Monday, May 31, 2010

Anwar - Katak-Katak Yang Melompat Dapat Wang 2 Juta Ringgit

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bimbang jika pihak tertentu menuduhnya berbohong mengenai pendedahan tawaran jutaan ringgit kepada Ahli Parlimen dan ADUN PKR untuk belot.
Sambil menyifatkan mereka sebagai khianat kepada amanah rakyat, beliau berkata rakyat akan lebih bijak menilai dan mengetahui hal sebenar apabila pendedahan dibuat.
Anwar yakin ada hikmah di sebalik insiden 'lompat katak' kerana rakyat dapat melihat sendiri kerakusan yang Umno sanggup berbuat apa sahaja termasuk rasuah demi kuasa.
"Tapi ada baiknya, pengajaran maknanya bukti yang nyata. Umno ini caranya rasuah orang, ugut. Tak boleh ugut, beli. Ini dia kekuatan dia. Zahir kekuatan dia nampak hebat tapi dia kosong. Percayalah saudara. Saya lama dalam Umno ni. Saya ada pengalaman. Orang Umno ni, katalah kalau wang dia dah kuran, kuasa tak ada, ranap. Termasuk Umno Kelantan. Dia tak ada kekuatan, semangat juang tidak ada," kata Anwar.
Ketua Pembangkang berkata demikian depan hampir 10 ribu hadirin di ceramah perdana, di Padang Perdana Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) di Kelantan.
Anwar hadir sempena Kongres nasional PKR ke 6 yang berlangsung di Kota Bharu dari 28 hingga 30 Mei
"Sekarang saya ada maklumat baru. Apa dia maklumat? Saya tau ni katak-katak yang melompat ni, dapat sekurang-kurangnya 2 juta ringgit. dan kontrak. Saya bagitau malam ni, saya ada keterangan yang cukup untuk mengesahkan orang yang lompat knianat ini terima dari ejen Umno 2 juta ringgit," kata Anwar.
Anwar setakat ini belum membuat pendedahan itu kerana menunggu masa yang sesuai, selain ternanti-nanti sebarang penafian Ahli parlimen yang melompat berkaitan tawaran rasuah itu.
Dalam hal ini, Beliau sempat berseloroh dengan para hadirin
"Pertama saya nak orang-orang Umno dan Najib tuduh saya bohong. Nak bagitau Anwar ni berlawak. Dan saya nak dengar orang-orang yang melompat ni nafi. Kemudian saya bagi macam drama hindustan tiga babak. Biar dia terkejut sedikit. Jangan bimbang saya kata ada, ada. Di mana? saya terlupa di mana tapi ada. Kerana puak penyamun ni akan curi habis bukti jadi tak ada," tegas Anwar.- tvs

Saifuddin - Rakyat Perlu Tolak Kezaliman Umno-BN

KOTA BHARU 30 Mei -Rakyat perlu faham sikap Umno-Barisan Nasional yang sebenar agar mereka tidak terus ditipu dan dizalimi oleh mereka.
Ahli Perlimen Machang, Saifuddin Nasution (gambar) yang berucap di Ceramah Perdana di Padang Perdana dii sini semalam menjelaskan rakyat perlu mengambil tindakan segera menolak Umno-Barisan Nasional kerana sudah banyak perkara yang mereka lakukan tanpa memperdulikan hati dan perasaan rakyat.
"Saya menyeru agar seluruh rakyat khususnya di Kelantan supaya faham sikap zalim BN, sudah banyak yang mereka lakukan tanpa memperdulikan hati dan perasaan rakyat. Kita lihat pemimpin dari Kelantan sendiri telah mengumumkan lesen judi bola, ini satu yang memalukan rakyat Kelantan.
"Konsep judi yang dibawa oleh BN cukup mudah, kita bukan perlu keluar dari rumah tetapi judi akan datang ke rumah. Sikap Datuk Dr Awang Adek Hussin ini adalah di luar sifat orang Melayu yang begitu sensitif dengan soal judi tetapi dia dah terkeluar daripada sifat tersebut.
"Rakyat Kelantan juga perlu tahu BN bukan sahaja luluskan lesen judi tetapi telah menjemput Apco yang dibelakangi oleh individu yang mempunyai kaitan dengan perisik Israel dan telah membunuh rakyat Palestin tetapi BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak melihat itu semua, mereka hanya fikir kepentingan peribadi saja.
"Mufti dan Menteri Agama Umno juga tidak pernah melenting atau mengeluarkan suara mereka dalam membantah tindakan yang telah dilakukan oleh ketua mereka, mereka lebih takut Najib daripada hukum Allah yang melaknat penglibatan yang bercanggah dengan yang dilarang dan haram," kata Saifuddin.
Turut membongkar tentang sikap Umno-BN yang tidak pernah tulus dalam melakukan sesuatu terutama soal duit rakyat yang di ambil tanpa sedar, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapannya memberitahu pada tahun pertama pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor beliau telah dapat mengesan penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum ini yang melibatkan harta negeri.
"BN memang pandai menyembunyikan rahsia sebab apa pada tahun pertama pemerintahan Pakatan, kita telah dapat mengesan wujud penyelewengan telah berlaku dalam penggunaan tanah milik kerajaan negeri. Kita dapat kesan mereka telah melakukan perjanjian dengan syarikat swasta terhadap penyerahan tanah tersebut dan memberi penuh kuasa kepada pemaju.
"Ini sesuatu yang diluar jangkaan kita, selain itu juga bukan sahaja tanah diberi kuasa malah hutang-hutang syarikat terbabit juga di sembunyikan sehinggalah kita membongkar semula setelah meneliti perjanjian tersebut, dengan tujuan untuk mengambil balik tanah yang diberikan.
"Pembongkaran kita itu telah membuahkan hasil yang mana syarikat terbabit bersetuju membayar hutang mereka kepada kerajaan negeri.
"Minggu lepas kita mendengar kenyataan Datuk Seri Idris Jala yang menyatakan Malaysia akan jatuh bankrup dalam masa sembilan tahun dari sekarang jika sistem pentadbiran tidak diubah, tujuannya hanyalah satu ingin menarik balik subsidi yang telah diberikan kepada rakyat.
"Saya akui kalau pentadbiran seperti yang dilakukan oleh kerajaan BN di Selangor menjadi formula kepada pentadbiran mereka di Putrajaya, bukan dalam masa sembilan tahun negara ini bankrap mungkin lebih awal lagi. Jual harta negeri mahupun negara untuk poket sendiri, hutang disembunyikan kesemua itu boleh menyebabkan negara ini berada dalam keadaan bankrap," katanya.-SK

Ezam, Senator Yang Tidak Lengkap Tarbiyah



KOTA BARU, 30 Mei — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menyifatkan Senator Mohamad Ezam Mohd Noor, yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai orang yang “tidak lengkap tarbiyah.”
Ahli Parlimen Gombak ini melabelkan Ezam “tidak habis menjalani tarbiyah” dengan merujuk kepada tempoh menjadi setiausaha politik kepada Anwar, ketika itu memegang jawatan menteri kewangan, cuma dua tahun.

Itu sebabnya beliau tidak mempunyai idealisme yang kuat bagi mempertahankan PKR, kata Azmin.

Ezam baru sebulan dilantik oleh Umno-BN sebagai anggota Dewan Negara.

Beliau menyertai Umno pada 2008, dua tahun selepas meninggalkan PKR.

Azmin berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Kongres Nasional Keenam PKR di sini petang ini.

Dalam ucapannya Azmin tidak menyebut nama Ezam secara langsung, yang merupakan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan.

Sebaliknya beliau menyentuh isu lompat parti yang ditimbulkan oleh perwakilan dalam sesi perbahasan.

Azmin mendakwa, Anwar ketika memegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pernah ditawarkan ganjaran sebagai balasan tidak menekankan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam jawatan kerajaan dan parti.

Ketika itu Anwar juga merupakan timbalan presiden Umno.

“Jangan dengar senator yang melacurkan dirinya, saya tahu sebagai setiausaha sulit dia (Anwar) ketika itu, hampir setiap perkara, (bekas menteri kewangan) Datuk (kini Tun) Daim Zainuddin akan menghubungi saya untuk menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama dengan (Allahyarham) Peguam Negara Datuk Mohtar Abdullah untuk membincangkan strategi Dr Mahathir untuk ketepikan jawatan kerajaan dan parti, tetapi memberikan imbuhan dan pulangan yang cukup besar asalkan tidak sentuh Dr Mahathir dalam jawatan parti dan kerajaan.

“Tetapi insan yang bernama Anwar bin Ibrahim menolak semua sogokan Dr Mahathir untuk mempertahankan rakyat dan prinsip,” kata Azmin dengan berkata, “siapa pelacur senator ini? saya tak sebut.”

Bagaimanapun kedengaran perwakilan menyahut dengan berkata, “Ezam.”

Beliau seterusnya berkata, “baru berkhidmat tidak lebih dua tahun, tetapi mengaku dia adalah anak didik Anwar Ibrahim,” katanya.

“Proses tarbiyah (pun) tak habis... yang paling lama (berkhidmat) ialah Khalid Jaafar, yang berkhidmat selama 13 tahun, Dr Mansor Othman (kini Timbalan Ketua Menteri I), dan sudah tentulah (saya) dari Gombak,” kata Azmin yang juga bekas setiausaha politik Anwar.

Azmin menambah, ini menunjukkan beliau, Khalid dan Mansor telah melalui proses tarbiyah yang sempurna dan lengkap serta tidak kehilangan idelisme perjuangan.

“Tetapi kalau satu tahun, nak berlagak macam... bila kita bertempur, ini yang lari ke luar negara kerana tidak berani berdepan dengan kezaliman Umno dan BN.

“Hari ini dapat senator, tak mengapa. Lihat Senator Dr Syed Husin (Ali), ada kualiti, ada prinsip, ada idealisme, dia tetap bersama dengan mempertahankan idealisme,” katanya.

Azmin berkata, Pakatan Rakyat mahu kuasa yang diberikan oleh rakyat diterjemahkan dalam bentuk amalan dan tindakan bagi melakukan agenda reformasi termasuk pembaharuan ekonomi.

“Pada 1995, saya masih ingat Anwar melontarkan idea ketika membentangkan belanjawan, tentang pesanan tujuh tahun yang subur dan akan diikuti dengan tujuh tahu yang gersang.

“(Bagaimanapun) Dr Mahathir tidak berani dan tidak bersedia untuk melakukan reformasi ekonomi kerana mempertahankan kronisme dan nepotisme sehingga berlaku krisis ekonomi.

“Dr Mahathir dengan mudah menyalahkan (George) Soros dan IMF (Dana Kewangan Antarabangsa).

“Tidak mahu mengaku bahawa kegagalan kepimpinan, tidak mahu melakukan reformasi ekonomi.

“Akhirnya bila berlaku pertembungan, pejuang (Anwar) kita disumbat dalam penjara, bukan kerana (bekas pemandu Anwar) Azizan Abu Bakar,” katanya.

Dalam ucapannya, Azmin juga berkata, beliau mengharapkan satu dokumen ekonomi Pakatan Rakyat yang jelas dirangka walaupun agenda ekonomi baru telah diutarakan sebelum ini.

Beliau juga mencadangkan agar pegawai-pegawai kerajaan negeri turut menghadiri setiap kali PKR mengadakan kongres tahunan.

“Saya hendak usulkan setiap kali kongres parti bersidang, mesti diwajibkan ketua agensi kerajaan khsusunya pegawai UPEN hadir bersama.

“Walaupun ia melibatkan kongres parti politik, tetapi ia juga menyentuh soal dasar (kerajaan negeri).

“Kita adalah pemimpin akar umbi yang membincangkan, harus ada pegawai-pegawai kerajaan dengar, pulang serta laksanakan keputusan yang diputuskan oleh kongres,” katanya.-TMI

VIDEO - Ceramah Anwar Di Padang Perdana Kota Bharu






Saturday, May 29, 2010

Judi Bolasepak Haram Di Pulau Pinang


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.


Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.
"Mereka diarahkan menggunakan peraturan Seksyen 101 (5) Akta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menolak permohonan dibuat," katanya.

Menurut Lim, kerajaan negeri memutuskan menolak untuk sebarang permohonan konsesi perjudian sukan tunggal negara, Ascot Sport Sdn Bhd bagi menjalankan perjudian sukan.

“Tindakan itu bukan bagi menentang kedai-kedai pertaruhan di Pulau Pinang. Tetapi kita merasakan bahawa sudah ada terlalu banyak cabutan dan cabutan khas dilakukan oleh pengendali judi itu sehingga membebankan banyak keluarga.

“Kebanyakan mereka 'terpanggil' untuk mengejar setiap cabutan sehingga menyebabkan kehilangan pendapatan dan menjejaskan keluarga dan anak-anak mereka,” katanya.


Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

malaysiakini

Rakyat Selangor Bangkit Membantah Lesen Judi


Rakyat Selangor terus bangkit membantah tindakan kerajaan 1Malaysia meluluskan lesen judi bola sepak.

Tunjuk perasaan di Masjid Jumhuriyah Taman Dato Harun hari ini menyaksilan hampir 1,000 orang berhimpun mengecam kegelinciran Umno-BN dari landasan moral kerana menghalalkan operasi judi sukan di negara ini.

Pakatan Rakyat dan penduduk kawasan setempat menyahut suara bangkangan seluruh negara dengan mengadakan tunjuk perasaan selesai solat Jumaat hari ini.

Laungan takbir bergema disebalik kain rentang dan sepanduk mengingatkan kerajaan 1Malaysia bahawa judi itu haram, mencemar moral dan peruntuh institusi keluarga.

Beberapa wakil dewan pemuda Pas memberi ucapan dengan lantang membantah keputusan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak.

"Anak-anak muda minat bola. Sebagai umat islam yang sayangkan agama dan bangsa. marilah kita menentang pemberian lesen judi. ini menjadi tanda kerajaan BN ingin jadikan negara ini negara judi."

Wakil dewan pemuda pas juga berkata dalam ucapannya menegaskan bahawa PAS menentang keputusan kerajaan meluluskan lesen judi sukan dan mendesak kerajaan menarik balik keputusannya itu.

"Dengan membiarkan judi berleluasa, dengan membiarkan negara ini ditadbir dengan wang judi, dengan membiarkan negara ini ditadbir oleh pencinta-pencinta judi dan percaya masyarakat Islam, tidak kira latar belakang politik adalah benci kepada judi."

Sebanyak 500 risalah membantah kelulusan kerajaan memberi lesen judi turut diedarkan kepada orang ramai.

Sokongan padu yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat yang hadir pada petang itu menampakkan kekuatan semangat yang ditunjukkan untuk menentang habis-habisan keputusan kerajaan Umno-Bn meluluskan lesen judi bola.

Minggu lalu, lima buah negeri, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan telah mengadakan bantahan terhadap tindakan kerajaan itu.

Kemuncak bantahan hari ini di negeri-negeri adalah di rumah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin di Bachok sebelum bantahan besar-besaran di Istana Negara yang dijadual pada 3 Julai depan


tvselangor.

Friday, May 28, 2010

Shamsul Iskandar Akan Dedahkan Skandal Rosmah


KOTA BHARU 27 Mei - Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin dijangka akan membuat pendedahan yang mengejutkan berhubung kerakusan Umno-Barisan Nasional yang berusaha merampas tanah Pengkalan Tentera Udara DuRaja Malaysia Sungai Besi melalui seorang usahawan muda berbangsa Cina yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketika berucap semasa Perasmian Bersama Kongres AMK dan Wanita KEADILAN di Kelantan Trade Centre malam tadi, tanpa mendedahkan indentiti individu tersebut Shamsul berkata usahawan muda tersebut lulusan The Wharton School of Business, sebuah institut pengajian perniagaan yang terkenal di University of Pennsylvania di Amerika Syarikat.
Shamsul berkata ahli perniagaan muda yang kaya raya itu pernah mendapat liputan luas dalam akhbar berpengaruh Amerika, The New York Times kerana bersosial dengan artis terkenal Hollywood seperti Lindsay Lohan dan Megan Fox.
Dalam laporan itu beliau dikatakan menghabiskan AS$50,000 (RM175,000) semalam untuk berfoya dan pernah menghadiahkan 200 botol arak berjenama 'Crystal' pada harga AS$1,000 (RM3,500) sebotol sebagai kejutan majlis hari jadi Megan Fox.
"Ini menunjukkan tidak bermakna seseorang itu berpelajaran atau berkelulusan tinggi akan menjadikan beliau seorang yang mampu berjasa kepada rakyat dan negara.
"Dalam kes ini nyata individu yang dimaksudkan menggunakan kepandaian beliau untuk merompak harta rakyat dengan menggunakan pertalian rapat beliau dengan isteri Perdana Menteri.


Suarakeadilan

Thursday, May 27, 2010

Ezam Adalah Pengkhianat Dan Berniat Jahat



SHAH ALAM – Dakwaan Senator Ezam Mohd Noor yang mengatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah memberitahunya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang peliwat disangkal sekeras-kerasnya oleh anak mereka, Nurul Izzah.

Nurul Izzah (gambar) ketika dihubungi Sinar Harian berkata, tuduhan yang amat jahat seperti itu memang sudah dijangka keluar dari mulut Ezam yang sudah mendapat habuan Senator kerana menentang Anwar selama ini.

Katanya, pelantikan Ezam sebagai senator sebenarnya berfungsi sebagai pembuat pelbagai tuduhan dan kenyataannya di Kelantan malam kelmarin membuktikannya.

“Nasihat saya, teruskanlah dengan kerja jahat anda. Saya yakin anda akan mendapat balasan setimpal daripada Allah,” katanya.

Nurul yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, menegaskan, rakyat sudah faham dan boleh menilai sendiri kebenaran tuduhan yang dilemparkan Ezam kerana beliau sering menyerang Anwar dengan tuduhan yang tidak berasas.

“Rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia bijak. Mereka boleh nilai aksi Ezam di atas pentas. Sudah dapat habuan, makin dahsyat tuduhan jahatnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua mempertikaikan tuduhan Ezam kerana jika betul dakwaan tersebut, beliau sepatutnya sudah mendedahkannya sejak berada dalam PKR dahulu.

“Kita tidak perlu layan tuduhan ini. Saya dan beliau bersama-sama mempertahankan Anwar sejak dulu lagi. Ini bukan isu lagi sekarang.

“Ada banyak lagi isu lebih besar dari isu peribadi, contohnya seperti isu judi bola, isu tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Singapura dan pemberian telaga minyak Malaysia kepada Brunei,” katanya.

Malam kelmarin, di KOTA BHARU, Ezam ketika ceramahnya mendedahkan beliau pernah diberitahu tentang perlakuan negatif Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dari isterinya sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ezam berkata, beliau sanggup bersumpah dengan menjunjung al-Quran bahawa kenyataan tersebut dibuat oleh Wan Azizah sendiri ketika beliau masih bersama dengan parti itu sebelum ini.

“Saya cabar dia (Wan Azizah), dia boleh angkat al-Quran, dia boleh nafikan dengan mengangkat al-Quran dia tidak bagi tahu saya, tapi saya boleh angkat al-Quran untuk menyatakan orang yang bagi tahu kepada saya yang Anwar mempunyai penyakit dan perangai jijik itu tidak lain tidak bukan ialah isteri dia sendiri, Wan Azizah, ini cabaran saya,” katanya. -SH

Di Manakah Janji-janjinya - Kemudian Beliau Sendiri Menyertai Umno

Ezam Pengkhianat Perjuangan - Sumpahnya Cuba Lihat Di Video ini

JAIS Dan Mufti Selangor Diam Membisu Tentang Judi

                                                        



Kerajaan Selangor digesa supaya mengkaji semula kedudukan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi.


Gesaan itu ditimbulkan oleh ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad gambar) berikutan jabatan itu "menyepi" dalam isu pemberian lesen judi sukan pada sidang medianya hari ini.

Khalid berkata, tindakan itu bercangah dengan sikap jabatan itu sebelum ini -- dalam isu penggunaan masjid sebagai pentas politik dan juga berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Saya nak desak JAIS dan pengarahnya untuk mebuktikan bahawa dia tidak ada apa-apa kepentingan dan kesetiaan politik.

"Dalam isu-isu yang jelas pihak umno dan BN bersalah, jelas kelihatan beliau mendiamkan diri," katanya.


Beliau menjelaskan, JAIS membisu apabila beliau menimbulkan isu mengenai satu anjuran majlis tahlil dan bacaan yassin untuk calon BN di pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Majlis tahlil dan bacaan yasin hendak diadakan untuk calon BN tapi JAIS dan pengarahnya diam membisu.

"Sedangkan sebelum itu bising dengan soal menggunakan masjid untuk kepentingan politik.

"Kononnya kuliah dan tazkirah ringkas yang disampaikan (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) melanggar peraturan yang ditetapkan oleh JAIS, yang disokong dan diperkenan oleh Sultan.

"Maka digunakan (sebagai modal untuk) lagakan PAS, Pakatan Rakyat dengan Sultan, tapi bila saya dedahkan tentang isu sepanduk itu, JAIS diam," katanya.

Khalid juga berkata JAIS juga mungkin terlibat bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam mengadakan demonstrasi bagi menyatakan bantahan berkenaan.


"Kalau tak silap saya JAIS dan MAIS terlibat dalam menganjurkan program demonstrasi tentang isu kalimah Allah, sedangkan isu itu pada hukumnya adalah harus.

"Dalam isu judi bola sepak ini, hukumnya jelas (haram). Tapi mengapa JAIS mendiamkan diri.

"Kenapa tidak dianjurkan bantahan, naikkan sepanduk di semua masjid dan surau membantah tindakan kerajaan BN.

"Ini hanya boleh dijelaskan melalui sokongan politik (Khusrin). Dalam banyak keadaan, beliau bertindak sebagai ejen Umno," katanya lagi.

Be

liau turut mempersoalkan sama ada Khusrin bertindak sedemikian sebagai tanda kesetiaan kepada pemimpin Umno.

"Adakah Datuk Khusrin ini tetap setia kepada Umno dan BN dan masih mengenang jawatan dia sebagai setiausaha politik kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan masih bertindak atas kapasiti sedemikian rupa?

"(Jadi)

saya menyeru kepada kerajaan negeri supaya semak semula pelantikan beliau," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga mendesak mufti negeri itu supaya segera mengeluarkan fatwa berhubung pemberian lesen judi tersebut.

Katanya, beliau bimbang masyarakat akan menjadi semakin ghairah untuk berjudi sekiranya tiada fatwa dikeluarkan.

"Orang yang tak pernah berjudi pun mungkin akan berjudi juga akibat keghairahan promosi (perlawanan bola sepak) Piala Dunia," katanya lagi.


  Sumber - Malaysiakini

Khalid Samad Cabar Ezam Tanding Kerusi Parlimen Shah Alam


SHAH ALAM 26 Mei - Ahli PArlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) mengalu-alukan Senator Ezam Mohd Nor untuk bertanding menentangnya merebut kerusi parlimen Shah Alam dalam pilihan raya akan datang bagi menguji sama ada rakyat menerimanya sebagai pemimpin.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ezam atas perlantikan beliau ke dalam Dewan Negara sebagai Senator, ini mungkin ganjaran untuk beliau sebagai balasan usaha beliau untuk kerajaan Umno-BN," kata Khalid pada sidang media di pejabatnya semalam.
Menurut Khalid, perlantikan Ezam sebagai senator membolehkan beliau memasuki Dewan Negara melalui 'pintu belakang', bukan sebagai calon pilihan rakyat dan ini adalah sesuatu yang tidak adil kepada semua ahli parlimen lain yang dipilih secara adil melalui pilihan raya.
"Jika betullah Ezam merupakan pilihan rakyat dan beliau benar dalam perjuangannya, saya mengalukan Ezam untuk beradu tenaga di sini, Shah Alam. Buktikan kepada rakyat bahawa dia sebenarnya layak untuk memasuki Dewan Negara," tegas Khalid.
Ezam disifatkan oleh Khalid sebagai pengkhianat kerana membelakangkan kepercayaan KEADILAN dan sanggup melompat demi kebendaan.
"Dulu dia penyokong setia Datuk Seri Anwar ibrahim, dan kini dia sanggup melupakan kesetiaannya dan menjadi kuncu Umno.
"Saya merasakan jika Ezam menerima ajakan saya, saya akan mendapat persaingan yang sengit kerana dulu Ezam bertanding untuk Shah Alam semasa pilihan raya tahun 1999. Tetapi, itu hak rakyat, biar rakyat menentukan siapa pemimpin pilihan mereka," tegas Khalid lagi.


suarakeadilan

Wednesday, May 26, 2010

Premis Judi Seluruh Negara Akan Jadi Sasaran Pemuda Pas.

Mulai esok, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menempatkan anggotanya di depan premis judi di seluruh negara untuk mengedarkan risalah membantah judi bola kepada para pengunjungnya.


Ketuanya, Nasarudin Hassan (gambar) berkata, mereka akan ditugaskan mengedar risalah itu sehinggalah lesen judi bola dibatalkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, anggota DPPP akan melakukan tugas itu secara bergilir-gilir mengikut sifnya.

Pemuda PAS juga, katanya, menjemput semua insan yang prihatin yang anti-judi, termasuk bukan Islam, untuk membantu mengedarkan risalah tersebut.
Katanya, ini kerana judi diharamkan oleh semua agama.

Menurutnya lagi, risalah tersebut akan diedarkan sepanjang waktu operasi premis terbabit, serta bergantung kepada kemampuan sif petugas.

Pemberian lesen judi bola sepak baru-baru ini mendapat tentangan hebat daripada Pakatan Rakyat serta masyarakat Islam dan bukan Islam.

Nasruddin sebelum ini telah mengarahkan dewan Pemuda PAS negeri mengadakan demontrasi membantah pemberian lesen judi itu.

Jumaat lalu, demontasi membantah lesen judi itu diadakan serentak oleh lima negeri - Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Manakala Jumaat ini, demonstrasi bantahan yang sama akan diadakan di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Selangor.









malaysiakini

Pertengkaran UMNO Dan MIC Bertambah Teruk

Krisis antara UMNO dan MIC bertambah buruk hari ini apabila anak Datuk Seri Samy Vellu menuduh UMNO sebagai mendalangi kempen untuk membunuh kerjaya politik ayahnya.
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan dakwaan oleh S Vell Paari itu sebagai biadap dan meminta Samy supaya menasihati anaknya.
Pertikaman lidah antara UMNO dan MIC itu adalah yang terburuk dalam sejarah Barisan Nasional dan mencerminkan ketidakstabilan yang semakin ketara dalam gagasan itu.
Samy Vellu menjadi sasaran beberapa kerat pemimpin MIC yang mendesak beliau supaya meletakkan jawatan setelah menerajui parti itu sejak tahun 1974.
Pergeseran antara UMNO dan MIC pula semakin buruk apabila Perdana Menteri Najib Razak menolak calon pilihan parti itu untuk bertanding pada pilihanraya kecil Hulu Selangor bulan lalu.
Ini kali pertama Umno masuk campur dan menentukan calon yang mana harus diletakkan oleh MIC. Tindakan itu dilihat sebagai mengaibkan Samy di samping mengundang kritikan terhadap kepimpinannya.

Beberapa orang yang mengkritik Samy kemudian menubuhkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) bagi memaksa beliau berundur sebagai presiden MIC.

Vell Paari anak kepada Samy semalam membuat kenyataan terbuka bahawa gerakan itu turut didalangi oleh UMNO dan mendedahkan bahawa UMNO telah lama mendominasi parti-parti komponen lain dalam BN.
“Umno akan menentukan siapa memimpin MIC jika pihak luar tak henti campurtangan dalam urusan dalaman MIC” ujar Vell Paari.
Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk memecahbelahkan MIC.
Dalam reaksi kilas, Muhyiddin menyifatkan Vell Paari sebagai biadap kerana menuduh Umno cuba menjatuhkan ayahnya.
"Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap”ujat Muhyiddin.
Timbalan perdana menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.
Muhyiddin juga meminta Samy Vellu supaya menasihatkan anaknya supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan sensitiviti parti-parti komponen BN yang lain.
"Samy Vellu boleh nasihatkan anaknya” tambahnya lagi.


tvselangor

Tuesday, May 25, 2010

Najib - "You Help me, I Help You".

Biarpun ditawarkan dengan RM 5 juta, pengundi Sibu tetap membalas dengan tamparan sengit kepada Perdana Menteri Najib Razak, apabila memberikan kemenangan kepada DAP-Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

PRK Sibu telah melabuh tirai. Tetapi kes rasuah "You help me, I help you" baru sahaja dibuka tirainya. Ucapan ini bukan sahaja berbau rasuah, malah memperlihatkan keangkuhan pemimpin ini.

Dari ucapannya, jelas Najib (gambar kanan) langsung tidak berniat untuk menjejak Sibu. "Saya langsung tak perlu datang ke sini... Ini bukan tempatnya PM harus datang." Sekiranya kandungan ini bukan bermakna "memperlekehkan", maka kita perlu menyunting kamus yang baru.

Paling menjijikan, apabila Najib menarik undi dengan satu nada yang tidak serius, selaku seorang PM. Apabila beliau menyebut, "Let's make a deal", dan "you help me, I help you", ia seolah-olah nada ketika seorang bos bercakap dengan orang bawahannya.

Semasa menambahkan peruntukan dari RM3 juta hingga RM5 juta, Najib berlagak seakan-akan wang cukai rakyat boleh digunakan bagai wang kertas dalam permainan jutawan. Perutukan dana ditabur begitu sahaja, tanpa sedikit rasa hemah, malah tiada kajian terhadap angka ini, sama ada projek ini benar bernilai sedemikian.

Tindakan menyogok pengundi secara terbuka dengan RM 5 juta, membuktikan bahawa darah yang mengalir dalam tubuh badan Najib masih berbau feudalisme. Beliau sedikit pun tidak menganggap bahawa rakyatnya bermaruah. Untuk Najib, undi hanyalah pulangan amalan politik patronage, dan beliau melihat pengundi sebagai modalnya.

Tetapi ada benarnya apabila Najib berkata kempen BN kurang kreatif berbanding Pakatan Rakyat. Undi Cina agak sukar dipikat, maka berjuta dan berpuluh juta wang ringgit disogokkan. Sebaliknya, undi bumiputera yang dilihat sebagai "undi besi", disogok dengan harga yang lebih rendah. Setiap orang hanya mendapat RM600, malah RM10 ribu atau RM20 ribu diberikan kepada tuai rumah untuk membereskan puak kaumnya.

Malah, sesetengah orang tempatan diperalatkan untuk menghalang pembangkang daripada memasuki kawasannya. Inilah strategi BN dari dulu hingga sekarang. Satu-satu bezanya, pengundi Cina tidak termakan umpan kali ini.

Spin-doctoring

Cuba bayangkan, seandainya pengundi Cina menerima rasuah secara terang-terang ini, apakah kesan negatifnya terhadap perhubungan kaum dalam Sarawak dan seluruh Malaysia? Orang Cina bernilai puluhan juta, bumiputera pula hanya saki-bakinya. Bukankah ini memperkukuhkan stereotype selama ini? Seandainya dibiarkan BN untuk meneruskan dasar pecah dan perintah sebegini, sehingga rasuah pun boleh jadi berat sebelah. Apakah masa depan negara ini?

Peruntukan sedemikian yang hanya diberikan semasa pilihan raya, malah tanpa pertimbangan wajar, tidak mengira prinsip ekonomi dan efisiensi, membuktikan bahawa kerajaan selama ini hanya memegang pangkat tanpa berbuat apa-apa. Lebih-lebih lagi, apabila kerajaan ini telah membiasakan diri dengan pujaan media arus perdana, masih gagal menyesuaikan diri dengan perubahan minda rakyat secara tiba-tiba.

Maklumlah mengapa biarpun ditewaskan bertalu-talu, pemimpin BN masih tidak faham apa kemahuan pengundi, yang sebenarnya berbunyi dasar yang adil, politik yang bersih dan kerajaan yang efisien.

Arus media perdana (bahasa Cina khususnya) kini cuba membentuk imej Najib sebagai "pembawa perubahan". Rencana cuba menjurus kepada "UMNO boleh ditolak, tetapi bukan Najib", selari dengan retorik MCA "jangan tersilap apabila mempersalahkan orang lain". Ini adalah spin-doctoring politik. Seandainya audien termakan dengan rencana sebegini, maka proses pendemokrasian negara akan mengundur.

Mujur, daripada keputusan PRK Sibu, meskipun pengundi membaca Borneo Post, See Hua Daily News dan Sinchew Daily, tetapi kebijaksanaan politik mereka tidak terjejas. Cuma, saya secara peribadi menaruh harapan kepada pemimpin gereja, seandainya ditawarkan peruntukan, mereka akan memperingatkan penyogok, "Kami mengalu-alukan peruntukan dana yang wajar dan halal. Tetapi, biarlah selepas pilihan raya, dan bukannya semasa tempoh berkempen."

Seandainya inilah pendekatannya, maka ia akan menonjolkan kematanganan politik pengundi, dan keadilan yang didukung dalam agama.

Perdana Menteri Britain Winston Churchill berjasa dalam menumpaskan Nazi Jerman. Tetapi beliau ditolak tanpa belas kasihan oleh pengundi dalam pilihan raya pertama selepas peperangan. Beliau tidak melatah, malah berusha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk menewaskan Parti Buruh selepas lima tahun.

Sebaliknya, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe juga melabel dirinya sebagai reformis pada peringkat awal beliau memegang tampuk pimpinan. Namun, untuk menangkis cabaran pembangkang, Mugabe telah merosakkan sistem kehakiman, menggunakan segala cara yang kotor untuk mengekalkan kuasa dirinya. Akhirnya, Zimbabwe yang pernah seketika menjadi negara yang terkaya di Afrika, mengalami keranapan sistem ekonominya.

Sememangnya Najib bukanlah Winston Churchill. Selepas keajaiban PRK Sibu, tindak tanduknya akan diteliti, sama ada sistem politik, kehakiman dan ekonomi akan terus di- Zimbabwe-kan

Tonton Klip Video, " You help me, I help You".

*Josh Hong adalah penganalisa politik dan kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tulisan ini disunting dan diterjemahkan oleh Lim Hong Siang dari tek asal.

Judi - ABIM Serah Memorandun Kepada Yang Dipertuan Agong


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menghantar memorandum kepada mufti seluruh negara untuk menyertai gerakan membantah kelulusan judi bola dan menuntut mereka mengeluarkan fatwa jelas mengenai hal ini.

Tindakan ini dibuat selepas beberapa siri bantahan isu itu, langsung tidak mendapat reaksi balas dari kerajaan persekutuan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan.

Ketika dihubungi TV Selangor, Presiden ABIM, Muhammad Razak Ismail berkata pihaknya turut menggunakan aplikasi maya seperti laman sosial facebook dalam menyuarakan bantahan kelulusan judi dan mengajak semua pihak berganding bahu.

"Kita telah pun mengirim memorandum kepada pihak mufti di seluruh negara supaya penglibatan mereka dan menganjurkan kepada mereka untuk berhimpun," kata beliau.

Razak berkata, memorandum itu juga akan diserah kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.

"Kita barangkali akan mengirimkan memorandum secara tangan kepada Yang Di-Pertuan Agong dalam masa terdekat. Kita telah pun mendapat tarikh, kita sedang menyelaraskan tarik yang sesuai," katanya.

Tegas beliau, ABIM juga sedang mengatur pertemuan dengan NGO Islam di seluruh negara untuk membincangkan tindakan susulan berhubung isu judi bola ini.

Beliau berpendirian kelulusan judi bola ini bermakna, kerajaan persekutuan memalitkan imej negara Islam seperti Malaysia dengan label negatif.

"Dengan kebenaran lesen ini, ia akan memberi satu imej yang tidak baik kepada Malaysia secara khusus kerana kita merupakan sebuah negara Islam contoh kepada dunia Islam seluruhnya," kata beliau.

Razak berkata, pimpinan kerajaan Umno BN harus segera menjawab segala keraguan dan pertikaian yang timbul di kalangan rakyat, natijah dari tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak.

"Saya menyeru pihak kerajaan memberi penjelasan secara terbuka dan berdepan dengan masyarakat dengan memberi hujah-hujah dan juga asas kepada pemberian lesen ini kepada kumpulan syarikat ini," katanya

TVSelangor.

Monday, May 24, 2010

Adun Kg Tunku Cabar Umno Dan Perkasa

Adun Kampung Tunku, Lau Weng San (gambar) mencabar ahlli-ahli Umno dan PERKASA untuk mengumumkan pendirian mereka sama ada mereka menyokong tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi lesen judi bola kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. yang dikuasai oleh Tan Sri Vincent Tan.

Menurut Lau Weng San, ketika pilihanraya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor, BN dan Umno mengkritik calon Pakatan Rakyat(PR), Datuk Zaid Ibrahim sebagai kaki botol dan judi. Walaupun dalam isu arak beliau telah bertaubat dan beliau turut menafikan bahawa berliau terlibat dalam perjudian, Umno tidak habis-habisan mengkritik beliau.

"Jika Umno betul-betul memperjuangkan Islam, maka saya mencabar mereka untuk berdiri dan membantah keputusan kerajaan BN yang membenarkan pemberian lesen judi bola kepada syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Vincent Tan ini.

"Saya juga melemparkan tuduhan yang sama kepada pertubuhan PERKASA yang diketuai oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya berbuat demikian," tegas beliau.

Beliau berkata, Jika ia tidak dilakukan, ini sekali lagi membongkarkan sikap hipokrit Umno dan BN, mereka hanya menggunakan isu ini untuk kepentingan politik sewaktu adanya pilihanraya kecil tetapi apabila kerajaan yang diketuai mereka sendiri melakukan yang sama, mereka terus membisu.

Sehingga sekarang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih membisu dalam isu ini seolah-olah ingin membiarkan isu ini berlalu begitu sahaja.

"Sebenarnya, hasrat kerajaan BN membenarkan pemberian lesen judi bola ini adalah amat jelas sekali, iaitu mereka ingin mengutip cukai eksais yang lumayan daripada aktiviti judi bola ini dengan alasan kononnya pemberian lesen judi bola yang sah akan dapat mengawal dan mengurangan aktiviti judi bola haram," kata beliau.


erapakatan

Hasil Wang Judi, Umno-BN gunakan Untuk Kepentingan Politik

Umno akan menggunakan wang yang diperolehi daripada hasil cukai lesen perjudian bagi menjalankan operasi politiknya, justeru adalah menjadi perangai pemimpin Umno apabila mengenal pasti wang diperolehi menerusi perjudian, maka mereka akan meluluskan lesennya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, orang Kelantan yang menjadi Timbalan Menteri Kewangan, yang pertama di Dewan Negara, mengisytiharkan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN meluluskan lesen judi bola sepak.

Beliau berkata, semasa Datuk Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan apabila menjawab soalan Parlimen ketika itu bahawa judi baru sudah ditambah 12 lesen.

“Kini apabila menjelang perlawanan bola sepak Piala Dunia, tiba-tiba kerajaan mengumumkan memberi lesen perjudian kepada Berjaya Gorup,” katanya.

Beliau menambah bahawa pemilik syarikat judi yang sama pernah pada 2008 menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan sebaik saja selepas tiga bulan PAS memerintah, namun permohonannya untuk lesen Empat Nombor Ekor itu tidak dilayan dan tidak diluluskan.

“Nasib baik kita menang Pilihan Raya Umum 2008, tetapi kalau timbalan menteri itu yang pada suatu masa didakwa bakal menjadi Menteri Besar Kelantan dari Umno itu menang dan menjadi Menteri Besar Kelantan, tentu sah hidup semula judi tersebut,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri bercakap pada Majlis Cakno Rakyat anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri di Kampung Kedai Buloh Kota Bharu malam tadi.

Menurutnya, sekiranya Umno BN hendak menunjuk cerdik di hadapan Allah SWT, tetapi janganlah melanggar larangan Allah yang terang disebut larangan judi di dalam Al-Quran.

“Orang kampung mengerti hukum judi itu, tetapi kalau menteri tidak mengerti ayat Al-Quran (maka) ‘gong benarlah’, dan itulah menyebabkan berlaku kemurkaan dan bala banyak di negara ini oleh banyaknya maksiat dilakukan.

“Sedangkan Ketua Pemuda DAP dari Pakatan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook sendiri menyatakan tidak bersetuju lesen judi bola itu diluluskan, diikuti tidak bersetuju ialah anak Allahyarham Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin, bahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga menyatakan tidak bersetuju.

“Pak Lah berkata, persoalan lesen judi bola sepak itu mestilah kerajaan mendengar apa rakyat mahu,” katanya.

Husam berkata, pemimpin Umno mestilah menarik balik lesen judi bola itu dan kalau Umno tidak mahu mendengar kenyataan bekas presiden mereka, maka apatah lagi hendak mendengar ayat Al-Quran.


erapakatan

Sunday, May 23, 2010

Kejahilan Ulamak Umno, Maka Judi Diluluskan


Umno-Barisan Nasional mahu menerapkan amalan serta aktiviti judi sebagai sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia tanpa menghiraukan kesan ke atas umat Islam dan rakyat negara ini.
Ahli Majlis Pimpinan KEAILAN Pusat, Dr Badrulamin Bahron (gambar) yang ditemui pada program pidato untuk rakyat di Dewan kampung Belimbing Kuala Selangor menegaskan kejahilan Umno dalam soal agama semakin terserlah sekarang.
"Saya melihat kejahilan Umno dalam soal agama sudah semakin terserlah sekarang daripada hal kes qazaf hingga sekarang pasal kelulusan lesen judi pula, mana ustaz dalam Umno yang selama ini bersuara lantang pasal isu Allah tetapi bila bab lesen judi yang diluluskan oleh ketua mereka tidak ada seorang pun yang bersuara.
"Kita memandang serius kelulusan lesen tersebut kerana ini akan menyebabkan masalah sosial negara ini terus meningkat selain  yang paling utama ia bertentangan dengan hukum agama yang mengharamkan judi.
"Umno telah menghalalkan yang haram, ini sudah jelas Allah mengharamkan judi dikalangan umatNya apatah lagi meluluskan lesen tersebut. Kalau begini sikap pemimpin yang tidak kenal halal dan haram, negara ini tidak akan mendapat keberkatan untuk selama-lamanya," tegasnya.
Beliau juga mahukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan segera kerana rakyat akan terus bangkit untuk menentang sesuatu yang haram tetapi di halalkan Umno.
"Saya mendesak Najib untuk membatalkan terus kelulusan yang telah diberikan itu dengan segera, perasaan seluruh umat Islam dan juga kaum lain perlu dijaga sepenuhnya bukannya menjaga kroni untuk kepentingan sendiri.
"Najib kena ingat rakyat akan terus bangkit untuk mendesak kerajaan batalkan lesen judu tersebut, rakyat tidak mahu negara ini berada dalam keadaan yang tidak mendapat keberkatan.
"Saya juga kesal kerana yang bersuara membantah kelulusan tersebut hanya dari Pakatan Rakyat dan juga rakyat tetapi dari pihak Barisan Nasional mahupun Umno termasuk ustaz mereka tidak bersuara langsung. Najib kena ingat sikap berdiam yang beliau lakukan sekarang akan membuat rakyat menghukum mereka pada pilihan raya nanti," kata beliau ketika ditemui pada majlis penerangan di Dewan Kg Belimbing, Kuala Selangor Khamis lalu.

Saturday, May 22, 2010

Judi - Tuan Guru Nik Aziz Meminta Umat Islam Mengadakan Sembahyang Hajat


KOTA BARU, 21 Mei — Di sebalik tindakan Pemuda PAS mengadakan protes di seluruh negara hari ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) meminta umat Islam mengadakan sembahyang hajat memohon supaya langkah kerajaan mahu mengeluarkan lesen pertaruhan sempena Piala Dunia tidak menjadi kenyataan.
Sehubungan itu, Mursyidul Am PAS menyelar anggota Kabinet Umno yang meluluskan lesen judi dengan berkata “orang macam ini sama ada kita pakat sembahyang hajat minta Tuhan buka pintu hati atau minta mati... mati diri atau mati karier politik.”

Menteri Besar Kelantan ini berkata demikian dalam kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini hari ini — beberapa jam sebelum Dewan Pemuda PAS menganjurkan demonstrasi membantah langkah kerajaan itu.

Nik Aziz berkata, jika kerajaan menghalalkan amalan pertaruhan dengan memberi lesen tidak salah sekiranya pihak berkuasa memberikan lesen untuk perbuatan-perbuatan jenayah yang lain.

“Kalau macam tu tak salahlah perbuatan mencuri, merompak, menyamun kalau diberi lesen atas alasan bagi mengelakkan daripada berlakunya mencuri, merompak, menyamun secara haram.

“Maknanya mengikut teori ini, sikit lagi perbuatan curi, merompak, menyamun pun tidak haram asalkan ada lesen,” kata beliau.

Nik Aziz pernah menimbulkan kontroversi dengan meminta penyokongnya agar berdoa sehingga orang yang enggan memberi royalti minyak kepada negeri Kelantan itu ‘pecah perut’.

Sebelum itu, Nik Aziz pernah mengatakan bahawa mana-mana wakil rakyat daripada Pas yang bertindak keluar parti untuk menyertai Umno selepas pilihan raya umum akan dibakar hidup-hidup dalam neraka kerana mungkir janji.

Nik Aziz berhujah berasaskan nas al-Quran dan hadis bahawa perbuatan judi diumpamakan sebagai najis dan hukumnya adalah haram tidak boleh dibenarkan dengan apa jua alasan.

“Dalam ajaran Islam judi, arak, tikam nombor Allah kata najis, tidak ada sebab yang boleh menghalalkan perbuatan itu di sisi hukum agama Islam sama ada dengan cara berlesen atau sebagainya.

“Tapi kalau ada orang nak bagi lesen maknanya pandai manusialah dari Tuhan,” kata beliau kesal kerana keputusan meluluskan lesen judi diumumkan oleh seorang menteri Melayu dan beragama Islam.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein membuat kenyataan bahawa kerajaan sedang empertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.

Dalam pada itu, Nik Aziz membidas seorang guru pondok di sini yang dikatakan telah menuduhnya sebagai seorang pengamal aliran Wahabi ketika berceramah di Tumpat bulan lalu.

“Ambo (saya) ada (hidup) lagi sekarang ini, sepatutnya mari jumpa ambo dulu sebelum nak tuduh, kata ambo wahabi.

“Kalau zaman dulu, orang macam ini kita boleh pegang selam dalam kolah, macam takde kerja tuduh-menuduh orang tanpa usul periksa, mari jumpa empunya diri dulu,” katanya tetapi tidak menyebut individu berkenaan.



malaysianinsider

Friday, May 21, 2010

Dewan Pemuda Pas Pusat Cabar Menteri dan Mufti Batal Lesen Judi

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) untuk mengeluarkan kenyataan bagi membantah kelulusan lesen judi yang diberikan kepada Berjaya Group oleh Kementerian Kewangan.

"Semalam beliau dengan lantangnya mengeluarkan kenyataan bahawa Peguam syarie di Mahkamah Syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam. Namun dalam hal judi ini beliau mengambil pendekatan pasif. Dimanakah suara lantangnya itu," kata Pemangku Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen kepada erapakatan.com

Beliau yang mewakili DPPWP juga mencabar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan semua mufti di negara ini untuk tampil ke hadapan menghalang tindakan kerajaan meluluskan judi bola sepak piala dunia serta semua aktiviti judi dalam negara ini.

"Kita tidak mahu mereka menjadi mufti yang harus sana harus sini, tetapi bila bertembung perkara yang haram dengan kepentingan periuk nasi mereka, mufti-mufti ini menutup mata dan menyembunyikan ilmu mereka," kata beliau lagi

Allah pernah menyebut dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 bahawa:

"Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat."

"Layakkah mereka menerima darjat disisi Allah sedang ilmu yang ada tidak digunakan? Seluruh umat Islam mengakui bahawa Ulama' pewaris nabi, tapi adakah mereka layak untuk mendapat gelaran itu jika dalam isu judi ini mereka sanggup berpeluk tubuh?," tegas beliau.

DPPWP berharap para Mufti dan golongan yang faham agama bangkit untuk menentang kezaliman akhlak ini. Judi adalah haram dan ianya bukan hanya haram untuk mereka yang beragama Islam, tetapi kepada semua manusia.

Beliau berkata, Islam diturunkan untuk menyelamatkan manusia, maka tugas dan tanggungjawab umat Islam khususnya golongan Ulama dan mereka yang berilmu adalah menyelamatkan rakyat dari bahana judi. Ingatlah pesanan Rasulullah saw yang dirakamkan oleh Abdullah ra:

"Dengar dan taatlah ke atas seseorang (pemimpin) pada apa yang disukai dan dibenci selagi mana tidak disuruh dalam perkara maksiat. Apabila diperintah pada perkara maksiat, maka tidak boleh didengari dan ditaati. - Riwayat At Tarmizi.

Herman berkata, Walaupun mereka bekerja dengan Kerajaan Malaysia yang mana Perdana Menteri dan Menteri kewangannya serta kabinetnya bersatu menghalalkan judi, tetapi para Mufti dan mereka yang faham agama harus bangkit menentang dan tidak mentaati keputusan mungkar itu.

Yakinlah pada janji Allah dalam surah Surah Al A'raff ayat 96:

“Dan (Allah berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu keberkatan (pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”.

Ekonomi negara ini pasti akan bertambah berkali ganda jika sumber yang berkat digunakan. Menghapuskan judi juga sekaligus akan memisahkan pendapatan dan gaji para Menteri dan Mufti yang dibayar Kerajaan dari sumber-sumber yang haram.

DPPWP dalam pada itu menyeru dengan iman dan taqwa, semoga golongan yang cerdik agama berdiri dibarisan hadapan memerangi agenda judi ini.-erapakatan.

Lulus Lesen Judi - Pemimpin Umno Takut Pada Najid

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang menentang sekeras-kerasnya tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia pada bulan Jun depan kepada Berjaya Corporation Berhad milik Tan Sri Vincent Tan.
Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Md Ghazali(gambar) berkata pemberian lesen perjudian itu bukan saja menggalakkan masalah sosial berleluasa dalam masyarakat negara ini malah ia juga mencemarkan nama baik negara sebagai sebuah negara Islam.
"Untuk apa Umno mencanangkan mereka adalah sebuah parti yang memperjuangkan agama dan bangsa sedangkan pada hakikatnya mereka merestui dan menggalakkan pertaruhan dan perjudian diamalkan.
"Dengan amalan perjudian ini rumahtangga boleh menjadi lintang pukang, hutang piutang akan bertambah kepada kaki judi, ketagihan judi yang digalakkan ini juga akan menjadi satu galakan untuk masyarakat aktif dan bergiat dalam kegiatan tidak bermoral ini.
"Sebagai pemimpin yang beragama Islam mereka Umno-Barisan Nasional) sepatutnya malu dengan tindakan mereka meluluskan lesen perjudian tersebut apabila Ahli Parlimen Rasah daripada DAP, Anthony Loke yang bukan Islam membantah kelulusan lesen perjudian itu kepada Tan Sri Vincent Tan yang menerajui Berjaya Corporation," kata Amir.
Amir juga mendesak kepimpinan Umno supaya membuktikan bahawa mereka peka dan sensitif mengenai perkara ini dengan mengadakan bantahan terhadap kerajaan yang secara nyata dan ketara menolak apa yang dilarang Islam.
"Saya ingin lihat sejauh mana bantahan dan bangkangan mereka yang selama ini mendabik dada dan mengatakan mereka juga adalah memperjuangkan agama.Oleh kerana itu buktikan bahawa cakap mesti serupa bikin dan bukan sebaliknya," tambah beliau lagi.-SK

Ceramah Mat Sabu - Air Mata Berlinangan



Kami orang PAS menghormati anutan agama lain. Kami tak boleh paksa orang mengikut adat kami. Kalau kamu (bukan Islam) nak minum arak, minumlah! Kamu nak makan babi, makanlah! Saya tak boleh halang..."

Demikianlah kata-kata pemimpin PAS Mohamad Sabu (gambar kanan), yang mungkin tidak asing untuk komuniti Cina di Semenanjung Malaysia yang pernah mengikuti ceramahnya, tetapi sesuatu yang bukan sahaja baru, tetapi terharu buat penduduk Cina di Sibu, Sarawak.

Semasa Mohamad Sabu berucap di Sungai Merah, berkempen untuk DAP dalam PRK Sibu, seorang wanita Cina didapati berlinangan air matanya mendengar kata-kata ini. Wong Shu Qi, wartawan MerdekaReview menceritakan pemerhatian seorang jurugambar, ketika berkongsi pengalamannya dalam satu forum bertemakan PRK Sibu, semalam.

Forum yang dianjurkan bersama oleh MerdekaReview Jawatankuasa Sosial-Ekonomi Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor semalam menarik kira-kira 100 orang hadirin. Selain Wong Shu Qi, barisan ahli panel termasuklah ahli parlimen Batu-PKR Tian Chua, ADUN Teratai-DAP Jenice Lee, dan Penyelaras Sibu Election Watch (SEW) Ong Boon Keong.

Perubahan suasana politik

Suasana politik yang berbeza antara Malaysia Timur dan Barat mungkin antara faktornya SUPP memainkan semula isu "Negara Islam" di kalangan komuniti Cina-bukan Islam, biarpun isu ini terbukti hilang mujarabnya setelah dicuba MCA di Semenanjung, semasa dan selepas PRU ke-12.

Untuk beberapa hari SUPP cuba mengasak isu ini kepada DAP, namun serangan ini berjaya dipatahkan apabila pemimpin PAS seperti bekas Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin, Mohamad Sabu dan lain-lain tampil untuk meredakan keresahan dan keraguan komuniti Cina-bukan Islam.

Sesungguhnya, suasana politik Sibu diselubungi ketakutan, lantaran kawalan sosialnya yang begitu ketat, bukan sahaja perisik di merata tempat, tetapi jalinan hubungan yang rapat dalam komuniti tersebut sehingga hilang kerahsiaan peribadi. Penduduk didapati masih bersikap dingin terhadap politik, takut diambil gambar dan menyatakan pendirian secara terbuka, kata Wong Shu Qi (gambar kiri).

Namun demikian, keadaan berubah sedikit demi sedikit sebagaimana yang diperhatikan dalam PRK Sibu ini. Jenise Lee berkata, biarpun ramai pengundi yang menunjukkan sokongan terbuka mereka kepada SUPP, tetapi mereka sebenarnya menyokong DAP-PR secara senyap-senyap ketika memangkah undi. Malah, Lim Kit Siang yang 10 tahun lalu perlu disorok di hotel sebelum dan selepas ceramah, kini lebih disenangi dan disambut mesra oleh penduduk tempatan.

"10 tahun yang lalu, suasana begitu janggal, di mana komuniti tempatan bimbang ancaman 'pengaruh luar', iaitu dari semenanjung, tapi kali ini mereka mengalu-galukan kedatangan kami, malah mengundang kami supaya lebih kerap melawat tempat mereka," kata Jenise Lee.

Strategi SUPP berkecamuk

Langkah SUPP nyata berkecamuk apabila berdepan dengan serangan DAP-PR. Dalam beberapa hari yang terakhir, SUPP dikatakan mengupah wartawan senior dari Kuching untuk menyediakan bahan kempen, malah mengupah syarikat pengiklanan untuk mereka iklan SUPP-BN, kata Wong Shu Qi.

Pemilikan media cetak mungkin antara faktornya SUPP merasakan dirinya tidak memerlukan media internet, lantas bersikap kurang mesra kepada wartawan media internet yang datang dari Semenanjung Malaysia. Jika dibandingkan dengan perang media yang dilancarkan oleh DAP, yang memanfaatkan sepenuhnya kemudahan sms, email dan sebagainya, SUPP jelas masih belum menyesuaikan diri dengan pengunaan media baru.

"Wartawan (khususnya media internet) mengadu kerana gagal menemui calon SUPP-BN. Kain rentang mereka masih ditulis dengan tangan. Mereka hanya menyediakan kenyataan media mereka dalam hard copy, meminta pendrive daripada wartawan pula apabila diminta soft copy-nya, seolah-olah tiada konsep 'email' untuk mereka," kata Wong Shu Qi.

Sebaliknya, DAP lebih tersusun dalam mengatur serangan kempennya. Menyedari bahawa calonnya, Richard Wong Ho Leng yang dianggap "kurang mesra", menurut hasil soal selidik sebelum bermula PRK Sibu, maka DAP menampilkannya imejnya yang mesra dalam bahan kempen pusingan pertama.

Malah, Wong Shu Qi mendapati bahan kempen DAP-PR sebenarnya menyentuh hati pengundi, apabila isu yang dibangkitkan mengusik apa yang terpendam dalam hati pengundi. Misalnya, masalah generasi muda berpindah ke luar negeri untuk mencari nafkah, berikutan pembangunan Sibu yang semakin menjunam, ditampilkan dengan poster orang tua menunggu kepulangan anak setahun sekali.

Selain daripada itu, Jenice Lee juga menceritakan bagaimana DAP-PR menangkis serangan SUPP-BN, yang menaikkan papan dengan mesej "undi kepada DAP adalah undi kepada PAS, yang akan berakhir dengan ketidakaslian mee kampua. Mee Kampua ialah makanan tempatan kesukaan penduduk Sibu, yang dimasak dengan daging dan minyak khinzir. Mesej tersirat dalam iklan ini adalah, negara Islam yang ditubuhkan PAS akan mengharamkan daging khinzir.

DAP-PR lantas membalas dengan iklan "rambut putih dalam Mee Kampua lebih dahsyat", menyasarkan serangan kepada Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud yang sudah 29 tahun menguasai bumi kenyalang itu, yang semestinya mencungkil rasa tidak puas hati orang ramai, kata Jenise Lee.

Apa yang lebih menarik, ketika menangkis serangan slogan "gai bian" (Jom Ubah) daripada DAP, SUPP menggunakan slogan "gai ge" (reformasi), satu slogan yang sekian lama dilaungkan oleh pembangkang sekiranya diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

"Revolusi warga emas"

Berbeza dengan pola pengundian PRU ke-12 dan PRK selepasnya, di mana pengundi muda lebih memihak kepada PR, PRK Sibu ini menyaksikan bagaimana warga tua turut menyumbang kepada kemenangan DAP-PR. Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan oleh Ong Boon Keong, kebanyakan pemuda bekerja di luar negeri, yang dijangka mencakupi 10%-15% jumlah pengundi, atau 6,000 hingga 9,000 orang.

Malah, pengundi yang berada dalam lingkungan usia antara 21 hingga 29 tahun adalah 9%, dan 30 hingga 39 tahun ialah 25%. Ong Boon Keong (gambar kiri) menyifatkan kemenangan DAP-PR dalam PRK Sibu sebagai revolusi warga emas!

Ini krisis kepada SUPP-BN, apabila orang tua yang pada asalnya penyokong BN, kini juga berpaling untuk menyokong PR, kata Tian Chua. Jenice Lee pula berkata, masalah geran tanah dengan hak milik pajakan 66 tahun menjadi pukulan maut kepada SUPP-BN, biarpun Ketua Menteri mengumumkan pengurangan bayaran pada saat-saat akhir.

Keadaan ini berlaku kerana seandainya seseorang membeli rumah pada sekitar umur 30 tahun, beliau terpaksa merunsing dengan masalah tanah kerana kemungkinan besar tanah yang dibelinya akan digaris merah (untuk kegunaan pembangunan kerajaan), pada akhir tempoh luput gerannya. Seandainya ia berlaku, ia membawa makna pelaburan seseorang akan menjadi tidak terjamin.

"Mungkin sebab ini orang tua bangkit menuntut perubahan," seloroh Jenice Lee (gambar kanan)



*Lim Hong Siang ialah Editor Merdeka Review, edisi bahasa Melayu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...