinggi di negeri itu.

“Kita juga mahukan supaya akaun Petronas dan lain-lain syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan negeri dan Persekutuan juga didedahkan kepada rakyat supaya rakyat dapat melihat ketelusan dan keterbukaan,” katanya.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...